| | | |

Bahagian 3 Dengarkanlah Nabi Yang Dibangkitkan

Nas Kitab: Ulangan fasal 18 ayat 15-19

Prakata:

Seorang nabi dari tengah-tengahmu, dari antara saudara-saudaramu, sama seperti aku, akan dibangkitkan bagimu oleh Tuhan, Allahmu; dialah yang harus kamu dengarlah (Ul 18:15)

I.             Dialah Yang Harus Kamu Dengarkan (Ul 18:15)

Δ       Tetapi pegawai-pegawainya datang mendekat serta berkata kepadany: “Bapak, seandainya nabi itu menyuruh perkara yang sukar kepadamu, bukankah bapak akan melakukannya? …… (II Raj 5:13)

II.          Allah Tidak Berfirman Kepada Manusia (Ul 18:16)

Δ       Gunung Sinai ditutupi seluruhnya dengan asap, kerana Tuhan turun ke atasnya dalam api; asapnya membubung seperti asap dari dapar …… kemudian Tuhan berfirman kepada Musa: “Turunlah, peringatkan kepada bangsa itu, supaya mereka jangan menembus mendapatkan Tuhan hendak melihat-lihat; sebab tentulah banyak dari mereka akan binasa” (Kel 19:18-21).

III.       Ia Harus Menyampaikan Firman Tuhan (Ul 18:18)

Δ       Lalu Tuhan mengulurkan tanganNya menjemah mulutKu; Tuhan berfirman kepadaKu: “Sesungguhnya Aku menaruh perkataan-perkataanKu ke dalam mulutmu” (Yer 1:9).

Δ       Aku telah mengutus kepadamu segala hambaKu, yakni para nabi, terus-menerus, mengatakan: kembalilah kamu masing-masing dari tingkah-langkahmu yang jahat itu. Perbaikilah perbuatan-perbuatanmu, janganlah mengikuti allah lain untuk beribadah kepada mereka, maka kamu akan tetap diam di tanah yang telah Kuberikan kepadamu dan kepada nenek moyangmu …… (Yer 35:15).

Δ       Lalu datanglah firman Tuhan kepadamu: “…… oleh kerana itu katakanlah kepada mereka: Beginilah firman Tuhan Allah:  Tidak satupun dari firmanKu akan ditunda-tunda. Apa yang Kufirmankan akan terjadi, demikianlah firman Tuhan Allah” (Yeh 12:26-28).

IV.       Orang Yang Tidak Mendengar Akan Dituntut Pertanggungjawab (Ul 18:19)

Δ       Namun Tuhan, Allah nenek moyang mereka, berulang-ulang mengirim pesanan melalui utusan-utusanNya, kerana Ia sayang kepada umatNya dan tempat kediamanNya menghina segala firmanNya, dan mengejek nabi-nabiNya. Oleh sebab itu murka Tuhan bangkit terhadap umatNya, sehingga tidak mungkin lagi pemulihan (II Taw 36:15-16)

Δ       Disebabkan umat Israel tidak perdengarkan para nabi, maka mereka diselerakkan ke negara asing (Dan 9:4-7)

V.          Kesimpulan

Δ       Jangan mengusik orang-orang yang Kuurapi dan jangan berbuat jahat tehadap nabi-nabiKu” (I Taw 16:22)

Bahagian 2  Jangan Belajar Dan Berlaku Segala Kekejian
| | | |

Bahagian 2 Jangan Belajar Dan Berlaku Segala Kekejian

Nas Kitab: Ulangan fasal 18 ayat 9-14

Prakata:

Apabila engkau sudah masuk ke negeri yang diberikan kepadamu oleh Tuhan, Allahmu, maka janganlah engkau belajar berlaku sesuai dengan kekejian yang dilakukan bangsa-bangsa itu (Ul 18:9)

I.      Hal-hal dipandang keji Tuhan (Ul 18:9-11)

  1. Mempersembahkan anak-anak lelaki dan perempuan sebagai korban dalam api
  2. Petenung
  3. Peramal
  4. Penelaah
  5. Penyihir
  6. Pemantera
  7. Bertanya kepada arwah
  8. Bertanya kepada roh peramal
  9. Meminta petunjuk kepada orang mati

Δ       Manasye mempersembahkan anak-anaknya sebagai korban dalam api, melakukan banyak yang jahat di mata Tuhan, sehingga ia menimbulkan sakit hatiNya, mengakibatnya ditangkap raja Asyur dan dibawa ke Babel (II Taw 33:5-11)

