52. Dosa Bunuh Diri
“Bunuh diri” iaitu membunuh nyawa sendiri.
I. BUNUH DIRI TERMASUK DOSA APA?
1. Sama dengan dosa membunuh orang.
a. Manusia diciptakan oleh Allah (Kis 17 : 25-28).
b. Bunuh diri termasuk membunuh orang yang diciptakan, yakni melakukan dosa pembunuhan (Kel 20 : 13).
2. Merosak Bait Allah.
a. Bait Allah yang dihormati Yesus (Mat 21 : 12-13).
b. Umat Kristian adalah Bait Allah (1 Kor 3 : 16-17; 6 : 19).
- Bunuh diri sama dengan merosak Bait Allah, sehingga Allah tidak akan mengampuninya.
3. Memburukkan nama Allah.
a. Allah ingin oleh kerana mereka memperoleh kemuliaan (Yes 44 : 23; 49 : 3).
b. Muliakanlah Allah dengan tubuh (1 Kor 6 : 20).
4. Tidak berbakti kepada ibu-bapa.
a. Pepatah kuno mengatakan : Keadaan tubuh adalah diwariskan oleh ibu-bapa, sehingga tidak boleh melukainya.
b. Bunuh diri adalah tidak berbakti, yakni melanggar hukum ke-lima (Kel 20 : 12).
II. MENGAPA BUNUH DIRI?
- Sifat manusia adalah tamak hidup dan takut mati, pepatah mengatakan : “Pengemis tidak berjalan pada jambatan yang rosak”. Kalau demikian mengapa manusia bunuh diri?
1. Keadaan yang menekan, buntu jalan (2 Raj 16 : 8-10; 1 Sam 31 : 1-4).
2. Iblis mengendalikan, atau berbagai macam pukulan, tidak mempunyai muka untuk bertemu dengan orang (2 Sam 15 : 12-31; 17 : 23; Mat 27 : 3-5).
III. BAGAIMANA MENCEGAH BUNUH DIRI?
1. Sering menyimpan ketekadan hati yang teguh.
- Merasakan bahawa kehidupan manusia merupakan pergumulan dengan penderitaan (Ayb 14 : 1; Mzm 119 : 75; 1 Ptr 4 : 1).
2. Merasa cukup.
Orang kuno berkata : “Merasa cukup sering memberi kesenangan”.
Seperti : Paulus (Flp 4 : 11-12).
3. Sabar.
- Seperti Ayub (Ayb 2 : 9-10; 1 : 21; Yak 5 : 11).
4. Mengusir iblis.
- Iblis adalah pembunuh manusia (Yoh 8 : 44; Kej 3 : 4-6; 4 : 6-8; Yoh 15 : 13; Mrk 9 : 29).
5. Melaksanakan untuk saling mengasihi (Yak 2 : 15-16; 1 Yoh 3 : 17).
- Apabila mengetahui bahawa pihak lain berikhtiar ingin bunuh diri, dan mengerti sebabnya, maka hendaklah menasihati dan mencegah dengan Kasih atau memberi bantuan, yakni mengerti akan kehangatan di antara sesama, sehingga bersemangat kembali untuk menghadapi kenyataan hidup.
