Siapakah Engkau? Ya, Tuhan !
|

Siapakah Engkau? Ya, Tuhan !

Ayat suci : (Kis 9: 1-9) Pengalaman mengenai Saulus dipilih oleh Tuhan.

Latar belakang Saulus

(i) Seorang permercaya agama Yahudi yang soleh.

(ii) Seorang pengawai tinggi.

(iii) Seorang yang mempunyai pengetahuan tinggi, memahami segala hukum taurat.

 Kepercayaan Saulus

(i) Beragama Yahudi, membaca kitab perjanjian lama dan menyembah Tuhan yang Esa.

(ii) Menjadi giat kerana iman kepercayaan sendiri.

(iii) Percaya kepada Tuhan namun tidak mengenali siapakah Yesus sebenar.

(iv) Ingin menjadi giat bagi Tuhan, tetapi mengancam dan membunuh Jemaat benar. Ia menghalang injil dan menghalang Tuhan.

(v) Kepercayaan yang sia-sia, yang diturunkan oleh nenek-moyang,  mengikuti kebiasaan-kebiasaan yang diturunkan dan tidak mengikuti kebenaran Tuhan. Kini, ia dipanggil oleh Tuhan, maka ia berusaha untuk mengejarkan supaya mengenali Tuhan.

  • Dalam batin kerohaniannya, ia mencari : Siapakah Engkau? Ya Tuhan!

(a) Menunjukkan kesedarannya dalam kepercayaan.

(b) Menunjukkan ia mencari Tuhan dengan rendah-hati.

(c) Menunjukkan hatinya yang bersungguh-sungguh untuk mengasihi Tuhan.

(d) Memang benar, jalan kepercayaannya salah dahulu.

(e) Tahu nama Tuhan tetapi tidak mengenali siapakah Tuhan sebenarnya.

Kita harus mengenal pasti bahawa Tuhan yang dipercayai untuk memperoleh keselamatan dari Tuhan. (Yes 55: 6-7; Hos 6: 1-3) 

(I) Tuhan adalah Roh.(2Kor 3: 17; Why 22: 6; Yoh 4: 24)

(i) Menolak Roh Kudus bemaksud menolak Tuhan. Orang Yahudi adalah satu peringatan.

(ii) Menerima Roh Kudus dapat dilihat. (Kis 19: 1-7;  16-18; 10: 46; 2:33 )

(iii) Roh Kudus merupakan bukti untuk memasuki kerajaan sorga. (Efs 1 : 13-14)

(iv) Roh Kudus adalah slogan kesejahteraan.( Why 7 : 1-3)

(v) Roh Kudus adalah bukti menandakan kita milik Kristus.(Rm 8: 9)

(vi) Roh Kudus adalah bukti kebangkitan zaman akhir. (Rm 8 : 11)

(vii) Roh Kudus adalah saksi bersama dengan Tuhan. (1Yoh 3 : 24)

  • Orang yang sesungguhnya mengenali Tuhan iaitu mengenali Roh KudusNya.

(II) Jemaat merupakan tubuh Tuhan. (Efs 1: 23)

(i) Tubuh Tuhan hanya satu : walaupun demominasi agama kristian banyak, namum tubuh Tuhan hanya satu.

(ii) Mempunyai tiga syarat dalam tubuh Tuhan :

(a) Di mana ada tubuh, di situ ada rohnya. (Roh Kudus) (Rm 8:9)

(b) Di mana ada tubuh, di situ ada perkataannya. (Injil yang lengkap) (Kol 1 : 25; Kis 20: 27)

(c) Di mana ada tubuh, di situ akan menyatakan kekuatannya.

  • (Mujizat-mujizat Tuhan) (Mrk 16 : 17-18)

(iii) Percaya kepada Tuhan tetapi tidak menganut ke dalam gerejaNya, ia masih belum mengenali Tuhan.

(iv) Sesiapa yang menganiya GerejaNya, ia menganiya Tuhan.

(v) Taat dan mengambil berat tentang JemaatNya bermaksud menghormati dan mengasihi Tuhan.

(III) Tuhan adalah firman. (Yoh 1: 1; 14: 6)

(i) Sesiapa yang menolak perkataan dari mulutNya, ia menolak Tuhan. (Yoh 12 : 48)

(ii) Firman Tuhan, terdapat dua bahagian :

(a) Bersifat doktrin. (segi penyelamatan)

(b) Bersifat pengajaran. (segi penyempurnaan rohani)

  • Tidak seharusnya menambah atau mengurangkannya. (Ams 30 : 5-6); Why 22 :18-19)

(IV) Tuhan adalah kasih. ( 1 Yoh 4 : 8-16)

(i) Tuhan mangasihi manusia sehingga mengaruniakan anakNya yang tunggal.(Yoh 3: 16; 1Yoh 4: 9)

(ii) Seorang yang mengenali Tuhan iaitu tahu mengasihi Tuhan dan sesama manusia.

