Mengapakah Setiap Insan Perlu Menyembah Tuhan Yang Benar?
Apabila kita bertembung dengan kenyataan seperti “Setiap insan perlu menyembah Tuhan yang benar”, seperti yang dicadangkan oleh buku ini dan tajuk bab ini, kita secara semulajadi akan mempertahankan diri. Perkataan “perlu” ini membawa suatu indera kewajipan ataupun sesuatu tugas yang harus disempurnakan. “Siapakah anda untuk memberitahu saya apa yang patut saya lakukan ataupun yang tidak patut lakukan?” Ataupun kemungkinan tindak balas anda terhadap pesanan sedemikian adalah dengan suatu soalan yang ringkas: “Mengapa?” “Mengapa saya ataupun sesiapapun harus menyembah Tuhan Yang Benar?” Dalam dunia yang begitu luas, kita rasakan bahawa tiada seorangpun melainkan pegawai-pegawai kita ataupun pihak-pihak berkuasa yang hanya boleh memberitahu kita untuk melakukan sesuatu melainkan kita sendiri merelakan diri kita. Akan tetapi, kita sering tidak mempedulikan bahawa keseluruhan umat manusia hanya mempunyai satu pegawai atasan dan pihak yang paling berkuasa – Tuhan – kerana Dialah Pencipta dan Penguasa kesemua benda-benda di dunia ini. Dengan itu, marilah kita tinjaukan apa yang dikatakan Tuhan tentang mengapa setiap insan perlu menyembah Tuhan Yang Benar:
- Untuk memperolehi damai sejahtera.
- Untuk memenuhi kewajipan manusia.
- Untuk kembali ke rumah Bapa.
(A) Untuk Memperolehi Damai Sejahtera
Pada zaman purbakala dahulu, sebelum dunia ini mengenali sebarang tamadun, orang asli primitif telah pun tahu menyembah beberapa tuhan menurutkan idea-idea mereka terhadap rupa bentuk tuhan-tuhan yang berlainan. Namun demikian, dari pemerhatian mereka terhadap alam sekeliling mereka, ditambahkan dengan pemberian naluri Tuhan mengenai penyembahan makhluk yang agung, mereka yakin akan kewujudan satu tuhan yang menciptakan dan menguasai alam semesta ini (Roma 1:19-20). Tambahan pula, manusia sering kali menghadapi ancaman bencana-bencana alam dan pelbagai jenis penyakit yang mendedahkan kegetasan kehidupan manusia. Akibatnya, mereka memerlukan seseorang yang jauh lebih handal daripada mereka agar dapat menyelamat serta melindungi mereka. Mereka memerlukan Tuhan. Keinginan semula jadi untuk kedamaian telah menjadi satu alasan mutlak bagi kebanyakan manusia untuk menyembah Tuhan.
Di mana kita dapat mencarikan damai sejahtera? Kita mendengar pihak media mengatakan: “kedamaian dunia” pada setiap masa. Seorang pemimpin negara dapat memberitahu kita ketidakmungkinnya untuk membawa beratus-ratus negara untuk mendapatkan persetujuan. Malah kita juga tidak dapat bersetuju dengan para warga kota dari negeri kita sendiri. Justru itu, bagaimana pula dengan kedamaian di sekeliling tetangga kita, di sekolah-sekolah kita, di rumah kita ataupun sesama kita? Apa yang kita temui ialah kedamaian ini cuma menjadi suatu pengecualian daripada menjadi suatu peraturan.