Δ       Hosea mempersembahkan anak-anaknya sebagai korban dalam api, melakukan tenung dan telah dan memperbudak diri dengan melakukan yang jahat di mata Tuhan, sehingga menimbulkan sakit hatiNya. Sebab itu Tuhan sangat murka kepada Israel dan menjauhkan mereka dari hadapanNya (II Raj 17:16-18)

Δ       Demikianlah Saul mati kerana perbuatannya yang tidak setia terhadap Tuhan. Oleh kerana ia tidak berpegang pada firman Tuhan, dan juga kerana ia telah meminta petunjuk dari arwah, dan tidak meminta petunjuk Tuhan, maka Tuhan membunuh dia dan menyerahkan jabatan raja itu kepada Daud (I Taw 10:13-14)

II.          Jangan Belajar Berlaku Segala Kekejian (Ul 18:12-14)

  1. Kekejian bagi Tuhan (12)
  2. Akan dihalau (12)
  3. Tidak diizinkan melakukan yang demikian (14)

Δ       Beginilah firman Tuhan Allah …… sungguh, di sana Aku mulai membenci mereka. Oleh kerana jahatnya perbuatan-perbuatan mereka Aku akan menghalau mereka dari rumahKu. Aku tidak akan mengasihi mereka lagi, semua pemuka mereka adalah pemberontak (Hos 9:15)

III.       Kesimpulan

Haruslah engkau hidup dengan tidak bercela di hadapan Tuhan (Ul 18:13)

Bahagian 1  Milik Pusaka Orang Lewi Ialah Tuhan Allah
| | | |

Bahagian 1 Milik Pusaka Orang Lewi Ialah Tuhan Allah

Nas Kitab: Ulangan fasal 18 ayat 1-8

Prakata:

Janganlah ia mempunyai milik pusaka di tengah-tengah saudara-saudaranya; Tuhanlah milik pusakanya, seperti yang dijanjikanNya kepadanya (Ul 18:2)

I.             Orang Lewi Tiada Bahagian, Tiada Pusaka (Ul 18:1-2)

1. Imam-imam dan seluruh suku Lewi, janganlah mendapat bagian milik pusaka bersama-sama orang Israel (Ul 18:1)

2. Janganlah ia mempunyai milik pusaka di tengah-tengah saudara-saudaranya (Ul 18:2)

3. Dikuduskan bagi Allah

Δ       Kerana imam itu kudus bagi Allah (Im 21:7)

Δ       Aku mengambil orang Lewi dari antara orang Israel ganti semua anak sulung mereka …… Aku menguduskan bagiKu semua anak sulung yang ada pada Israel, baik dari manusia maupun dari hewan (Bil 3:11-13)

‚4. Melayani Tuhan dengan segenap hati

Δ       Musa mentahbiskan mereka untuk memegang jabatan imam (Bil 3:3)

Δ       Suruhlah suku Lewi mendekat dan menghadap imam Harun, supaya mereka melayani dia (Bil 3:6)

II.          Tuhanlah Milik Pusakan Mereka (Ul 18:1-2)

1. Dari korban api-apian kepada Tuhan dan apa yang menjadi milikNya harus mereka mendapat rezeki (Ul 18:1)

2. Tuhanlah milik pusaka mereka (Ul 18:2)

   Korban persembahan yang diperolehi imam (Ul 18:3-4)

  1. Paha depan
  2. Kedua rahang
  3. Perut besar
  4. Hasil pertama dari gandum
  5. Anggur
  6. Minyak
  7. Bulu guntingan pertama dari dombamu

‚   Bahagian orang-orang Lewi (Ul 18:6-8)

  1. Datang dari tempat tinggal
  2. Dengan sepenuh hati masuk ke tempat yang akan dipilih Tuhan
  3. Boleh menjual harta nenek moyang
  4. Mendapat rezeki yang sama dari binatang korban
  5. Meninggal imam-imam dan orang-orang Lewi adalah meninggalkan Allah (Neh 13:10-13)

III.       Dipilih Tuhan Untuk Melayani (Ul 18:5, 7)

  1. Sebab dialah yang dipilih oleh Tuhan, Allahmu, dari segala sukumu, supaya ia senantiasa melayani Tuhan dan menyelenggarakan kebaktian demi namaNya, ia dan anak-anaknya (Ul 18:5)
  2. Apabila orang Lewi dengan sepenuh hati masuk ke tempat yang dipilih Tuhan, maka mereka menyelenggarakan kebaktian demi nama Tuhan (Ul 18:6-7)

   Yang dipilih Allah adalah terhormat

‚   Yang dipilih Allah adalah termulia

Δ       Tetapi kamulah bangsa yang terpilih, imamat yang rajani …… (I Ptr 2:9)

