Views: 47
1. Hantaran, Perjamuan kahwin
i. Mengutamakan Kejujuran dan Keikhlasan.
ii. Menghapuskan konsep buruk dan kepercayaan karut dalam masyarakat.
iii. Tidak boros semasa mengadakan perjamuan kahwin, hantaran jangan keterlaluan.
iv. Jangan menjadi beban ekonomi kepada keluarga yang baharu dibentuk pada masa hadapan.
v. Banyak berkomunikasi sebelum bertindak.
vi. Kedua-dua pihak harus saling memahami dan menerima.
vii. Mementingkan kesopanan dan janji.
2. Bulan madu
i. Pertimbangan kemampuan ekonomi.
ii. Pertimbangan masa kedua-dua pihak.
iii. Pertimbangkan sifat rekreasi.
iv. Mencapai persefahaman melalui komunikasi yang secukupnya.
3. Akhir kata
i. Mendirikan dasar pengurusan hidup menerusi proses pernikahan.
ii. Mencipta ruang untuk saling menyesuaikan diri menerusi bulan madu.
*Soalan renungan
1. Bagaimanakah menyelaras hal-hal seperti hantaran dan perjamuan kahwin dengan saudara-mara yang belum percaya kepada Tuhan?
2. Selepas bernikah, adakah anda merancang untuk berbulan madu di dalam atau luar negara? Mengapa?
Rujukan
Rubah-rubah yang kecil di kebun anggur
1. Perzinahan – Perhubungan yang haram antara lelaki dan perempuan, yang dirahsiakan dan disebalik pengetahuan pasangan kita, hubungan seks yang curang.
2. Kemarahan – Tingkah laku yang kasar disebabkan marah. Ketika kita enggan mengakui kewujudan pihak yang lain, kita menunjukkannya dengan perasaan marah, memaki hamun, merajuk atau berperang dingin.
3. Kepahitan – Menekan kemarahan, sehingga membiarkan kemarahan berakar dalam hati, membuahkan pelbagai kepedihan dan dukacita, antaranya termasuk menjejaskan kesihatan badan.
4. Perubahan – Menaruh harapan yang terlalu tinggi terhadap pasangan kita. Setelah bernikah, kita mendapati hakikatnya suami kita agak jauh berbeza berbanding dengan suami ideal yang kita idamkan sebelum bernikah, namun kita enggan menghadapi kenyataan dan menyesuaikan diri.
5. Percanggahan – Kuasa atau sifat yang bertentangan atau tidak serasi (seperti konsep, keuntungan, niat) tetapi yang saling mengganggu antara satu sama lain. JIka tidak dikendalikan dengan baik, percanggahan akan semakin meningkat, sehingga memudaratkan pernikahan kita.
6. Kritikan – Dari aspek rupa, kelakuan, keperibadian dan kehidupan, kita mengkritik, menyalahkan, membantah, meragui, menghakimi, menghina dan menafikan. Inilah sifat alamiah orang dosa.
7. Berhutang – Masalah kewangan merupakan punca utama tekanan dalam pernikahan. Ia seperti tali yang kukuh, yang membelenggu kita, semakin banyak tali ini, semakin kuat ia menjerut kita.
8. Jemu – Perasaan jemu terhadap pernikahan bukan saja dapat merosakkan perhubungan intim antara suami isteri, malah dapat mengurangkan kepuasan hati mereka terhadap pernikahan.
9. Keegoan- Sikap memusatkan diri semakin hari semakin menonjol, hanya mempertimbangkan keperluan diri sendiri, tidak lagi berfikir untuk pihak yang lain.
10. Enggan berkomunikasi – Komunikasi antara suami isteri sangat mempengaruhi suasana keluarga dan hala tujuan pernikahan. Antara masalah-masalah suami isteri, kekurangan komunikasi menimbulkan banyak kegelisahan dan kekhuatiran dalam keluarga dan pernikahan.
