BAB I
ADAKAH TERDAPATNYA TUHAN?
Teori Evolusi Darwin telah menyebabkan banyak cendiakawan menyangkal akan kewujudan Tuhan ataupun sekurang-kurangnya konsep Kristian terhadap Tuhan. Namun, dalam kegopohan mereka menuntut bahawa Tuhan sudah mati, kebanyakan mereka gagal menimbang butir-butir berikut yang menyokong dengan kerasnya akan kewujudan Tuhan:
- Pembentukan alam semesta
- Sistem suria
- Naluri manusia untuk menyembah Tuhan
- Kehadiran kehidupan
- Penggenapan nubuat-nubuat di dalam Alkitab
- Tanda-tanda mujizat
- Pencurahan Roh Kudus
(A) Dari pembentukan alam semesta kita mengetahui akan adanya kewujudan Tuhan.
“Sebab setiap rumah dibangun oleh seorang ahli bangunan tetapi ahli bangunan segala sesuatu ialah Tuhan” (Ibrani 3:4)
Ayat Alkitab ini memberitahu kita bahawa rumah yang begitu kecilpun ada ahli bangunannya; apatah lagi dengan matahari, bulan, bintang-bintang dan segala kehidupan di dunia. Tidakkah mereka juga mempunyai ahli bangunannya ataupun penciptanya? Kerumitan untuk membuat segala makhluk yang hidup dan menjadi tuan alam semesta ini adalah melebihi pembinaan sesebuah rumah.
Oleh itu, seorang rasul Yesus berkata: “Sebab apa yang tidak nampak daripadaNya – kekuatanNya yang kekal dan keilahianNya – dapat nampak kepada pikiran dari karyaNya sejak dunia diciptakan, sehingga mereka tidak dapat berdalih” (Roma 1:20).
Kejituan Saintifik dalam Alkitab Berkenaan Alam Semesta & Bumi
1. Bumi adalah sfera.
“Dia yang bertakhta di atas bulatan bumi…” (Yesaya 40:22)
Pada 700 tahun Sebelum Masihi, seorang nabi Ibrani yakni Yesaya memperkatakan apa yang tidak diketahui orang biasa sehinggalah ke abad yang kelima belas. Sebelum pengenalan kompas dan pelayaran Columbus serta Magellan, manusia percaya bahawa bumi adalah datar.
2. Bumi bergantungan di angkasa.
“Tuhan membentangkan utara di atas kekosongan, dan menggantungkan bumi pada kehampaan.” Ayub 26:7
Kenyataan saintifik ini telah ditemui oleh Sir Isaac Newton pada tahun 1678 Selepas Masihi. Akan tetapi, kemungkinan buku Ayub ini telah ditulis lebih awal dari tahun 1500 Sebelum Masihi. Pada masa ini, pandangan manusia pada umumnya adalah bahawa bumi ini adalah datar dan bersandar pada seekor penyu besar yang berenang secara perlahan-lahan mengharungi lautan besar.
3. Bintang-bintang yang tidak terhitungkan.
“…Cobalah lihat ke langit, hitunglah bintang-bintang, jika engkau dapat menhitungnya… demikianlah banyaknya nanti keturunanmu.” (Kejadian 15:5)
Alkitab juga merujuk bilangan keturunan Abraham adalah seperti debu tanah di bumi (Kejadian 13:16; Yeremia 33:22; Ibrani 11:12). Oleh itu, Tuhan membayangkan keturunan Abraham seperti bintang-bintang di atas langit ataupun pasir lautan yang tidak terhitungkan.
Ptolemy, seorang ahli falak yang terkenal, menuntut bahawa jumlah bintang-bintang adalah tepat pada angka 1,056 pada tahun 150 Selepas Masehi.
4. Terdapatnya gunung-ganang dan jurang di dalam lautan.
“Lalu kelihatanlah dasar-dasar laut, alas-alas dunia tersingkap ……” (2 Samuel 22:16)
“Aku tenggelam ke dasar bumi …..” (Yunus 2:6)
Secara tradisional, sehingga kira-kira satu abad yang lalu, manusia meninjau lautan ini sebagai satu mangkuk gergasi berair. Mereka percaya bahawa dasar lautan melandai dari pinggir laut hinggalah ke tengah, di mana ia adalah yang paling dalam. Kemudian, manusia menyangka bahawa lantai lautan akan berterusan meningkat sehingga ke seberang. Namun, seawal tahun 1015 Sebelum Masihi, pengarang buku Samuel menggambarkan lautan seperti yang kita ketahui – mempunyai gunung-ganang dan lembah.
