[dflip id="7483" ][/dflip]
Tidak kisahlah sama ada manusia bekerja untuk sesuap nasi atau hanya bekerja untuk memenuhi kehendak hidupnya, yang pasti mereka sebenarnya mempunyai misi dalam kehidupan masing-masing.
Namun, misi kehidupan manusia terjejas sejak dua tahun ini kerana bumi dilanda penyakit sampar yang telahpun meragut jutaan nyawa.
Dalam edisi ini, Hujan Musim Semi membawa pembaca ke arah satu titik fokus iaitu berdoa, berpuasa dan terus bergerak ke arah cahaya fajar sesudah pandemik ini berlalu.
Tuhan sedang menguasai rentas masa sepanjang zaman malahan Dialah Tuhan yang abadi dan tidak berkesudahan.
Tuhan Yesus tidak akan membiarkan anak-anak-Nya berjalan sendiri melalui lembah bahaya kehidupan.
Tuhan turut bekerja dalam segala sesuatu untuk kebaikan kepada anak-anak-Nya.