Kita maklum bahawa kita tidak dapat mencarikan damai sejahtera di dunia ini. Sungguh malang sekali kerana begitu banyak daripada kita masih mencari di dunia serta mencarikan tuhan-tuhan palsu untuk mendapatkan kedamaian. Patung berhala ataupun tuhan palsu bukannya Tuhan Benar. Ia tidak membahayakan juga tidak dapat melakukan sebarang kebaikan (Yeremia 10:5). Alkitab mendedahkan ciri-ciri tulen berkenaan patung-patung berhala:
- Berhala-berhala mereka adalah perak dan emas, buatan tangan manusia,
- mempunyai mulut, tetapi tidak dapat berkata-kata,
- mempunyai mata, tetapi tidak dapat melihat,
- mempunyai telinga, tetapi tidak dapat mendengar,
- mempunyai hidung, tetapi tidak dapat mencium,
- mempunyai tangan, tetapi tidak dapat meraba-raba,
- mempunyai kaki, tetapi tidak dapat berjalan,
- dan tidak dapat memberi suara dengan kerongkongannya. (Mazmur 115:4-7)
Kita dapati bahawa penyembahan patung-patung berhala telah menjadi suatu fenomena yang biasa sejak zaman purba lagi. Akan tetapi, kita tidak boleh menafikan akan kewujudan “patung-patung berhala” dalam bentuk yang lain. Kebanyakan manusia merasakan mereka boleh mencarikan perlindungan dalam benda-benda seperti alkohol, dadah, wang ataupun kekayaan fizikal yang lain. Sebalik mendapat kedamaian, mereka cuma mendapat ilusi kegembiraan, penderitaan, keluhan dan juga kehausan yang tidak terhenti terhadap benda-benda lain di mana mereka telah memperhambakan diri mereka.
Kira-kira 2,600 tahun yang lalu, Tuhan Benar berfirman melalui nabi Yeremia dan mencela orang-orang Israel. Ia berkata, “Sebab dua kali umatKu berbuat jahat: Mereka meninggalkan Aku, sumber air yang hidup, untuk menggali kolam bagi mereka sendiri, yakni kolam yang bocor, yang tidak dapat menahan air” (Yeremia 2:13). “Sumber air yang hidup” melambangkan Tuhan Benar, manakala “Kolam air yang bocor” adalah patung-patung berhala yang palsu. Tuhan Benar telah berfirman melalui nabi Yeremia dan telah memarahi orang-orang Israel kerana mereka telah meninggalkan Tuhan Benar dan sebaliknya telah menyembah patung-patung berhala (Yeremia 2: 5, 8, 13). Pengalaman orang-orang Israel menjadi suatu peringatan penting kepada kita semua pada hari ini. Bagi mereka yang meninggalkan Tuhan Benar dan menyembah patung-patung berhala pasti tidak akan menerima kedamaian mahupun memadamkan kedahagaan roh-roh mereka. Akan tetapi, bagi mereka yang menyembah Tuhan Benar mereka akan menerima damai sejahtera yang sebenarnya dan kegirangan kerohanian mereka akan menjadi penuh. Mereka tidak akan haus untuk selama-lamanya (Yohanes 4:14).
Tuhan Benar yang menciptakan alam semesta adalah Tuhan damai sejahtera (Roma 15:33). Ayub, seorang tokoh yang telah mengharungi malapetaka-melapetaka yang dahsyat serta penderitaan telah berkongsi akan sumber kekuatannya: “Berlakulah ramah terhadap Dia, supaya engkau tenteram” (Ayub 22:21). Oleh itu, mereka yang benar-benar mengenali Tuhan dan percaya kepadaNya akan memperolehi damai sejahtera (Yesaya 26:3). Tambahan pula, murid-murid dahulu kala telah menguraikan tentang perlindungan Tuhan:
Tempat perlindunganku dan kubu pertahananku, Tuhanku, yang kupercayai ….. Engkau tak usah takut terhadap kedahsyatan malam, terhadap panah yang terbang di waktu siang, terhadap penyakit sampar yang berjalan di dalam gelap, terhadap penyakit menular yang mengamuk di waktu petang. Walau seribu orang rebah di sisimu, dan sepuluh ribu di sebelah kananmu, tetapi itu tidak akan menimpamu. (Mazmur 91:2, 5-7)
Ribut mungkin akan terjadi dari langit yang cerah, dan kita mungkin akan bertembung dengan bencana-bencana yang tidak didugai. Kehidupan tidak dapat diramalkan, jadi kita patut “mencari Tuhan selama Ia berkenan ditemui; berserulah kepadaNya selama Ia dekat!” Jikalau tidak, adalah terlambat bagi kita apabila kecelakaan menimpa ke atas diri kita (Yesaya 55:6).
(B) Untuk Memenuhi Kewajipan Manusia
“Akhir kata dari segala yang didengar ialah: takutlah akan Tuhan dan berpeganglah pada perintah-perintahNya kerana ini adalah kewajiban setiap orang” (Pengkhotbah 12:13)
Ayat ini memberitahu kita bahawa takut akan Tuhan merupakan kewajipan setiap orang. Takut akan Tuhan ialah meninggalkan kesemua patung-patung berhala dan menyembah Tuhan Benar dengan hati yang suci.