5. Kesemua benda-benda hidup membiak mengikut jenis mereka.
“Maka Tuhan menciptakan binatang-binatang laut yang besar dan segala jenis makhluk hidup yang bergerak, yang berkeriapan dalam air, dan segala jenis burung yang bersayap… Hendaklah bumi mengeluarkan segala jenis makhluk yang hidup, ternak dan binatang melata dan segala jenis binatang liar …” (Kejadian 1:21, 24)
Teori Aristotle dalam tahun 350 Sebelum Masihi telah mendominasikan dunia saintifik berabad-abad lamanya. Mereka membahas bahawa anasir-anasir buruk seperti serangga, katak serta makhluk air yang kecil berasal dari lopak lumpur. Hanya dalam tahun 1862 Louis Parteur membuktikan bahawa tidak adanya generasi yang spontanis.
(B) Dari Sistem Suria Kita Mengetahui Akan Adanya Tuhan.
Para saintis memberitahu kita bahawa kumpulan Celestial mempunyai orbit tetap mereka yang tersendiri dan frekuensi pergerakan mereka di mana mereka tidak pernah ketinggalan satu saatpun dalam pergerakan mereka yang selamanya pelanggaran-bebas. Di samping itu, perubahan pada empat musim serta fenomena alam yang lain, bukannya berada dalam keadaan yang tertib secara kebetulan. Ini adalah disebabkan Tuhan yang Mahakuasa “menopang segala yang ada dengan firmanNya yang penuh kekuasaan” (Ibrani 1:3).
Di suatu persimpangan trafik, hanya lampu-lampu isyarat ataupun seorang pegawai polis yang mengarahkan trafik supaya ia dalam keadaan yang tertib. Dalam alam semesta yang begitu maha luas, bagaimanakah harmoni boleh wujud seandainya tidak ada orang yang mengawal ketertiban segala sesuatu? Ini tidak boleh dilaksanakan oleh sembarangan orang. Orang yang paling layak untuk menjadi pengawal alam semesta mestilah terdiri dari orang yang mempunyai pengetahuan yang sempurna mengenai segala sesuatu. Oleh itu, selain daripada Tuhan, adakah terdapatnya orang yang pernah menuntut menjadi arkitek alam semesta? Tidak. Hanya Alkitab sahaja yang membuat pengisbatan yang demikian: “Sebab beginilah firman TUHAN, yang menciptakan langit, – Dialah Tuhan – yang membentuk bumi dan menjadikannya dan yang menegakkannya, – dan Ia menciptakannya bukan supaya kosong, tetapi Ia membentuknya untuk didiami-: “Akulah TUHAN dan tidak ada yang lain.” (Yesaya 45:18).
(C) Dari Naluri Manusia Untuk Menyembah Tuhan Kita Mengetahui Akan Adanya Tuhan.
Pada keseluruhan sejarah, para penjelajah pernah menemui kebudayaan yang tidak pernah berhubungan dengan dunia luar. Namun, setiap satu puak ataupun manusia mempunyai berlainan cara untuk menyembah tuhan ataupun sekumpulan dewa serta dewi. Dengan tidak menghiraukan perbezaan kewarganegaraan, bangsa, kebudayaan ataupun cara-cara penyembahan, terdapatnya satu kelaziman di antara kita semua – kita semua mempunyai naluri untuk menyembah tuhan. Mengapakah demikian? Alkitab memberitahu kita, “Kerana apa yang dapat mereka ketahui tentang Tuhan nyata bagi mereka, sebab Tuhan telah menyatakannya kepada mereka” (Roma 1:19). Dengan kata yang lain, Tuhan telah menanamkan naluri semula jadi di dalam setiap insan untuk menyembahNya.
Terdapatnya segelintir manusia yang tidak percaya Tuhan disebabkan mereka telah masuk ke dalam pengaruh pendidikan yang kurang berwajar di mana ia telah membutakan mereka daripada melihatkan kebenaran untuk sementara waktu. Ini bukannya Tuhan tidak memberikan mereka suatu alam untuk menyembah Dia. Kita dapati bahawa kebanyakan mereka yang tidak percaya Tuhan secara tiba-tiba akan menyeru nama Tuhan apabila suatu bencana besar menindih ke atas mereka. Pada masa itulah seseorang individu akan sedar bahawa daya kuasanya adalah terhad. Nalurinya menyeru kepada Penguasa untuk meminta pertolongan walaupun bibirnya menafikan kewujudan akan Pemerintah Yang Terunggul.
