Prakata : Dunia sejak dulu sampai sekarang mempunyai ahli pakar, doktor pakar. Namun tiada “doktor yang maha kuasa”. Tuhan Yesus adalah Allah yang maha kuasa, Dia juga merupakan “doktor yang maha kuasa”.
Pakar holistik. (Mat 15: 30-31) Doktor Pakar yang Maha Kuasa.
(I) Pakar Pediatrik (bayi) : Anak perempuan Kanaan disembuhkan.(Mat 15: 21-28)
(II) Pakar sakit perempuan : Penyakit pendarahan selama12 tahun disembuhkan.(Mrk 5: 25-34)
(III) Pakar Obstetrik dan Ginekologi : Menyembuhkan kemandulan.
(i) Sara yang telah berusia 90 tahun melahirkan anak.(Kej 21: 1-6)
(ii) Rikka melahirkan anak. (Kej 25: 21)
(iii) Hana melahirkan anak.(1Sam 1: 5,17-20)
(IV) Pakar Lima Deria : Orang buta dapat melihat (Yoh 9: 1-14; Mat 9: 27-31) Orang bisu dapat mendengar dan berkata-kata.(Mat 9: 32,34; Mrk 7: 32-37)
(V) Pakar Dermatologi (kulit) : Menyembuhkan orang bersakit kusta.(Mrk 1: 40-42)
(VI) Pakar Ortopedik (tulang) : Menyembuhkan orang sakit bungkuk punggungnya yang tidak dapat berdiri lagi dengan tegak selama 18 tahun.(Luk 13: 1-17)
(VII) Pakar Perubatan : Menyembuhkan membojol (iaitu ascites visceral, bahagian hati dan disebabkan oleh edema jantung.)(Luk 14: 1-6)
(VIII) Pakar pembedahan : Menyembuhkan hamba Imam besar yang putus telinga kanannya.(Luk 22,50-55)
(IX) Pakar Neurologi : Menyembuhkan orang lumpuh (Luk 2: 1-12), menyembuhkan seorang yang mati tangan kanannya.(Luk 6: 6-11; Mat 12: 9-14)
(X) Pakar Psikiatri (hospital) : Menyembuhkan seorang yang kerasukan roh jahat dari orang Gerasa (Mrk 5: 10-20), menyembuhkan seorang anak muda yang sakit ayan (Mat 17: 14-21), menyembuhkan orang-orang yang kerasukan setan (Mat 8 : 16-17).
(XI) Pakar Kebangkitan : (Semua hospital kecuali bilik mayat, doktor boleh hanya diagnosis penyakit yang tidak dapat disembuhkan, tetapi tidak boleh menyembuhkan penyakit yang tidak dapat disembuhkan, lebih lagi tidak boleh membangkitkan orang mati.) :
(i) Kebangkitan anak Yairus. (Luk 8: 49-56)
(ii) Kebangkitan anak muda seorang janda. (Luk 7: 11-17)
(iii) Kebangkitan Lazarus. (Yoh 11: 33-45)
(XII) Pakar Jiwa : Dosa merupakan penyakit bagi jiwa yang mendatangkan maut kepada manusia.
(i) Tuhan mengampuni perempuan berdosa. (Luk 7 : 36-48)
(ii) Orang lumpuh disembuhkan. (Mrk 2: 5; Luk 5: 20)
- Jika kita mengakui dosa kita, maka Tuhan akan mengampuni segala dosa kita dan menyucikan kita dari segala kejahatan. (1Yoh 1:9)
Perubatan Tuhan Yesus.
(I) Setiap perkataan Tuhan akan digenapi. (Tuhan berkuasa)
(II) Tangan menjamah (Sakit bungkuk punggung atau sakit kusta)(Mrk 1: 41).
(III) Meludah ke tanah.(Menyembuhkan orang buta) (Yoh 9: 6)
Bagaimanakah untuk Mendapatkan Rawatan Perubatan?
(I) Tidak perlu mendaftar, beratur dan membayar.
(II) Datang saja ke hadirat Tuhan.
(i) Kemah Allah di tengah-tengah manusia — GerejaNya.(Why 21: 3; 2Kor 6:16)
(ii) Tempat yang disertai dengan Roh Kudus — GerejaNya.(1Yoh 3:24)
(III) Meminta dalam iman dan jangan bimbang. (Yak 1: 6; Mrk 11: 24)
(i) Meminta dalam iman. (Yak 1: 6-7; Mrk 11: 24)
-Tuhan sering berkata dengan mereka yang meminta penyembuhan : “Hai, anak-Ku, imanmu telah menyelamatkan engkau. Pergilah dengan selamat dan sembuhlah dari penyakitmu!” (Mrk 5 : 34)
- Beri tunjuk : Satu syarat yang tidak boleh dikurangkan semasa meminta kepada Tuhan — iaitu iman.
(ii) Selalu berdoa dengan tidak jemu-jemu. (Luk 18: 1-8)
(iii) Harus bertobat supaya dosa-dosa diampuni. (Dosa diampuni, penyakit disembuhkan, tubuh dan jiwa sejahtera.)
(IV) Harus bersyukur kerana telah sembuh, jangan berbuat dosa lagi. (Yoh 5: 14)
(i) Bersyukur dengan ikhlas : Mempersembahkan harta-benda, jiwa dan raga.
(ii) Berusaha untuk bersaksi bagi Tuhan dan menyebarkan inijl.
(iii) Jangan lupakan segala kebaikanTuhan, harus mengingatinya dalam hati. (Maz 103: 2)
Kesimpulan : Marilah kepada-Ku, semua yang letih lesu dan berbeban berat, Aku akan memberi kelegaan kepadamu. (Mat 11: 28) Yesus merupakan tabib yang mahakuasa. Segala penyakit seperti penyakit tubuh, penyakit jiwa, penyakit roh dapat disembuhkan oleh Tuhan. Asalkan engkau percayaiNya! (Yoh 3 15-16)