Nabal, Orang Bebal
| | |

Nabal, Orang Bebal

Nabal, Orang Bebal

[Chen Jin Rong]

Nas Kitab: I Sam Fasal 25 ayat 1-44

[1]   Personaliti Nabal

Ia seorang keturunan Kaleb, tinggal di Maon, mempunyai perusahaan di Karmel, merupakan seorang yang sangat kaya. Isterinya bernama Abigail (2-3)

i. Orang bebal yang personaliti bertepatan dengan namanya

Δ  Tak setandangi pun hambanya (14-17)

ii. Kasar dan jahat perbuatannya (3)

Mencaki-maki Daud dengan perkataan keras (10-11,14)

Seorang dursila yang ganas, tidak seorangpun berani bercakap dengannya (17)

iii. Walaupun kaya namun tidak baik hati (2)

Nabal adalah seorang yang sangat kaya. Kalau mengikut adat orang sebelah timur, waktu musim menuai atau musim pengguntingan bulu domba adalah musim berbuat baik memberi tumpangan kepada pendatang membantu mengurangkan masalah mereka. Kini Daud berada dalam keadaan terdesak lalu mengutus orang pergi meminta bantuan. Bertambah pula hamba-hambanya memberi salam kepada Nabal dengan penuh sopan, tanpa disangkai mereka pula dicaci-maki dan ditolak (4-11, 14).

iv. Tidak mengenang budi, membalas kebaikan dengan kejahatan (15-17, 21)

Daud dan rombongannya merupakan orang-orang yang sangat baik dan ramah; tambahannya mereka menjadi pelindung kepada para gembala Nabal. Maka sepatutnya Nabal harus membalas dengan menghulurkan tangan untuk membantu mereka. Malangnya, Nabal tidak mengenang budi dan membalas pula dengan perkataan caci maki.

v. Berpesata pora dalam kenikmatan dan kemewahan (36)

[2]   Kesudahan Nabal

Permintaan  Daud  yang berpatutan itu pula dicaci-makikan oleh Nabal.  Ini mengakibatkan Daud bertindak agresif mahu membunuhnya; tindakan agresif sedemikian sememangnya tidak bersesuaian dengan ajaran Allah (Ams 25:21-22). Kemuculan Abigail telah menghalanginya lalu mengelakkan suatu pembunuhan. Walaupun demikian, hukuman Allah tetap menimpa Nabal.

  1. Berhenti jantungnya dalam dada dan ia membatu (37)
  2. Dan kira-kria sepuluh hari sesudah itu Tuhan memukul Nabal, sehingga ia mati

 

[3]   Pengajarannya Kepada Kita

  1. Haruslah lemah lembut dalam perbuatan dan pertuturan (Kol 3:12; 4:6; Ams 14:29)
  2. Haruslah banyak berbuat baik dan menjadi kaya dalam kebajikan (I Tim 6:17-19; Ams 3:27)
  3. Jangan lupa akan segala budi dan kebaikan yang diterima (Mzm 103:1-2; 116:12; Luk 17:16)
  4. Balaslah kejahatan dengan kebaikan (Rm 12:17-21; Ams 17:13)

Jangan hidup dalam pesta pora dan kemabukan (Rm 13:13; Luk 21:34)

Natan, Nabi Yang Setia Ikhlas
| | |

Natan, Nabi Yang Setia Ikhlas

Natan, Nabi Yang Setia Ikhlas

[Chen Jin Rong]

Prakata

Natan merupakan seorang nabi yang terkenal di zaman dinasti Daud dan Salomo. Sewaktu Daud telah berbuat dosa, Natan pernah menegur akan perbuatan salahnya (II Sam fasal 12). Pada waktu tua Daud, Natan telah diutus untuk mengurapi Salomo sebagai raja (I Raj 1:11-45); akhirnya ia telah mencatatkan peristiwa riwayat Daud dan Salomo sebagai sebahagian catatan sejarah (I Taw 29:29; II Taw 9:29).