Mengapakah kita harus menyembah Tuhan Benar? Ambilkan analogi perhubungan di antara seorang bapa dengan seorang anak. Ia adalah tugas seorang anak untuk menyanjungi serta menghormati ibu bapanya. Ini adalah disebabkan ibu bapanya telah membesarkannya, mengkhasiatkannya dengan makanan, menjagainya dengan kelembutan dan penuh prihatin. Tambahannya di dalam kebanyakan kes mereka sanggup mengorbankan diri demi anak-anak mereka. Begitu juga dengan kesejatian perhubungan antara Tuhan dengan manusia. Dia membekalkan kita dengan makanan seharian dan adalah mata air kehidupan kita. Ibu bapa kita telah melahirkan kita dan kita perlu menghormati mereka. Tuhan Benar adalah sumber kehidupan bagi nenek moyang kita, ibu bapa kita dan juga diri kita sendiri. Patutkah kita tidak menyembah Dia? Tidak menghormati ibu bapa kita adalah setara dengan mengabaikan akar kehidupan kita. Tidak menyembah Tuhan Benar adalah sejajar dengan mengabaikan sumber mutlak dan pati kehidupan.
Dengarlah, hai langit, dan perhatikanlah, hai bumi, sebab TUHAN berfirman: “Aku membesarkan anak-anak dan mengasuhnya, tetapi mereka memberontak terhadap Aku. Lembu mengenal pemiliknya, tetapi Israel tidak; keledai mengenal palungan yang disediakan tuannya, tetapi umatKu tidak memahaminya.” (Yesaya 1:2-3)
Suatu ratapan yang begitu menusuk hati kita! Suatu khabar yang begitu menyedihkan! Tuhan telah memilih orang-orang Israel di antara kesemua bangsa yang lain dan memulihkan mereka sebagai umatNya. Dia adalah raja mereka yang membesarkan serta mengasuh mereka. Hairannya, mereka telah memberontak terhadap Dia.
Kita tahu bahawa bukan orang-orang Israel sahaja yang adalah anak-anak Tuhan tetapi kesemua orang di dunia ini (Lukas 3:38). Dia adalah Bapa roh kita (Ibrani 12:9). Kita juga harus mengetahui bahawa Tuhan bukan menopang orang-orang Israel sahaja bahkan juga menopang keseluruhan dunia: “TUHAN itu baik kepada semua orang, dan penuh rahmat terhadap segala yang dijadikanNya” (Mazmur 145:9). Wahai para pembaca yang dikasihi, bagaimanakah kita tidak menyembah Tuhan Benar yang telah menciptai, mangasuh serta yang telah mengasihi kita? Bagaimanakah kita tidak mempedulikan rahmatNya yang tidak terhitungkan itu?
(C)Untuk kembali ke rumah Bapa
Tuhan Yesus pernah mengungkapkan suatu perumpamaan untuk mengilustrasikan keramahan kasih Tuhan, Bapa yang di Sorga. Yesus berkata :
Ada seorang mempunyai dua anak laki-laki. Kata yang bongsu kepada ayahnya: Bapa, berikanlah kepadaku bagian harta milik kita yang menjadi hakku. Lalu ayahnya membagi-bagikan harta kekayaan itu di antara mereka. Beberapa hari kemudian anak bongsu itu menjual seluruh bagiannya itu lalu pergi ke negeri yang jauh. Di sana ia memboroskan harta miliknya itu dengan hidup berfoya-foya. Setelah dihabiskan semuanya, timbullah bencana kelaparan di dalam negeri itu dan iapun mulai melarat. Lalu ia pergi dan bekerja pada seorang majikan di negeri itu. Orang itu menyuruhnya ke ladang untuk menjaga babinya. Lalu ia ingin mengisi perutnya dengan ampas yang menjadi makanan babi itu, tetapi tidak seorangpun yang memberikannya kepadanya.
Lalu ia menyedari keadaanya, katanya: Betapa banyaknya orang upahan bapaku yang berlimpah-limpah makanannya, tetapi aku di sini mati kelaparan. Aku akan bangkit dan pergi kepada bapaku dan berkata kepadanya: Bapa, aku telah berdosa terhadap Sorga dan terhadap bapa, aku tidak layak lagi disebutkan anak bapa; jadikanlah aku sebagai salah seorang upahan bapa.