(D) Dari Kehadiran Kehidupan, Kita Mengetahui Akan Adanya Tuhan.
Kehadiran kehidupan sendiri dapat membujuk seseorang untuk merenung soalan-soalan berkenaan Tuhan. Kita tidak memilih untuk datang ke dalam dunia ini. Kecuali kes membunuh diri, kita tidak mengetahui bilakah kita akan menutup mata buat kali yang terakhir. Tambahan pula kita tidak mengetahui dari mananya sumber kehidupan ini terbit.
Kehidupan adalah suatu misteri. Ia adalah sesuatu yang sukar difahami – kita tidak dapat melihat, mendengar ataupun meraba “kehidupan”. Akan tetapi, kehadirannya adalah bukti dalam segala kehidupan. Jikalau kita mengatakan bahawa makananlah yang memberikan kita khasiat untuk menyokong kehidupan, mengapakah kita begitu berbeza dari orang lain walaupun kita memakan makanan yang sama? Tidakkah kesemua makhluk hidup seperti tumbuh-tumbuhan, serangga dan haiwan-haiwan lain bertindak balas dengan berbeza sekali terhadap makanan yang sama? Apabila kita memberikan makanan serta minuman yang sama kepada dua jenis tanaman, satu akan menghasilkan bunga ros manakala yang satu lagi akan menghasilkan bunga bakung. Jadi, apakah unsur yang membuatkan hati kita berdenyut dan darah kita mengalir, ataupun tunas-tunas berkecambah dan bunga-bungaan berbunga?
Kehidupan mengeluarkan tenaga. Apabila kehidupan tinggal di dalam suatu organisma, ia berterusan mengeluarkan tenaga dan melalui sistem metabolisme. Apabila kehidupan meninggalkan sesuatu organisma, kesemua aktiviti-aktiviti berhenti sama sekali. Ia mulai merosot dan akhirnya kembali menjadi debu tanah. Dari mananya tenaga ini berasal?
Kehidupan menyatakan keajaiban-keajaiban. Kesemua benda-benda hidup boleh membesar dan reprodus di bawah syarat-syarat yang tertentu. Sebaliknya, mesin-mesin buatan tangan manusia tidak dapat menghasilkan ataupun menggandakan biarpun bahan-bahan bakar ditambahkan dengan banyak sekali. Manusia mungkin dapat membinasakan kehidupan dengan menggunakan kekerasan. Namun demikian, dengan adanya teknologi yang tercanggih, para saintis pada hari ini masih tidak berjaya dalam penciptaan kehidupan. Tidak kira doktor-doktor perubatan yang berkelengkapan dengan alat-alat perubatan zaman canggih ataupun dengan data yang terkini yang boleh mengekalkan nyawa seseorang sampai selama-lamanya.
Kehadiran kehidupan adalah suatu misteri dan melampaui pengertian kita yang terbatas. Hanya Tuhan sahaja yang boleh melangsaikan misteri-misteri berkenaan kehidupan yang dinyatakan tadi. Dia adalah yang MahaTahu. Dia mengetahui dengan tidak terhitungnya apa yang kita dapat dari kebolehan kita yang terhad. Alkitab memberitahu kita bahawa “di dalam tanganNya (tangan Tuhan) terletak nyawa segala yang hidup dan nafas setiap manusia” (Ayub 12:10). Inilah saksamanya mengapa kita perlu mengetahui tentang Tuhan sekalipun berada di dunia ini. Seandainya kita ingin memahami tentang diri kita dan segala sesuatu yang berada di sekeliling kita, maka kita harus datang ke sumber segala kehidupan – Tuhan.
Wahai para pembaca yang dikasihi, sila renungkan isu ini: Di mananya sumber kehidupan segala sesuatu yang hidup jika tidak adanya Tuhan yang menciptakan serta memeliharakan kehidupan?
(E) Dari Penggenapan Nubuat-Nubuat Di Dalam Alkitab, Kita Mengetahui Akan Adanya Tuhan.
“Yang memberitahukan dari mulanya hal yang kemudian dan dari zaman purbakala apa yang belum terlaksana, yang berkata: KeputusanKu akan sampai, dan segala kehendakKu akan Kulaksanakan.” Yesaya 46:10
Ayat Alkitab ini memberitahu kita bahawa Tuhan mampu menunjukkan dengan awalnya apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Kita dapat melihat dari contoh-contoh yang berikutnya di mana Tuhan telah menggenapkan setiap nubuat menurut perkataanNya.