11. Perasaan bersalah – Perlu penyelarasan semasa menyesuaikan diri dalam hubungan suami isteri, jangan membiarkan masalh mental menjejaskan keutuhan pernikahan. Faktor – faktor mental termasuk perasaan marah terhadap pasangan; perasaan takut terhadap; alat kelamin pasangan, hubungan seks, perasaan malu, kebergantungan terhadap seks atau mengandung; perasaan bersalah selepas mengalami orgasma; depresi; pernikahan yang tidak harmoni; tekanan kehidupan, penuaan, tidak menuruti keteraturan hubungan seks (Seperti kekerapan dan jangka masa hubungan seks, atau seks oral) sehingga menyebabkan kebimbangan; salah faham terhadap seks (contoh: menganggap onani, histerektomi, atau menopaus menjejaskan fungsi seks).
12. Tabiat buruk – Merokok, menagih dadah, pemabuk, tidak menjaga imej, tidak mementingkan kebersihan dan sebagainya adalah pembunuh cinta. Perkara-perkara keci yang nampaknya kurang penting dalam kehidupan adalah pembunuh cinta yang sebenar.
13. Kurang sabar – Tidak dapat bersabar dan hilang minat terhadap kata-kata pasangan, sengaja menunjukjkan perbuatan yang membelakangi kemahuannya.
14. Dingin – Semakin kekurangan aksi yang memberangsangkan, menolak pasangan kita daripada meluahkan perasaannya, menunjukkan mimik muka yang dingin, keras hati seperti besi.
15. Tidak adil – Terhadap keluarga sendiri, menganggap diri kita mentaati orang tua dan sanggup melaksanakan semua permintaan mereka, serta menjaga mereka dengan begitu teliti. Tetapi terhadap keluarga pasangan, kita kurang mempercayai mereka.
16. Tidak sensitif – Mengelakkan pasangan, tidak berperasaan terhadap pasangan, selalu mendapat tatapan yang senyap dan kosong, jika keadaan tersebut berlanjutan mengikut masa, ini akan mengakibatkan pernikahan yang malang.
17. Cemburu- Setelah menetapkan hubungan pernikahan, pasangan menjadi barang kepunyaan peribadi. Jika terdapat orang yang berlainan jantina mendekatinya, kesemuanya akan dilihat sebagai musuh ketat.
18. Perselisihan urusan rumahtangga – Dalam hal urusan rumahtangga, suami isteri harus saling bertimbang rasa, saling menjaga, dan berinisiatif untuk menanggung lebih banyak kerja. Jika keadaan mengizinkan, kita perlu mengaturkan kehidupan dengan lebih baik, supaya tidak mempengaruhi hubungan kekeluargaan.
19. Tidak intim – Suami isteri tidak dapat mengekalkan cinta menerusi sentuhan jasmani, perasaan dan intelek. Suami isteri perlu mengaplikasikan pelukan, dakapan, pegangan tangan, dan ciuman untuk mencapai hubungan yang intim. Malangnya, selepas manusia bernikah, sentuhan badan hanya digunakan sebagai isyarat semasa ingin mengadakan hubungan seks.
20. Kucar-kacir – Persekitaran kediaman tidak mempengaruhi sifat kebahagiaan keluarga, tetapi boleh memberi pembayang tentang hubungan dalam keluarga tersebut. Persekitaran kediaman mungkin menjadi faktor pendorong yang meletuskan perasaan tidak harmoni yang tersembunyi dalam hubungan pernikahan tersebut.
21. Mengomel – Bercakap tidak berhenti-henti tanpa tujuan, atau cerewet kerana hal-hal kecil, ini sudah pasti menjadi penderaan dan siksaan terhadap keyakinan diri pasangan kita untuk jangka masa yang panjang.
