“Salah faham” iaitu segala perkataan yang baik dan segala kebajikan yang dilakukan oleh pihak lain, semuanya dianggap sebagai kesalahan yang tidak baik. Kesalah fahaman baik di antara keluarga, masyarakat, sanak keluarga sering terjadi perkara tersebut.
Adakalanya kerana salah faham yang kecil, namun dapat terjadi suatu tragedi yang berakhir dengan kesedihan.
I. APAKAH BAHAYA DARI KESALAH FAHAMAN ITU?
1. Merosak hubungan.
Kehidupan bersama di antara sesama manusia, terletak pada hubungan. Dan dasar dari hubungan tersebut dibentuk atas saling pengertian, semakin jelas pengertiannya, maka hubungannya semakin dalam/intim.
Salah faham dengan pengertian adalah berbalikan, ketika terjadi kesalah fahaman, maka lenyaplah pengertian tersebut, sehingga hubungan pun menjadi retak juga.
Banyak suami isteri yang saling mengasihi, oleh kerana salah faham, telah mengakibatkan tidak sefikir, sehingga cedera dan berpisahan.
Saudara sekandung saling berpisahan, kerana terjadi salah faham.
Sahabat yang bertahun-tahun menjadi putus hubungan, kerana timbulnya salah faham tersebut.
2. Sehingga orang menggerakkan senjata dan membunuh.
a. Pada zaman Sam Kok, seisi keluarga Lie Phe Tjhoe terbunuh. Ketika Chao Chao melarikan diri ke rumah Lie, dengan maksud hati yang baik Lie melayani dia untuk bermalam di rumahnya dan memerintahkan kepada pembantunya untuk menyembelih babi, sedangkan ia sendiri pergi ke pasar untuk membeli sayur dan arak; Ketika pembantunya sedang mengasah pisau, di antara pembantu itu saling bertanya, bilamana akan menyembelih? (Maksudnya memotong babi); Pada saat itu Chao Chao berada di kamar sebelah, ia hanya mendengar suara pisau yang diasah, serta pertanyaan “Bilamana akan disembelih?”. Maka timbullah kesalah fahaman di dalam hatinya, lalu tanpa fikir ia turun tangan dan membunuh semua orang dalam keluarga Lie itu.
b. Pegawai raja Daud terhina.
Sebab yang sebenarnya adalah kesalah fahaman raja Amon terhadap maksud Daud yang baik, sehingga terjadi peperangan dan pembunuhan (Ruj : 2 Sam pasal 10).
II. SEBABNYA TIMBUL KESALAH FAHAMAN
1. Tidak mengerti jelas akan maksud dari pihak lain.
Ada beberapa orang, terhadap suatu pendapat yang dikatakan atau perkara yang dilakukan tidak ditinjau dengan jelas, lalu dengan cepat telah menaruh anti-pati dan memutuskan bahawa itu tidaklah demikian adanya. Tidak lain kerana pandangannya sempit seperti bangsa kecil yang tidak beretiket atau seorang bangsawan yang sombong.
Pada zaman dahulu, mengenai perkara suku Ruben, suku Gad dan suku Manasye yang setengahnya itu mendirikan mezbah di tepi sungai Yordan bagi keturunannya, telah menimbulkan salah faham bagi orang Israel yang ada di tanah Kanaan (Yos 22 : 10-12).
2. Melalui kesan yang seketika
Banyak orang yang mempertimbangkan pendapat atau perbuatan orang lain dengan kesan yang seketika saja, akan tetapi kerana sifat setiap orang tidak sama dan keadaannya pun berbeza, maka tingkah laku dan sikapnya pun mengikutinya.
Kehidupan yang dialaminya, baik celaka atau untung, juga merupakan keadaan yang mempengaruhinya.
Apabila hanya mempertimbangkan melalui kesan yang seketika saja adalah salah.
Misalnya ketika Hana mengutarakan isi hatinya di hadapan Allah, lalu Eli mengiranya ia mabuk (1 Sam 1 : 12-16); Juga ketika Paulus di pulau Malta digigit oleh seekor ular beludak, maka penduduk di sana menyangka bahawa dia adalah pembunuh besar (Kis 28 : 4).
3. Pendapat yang keras di dalam hati.
“Pendapat yang keras” iaitu terhadap pribadi pihak lain telah mempunyai pandangan sendiri. Yakni menaruh pendapat yang keras, baik bagaimana sikapnya, selalu diterka dengan maksud yang jahat.
Terutama terhadap orang yang langsung pernah terjadi bentrokan, apabila terdapat hal yang dicurigainya, maka dijadikannya sebagai arah tujuannya.
Dalam sebuah desa ada seorang kaya raya yang telah memelihara beberapa puluh ekor itik. Pada suatu hari, itik itu telah menginjak ladang si A, sehingga merosak tanaman padinya, lalu timbullah amarah orang itu, maka dibunuhnya beberapa puluh ekor itik tersebut. Ketika orang kaya itu melihat bahawa itiknya banyak yang telah dibunuhnya, maka dengan sekejap ia beranggapan bahawa itik itu telah dibunuh oleh si B yang dulu pernah bentrok dengan dia, lalu mencari kesempatan untuk membalasnya.
Daud sejak semula dan sampai akhir setia terhadap Saul, yakni seorang yang sukar diperolehnya. Namun dalam hati Saul sudah menyimpan pendapat yang keras terhadap Daud, dan membenci Daud (1 Sam 18 : 6-9), maka setiap saat selalu mempunyai maksud untuk berselisih, bahkan sampai pada puncak kematian barulah puas (1 Sam 20 : 31-32). Dari sini dapat diketahui akan bahaya dari pendapat yang keras itu.
III. BAGAIMANA HARUS MENGHILANGKAN SALAH FAHAM ITU
1. Kedua belah pihak harus mengerti jelas (Yos 22 : 13-34).
2. Jangan dengan pandangan yang sekejap untuk menentukan sesuatu perkara (Yak 1 : 19; Kej 18 : 20-21).
3. Menghapus pendapat yang keras (1 Tim 5 : 21).
Dalam kehidupan setiap hari harus berjaga-jaga, jangan mencurigai orang, dan jangan melakukan perkara yang dicurigainya. Pepatah kuno mengatakan “Di ladang ketimun janganlah memakai sepatu but, dan dibawah pohon Lee (buah yang serupa dengan anggur di RRT) janganlah membereskan topi”; Peribahasa ini sangat benar, ertinya supaya tidak dicurigai orang dalam tingkah laku kita.
Juga jangan memberi kesempatan kepada iblis (Ef 4 : 26-27).