Nabi Yesaya bernubuat bahawa Mesias akan dilahirkan oleh seorang perawan (Yesaya 7:14). Tujuh ratus tahun kemudiannya, perawan Maria telah melahirkan Kristus Yesus (Matius 1:18-23).
Mikha bernubuat bahawa Mesias akan dilahirkan di Betlehem (Mikha 5:1). Tujuh ratus tahun kemudiannya, Yesus Kristus telah dilahirkan di Betlehem (Matius 2:1-11).
Raja Daud bernubuat bahawa Mesias akan menderita kesakitan yang azab dan gerombolan penjahat akan menusuk tangan dan kakiNya (Mazmur 22:13-19). Seribu tahun sesudah Raja Daud, Yesus Kristus mati dengan kedua-dua tangan serta kakiNya dipakukan ke atas kayu salib (Yohanes 19:17-18, 37).
Bersertakan dengan nubuat-nubuat tentang Yesus yang dinyatakan di atas, di sini juga ada beberapa nubuat mengenai Israel.
Nabi Yeremia telah awal-awal memberi amaran tentang Nebukadnezar, raja Babel, di mana ia akan mengistiharkan peperangan terhadap Yerusalem. Orang-orang Babel akan membinasakan Bait Suci dan memperhambakan orang-orang Yehuda. Selepas 70 tahun penawanan, orang-orang Yahudi akan dibebaskan dan mereka akan kembali ke Yerusalem untuk membangun semula bait mereka (Yeremia 25:9-12; 29:10). Sesungguhnya dalam tahun 606 Sebelum Masihi, orang-orang Babel menawan orang-orang Yahudi. Dalam tahun 536 Sebelum Masihi, Koresy, raja Persia mengizinkan orang-orang Yahudi pulang ke negeri asal mereka (2 Tawarikh 36:17-23; Ezra 1:1-5).
Orang-orang Israel seringkali membunuh para nabi malah menolak penyelamatan Kristus. Oleh sebab perkara ini, Yesus terlebih dahulu memberitahu tentang keruntuhan Yerusalam di mana orang-orang Yahudi akan kehilangan negara mereka dan diselerakkan (Matius 23:27-38; 24:1-2). Akan tetapi, apabila waktunya sudah tiba, Tuhan masih mengasihani mereka dan mengumpul mereka kembali dari setiap penjuru dunia ke negeri mereka untuk membangunkan bangsa Israel yang baru (Yehezkiel 39:28-29). Menurut rekod-rekod sejarah, orang-orang Roma mengepung Yerusalem pada tahun 70 Selepas Masihi dan telah membinasakan Kota Suci dengan sehabisnya-habisnya. Dalam tahun 1948 Selepas Masihi, kira-kira selepas 2000 tahun, Israel dibangunkan dengan herannya dan sekali lagi menjadi sebuah negara.
Contoh-contoh di atas mambentuk hanya sebahagian kecil dari nubuat-nubuat di dalam Kitab Suci. Tidak ada seorang manusiapun yang boleh terlebih dahulu meramal tentang masa depan dengan tepatnya serta melalui suatu jangka masa yang panjang. Dengan sebab itulah, para Kristian memandang Tuhan sebagai yang MahaTahu iaitu Dia mengetahui segala sesuatu.
(F) Dari Tanda-Tanda Mujizat Kita Mengetahui Akan Adanya Tuhan.
Tanda mujizat adalah kerja kuasa mutlak semula jadi. Tuhan yang menciptakan alam semesta adalah Tuhan yang Maha Kuasa (Kejadian 17:1). Walaupun kita tidak dapat melihat ataupun merabaNya, Dia menggunakan tanda-tanda mujizat untuk membuktikan kewujudanNya, untuk memimpin manusia agar menyembahNya dan percaya kepadaNya. Contohnya, lebih dari 2,000 tahun yang lalu, Dia menurunkan sepuluh tulah demi membebaskan orang-orang Israel dari tangan orang-orang Mesir (Keluaran fasal 7-12). Untuk menyelamatkan orang-orang Israel dari pedang orang-orang Mesir, Dia membelahkan air Laut Merah supaya mereka dapat menyeberang di atas tanah kering (Keluaran 14:10-31). Demi menyelamatkan orang-orang Israel dari mati kebuluran di padang gurun, Dia menghujankan manna dari langit untuk empat puluh tahun dengan tidak henti-hentinya (Keluaran 16:35; Nehemia 9:20-21). Selain daripada tanda-tanda mujizat yang di atas, Alkitab juga ada merekodkan banyak lagi tanda-tanda mujizat di dalam Perjanjian Lama. Kesemua peristiwa ini melampaui daya kuasa manusia.