[1]   Personaliti Natan

i. Taat setia kepada Tuhan

Nabi yang bertanggungjawab

‚Taat kepada perintah Tuhan

ii. Setia kepada Daud

Adonia berkomplot merampas takhta Salomo, tetapi Natan tetap setia kepada Daud (I Raj 1:8-10)

Mencatatkan peristiwa riwayat Daud sebagai sebahagian dari catatan sejarah (I Taw 29:29)

iii. Berani menegakkan keadilan

Menegor Daud bahawa ia pasti menerima hukuman atas dosanya (II Sam 12:1-15)

iv. Mempunyai hikmat

Tidak disesatkan oleh komplotan Adonia, bahkan menasihatkan Batsyeba supaya menghadap Daud untuk mengingatkan sumpahan Daud tentang Salomo yang akan menjadi raja (I Raj 1:11-45)

Dengan hikmatnya, Natan telah mereka-cipta satu perumpamaan demi menuntun Daud untuk mengakui dosa sendiri

[2]   Kesudahan

i. Membuat Daud menyesali diri lalu berbalik kepada Tuhan dengan sesungguhnya (II Sam 12:13; Mzm 51)
ii. Berjaya mempertahankan tahkta raja Salomo

[3]   Pengajarannya Kepada Kita

  1. Kita merupakan bangsa terpilih Allah, imamat yang rajani (I Ptr 2:9)
  2. Dengan berani menyatakan kesalahan saudara-saudara (Mat 18:15); lebih baik teguran yang nyata-nyata dari pada kasih yang tersembunyi (Ams 27:5). Menyelamatkan satu jiwa (Yak 5:19-20)
  3. Taat setia kepada Tuhan (Yak 4:4)
  4. Siapa membenci suap akan hidup (Ams 15:27; Ul 19:16)
  5. Nasihati dan ajari tiap-tiap orang dalam segala hikmat untuk memimpin tiap-tiap orang kepada kesempurnaan dalam Kristus (Kol 1:28)

 

Kemanisan Dan Kepahitan Naomi
| | |

Kemanisan Dan Kepahitan Naomi

Kemanisan Dan Kepahitan Naomi

[Chen Jin Rong]

Nas Kitab: Rut fasal 1

[1]   Kebaikan Personaliti Naomi

Naomi, isteri Elimelekh merupakan salah seorang tokoh penting di dalam Kitab Rut. ‘Naomi’ mempunyai maksud ‘manis’. Berdasarkan maksud namanya kita boleh mendapat gambaran bahawa Naomi pasti seorang perempuan yang baik hati, teramat manis dan disayangi.

i. Ia adalah seorang isteri baik yang manis

Δ  Mendirikan sebuah keluarga yang sangat bahagia manis dan indah (sebelum berangkat ke Moab)

ii. Personaliti sangat manis

Bersifat peramah dan lemah lembut

‚Penyayang dan penuh kasih

ƒTaat kepada suami dalam segala hal

iii. Mempunyai sifat yang manis

Mengasihi menantu perempuan

‚Mencari tempat perlindungan dan kediaman bagi menantu

ƒMengaturkan suatu kesudahan yang baik dan sempurna untuknya

iv. Tetap mengekalkan imannya

Δ  Bersandar pada Tuhan dengan segenap hati walaupun berada dalam kesengsaraan (sekembalinya ke Betlehem)

[2]   Kelemahan Personaliti Naomi

i. Tidak dapat memenangi suami (asyik tunduk kepada suami sehingga pergi ke Moab)
ii. Melalaikan didikan dua anak lelaki

Mahon ~ bermaksud ‘ada penyakit’

Kilyon ~ bermaksud ‘sekatkan’

[3]   Pengajarannya Kepada Kita

i. Tunduklah kepada suami sendiri (I Ptr 3:1-2)

Δ  Menangkannya dengan kelakuan baik (I Ptr 3:2; Ams 31:10-12)

ii. Perhiaskan diri dengan kelemah-lembutan dan ketenteraman yang tidak binasa (I Ptr 3:3-4; Ams 12:4a)

