Views: 471
1.Mendirikan hubungan sosial yang baik.
2. Mementingkan tanggapan pertama.
3. Mengambil berat kehidupan orang tua.
4. Sikap yang sesuai.
5. Memenuhi interaksi antara saudara-mara.
i. Mertua ialah ibu bapa kepada suami, harus menyara kehidupan mereka dengan bersyukur.
ii. Ibu bapa isteri adalah ahli keluarganya, sepatutnya dihormati.
iii. Di antara isteri bagi adik-beradik, haruslah memahami perasaan suami mereka sebagai adik-beradik dan dapat bergaul bersama.
iv. Ipar merupakan ahli keluarga suami, haruslah ramah terhadap mereka.
6. Prinsip pergaulan dalam keluarga pasangan berkahwin?
i. Niat baik: berfikir ke arah yang baik dalam segala hal, menjelaskan salah faham.
ii. Pembahagian kerja: Perhubungan dengan saudara-mara kedua-dua pihak.
iii. Privasi: Tidak bercakap tentang rahsia peribadi di khalayak ramai, tidak mengadu di depan semua orang.
7. Akhir kata
i. Mendirikan ketertiban kehidupan keluarga, untuk mendorong peningkatan personaliti kita.
*Soalan renungan
1. Apakah tanggapan anda terhadap saudara-mara si dia?
2. TInggal bersama ahli keluarga? Atau pasangan yang berkahwin berpindah ke luar?
3. Sebagai seorang anak dan suami, apakah yang harus diberi perhatian, dan bagaimanakah cara untuk membina hubungan yang ideal antara ibu bapa dan menantu?
4. Bagaimana memupuk hati yang saling mengasihi?
Pengurusan Hubungan Manusia dan Perkara
1. Personaliti :
i. Setiap orang memiliki kelebihan dan kelemahan, apabila ditonjolkan pada masa yang sesuai, ia adalah kelebihan, sebaliknya pula ia menjadi kelemahan (tiada perbezaan baik atau buruk bagi personaliti).
ii. Jangan tersilap langkah sehingga menimbulkan masalah (perkara yang paling dibenci olehnya).
iii. Saling memahami dan menghargai, dengan adanya pemahaman barulah boleh hidup bersama.
2. Pengurusan perkara:
i. Perkara terbahagi kepada yang ringan/berat, kurang penting/ mustahak.
ii. Manusia mempunyai konsep penilaian yang berbeza.
iii. Pandangan seseorang terhadap manusia dan perkara akan dipengaruhi oleh latar belakang proses tumbesarannya.
3. Akhir kata
i. Meningkatkan EQ, menjadi teladan yang baik, adalah bermanfaat untuk pendidikan anak-anak.
*Soalan renungan
1. Kemukakan satu persoalan, kemudian menanya pandangan kedua-dua pihak.
Konsep Seksual yang tepat
1. Memahami perbezaan mental dan fisiologi di antara kedua-dua jantina.
2. Kehidupan seks adalah perkongsian kasih, untuk mendapat zuriat, memenuhi keperluan fisiologi dan mental.
3. Kehidupan seks adalah lanjutan daripada komunikasi suami isteri, yang olehnya menyatakan persiapan Tuhan.
4. Janganlah membiarkan emosi diri mempengaruhi “niat”, demi memperkembangkan ruang untuk perasaan.
5. Hak atas tubuh kita terletak pada Tuhan (1 Kor 6:18-20), juga terletak pada pasangan kita (1 Kor 7:3-5).
6. Akhir kata
i. Kitab Keluaran menyebutnya sebagai “Persetubuhan”.
ii. Kidung Agung menjelaskan, ini merupakan kesatuan kasih dan hidup.
*Soalan renungan
1. Apakah kedudukan seks dalam pernikahan?
i. Merupakan ciptaan Tuhan, berbeza antara lelaki dan perempuan.
ii. Diciptakan untuk pernikahan.
iii. Kehidupan seks suami isteri dapat mengelakkan percabulan (1 Kor 7:1-5), dan mengekalkan kebahagiaan hidup.
iv. Perhubungan seks di luar pernikahan adalah perbuatan dosa, termasuk niat percabulan (Mat 5:27).
