Views: 98
Kebahagiaan orang yang diampuni dosanya (Mazmur 32:1-11)
1 Dari Daud. Nyanyian pengajaran.
Berbahagialah orang yang diampuni pelanggarannya,
yang dosanya ditutupi!
2 Berbahagialah manusia,
yang kesalahannya tidak diperhitungkan TUHAN,
dan yang tidak berjiwa penipu!
3 Selama aku berdiam diri, tulang-tulangku menjadi lesu
kerana aku mengeluh sepanjang hari;
4 Sebab siang malam tangan-Mu menekan aku dengan berat,
sumsumku menjadi kering,
seperti oleh teriknya musim panas.
5 Dosaku kuberitahukan kepada-Mu,
dan kesalahanku tidaklah kusembunyikan;
aku berkata : “Aku akan mengaku kepada TUHAN
pelanggaran-pelanggaranku”
dan Engkau mengampuni kesalahan kerana dosaku.
6 Sebab itu hendaklah setiap orang saleh berdoa kepada-Mu,
selagi Engkau dapat ditemui;
sesungguhnya pada waktu banjir besar terjadi,
itu tidak melandanya.
7 Engkaulah persembunyian bagiku,
terhadap kesesakan Engkau menjaga aku,
Engkau mengelilingi aku, sehingga aku luput dan bersorak.
8 Aku hendak mengajar dan menunjukkan kepadamu
jalan yang harus kautempuh;
Aku hendak memberi nasihat,
mata-Ku tertuju kepadamu.
9 Janganlah seperti kuda atau bagal yang tidak berakal,
yang kegarangannya harus dikendalikan dengan tali les
dan kekang,
kalau tidak, ia tidak akan mendekati engkau.
10 Banyak kesakitan diderita orang fasik,
tetapi orang percaya kepada TUHAN
dikelilingi-Nya dengan kasih setia.
11 Bersukacitalah dalam TUHAN
dan bersorak-soraklah, hai orang-orang benar,
bersorak-sorailah, hai orang-orang jujur!
Tajuk:
Berkat telah tiba
Tema:
Berkat hanya diterima apabila seseorang bertobat, diampuni Tuhan dan mengorak langkah mengusahakan kemajuan.
Latar belakang:
1. Fasal nyanyian ini ditulis oleh Daud selepas satu setengah tahun dia berbuat dosa dan sewaktu dia insaf (II Sam 11, 12)
2. Kemungkinan dia menulis dahulu fasal 51, tidak lama kemudian baru dia menulis fasal ini, menceritakan pengalaman sebelum dan selepas bertobat. Oleh itu, isi kandungannya amat terperinci dan fasal ini bertujuan juga menjadi suatu amaran.
Kategori:
Nyanyian pujian peribadi, nyanyian penginsafan [nyanyian penyesalan dosa]
Hubungan dengan gulungan kitab lain:
a. Adalah nyanyian menyesal akan dosa sendiri seperti fasal 6, 38, 39, 51, 102, 130, 143
b. Juga adalah nyanyian pengajaran sama seperti fasal 42, 44, 45, 52-55, 74, 78, 88, 89, 142
c. Pernah juga digunakan dalam kitab Roma fasal 4 dan kitab-kitab surat Paulus
Garis kasar:
~ Pembuka fasal ini : “Dari Daud Nyanyian Pengajaran”, tujuannya memberi amaran kepada manusia agar jangan berbuat dosa.
I. Sewaktu Allah tidak memperhitungkan itu sebagai dosa (1-2)
a. Diampuni pelanggarannya
b. Ditutup dosanya
c. Tidak berjiwa penipu
II. Sewaktu mengakui dosa sendiri (3-5)
1. Memberitahu kesiksaan di dalam dosa (3-4)
a. kesiksaan di dalam dosa (3-4)
~Tulang-tulang menjadi lesu dan mengeluh sepanjang hari
b. Bebanan dosa
~ Sum-sumku menjadi kering
2. Memberitahu dosa kejahatan sendiri (5)
~ Mendapat pengampunan
III. Memohon kepada Tuhan tepat waktunya (6-7)
(1) Selagi dia boleh ditemui (6)
a. Berdoa dan berseru dengan saleh
b. Selagi penghukuman belum datang
~ Sesungguhnya pada waktu banjir besar terjadi, itu tidak melanda aku
(2) Bersembunyi di dalam tempat persembunyianNya (7)
a. Menjaga aku terhadap kesesakan
b. Mengelilingi aku, sehingga aku luput dan bersorak
IV. Sewaktu percaya dan taat kepada Tuhan (8-11)
(1) Menerima pengajaran, jalan dan nasihat (8)
~ Jalan yang harus ditempuh
(2) Tidak seperti kuda dan bagal yang tidak berakal (9)
~ Taat kepada Tuhan dengan hati yang rela
(3) Percayalah kepada Tuhan (10)
a. Tidak menderita kesakitan
b. Pasti dikelilingi kasih setia
c. Bersukacita dan bersorak-sorai