Δ  Pertengkaran seorang isteri adalah seperti tiris yang tidak henti-hentinya menitik (Ams 19:13)

iii. Hajarlah anak selama ada harapan (Ams 19:18; Ams 23:13-14)

iv. Tanpa iman tidak mungkin orang berkenan kepada Allah (Ibr 11:6)

 

Akhan Punca Kecelakaan Sekumpulan
| | |

Akhan Punca Kecelakaan Sekumpulan

Akhan Punca Kecelakaan Sekumpulan

[Chang Jian Er]

Prakata

“…… kerana Akhan …… mengambil sesuatu dari barang-barang yang dikhususkan itu. Lalu bangkitlah murka Tuhan terhadap orang Israel” (Yos 7:1)

Kota Yerikho yang penuh sesak dengan penduduk berjaya dijatuhkan orang Israel tanpa mengeluarkan setitik tenaga pun, sebaliknya kota Ai yang kecil dan sedikit penduduknya telah memukul kalah orang Israel sehingga mereka menjadi sangat tawar hati. Punca-puncanya adalah wajar diselidiki dan direnungi sedalam-dalamnya:

[1]   Latar belakang Peribadi (Yos 7:1)

  1. Suku Yehuda
  2. Cicit Zerah
  3. Cucu Zabdi
  4. Anak Karmi
  5. Maksud asal Akhan ialah: pengacau, pencelaka.

[2]   Proses Dosanya (Yos 7:21)

i. Melihat : melihat di antara barang-barang jarahan (memberi kesempatan kepada Iblis)

Satu jubah yang indah (kemungkinan disulami)

‚ Dua ratus syikal perak (kira-kira 2 kg)

ƒ Sebatang emas lima puluh syikal beratnya (kira-kira setengah kg)

ii. Menginginnya : keinginan mata

iii. Ambil : motif berubah menjadi tindakan

iv. Disembunyikan : cuba  menutupi perbuatan salah sendiri “Tidak ada sesuatupun yang tertutup yang tidak akan dibuka dan tidak ada sesuatupun yang tersembunyi yang tidak akan diketahui” (Luk 12:2)

[3]   Akibatnya

i. Melanggar serangkaian firman (Kel fasal 20)

Jangan membunuh [Firman ke-6] : membunuh secara tak langsung (Kel 20:13)

‚Jangan mencuri [Firman ke 8]

ƒJangan tamak [Firman ke 10] (Kel 20:17)

ii. Mencelakai sendiri : mati dilontari batu, semuanya dibakar dengan api dan di atasnya didirikan suatu timbunan batu yang besar.

iii. Mencelakai ahli keluarga : seisi keluarganya dan binatang ternakan, kesemua mati dilontari batu oleh jemaah.

iv. Mencelakai orang ramai : umat Israel terpukul kalah dalam peperangan dengan kota Ai menyebabkan tiga puluh enam pahlawan mereka terkorban.

[4]   Pengajaran

i. Akar segala kejahatan ialah tamak sebab ia menjadikan seseorang menyimpang dari iman (I Tim 6:9-10)

Δ  Dosa ketamakan adalah sama dengan dosa menyembah berhala (Ef 5:5)

ii. Anggota yang membawa kecelakaan turut menjejaskan seluruh jemaat (gereja ~ I Kor 12:26)

Δ Walaupun hanya Akhan seorang berbuat dosa, namun Alkitab berkata: “Tetapi orang Israel berubah setia dengan mengambil barang-barang yang dikhususkan itu” (Yos 7:1)

Harun, Imam Besar Yang Lemah
| | |

Harun, Imam Besar Yang Lemah

Harun, Imam Besar Yang Lemah

[Chang Jian Er]

Prakata

Walaupun Harun ditetapkan sebagai Imam Besar yang pertama, namun disebabkan ia tidak tahu akan taktik ‘menolak’, maka dalam seumur hidupnya ia hanya merempuh kegagalan; ini disebabkan ia hanya berjalan mengikut orang lain tanpa pendirian sendiri, berbuat dosa bersama orang lain, sehingga dicela.