22. Anak-anak yang kurang ajar – Anak yang susah diajar, tidak bersopan, suka membantah, demikianlah suara hati bagi kebanyakan ibu bapa. Masalah ini berpunca daripada sikap ibu bapa semasa mengajar anak.
23. Tekanan ibu bapa – Ahli keluarga tidak dapat hidup dengan damai, inilah halangan untuk mencapai keharmoniian dan kesempurnaan pernikahan dan kehidupan keluarga. Ini akan mempengaruhi kualiti keutuhan pernikahan.
24. Keangkuhan – Pasangan mempunyai sejenis perasaan membanggakan diri dan sombong. Fenomena ini berkekalan selepas bernikah malahan menjadi semakin kuat. Ini menyebabkan pasangan merasai dirinya tersisih dan diabaikan, lama-kelamaan ini akan mempengaruhi hubungan suami isteri.
25. Asyik berlengah- Tidak cekap dan tahan lasak, mempunyai perangai seorang pemalas, ini sememangnya membimbangkan.
26. Menjawab tanpa berfikir – Menjawab dengan nada yang kejam dan nyaring, ini menyebabkan pihak yang pasif menyembunyikan diri daripada orang yang menimpakan penderitaan kepadanya.
27. Menolak hubungan seks – Semakin kurang minat terhadap kehidupan seks. Memberi pelbagai alasan untuk mengelakkan keintiman dengan pasangan. Bersikap rutin terhadap gerak-geri yang menunjukkan perasaan cinta.
28. Internet dan komunikasi moden – Di samping menjadi pendorong yang menyatukan lelaki dan perempuan, ia juga menjadi faktor utama yang menyebabkan kecurangan dan perpisahan suami isteri.
29. Kasihan kepada diri sendiri – Menganggap diri sendiri sangat malang dan hina, sambil membayangkan pasangan kita dapat mendengar suara kita yang sedih, atau merajuk terhadap dia, untuk menagih tatapan yang simpati. Jika membiarkan emosi negatif ini wujud dalam hubungan pernikahan, ini hanya akan mendatangkan keburukan semata-mata.
30. Kerohanian yang tawar – Tahap kematangan jiwa rohani adalah asas yang menentukan kejayaan atau kegagalan kehidupan pernikahan. Pasangan yang mempunyai kepercayaan yang suam-suam kuku akan menyebabkan diri sendiri dan keluarga kehilangan banyak peluang untuk mendapat berkat Tuhan.
31. Televisyen – Terlalu banyak menonton televisyen akan memupuk sikap yang pasif. Ini boleh menyebabkan manusia kehilangan motif dan tenaga untuk mendirikan hubungan yang intim. Televisyen sering menjadi sebab perselisihan suami isteri.
32. Mengancam – Selepas isteri dan suami bertengkar, selalunya seks digunakan untuk mengancam suami. Perbezaan yang utama antara hubungan suami isteri dengan hubungan sosial yang lain adalah seks. Jika mengguna seks untuk mengancam atau mengawal pasangan, ini akan melukai maruah dirinya.
33. Keganasan – Keganasan rumah tangga ialah punca utama yang membahayakan kestabilan pernikahan dan keluarga, yang akan mendorong mangsa menncari sandaran batiniah yang lain, sehingga menjalinkan hubungan luar nikah dengan orang lain, dan akhirnya memusnahkan pernikahan dan keluarga yang asal.
34. Menjerit dengan kuat atau tabiat lain yang menyinggung perasaan – Kerap berlaku bertengkaran yang hebat dan gerak -geri yang ganas, tidak berasa segan bertengkar dengan pasangan walaupun di tempat awam, malah pertengkaran menjadi semakin serius.
35. Letih-lesu – Terlalu menceburi aktiviti-aktiviti lain, atau jarngf mempunyai masa dan tenaga bagi pernikahan semasa suami isteri membesarkan anak dan memajukan kerjaya sendiri, gagal memberi keaktifan kepada pasangan dan perhubungan cinta.