Maka bangkitlah ia dan pergi kepada bapanya. Ketika ia masih jauh, ayahnya telah melihatnya, lalu tergeraklah hatinya oleh belas kasihan. Ayahnya itu berlari mendapatkan dia lalu merangkul dan mencium dia. Kata anak itu kepadanya: Bapa, aku telah berdosa terhadap Sorga dan terhadap bapa, aku tidak layak lagi disebutkan anak bapa. Tetapi ayah itu berkata kepada hamba-hambanya: Lekaslah bawa ke mari jubah yang terbaik, pakaikanlah itu kepadanya dan kenakanlah cincin pada jarinya dan sepatu pada kakinya. Dan ambillah anak lembu tambun itu, sembelihlah dia itu dan marilah kita makan dan bersukacita. Sebab anakku ini telah mati dan menjadi hidup kembali, ia telah hilang dan didapat kembali. Maka mulailah mereka bersukaria. (Lukas 15:11-24)
Menurut perumpamaan ini, anak yang hilang ini telah berjauhan dari bapanya dan telah melalui suatu kehidupan manja yang tidak bermatlamat ataupun bermakna. Dia cumalah seorang asing ke mana-mana sahaja dia pergi di mana dia tidak mempunyai seorangpun yang dapat dipercayainya dan merasa tidak senang hati. Dia merasa terlampau dahaga dan lapar – tubuh serta jiwanya merasa letih lesu. Akan tetapi, apabila dia menyedari akan keadaannya, dia kembali ke kampung halamannya. Dengan berjiwakan penyesalan, dia merangkul dirinya ke dalam dangkapan bapanya di mana dia telah mencarikan belas kasihan dan belaian kasih. Sekali lagi dia dapat menikmati kesemua berkat sebagai seorang anak. Betapa indahnya gambaran lukisan ini!
Wahai pembaca yang dikasihi, adakah cerita ini memperingatkan anda tentang diri anda atau seseorang yang anda kenali? Tempatkan diri anda di dalam kedudukan bapa ini. Seandainya anda juga mempunyai seorang anak yang tidak berhati perut seperti anak dalam perumpamaan tadi, yang hanya tahu berpesta dan yang benci bekerja; yang berapik dengan kumpulan jahat serta melakukan segala jenis kegiatan yang tidak bermoral; yang memboroskan harta yang anda bahagikan kepadanya; dan yang tidak mengendahkan nasihat anda – pasti kesemua ini akan memilukan hati anda. Betapanya anda inginkan dia bertobat! Akan tetapi, pada suatu hari, dia insaf kembali ke pangkuan anda dengan hati yang sesal, berazam akan menghentikan kehidupannya yang berpelesiran serta menjadi orang baru. Alangkah gembiranya anda akan rasai!
“Bapa” dalam perumpamaan ini mewakili Bapa kita yang di Sorga. “Anak yang hilang” melambangkan kesemua mereka yang telah menyimpang – jauh sekali dari Bapa yang di Sorga tetapi yang telah bertobat dan kembali ke hadirat Tuhan Benar.
Manusia pernah menjalinkan perhubungan anak-bapa dengan Tuhan Benar. Malang sekali, semenjak nenek moyang kita iaitu Adam, memberontak terhadap Tuhan, kita semua telah dihanyut jauh dari Tuhan Benar. Untuk suatu jangka masa yang lama, kita tidak mengetahui tentang penyembahan Tuhan Benar mahupun mengendahkan nasihatNya. Sebaliknya kita lebih suka membidik hati kita di dalam dunia, tanpa pengharapan ataupun penghiburan serta hati dan jiwa kita berterusan kelaparan dan kehausan. Bapa kita yang di Sorga, Tuhan yang Benar, mempunyai kasih serta belas kasihan yang berkelimpahan, biarpun kita sengaja membuat pelanggaran (Mazmur 103:8-13). Seandainya kita benar-benar bertobat dan menyembahNya dengan kewarakan hati kita serta dengan rendah hati menundukkan diri kita kepadaNya, maka Ia akan mengampuni pelanggaran-pelanggaran kita dan mengalu-alukan kita ke pangkuanNya (Efesus 2:19). “TUHAN itu dekat kepada orang-orang yang patah hati, dan Ia menyelamatkan orang-orang yang remuk jiwanya” (Mazmur 34:19).