Perancangan Keluarga dan Pendidikan
1. Perihal melahirkan anak
i. Menghormati nyawa, tidak menggugurkan kandungan dengan sesuka hati.
ii. Anak-anak adalah milik pusaka daripada Tuhan.
iii. Jangan mendesak (memaksa diri), jangan pula menjadi golongan DINK (Double Income No Kids) yang tidak mahu melahirkan anak.
2. Perihal pendidikan
i. Mendidik menurut kebenaran (Ef 6:4).
ii. Mendidik dari masa kecil (Ams 22:6).
iii. Anak yang mempunyai kepercayaan yang tepat tidak akan menjadi jahat.
*Soalan renungan
1. Selepas bernikah, berapakah anak yang anda mahu lahirkan? Mengapa?
2. Selepas bernikah, tahun ke berapakah anda mahu melahirkan anak yang pertama? Mengapa?
Pelayanan gereja dan kehidupan kepercayaan
1. Pelayanan gereja
i. Lakukan pelayanan dengan hati yang bersyukur.
ii. Jangan menolak kerja suci dengan sewenang-wenangnya.
iii. Bekerja untuk Tuhan pasti tidak akan sia-sia, hasil pekerjaan menyertai kita hingga hidup kekal (1 Kor 15:58; Why 14:13).
2. Kehidupan kepercayaan:
i. Mendirikan mezbah keluarga (membaca Alkitab, berdoa).
ii. Melaksanakan: kepercayaan adalah kehidupan, kehidupan menjadi saksi kepercayaan.
iii. Takut akan Tuhan: Kristus menjadi Tuan rumahku.
3. Akhir kata:
i. Pelayanan dapat menambah pemeliharaan oleh Tuhan.
ii. Kepercayaan adalah kekuatan.,
*Soalan renungan
1. Bincangkan pengalaman kepercayaan anda.
2. Buat masa ini, apakah pekerjaan yang anda lakukan di gereja tempatan? Bolehkah berkongsi buah fikiran anda?
Dari bertunang Hingga Bernikah
1. Tontoni VCD
i. Upacara pertunangan.
ii. Upacara pernikahan.
2. Perhatian
i. mengadakan upacara pernikahan di gerja, sebagai tanda menghormati gereja.
ii. Gaun saudari janganlah mendedahkan dada atau belakang, jika reka bentuk sangat terhad dan tiada pilihan yang lain, haruslah memakai selendang agar lebih saleh.
iii. Sikap menghormati Tuhan sepatutnya merangkumi cara berpakaian.
iv. Mengadakan upacara pernikahan di gereja mempunyai fungsi teladan, pasangan pengantin baru sepatutnya lebih bekerjsama.
3. Tempoh persediaan pernikahan
i. Pemeliharaan diri selepas bertunang.
ii. Menyelaras sikap kita untuk memasuki kehidupan bernikah:
Menyelaras peranan diri dan menyesuaikan diri dengan kepelbagaian peranan.
iii. Memahami sifat dan personaliti kedua-dua pihak (termasuk keluarga).
iv. Menyelaras dan berkomunikasi mengenai tempat tinggal selepas bernikah, justeru perlu bersedia untuk menyelaras pekerjaan atau memohon pemindahan tempat kerja.
4. Akhir kata
Konsep pernikahan menurut buku sejarah menyatakan hubungan di antara pernikahan dengan suatu bangsa, sejarah dibentuk daripada cara pernikahan, maka, pernikahan setiap pasangan haruslah bertanggungjawab terhadap sejarah.
*Soalan renungan
1. Apakah erti upcara pernikahan?
2. Dalam upacara pertunangan, sebelum upacara pernikahan, apakah perkara yang perlu diselaraskan antara kedua-dua pihak dan gereja?