[1]   Membuat Anak Lembu Emas (Kel fasal 32)

i. Sebab-musabab:

Musa mengundur-undur turun dari gunung Sinai (1)

‚Bangkit keinginan nafsu umat mahu menyembah berhala (1b)

ƒHarun tidak berani berkata ‘tidak boleh’ (2)

ii. Akibatnya:

Berdosa terhadap Tuhan (7-10)

‚Imam Allah telah menjadi imam anak lembu emas (5-6)

ƒUmat ditimpa hukuman Allah (35)

iii. Kesimpulan:

Δ  “Bukan memikirkan apa yang difikirkan Allah, melainkan apa yang difikirkan manusia” (Mat 16:23)

Δ  Mereka yang hanya mengetahui kebenaran dan tidak semestinya tahu berbuat menurut kebenaran.

[2]   Peristiwa Air Meriba (Bil 20:1-13)

i. Sebab-musabab:

Seluruh umat bersungut-sungut kerana tidak ada air (2-5)

‚Musa menjadi marah lalu memukul bukit batu; menunjukkan sifat tidak menghormati Tuhan (10-12)

ƒHarun tidak menjalankan tanggungjawab memperbaiki keadaan dengan memberi peringatan (tidak menampakkan sikap yang sepatutnya)

ii. Akibat:  Sama-sama dihukum dengan Musa tidak boleh masuk ke tanah Kanaan (12)

iii. Kesimpulan: “Orang yang bertahan sampai pada kesudahannya akan selamat” (Mat 24:13)

[3]   Pengajaran

  1. Hanya dengan memikirkan apa yang difikirkan Roh Kudus sambil memohon kepada Allah agar berkenan, barulah dapat hidup menurut kebenaran.
  2. Kini terdapat terlalu banyak orang yang ‘berakal budi’ tetapi di manakah dicari orang yang benar dan lurus (Ams 5:13).

 

Rangkaian Fikiran Tentang Kematian Dan Kebangkitan Eutikhus
| | |

Rangkaian Fikiran Tentang Kematian Dan Kebangkitan Eutikhus

Rangkaian Fikiran Tentang Kematian Dan Kebangkitan Eutikhus

[Yeh Xiung Fu]

Nas Kitab: Kisah Para Rasul fasal 2o ayat 7-12

[1]   Mengapakah Eutikhus Mati?

(Kis 20:9) Disebabkan ia rasa letih lesu, mengantuk, tertidur lelap, jatuh ke bawah lalu mati; apakah pengaruhnya atas iman kepercayaan, seandainya pemercaya tertidup lelap jiwa rohaninya?

i. Simson berbaring pada paha perempuan menyebabkan:

Orang datang menangkapnya (Hak 16:21)

Kekuatan Allah meninggalkannya (Hak 16:20)

ii. Petrus dan murid-murid lain tertidur, menyebabkan:

Tidak sedar bahaya sudah datang (Mat 26:45-46)

Petrus menyangkal Tuhan Yesus (Mat 26:69-75)

Δ  Justeru itu, Tuhan berkata: “Bangunlah, hai kamu yang tidur” (Ef 5:14)

[2]   Mengapa Eutikhus Bangkit?

(Kis 20:10-12) Oleh nama Tuhan Yesus, Paulus membangkitkannya; begitu juga bagi kita, seandainya percaya dan bersandar kepada Tuhan Yesus, pasti akan bangkit (Yoh 11:25-26)

i. Elia membangkitkan anak lelaki janda Sarfat (I Raj 17:17-24)

Elia berseru kepada Tuhan (I Raj 17:21)

‚Janda percaya lalu menyerahkan anak sendiri ke dalam tangan Elia (I Raj 17:17-19, 24)

ii. Tuhan Yesus membangkitkan Lazarus yang telah mati empat hari (Yoh 11:41-46)

Δ  Kata Yesus: “Akulah roti hidup; barangsiapa datang kepadaKu, ia tidak akan lapar lagi, tidak akan haus lagi” (Yoh 6:35)

Penutup

Haruslah kita lebih teliti memperhatikan firman yang telah kita dengar….. Janganlah menyia-yiakan kasih karunia yang telah kita terimakan (Ibr 2:1-4).