IV.       Kesimpulan

Tuhanlah milik pusakanya, seperti yang dijanjikanNya kepadanya (Ul 18:2)

Δ       Adanya Tuhan sebagai milik pusaka, takkan kekurangan selama-lamanya (Mzm 23:1)

Δ       Adanya Tuhan sebagai milik pusaka, adalah terkaya (I Taw 29:12)

Rindukan Taman Firdaus
| | |

Rindukan Taman Firdaus

[Zhang Guo Qing]

Nas Kitab: Kej 2:8-25

Isi Kandungan:

1. Dibuatkan Allah (Kej 2:8a) ~ paling selamat dan kukuh ~ dibangun dan dikawal Allah sendiri (Mzm 127:1)

2. Menempatkan orang (Kej 2:8b) ~ taman dan tempat kediaman yang disayangi …… (Why 20:96)

3. Tidak kuatir akan makanan ~ makanan tumbuhan lebih menyihatkan (Kej 2:9; 1:29; 2:16)

4. Tidak kuatir akan pakaian ~ tubuh bercahaya (telanjang) tidak malu, roh kemuliaan (I Ptr 4:14b); setelah berbuat dosa baru kuatir akan pakaian dan perlu pakaian (Kej 3:7, 21)

5. Tidak kuatir akan penginapan ~ luas dan selesa, bebas, hidup aman, kerjaya baik, tidur tenang (Kej 1:28; 3:15, 19-20; Mzm 127:2b)

6. Tiada penderitaan

  • Kehidupan bahagia lelaki dan perempuan baik dari segi jasmani maupun rohani (Kej 2:18, 23-25; 3:16-19)
  • Segala makhluk hidup aman damai (Kej 1:28; 2:19-20a)
  • Tiada ketakutan, penyakit maupun maut (Kej 3:10, 16-19; Rm 5:14, 12)

7. Tuhan diam bersama-sama (Kej 2:22; 3:8-9); aman tenang (Mzm 131:2)

8. Berhadap-hadapan muka (Kej 1:26a-27; 5:1-2; Mzm 82:6; Bil 12:8a)

  • Benar-benar bahagia ~ di dalam Tuhan, di dalam Roh ~ jauh sangat baik (Yoh 14:27; 16:33a, 22; Flp 1:23)

Kesimpulan:

Sedemikian indah kehidupan Taman Firdaus ~ haruslah kita rindui, usahakan / kejari dan carikan (Mat 7:7-8; Mzm 32:a)

Kewajiban Dalam Taman Firdaus
| | |

Kewajiban Dalam Taman Firdaus

[Zhang Guo Qing]

Nas Kitab: Kej 1:26; 2:15-17

Isi Kandungan:

1. Taman Firdaus ~ taman hati seseorang atau jemaat (Yer 31:2b; Yes 51:3)

2. Larangan buah larangan ~ buah pengetahuan tentang yang baik dan jahat (Kej 2:17), boleh buat pilihan sendiri secara bebas samada baik atau jahat, hidup atau mati, turuti perintah atau engkari perintah, diberkati atau dikutuki, terang atau gelap (Ul 30:11-20)

  1. Benar tak berubah (Mzm 119:160, 151-152; 102:28; Ibr 13:8; II Kor 1:18-19)
  2. Yakin tidak curiga (Ibr 3:12; 4:2; 3:14; Yak 1:8; 4:8)
  3. Jadilah anak-anak yang taat (Ef 5:17; I Ptr 1:14a)
  4. Jadilah anak-anak sempurna ~ tak bercacat-cela (Flp 2:15b)
  5. Jadilah anak-anak terang (Ef 5:8b)
  6. Jadilah bangsa yang kudus (Ul 7:6; I Ts 3:13)

3. Beranak-cucu dan bertambah banyak (Kej 1:28a)

  1. Melahirkan anak-anak menurut kehendak Allah (Rm 12:2)
  2. Menginginkan keturunan ilahi (Mal 2:15b)
  3. Teladani Paulus melahirkan anak-anak (Gal 4:19; I Kor 4:15; I Kor 9:20-23)
  4. Teladani Paulus mengasuh anak-anak (Ibr 5:12-14; 6:14; Ef 4:13-14)
  5. Teladani Paulus mendidik anak-anak ~ didikan lisan (Ef 6:4; Kol 1:28-29; Kis 20:20-21); didikan tubuh (I Kor 11:11; Kis 20:35; Flp 3:17; I Kor 4:14, 16)

4. Penuhi bumi (Kej 1:28a)

  1. Giat memberitakan Injil (Mrk 16:15; Kis 1:8) ~ anak-anak Injil (I Tim 1:2; Tit 1:4) ~ sampai ke seluruh ujung bumi
  2. Dirikan jemaat (Why 1:11) ~ anak-anak Allah (II Yoh 1, 4; III Yoh 4)

