Tangan Doa
| | |

Tangan Doa

Tangan Doa

[Lai Yin Fu]

Prakata

Para pemercaya sepatutnya menadahkan tangan yang suci untuk berdoa di mana-mana jua (I Tim 2:8). Berikutnya akan dibentangkan 4 aspek berkenaan pengaruh tangan yang berdoa terhadap hati manusia, kerja suci, dunia dan Allah (nas ini boleh dibahagikan kepada dua kali khotbah).

[1]   Pengaruh Atas Hati Manusia

1. Tangan yang menggerakkan hati manusia

Δ       Ketika berada di atas kayu salib dengan dua tangan yang mengalirkan darah dalam kesakitan, Tuhan Yesus berdoa memohon pengampunan untuk orang-orang yang menganiayaNya (Luk 23:33, 34)

Δ        Tangan Tuhan yang berdoa telah menggerakkan ratusan ribu umat Kristian untuk berdoa bagi musuh dan bagi orang-orang yang menganiaya mereka (Mat 5:44, 45)

2. Tangan yang membalikkan hati manusia

Δ    Tuhan berdoa untuk murid-murid supaya mereka insaf dan iman mereka jangan gugur iman mereka (Luk 22:31, 32)

Δ   Berdoa memohon kuasa dari Tuhan untuk meruntuhkan benteng-benteng Iblis dan menawan segala fikiran dan menaklukkannya kepada Kristus (II Kor 10:4, 5)

3. Tangan yang mengubah hati manusia

Δ        Hati raja seperti batang air di dalam tangan Tuhan, dialirkanNya ke mana Ia ingini (Ams 21:1)

Δ      Umat Tuhan berpuasa tiga hari tiga malam lalu Ester menghadap raja tanpa izinnya; Allah menjadikan hati raja berkenan lalu bangsa Yahudi terselamat (Est 4:15-17; 5:1-4)

[2]   Pengaruh Atas Kerja Suci

1. Tangan yang beroleh kuasa

Δ        Setelah menerima Roh Kudus pasti mendapat kuasa demi menjadi saksi Tuhan di mana-mana jua (Kis 1:8)

Δ    Petrus dan Yohanes selalu pergi ke Bait Suci untuk berdoa dan Tuhan telah mengaruniakan kuasa sehingga mereka dapat melakukan mujizat besar di Pintu Gerbang Indah (Kis 3:1-2, 6-8)

2. Tangan yang menyokong kerja suci dengan teguh

Δ    Setelah Tuhan sibuk melakukan kerja-kerja menyaksikan firman dan menyembuhkan penyakit, Ia telah mengundurkan diri ke tempat-tempat yang sunyi dan berdoa untuk menambahkan kekuatan dan kekuasaan rohani (Luk 5:12-16)

Δ     Tangan yang berdoa akan membukakan pintu pemberitaan Injil (Kel 4:2-4)

3. Tangan yang menggenapi anugerah keselamatan

Δ    Sebelum Tuhan disalibkan, di Taman Getsemani Ia telah berjaga-jaga di dalam doa memohon Bapa Syurga memberikan kekuatan untuk menggenapi kerja anugerah keselamatan (Luk 22:39-46)

Δ    Permohonan Elia telah dikabulkan Tuhan lalu memulihkan kembali iman kepercayaan umat Israel sehingga mereka meninggalkan yang palsu berbalik kepada yang benar (I Raj 18:36-40)

[3]   Pengaruh Atas Dunia

1. Tangan yang menopangkan dunia

Δ    Langit dan bumi baru yang dijanjikan Tuhan masih belum tergenap sehingga sesetengah orang menganggap itu sebagai kelalaian, tetapi pada hakikatnya itu adalah kesabaran (II Ptr 3:9)

Δ    Terdapat satu ucapan pembuka tirai di sebuah program ‘Doa Malam’ di suatu siaran radio yang berbunyi: ‘Seandainya dahan-dahan pokok yang menopangkan burung-burung; maka dunia ini adalah ditopangkan oleh tangan-tangan yang berdoa’. Oleh itu, adakah anda pernah berdoa demi keselamatan manusia pada setiap hari?

2. Tangan yang mengubahkan dunia

Δ        Allah mendengar doa Yosua sehingga matahari dan bulan tidak bergerak sepanjang satu hari ~ ini telah mengubahkan masa satu hari dunia (Yos 10:12-14)

Δ        Atas doa Elia yang sungguh-sungguh maka hujan tidak turun di atas tanah Israel selama tiga tahun enam bulan; lalu ia berdoa lagi, maka langit menurunkan hujan dan bumipun mengeluarkan buahnya. Tangannya yang berdoa telah mengubahkan dunia orang Israel (Yak 5:16-18)

3. Tangan yang memperbaharui dunia

Δ        Tuhan mengajar murid-muridNya supaya berdoa dahulu untuk kedatangan kerajaan Allah dan supaya terjadilah kehendakNya di bumi seperti di Syurga ~ tujuannya adalah untuk memperbaharui dunia yang penuh dosa kejahatan (Mat 6:10)

