Yosua 7 : Rangkap kedua
- Kebangkitan Murka Tuhan (Pasal 1 rangkap kedua).
Apabila seseorang menyinggung perasaan orang yang lain, maka orang itu akan menjadi marah dan lalu menyatakan kelemahannya. Begitu juga apabila kita menyinggung perasaan Tuhan, maka amarahNya juga akan bangkit terhadap kita. Semasa orang Israel berada di padang gurun, sudah beberpa kali amarah Tuhan telah dibangkitkan terhadap mereka.
a. Bersungut-sungut terhadap Tuhan, dan dengan perkataan yang jahat itu telah sampai kepada telinga Tuhan (Bil 11:1).
b. Jemu dan benci akan manna. Hati menimbulkan rasa tamak ingin memakan daging (Bil 11:4-10, 33-34 ; Mzm 78:8-10).
c. Pengintip yang mengintip tanah Kanaan telah membawa khabar buruk. Orang Israel menjadi sungut-sungut (Bil 14, 32:8-10).
d. Bercabul dengan perempuan-perempuan Moab di Sitim, memakan korban sembelihan mereka, dan sujud menyembah tuhan mereka (Bil 25:1-9; Mzm 106:28-29). Setelah memasuki tanah Kanaan, mereka telah melupakan dan menjauhi Tuhan lalu melayani tuhan orang Kanaan. Amarah Tuhan dibangkitkan lagi lalu ke atas mereka (Ul 2:11-15; 3:7-8; 10:6-9). Alkitab menyatakan : “Siapakah yang tahan berdiri di hadapanMu pada saat Engkau murka?” (Mzm 76:8). Apabila murka Tuhan dibangkitkan, ia akan diikuti dengan pengajaran dan penghukuman. Justru itu Dia bersifat penyayang. Dia sedia mengampuni kesalahan mereka dan tidak akan memusnahkan mereka. Sering kali Ia menahan kemurkaanNya dan tidak membangkitkan keseluruh amarahNya (Mzm 78:38). Tuhan yang bersifat penyayang itu mengasihi umat pilihannya. Walaupun umat pilihannya mempunyai kesalahan, Tuhan tetap mengasihi mereka. Di dalam kitab Mazmur, Daud berkata, “Sebab sesaat saja Ia murka, tetapi seumur hidup Ia murah hati; sepanjang malam ada tangisan menjelang pagi terdengar sorak-sorai (Mzm 78:38). Kebenaran ini boleh didapati di dalam kitab Yosua 7 : 8.
Tidak boleh tamak : Pengajaran ini telah termaktub dalam Kesepuluh Firman, oleh itu tidak boleh tamak. Akhan telah menyimpan barang-barang jarahan yang harus dimusnahkan, lalu mengakui bahawa dia sendiri telah tamak dan mengingininya (Yos 7:21). Yang diambil olehnya ialah jubah indah buatan Sinear. Sinear adalah nama asal Kota Babel. Kemungkinan jubah ini adalah disulam dari benang emas. Oleh sebab itu ia sangat indah dan bernilai. Nilainya dua ratus syikal perak (Menurut ukuran pada hari ini adalah sebanyak 2 kilogram perak), dan sebatang emas yang seberat 50 syikal (Menurut ukuran pada hari ini adalah sebanyak setengah kilogram emas). Semua barangan ini hanya merupakan satu kekayaan yang kecil bagi Akhan. Justru itu barangan ini harus dipersembahkan kepada Tuhan sebagai yang suci di dalam perbendaharaan Tuhan (Yos 6:19). Perbuatan Akhan ini, dimana dia mengambil barang-barang Tuhan, adalah satu ketamakan yang merupakan dosa.
a. Tamak adalah bebal (Luk 12:13-21).