5. Taklukkan bumi ~ uruskan segala-gala yang di dalam Rumah Allah (Kej 1:26b; 28)

  1. Awasi segala perbuatan rumah (Ams 31:27)
  2. Kenali dan perhatikan dengan teliti (Ams 27:23)
  3. Secara spontan dan tekun (Mzm 31:15a)
  4. Membagi-bagi dengan sesuai (Ams 31:15b)
  5. Berikan makanan tepat waktunya – setia dan bijaksana (Mat 24:45)
  6. Hamba yang baik dan setia (Mat 25:21; Luk 19:17)

6. Usahakan taman Firdaus (Kej 2:15)

  1. Kesani keretakan (Yes 22:9a) ~ hanya seseorang yang rohani baru dapat melihat keretakan rohani (I Kor 2:15a; Mi 3:8)
  2. Siapa menutupi keretakan (Yeh 13:3-5; 22:30)
  3. Allah pasti berjanji (Am 9:11)
  4. Orang-orang yang layak membaiki (Yes 58:12; Yer 3:15)

7. Memelihara taman Firdaus (Kej 2:15)

  1. Berdoa dan berserah (Neh 4:9a; Yes 27:3)
  2. Tunaikan tanggungjawap diri ~ utus orang-orang menjaga (Neh 4:9b); menjaga siang dan malam (Neh 4:9c); bertahan menghadapi celaan (Kej 31:40)
  3. Dengari perintah dan peringatan (Yeh 33:7)
  4. Sekali-kai jangan lalai dalam tanggungjawap (Yes 56:9-12)
  5. Penjaga dan pengawal yang layak (Za 3:6-7)

Kesimpulan:

Orang-orang yang ada di dalam Taman Firdaus haruslah tunaikan tanggungjawap diri (Pkh 12:13-14; Flp 2:12-13; Luk 17:10)

Perkahwinan Dalam Taman Firdaus
| | |

Perkahwinan Dalam Taman Firdaus

[Zhang Guo Qing]

Nas Kitab: Kej 2:18, 21-25, 3:7

Isi Kandungan:

1. Tidak baik seorang diri (Kej 2:8a), melainkan kalau ada karunia yang khas (I Kor 7:7-9)

2. Penolong yang sepadan dengannya (Kej 2:8b), berdua lebih baik dari seorang diri (Pkh 4:9-12a)

3. Adam tidur nyenyak (Kej 2:21a), berserah dengan sepenuhnya (Mzm 31:6a), sekali-kali tidak ada aku ~ menjunjung besar, muliakan Tuhan (luk 1:46), percaya dan bersandar pada Tuhan, percaya dan berpaut pada Tuhan, percaya dan taat pada Tuhan, percaya dan tunduk pada Tuhan.

4. Diberikan kepada Adam – memilikinya tanpa tersangkakan (Kej 2:22b) ~ isteri yang berakal budi adalah karunia Tuhan (Ams 18:22; 19:14b).

5. Dibawa kepada Adam (Kej 2:22b) ~ penjodoh penikahan yang sebenarnya ialah Allah, bukan Adam. Percintaan Hawa adalah bebas namun bukan cari sendiri, lihat sendiri, perhati sendiri maupun pilih sendiri.

6. Bersyukur dan terima (Kej 2:23) ~ Saling menerima baik dari segi ketinggian, berat maupun rupa fizikal; baik dari segi akademik maupun kelayakkan; baik dari segi umur, latar belakang maupun status.

7. Penyatuan roh dan daging (Kej 2:24)

  1. Berkahwin di dalam Tuhan (II Kor 6:14-16a)
  2. Teman pewaris dari kasih karunia (I Ptr 3:7b)
  3. Bukan dengan kekerasan dan tidak bercerai (Mal 2:16)

8. Saling melayani dengan jujur ikhlas (Kej 2:25)

  1. Hidup bersama-sama dengan bijaksana (I Ptr 3:7a)
  2. Tidak berlaku tidak setia antara satu sama lain (Mal 2:13-15)

9. Saling mengasihi dengan sesungguhnya (Kej 2:23)

  1. Suami terhadap isteri (Ef 5:25, 28-29, 33a)
  2. Isteri terhadap suami (Ef 5:22-24, 33b)

10. Jangan sampai mengasih-manjakan isteri melebihi Allah (Kej 3:17), mengikut kehendak manusia melebihi kehendak Allah (Mat 16:21, 23)

Kesimpulan:

Peliharalah diri di dalam kasih Tuhan (Yud 21a)