Sambil menantikan langit dan bumi baru, haruslah kita berusaha mengejar kekudusan, kesalehan; perbaharui diri sendiri dahulu, maka doa sedemikian adalah berkesan, yang dapat memperbaharui manusia dengan bersandarkan Tuhan (II Ptr 3:10-13)

[4]   Pengaruh Atas Tuhan

1. Tangan yang dibelas kasihani oleh Tuhan

Δ        Doa yang rendah hati mengharapkan belas kasihan Tuhan pasti disayangi Tuhan (Mzm 123)

Δ        Perempuan Kanaan memohon dengan sungguh-sungguh untuk dapatkan belas kasihan Tuhan dengan tidak tawar hati, akhirnya dikabulkan Tuhan lalu anak perempuannya beroleh damai sejahtera (Mat 15:25-28)

2. Tangan yang menggerakkan Tuhan

Δ    Umat Israel menyembah anak lembu emas telah membangkitkan murka Tuhan sehingga ingin membinasakan mereka; tetapi Musa memohon dengan sungguh-sungguh kepada Allah untuk mengampuni mereka dan doanya telah didengarNya (Kel 32:7-14)

Δ     Raja Hizkia memalingkan mukanya ke arah dinding dan berdoa sambil menangis kepada Tuhan, Tuhan telah memperpanjangkan hidupnya lima belas tahun lagi (Yes 38:2-5)

3. Tangan yang mereda-lenyapkan amarah Tuhan

Δ        Manusia sememangnya lemah, justeru itu haruslah memohon Tuhan mengampuni kesalahan-kesalahan yang tidak kita sedari, dan melindungi kita terhadap hal-hal jahat (Mzm 19:13-15)

Δ        Yunus mengengkari perintah Tuhan lalu ia dihajar. Di dalam perut  ikan besar ia memohon penyelamatan Tuhan, maka Tuhan berfirman kepada ikan itu untuk memuntahkannya ke darat (Yun 2:1-3,7,10)

Δ        Penduduk kota Niniwe, baik orang dewasa mahupun anak-anak kesemuanya berpuasa memohon belas kasihan Allah; Allah melihat segala tersebut maka menyesallah Allah dan Iapun tidak jadi melakukannya (Yun 3:5-10)

Penutup

Semoga kita semua akan berdoa setiap waktu di dalam Roh (Ef 6:18)

Bahagian 4:Jangan Menghadap Hadirat Tuhan dengan Tangan Hampa
| | | | | |

Bahagian 4:Jangan Menghadap Hadirat Tuhan dengan Tangan Hampa

Ayat Alkitab: Ulg 16: 16-17

Pendahuluan :
Tiga kali setahun setiap laki-laki di antaramu harus menghadap hadirat Tuhan, Allahmu, ke tempat yang akan dipilih-Nya, yakni pada hari raya Roti Tidak Beragi, pada hari raya Tujuh Minggu,dan pada hari raya Pondok Daun. Janganlah ia menghadap hadirat Tuhan dengan tangan hampa (Ul 16:16).

A. Jangan dengan tangan hampa (Ul 16:16)

1. Elkana mempersembahkan korban setiap tahun kepada Tuhan (1Sam 1:3).

  • Doa Hana, isterinya, diberkati dan mendapat anak lelaki (1Sam 1:17-20).

2. Persembahan korban Hizkia ketika pertabalan (2 Taw 29:20-30).

  • Dalam setiap usaha yang dimulainya untuk perlayanannya terhadap rumah Allah, dan untuk perlaksanaan Taurat dan perintah Allah, ia mencari Allahnya. Semuanya dilakukannya dengan segenap hati, sehingga segala usahanya berhasil (2 Taw 31:21).

 3. Maria mengurapkan Tuhan Yesus ketika berjumpa dengan-Nya (Mat 26:6).

  • Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya di mana saja Injil ini diberitakan di seluruh dunia, apa yang dilakukannya ini akan disebut juga untuk mengingati dia.” (Mat 26:13).

B. Mempersembahkan hadiah ( Ul 16:17)

1.  Menurut kemampuan sendiri.

  • Tuhan memuji janda yang mempersembahkan dua peser (Mrk 12:41-44).

2. Berdasarkan berkat yang diberikan.

  • Mengenai persembahan persepuluhan dan persembahan khusus (Mal 3:8).

3. Merupakan pemberian Tuhan.

  • Tetapi dia tidak insaf bahwa Akulah yang memberikan kepadanya gandum, anggur dan minyak, dan yang memperbanyak bagi dia perak and emas. (Hos 2:7-13)

Kesimpulan:

Hendaklah masing-masing memberikan menurut kerelaan hatinya, jangan dengan sedih hati atau kerana paksaan, sebab Allah mengasihi orang yang memberi dengan sukacita.