Dalam zaman Perjanjian Baru, Tuhan meggunakan rasul-rasulNya untuk melakukan tanda-tanda mujizat seperti mengusir setan serta menyembuhkan pelbagai jenis penyakit agar mereka semua yang masuk ke dalam Kristus dapat memperolehi damai sejahtera (Kisah Para Rasul 3:2-8; 5:12-16; 8:5-8; 14:8-18; 16:16-18; 19:11-12).
Sama seperti sekarang juga, tanda-tanda mujizat yang serupa dengan Gereja peringkat awal masih wujud di dalam Gereja Yesus Benar. Semenjak penubuhannya, Tuhan telah melakukan banyak tanda mujizat dan mengubahkan kehidupan beribu-ribu pemercaya. Tuhan menggunakan penilik jemaat dan para pemercaya untuk menyembuhkan penyakit, untuk memperbaiki “Peredaran Semula jadi”, untuk mengubah pemikiran manusia, membolehkan manusia melihat penglihatan dan melakukan peristiwa-peristiwa kuasa ghaib semula jadi termasuk membangkitkan orang mati. Kesemua kuasa ghaib semula jadi ini datang dari tangan Tuhan Yang Esa.
(G) Tuhan Mendedahkan DiriNya Sendiri Melalui Roh Kudus.
Manusia mempunyai roh-roh manusia manakala Tuhan mempunyai Roh Tuhan iaitu Roh Kudus. Meskipun kita tidak dapat melihat Tuhan, kita mengetahui bahawa terdapatnya Tuhan melalui pengalaman kita ataupun menyaksikan orang lain menerima Roh Kudus. Apakah rupanya menerima Roh Kudus? Alkitab merekodkan bahawa sewaktu Petrus sedang memberitakan Injil di rumah Kornelius, Roh Kudus turun ke atas semua orang yang mendengarkan pemberitaan itu (Kisah Para Rasul 10:44). Bagaimanakah Petrus tahu bahawa Roh Kudus sudah diturunkan ke atas mereka semua? Alkitab memberitahu kita bahawa mereka mendengar orang-orang itu “berkata-kata dalam bahasa roh” (Kisah Para Rasul 10:46). Oleh itu, kita dapat memastikan samada orang itu ada Roh Kudus atau tidak dengan berdasarkan kepada berkata-kata dalam bahasa roh itu.
“Berkata-kata dalam bahasa roh” merupakan bukti untuk seseorang menerima Roh Kudus dan Roh Kudus merupakan bukti akan kewujudan Tuhan. Dengan demikian, Alkitab mengatakan: “Kerana itu karunia bahasa roh adalah tanda, bukan untuk orang yang beriman, tetapi untuk orang yang tidak beriman” (1 Korintus 14:22). Ini bererti bahawa berkata-kata dalam bahasa roh adalah bukti untuk orang kafir mengetahui bahawa Roh Tuhan boleh turun ke atas manusia. Bagi pemercaya pula, Tuhan memberikan suatu petunjuk yang lebih nyata: “Dan demikianlah kita ketahui bahawa Tuhan ada di dalam kita, yaitu Roh yang telah Ia karuniakan kepada kita” (1 Yohanes 3:24).
Pencurahan Roh Kudus musim akhir membawakan penubuhan Gereja Yesus Benar. Kebanyakan pemercaya dalam gereja ini telahpun menerima Roh Kudus dan berkata-kata dalam bahasa roh di mana ia adalah serupa dengan situasi para rasul untuk membuktikan kejituan Alkitab.
ROH KUDUS PADA MASA PERJANJIAN BARU
Seperti yang direkodkan di dalam Buku Kisah Para Rasul, Roh Kudus telah diturunkan ke atas para rasul buat kali yang pertama (Sila rujuk Kisah Para Rasul fasal 2). Pada Hari Pentakosta, terdapat banyak kejadian yang ganjil berlaku. Orang-orang Yahudi yang melihat dan mendengar murid-murid yang berkepenuhan dengan Roh Kudus menyangka mereka sudah mabuk. Pada masa itulah gereja pertama mulai berakar dan bertumbuh. Roh Kudus bekerja dengan begitu penuh kuasa di antara orang-orang dengan tanda-tanda mujizat yang menghairankan. Hasilnya, beribu-ribu orang datang percaya kepada Tuhan.