Hidup manusia tidak tergantung apakah ia kaya atau miskin, panjang atau singkat umurnya, malahan keselamatan ke syurga tidak ada kaitan dengan wang kekayaan. Tamak akan kekayaan hanya mengakibatkan rasa gelisah dalam hidup (Luk 12 : 17-18 ; Pkh 5 : 12). Apatah lagi segala yang diperolehi itu tidak semestinya dijaminkan bahwa ia dapat menggunakannya (Luk 12 : 19-20). Walaupun ia boleh dinikmati dan digunakan, akhirnya sia-sia juga (Pkh 2 : 10-11).
b. Tamak itu bermaksud tidak bersandar kepada Tuhan.
Tuhan telah berfirman dengan jaminan ini kepada umat pilihanNya, “ Dia sendiri akan menyertai engkau, Dia tidak akan membiarkan engkau dan Dia tidak akan meninggalkan engkau” ( Ul 31 : 8 ). Tuhan Yesus juga berfirman bahwa kita tidak usah kuatir akan pakaian dan makanan sendiri ( Luk 12 : 22-24 ). Sememangnya Tuhan kita tidak akan bertentangan dengan janjiNya. Oleh itu kita tidak harus tamak akan wang kekayaan, malahan berpuas hati dengan apa yang kita miliki ( Ibr 13 : 5-6 ).
c. Tamak itu menyerupai menyembah patung berhala.
Tuhan Yesus berkata, “Tidak seorangpun dapat mengabdi kepada dua tuan. Kamu tidak dapat mengabdi kepada Tuhan dan kepada Mamon (Mat 6 : 24). Tamak akan wang kekayaan adalah mengabdi kepada Mamon. Mamon bermaksud faedah kekayaan. Oleh itu Paulus berkata, “Orang yang tamak tidak mendapat bagian di dalam kerajaan Kristus Tuhan kerana yang tamak itu sama seperti menyembah patung berhala” (Ef 5 : 5).
d. Ketamakan menyebabkan orang meninggalkan firman.
Paulus berkata, “Tetapi mereka yang ingin kaya terjatuh ke dalam pencobaan, ke dalam jerat dan ke dalam berbagai-bagai nafsu yang hampa dan yang mencelakakan, menenggelamkan manusia ke dalam keruntuhan dan kebinasaan. Kerana akar segala kejahatan ialah cinta wang. Sebab oleh memburu wanglah beberapa orang telah menyimpang dari iman dan menyiksa dirinya dengan berbagai-bagai duka (I Tim 6 : 9-10). Nas Alkitab ini adalah satu gambaran yang sangat sesuai dengan hati dan kelakuan Akhan.
e. Orang yang tamak pasti akan dihukum.
Akhan dilempari batu sampai mati oleh orang ramai. Gehazi dijangkiti kusta (II Raj 5). Yudas menggantungkan diri sampai mati, lalu kehilangan haknya sebagai seorang rasul (Kis 1 : 15-20). Kesemua orang ini adalah buktinya.
- Peristiwa Akhan berbuat dosa (21).
Dosa Akhan haruslah menjadi satu renungan mendalam bagi kita. Ciri-ciri yang mengakibatkan dosa adalah seperti berikut :-
a. ‘Saya nampak’ – Di antara barang jarahan itu ada satu jubah Sinear yang indah.
b. ‘Aku mengingininya – kerana ingin memperolehi barang ini.
c. ‘Ambil’ – Inilah tindakan dosa.
d. ‘Sembunyi’ – Disembunyikan di khemah, di dalam tanah.
Menyangka bahawa apabila tidak ada orang nampak maka tidak ada orang yang tahu. Menyembunyikan dosa. Cuba renungkan bukankah permulaan dosa nenek moyang kita juga melalui cara yang sama? (Kej 3 : 6-8). Dosa Daud juga adalah demikian (II Sam 11).
