Tuhan Memberkati Keluarga Saya
Saksian oleh: Wong Thau Leong
Tarikh: Mac 1988
Haleluya, dalam nama Tuhan Yesus saya menyampaikan saksian. Nama saya ialah Wong Thau Leong. Saya dibaptis ke dalam Tuhan sejak kecil. Isteri saya dahulunya berasal dari dominasi lain dan dia menyertai Gereja Yesus Benar pada tahun 1968, iaitu setahun sebelum perkahwinan kami. Walaupun anggota keluarga ipar saya begitu tekun dalam kepercayaan lama mereka, isteri saya berlainan kepercayaannya. Dia terasa Gereja Benar memilih Roh Kudus dan apa yang disebarkan sepatutnya dibuktikan dengan Alkitab yang diilhamkan oleh Tuhan. Dua kenyataan ini menyakinkan dia iaitu Gereja Yesus Benar adalah Gereja yang didirikan oleh Tuhan. Tuhan memberkati keluarga saya dan memberikan saya seramai lima anak di mana saya bersyukur kepadaNya.
Pada tahun 1977, isteri saya menerima Roh Kudus semasa kebaktian keluarga. Setahun kemudian, ibu mertua saya sakit tenat di Kota Kinabalu. Malangnya abang sulung isteri saya tidak membawanya berjumpa doktor. Sebaliknya mereka meminta bantuan dari seorang wanita medium Buddha yang mengatakan ibu mertua saya tidak boleh hidup melebihi lima belas hari bulan kalendar lunar yang bermaksud dia cuma mempunyai nyawa seminggu sahaja. Kedua-dua abang ipar saya mempercayai perkataan medium itu dan melakukan seperti yang dikatakan mereka. Mereka mempersembahkan korban dan menjalankan upacara agama kepada tuhan palsu. Bila isteri saya melawat ibunya, dia marah atas kebodohan perbuatan abang-abangnya dan menegur mereka dengan berkata: “Ibu kita telah pun lama menjadi seorang Kristen. Sekiranya Tuhan hendak memanggilnya untuk berehat biarlah, itu kehendak Tuhan, mengapakah kamu berjumpa tuhan palsu? Mengapakah tidak bersandar kepada satu-satunya Tuhan, Tuhan Yesus?” Selepas itu dia pun binasakan kesemua korban persembahan. Dia mengeluarkan $1000 dari akaun simpanan dan memanggil seorang doktor untuk merawat ibu yang sakit itu. Pada masa yang sama dia menjemput Diakon Peter Wong dan Diakon Kee Henn Thau dari Gereja Papar ke rumah ibunya untuk berdoa dan menumpangkan tangan kepadanya. Mereka juga memindahkan dan membinasakan azimat yang dipakainya. Selepas berdoa baginya selama 3 hari, keadaannya pulih semula. Di samping itu, ramalan dari medium bahawa ibu mertua akan mati dalam seminggu telah terbukti palsu dan abang-abang ipar saya telah ditipu oleh medium itu hampir $1000.00.
Lebih kurang 2 minggu kemudian satu perkara malang menimpa isteri saya bila kami selesai sahaja makan malam. Apabila dia baru sahaja melakukan tugas biasa membasuh pinggan mangkuk, dia dipukul sehingga hitam biru di belakang lehernya oleh syaitan. Akibatnya dia menjadi gila. Sehari sebelum kecelakaan menimpanya, isteri saya menderma kepada Gereja kesemua baki wang dari $1000.00 yang dikeluarkan dari bank untuk ibu yang sakit. Dalam minggu pertama isteri saya yang menjadi gila, para diaken dan pendeta dari Ibu Gereja Sabah dan semua Gereja tempatan diberitahu untuk membantu doa bagi isteri saya. Diakon-diakon dan pendeta-pendeta dari Ibu Gereja Sabah dan dari Kota Kinabalu datang ke rumah saya untuk berdoa dan menyusir iblis dari isteri saya. Kemudian dia dimasukkan ke Hospital Sakit Jiwa Kerajaan. Syukur kepada Tuhan selepas sebulan sakit isteri saya beransur-ansur hilang dan dia menjadi seorang normal semula. Setahun selepas dia sembuh semula, dia kehilangan Roh Kudus. Walau bagaimanapun, iman isteri saya tidak merosot. Sebaliknya dia menjadi lebih beribadat. Syukur kepada Tuhan, tahun berikutnya dia menerima Roh Kudus semula manakala menghadir Perhimpunan Rohani Gereja Kota Kinabalu. Dari pengalaman lalu saya menjadi sedar bahawa kehidupan penuh dengan kebaikan dan kepahitan tetapi walau apapun yang berlaku kita mesti bersyukur dan berserah kepada kehendak Tuhan serta bersandar sepenuh kepadaNya. Saya amat bersyukur kepada Tuhan atas kasih kurnia yang berlimpahan yang dicurahkan kepada keluarga saya. Semoga kemuliaan diberikan kepada nama Tuhan Yesus. Amin.