(iii) Kasih adalah terbesar dari semua karunia. (1 Kor 13 : 1-4)

Kesimpulan :  (Hos 6; 1-3; Mat 7: 21-24; Ayb 22: 21)

 

“Orang Samaria Yang Murah Hati”:Jenis-jenis Orang yang Terdapat dalam Perumpamaan ini
|

“Orang Samaria Yang Murah Hati”:Jenis-jenis Orang yang Terdapat dalam Perumpamaan ini

Ayat Kitab : Lukas 10 : 25-37

1. Seorang yang cedera parah.

Dalam perjalanannya itu, dia dipukul setengah mati dan dirompak habis-habisan, bahkan ditelanjangi pakaiannya. Setelah itu, dia dibiarkan terbaring di pinggir jalan di mana tempat itu tidak berpenduduk dan tidak ada tanaman. Dia harus mendapatkan bantuan segera daripada orang lain barulah dia beroleh harapan untuk terus hidup.

2. Beberapa orang perompak.

Mereka ini sekelompok perompak yang ganas dan kejam dan tidak berhati perut. Mereka berani melakukan apa saja yang mereka suka, dan langsung tiada Tuhan dalam hati mereka.

3. Imam dan Orang Lewi

Mereka merupakan petugas-petugas suci dalam agama Yahudi dan orang yang paling dekat kepada Tuhan. Mereka bukan sahaja bertanggungjawab menguruskan hal-hal yang berkenaan dengan mezbah dan persembahan kudus umat Tuhan, malah mereka diamanatkan suatu tugas yang mulia iaitu memimpin umat Tuhan untuk memegang hukum taurat dan melayani Tuhan. Boleh dikatakan, mereka adalah wakil golongan Ortodoks agama Yahudi . Namun, semasa berdepan dengan orang yang terluka itu, mereka sebaliknya menutup pintu hati terhadapnya. Walaupun mereka ini ahli dogmatisme, namun mereka hanya tahu mengajar, tetapi  tidak melakukannya. ( Matius 23: 2-4)

4. Seorang Samaria.

Dia merupakan orang asing, dari suatu bangsa yang sangat dibenci oleh orang Yahudi (Lukas 9: 51-53; Yohanes 4: 9, 8:48). Walaupun sehingga hari ini, mereka menganggap Tuhan Semesta Alam sebagai Allah, namun mereka masih dipandang sebagai penganut ajaran sesat dan tidak diterima oleh orang Yahudi.  Dalam perumpamaan ini, orang Samaria ini menunjukkan suatu sifat –- sifat baik manusia.

1. Dia mempunyai belas kasihan terhadap orang lain.

(1) Tuhan mempunyai belas kasihan. (Lukas 1:78 ; Matius 9:36 ,15:32)

(2) “Kerana itu, sebagai orang-orang pilihan Allah yang dikuduskan dan dikasihi-Nya, kenakanlah belas kasihan, kemurahan, kerendahan hati , kelemahlembutan dan kesabaran” (Kolose  3:12) .

(3) “Siapa menaruh belas kasihan kepada orang yang lemah, memiutangi Tuhan, yang akan membalas perbuatannya itu” (Amsal 9:17).

(4) “Barangsiapa mempunyai harta duniawi dan melihat saudaranya menderita kekurangan tetapi menutup pintu hatinya terhadap saudaranya itu, bagaimanakah kasih Allah dapat tetap di dalam dirinya” (1 Yohanes 3 :17)?

2. Dia mempunyai semangat berkorban dan mengasihi manusia.

(1) “Kata-Nya kepada mereka semua : “Setiap orang yang mau mengikut Aku, is harus menyangkal dirinya, memikul salibnya setiap hari dan mengikut Aku” (Lukas 9 :23).

(2) “Demikianlah kita ketahui kasih Kristus, yaitu bahwa Ia telah menyerahkan nyawa-Nya untuk kita; jadi kita pun wajib menyerahkan nyawa kita untuk saudara-saudara kita” (1 Yohanes 3:16).

3.Dia seorang yang bertanggungjawab.

Kerana ada hal lain untuk diuruskan, dia terpaksa meninggalkan orang yang terluka ini , dia meminta pemilik penginapan tolong menjaga orang yang terluka itu dan mengatakan : “Rawatlah dia dan jika kau belanjakan lebih dari ini, aku akan menggantikannya, waktu aku kembali”. Sesungguhnya, dia merupakan seorang yang bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu dan mengasihi orang lain sampai akhirnya.

4. Dia seorang yang dapat melenyapkan prasangka dan prejudis.

Menurut jangkaan, orang yang dirompak  dan dipukul oleh perompak semasa turun ke jalan Yerikho itu, besar kemungkinan dia orang Yahudi. Walaupun orang Yahudi tidak bergaul dengan orang Samaria (Yohanes 4 :9), tetapi orang Samaria ini mengetepikan hal prejudis atau prasangka yang timbul di antara orang Yahudi dan orang Samaria, dia tetap menolong orang Yahudi yang terluka itu. Dengan belas kasihan dan kasihnya, dia melenyapkan jurang di antara bangsa-bangsa itu.