Sejak dahulu kala hinggalah sekarang, setiap orang yang berdosa adalah juga disebabkan perbuatan ini. Oleh sebab inilah dosa telah berbuah menjadi kejahatan dengan cara beransur-ansur (Ef 4 : 22). Lalu terjerumus dengan lebih mendalam lagi. Daripada ‘saya lihat’ iaitu keinginan mata, kepada ‘mengingininya’ iaitu keinginan daging yang mengakibatkan manusia menempuh ke atas jalan kejahatan sehinggalah maut. Ini terbukti di dalam Alkitab; iaitu “Dan apabila keinginan itu telah dibuahi, ia melahirkan dosa; dan apabila dosa itu sudah matang, ia melahirkan maut” (Yak 1 : 15). Barangsiapa yang menyembunyikan pelanggarannya tidak akan beruntung (Ams 28 : 13). Dosa itu tidak boleh disembunyikan kerana apa yang tidak dilihat oleh manusia sudah pun dilihat oleh Tuhan. Ini juga dinyatakan oleh Tuhan Yesus bahwa “Tidak ada sesuatu pun yang tertutup yang tidak akan dibuka dan tidak ada sesuatupun yang tersenbumyi yang tidak akan diketahui” (Luk 12 : 2). Janganlah sesat! Tuhan tidak membiarkan diriNya dipermainkan. Kerana apa yang ditabur orang, itu yang akan dituainya (Gal 6 : 7).
- Lembah Akhor (“Valley of Achor”).
Ia terletak di bahagian selatan Yehuda (Yos 15 : 7). Kemungkinan berada di (Wadi Qelt) dan jarakanya satu batu selatan dari kota Yerikho. Akhor membawa maksud Akibat. Di tempat inilah Akhan mati dilempari batu oleh orang ramai dan mereka mendirikan satu timbunan batu yang besar di atasnya supaya timbunan ini akan merupakan satu peringatan kepada semua orang yang melihat akan akibat Akhan. Pengajaran kepada kita tentang timbunan batu ini merupakan satu akibat dosa yang sungguh menggerunkan.
a. Dosa membangkitkan murka Tuhan terhadap manusia (1).
b. Dosa menyebabkkan semua orang dikutuki (12).
c. Dosa yang menyebabkan Tuhan tidak menyertai manusia (12).
d. Satu orang berdosa mengakibatkan semua orang terbabit (4-5). Contohnya satu anggota tercedera maka seluruh tubuh juga menderita (Sila rujuk Yunus 1).
e. Satu orang berdosa maka semua orang harus menguduskan diri (13). Apabila dosa ditebuskan maka semua orang akan bergembira dengan bersorak-sorai.
f. Kesan Dosa itu adalah sentiasa berkembar, iaitu, memburukkan diri sendiri dan juga orang lain. Walaupun nama Lembah Akhor ini telah dicemari oleh dosa Akhan tetapi nabi juga bernubuat beberpa kali bahawa tempat ini akan Tuhan berkati sebagai satu tempat baring lembu dan domba serta ia merupakan tempat yang akan diperolehi oleh umat pilihan. Ia juga akan menjadi pintu pengharapan (Hos 2 : 15). Kerana Tuhan telah mengubah fikiranNya lalu surutlah amarah Tuhan (26).
- Adakah seluruh keluarga Akhan juga dicelakai sehingga dihukum mati?
Menurut kenyataan Alkitab, boleh kita lihat keluarga Akhan juga dihukum mati turut bersama. Yosua mengemukakan dosa-dosa Akhan dan berkata, “Seperti engkau mencelakakan kami maka Tuhan pasti juga mencelakakan engkau pada hari ini”. Oleh itu orang –orang Israel pun melontarinya dengan batu dan menggumpulkan batu di atasnya serta membakar semua harta miliknya dengan api (25). Kemungkinan keluarga Akhan mengetahui hal ini tetapi tidak melaporkannya, oleh itu mereka juga dihukum mati kerana mereka hidup bersama di dalam satu khemah. Oleh itu mereka harus menerima akibat yang sama (Rujuk Ul 13 : 12-17). Tetapi ada juga orng yang merujuk Ulangan 24 : 16 yang berbunyi : “Janganlah ayah dihukum mati kerana anaknya, janganlah juga anak dihukum mati kerana ayahnya; setiap orang harus dihukum mati kerana dosanya sendiri.” Mereka menganggap bahawa hanya Akhan sahaja yang dihukum mati serta harta miliknya dan binatang ternakannya dibakar tetapi anak-anaknya tidak dihukum mati.