Views: 152

Gereja Sandakan sekarang tereltak di tanah mendiang Sdra lee Siak Lin disebabkan tapak yang sesuai bag sebuah baharu tidak diperoleh sejak beberapa tahun yang lalu. Syukur kepada Tuhan dalam bulan Ogos 1978, adalah diketahui bahawa terdapat sekeping tanah seluas 0.7 hektar (1.75 ekar) dijual dengan harga yang telah dikurangkan ke $9,000 seekar di Sibuga.

Jawatankuasa Eksekutif dalam beberapa tahun lalu telah memutuskan untuk meneruskan rancangan 3 tahun untuk membina sebuah bangunan gereja baharu. Dengan tubuhya Jawatankuasa Bangunan, Sdra Yong YUng sebagai Pengerusi dan Dn Andrew Pang sebagai Naib Pengerusi, sejumlah $413,000 telah diderma. Pembinaan Gereja telah bermula pada Disember 1986 dan ianya dijangka akan siap pada pertengahan bulan Oct 1987. Pentahbisan bangunan gereja baharu adalah dijadualkan pada 13 hingga 15 November 1987 sempena dengan Ulangtahun ke -60 Gereja kita di Sabah.

Gerjea ini berukuran 29m dengan 16.8m (95 kaki x 55 kaki) dan dianggar berharga $380,000. Gereja juga merancang untuk membina asrama dan bilik-bilik kelas untuk Pendidikan Agama. Kemudian ini bertujuan untuk perkembangan Pendidikan Agamanya dan fungsi-fungsi besar agama di hari kemudian. Bangunan ini akan berukuran 37m x 24m (120 kaki x 78 kaki) dan dijangka berharga $150,000.

Syukur kepada Tuhan tujuan kita bagi bangunan gereja baharu telah menjadi satu kenyataan dan adalah berharap agar anggota-anggota gereja lain akan berdoa bagi bimbingan Tuhan supaya kita maju dalam kerja suci dan lebih ramai orang akan percaya dalam Tuhan.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *