Views: 138
Unit Sebelas: KELUARGA
Keluarga memainkan kedudukan paksi dalam masyarakat. Kesetiaan dalam sesebuah keluarga adalah ditunjukkan dalam cara-cara membesarkan anak-anak di dalam iman dan bagaimana ibu bapa bersatu dalam kegirangan. Amaran diberikan secara langsung kepada dosa-dosa yang membelakangi peraturan ilahi ini (1.18; 2.18). Amsal merujuk kepada ajaran-ajaran dalam Firman ke-5 demi kestabilan dan kehidupan keluarga yang aman bahagia (4.10).
[1] Suami Dan Isteri
Suami dan isteri berkongsikan tanggungjawab mendidik anak-anak dan dijangka seia sekata (1.8,9; 6.20). Terhadap pasangannya, kaum lelaki digesa berlaku setia dan ghairah: ‘senantiasa berahi kerana cintanya’ (5.17-19); sumpah pada perkahwinan yang musnah adalah dosa terhadap teman lama (2.17).
Isteri adalah rahmat pemberian Tuhan (18.22; 19.14); sesungguhnya ialah mahkota atau sebaliknya ‘kebusukan’ ~ tertakluk kepada stabiliti keluarga tersebut (14.1).
Seandainya ia memiliki karunia-karunia istimewa, maka ianya akan mempunyai skop yang lebih besar untuk menampung yang lebih banyak tanggungjawab: pentadbir, saudagar, wanita-kraf, dermawan dan pemimpin. Pengaruhnya tersebar luas dan pencapaiannya dinilai berdasarkan sumbangannya kepada kebahagiaan dan kedudukan baik suaminya (31.11,23).
Terhadap pandangan yang tinggi akan perkahwinan, dosa seksual akan memusnahkan keluarga yang bahagia, dijalin-erat dan keluarga yang diberkati Tuhan (5.9-23). Ia adalah pertukaran kemesraan dari satu hubungan yang sejati kepada hubungan yang penuh penipuan (5.19,20); perpisahan degnan kehormatan seseorang (5.9; 6.33) dan kebebasan (23.27,38). Ia merupakan seorang yang membuang dan membazirkan masa keemasannya (5.9,11) dan kemungkinan terlepaskan satu-satunya yang menjadi milik kepunyaannya (29.3; 6.26). Ia merangsang bahaya fizikal dan penghinaan sosial (6.26-35). Mereka yang meneroka hidup dengan cara ini adalah mencarikan maut sendiri (2.18-19).
[2] Ibubapa dan Anak-Anak
Penggunaan rotan secara betul (13.24) merupakan urutan daripada dogma serius yang terkandung dalam hikmat, kerana hikmat adalah hidup (8.35,36). Cara keras ke arah hikmat adalah lebih baik daripada cara lembut ke arah maut (23.14; 19.18). Caranya perlu tegas dan keras atas dua sebab:
(1) ‘Kebodohan melekat pada hati orang muda’ ia akan meresapkan segala yang dimaktubkan dalam hikmat; bagaikan satu tumbuhan yang semakin membesar (yang memerlukan sesuatu yang lebih berkesan daripada perkataan untuk menanggalkannya (22.15).
(2) Karaktor dibentuk dengan hajaran yang sesuai (cf. 15.32,33; 5.1-13; Ibr 12.11), dan pimpinan betul harus bermula semenjak awal (13.24b: ‘pada waktunya’; cf.22.6). Bagi ‘kanak-kanak yang dibiarkan mengikut kehendak sendiri’ satu saja hasil yang dijangka, yakni membawa malu (29.15).
Sumber utama didikan ibu bapa ialah ‘hukum’, ‘arahan’ dan ‘prinsip-prinsip’ dan diajarkan berdasarkan kasih sayang yang tabah (3.1-4; 7.1-4). Pada dasarnya, ajaran-ajaran Tuhan bertujuan membina tabiat pemikiran dan tingkah laku yang bijak (di dalam ‘hati’ dan di ‘jari-jari’. 7.3; Ul 6.4ff), yang mana akan melengkapinya untuk menempuhi kehidupannya dengan penuh keyakinan (3.21-26; 4.10-14) dan kewibawaan (1.7-9; 4.8,9).
Perhatikan bahawa seorang anak yang tidak berhati perut dan yang berat tulang, mungkin akan keras kepala dan tidak suka menerima didikan (13.1; cf. 17.21). Sebuah keluarga yang baik-baik belaka kemungkinan akan menghasilkan seorang pemalas (10.5) atau seorang pemboros (29.3) dan dengan demikian dia mungkin akan memberontak untuk menghina (15.20), memperolok-olok (30.17) atau mengutuki ibu bapa (10.10; 30.11) dan tidak berhati perut sanggup merampasi kekayaan ayah (28.24) dan mengusir janda ibunya dari rumah (19.26).
[3] Saudara-mara
Subjek ini hanya diketemukan dalam beberapa amsal. Istilah Ibrani ini adalah menggunakan istilah sepupu atau saudara-mara. Perhatikan hubungan persaudaraan yang tidak baik: ‘Orang miskin dibenci oleh semua saudaranya, apalagi sahabat-sahabatnya, mereka menjauhi dia. Ia mengejar mereka, memanggil mereka tetapi mereka tidak ada lagi’ (19.7). Sewaktu timbulnya pertengkaran (6.19) atau kebahagiaan sesebuah keluarga terjejas, maka ianya akan mengakibatkan kepahitan dan ketegaran yang berpanjangan (18.19).
Keadaan pertalian ‘persaudaraan’ yang sihat adalah yang berkekalan dan berketetapan: menjadi saudara dalam kesukaran (17.17), dan ikatan persahabatan mengatasi persaudaraan (18.24; 27.10).
