KEPENTINGAN PENYEMPURNAAN ROHANI
Pemercaya diselamatkan kerana anugerah Tuhan yang diterima melalui iman. Tetapi terdapat suatu hal yang amat penting setelah mempercayai Tuhan iaitu harus bekerja keras untuk menjayakan kerja penyempurnaan rohani. Sesetengah pemercaya kekurangan penyempurnaan rohani. Para belia disebabkan berbuat menurut hawa nafsu maka apa yang dilakukan tidak mantap dan lebih-lebih lagi perlu memerhatikan penyempurnaan rohani. Dalam penyempurnaan rohani, para belia harus memerhatikan pelbagai aspek. Di sini diambil empat perkara yang lebih penting sebagai rujukan kita untuk sama-sama giat mengejar dan mempelajari.
MENGEJAR KEKUDUSAN
A. Makna kekudusan: Kudus juga bermaksud menjadi suci, hati bersih tiada cinta yang tidak biasa dan tiada hawa nafsu tetapi pertuturan dan kelakuan yang amat sempurna, tidak bercacat-cela dan sempurna seperti Bapa di syurga (Mat 5:48). Ini tidak dapat dilakukan oleh manusia duniawi kerana manusia duniawi telah berdosa dan dipenuhi dengan segala hawa nafsu (Yer 17:9; Rom 3:10–16).
B. Kaitan antara kekudusan dengan keselamatan: Motif kepercayaan kita adalah kerana keselamatan. Tetapi sekiranya pemercaya tidak kudus, tiada seorang yang dapat bertemu dengan Tuhan (Ibr 12:14). Buku Wahyu mencatatkan, “Barangsiapa yang tidak kudus tidak boleh berada di depan takhta berseru dengan gembira dan memuji” (Why 21:27, 7:9–10). Yang berpakaian putih adalah manusia yang suci. Memandangkan hal ini, kita sebagai pemercaya harus kudus barulah dapat memasuki kerajan syurga.
C. Kenyataan kekudusan: Matlamat penyempurnaan rohani ialah “Jiwa, roh dan tubuh harus sempurna dan tidak bercacat-cela (I Tes 5:23). Kekudusan yang sempurna haruslah :
- Hati tiada cinta yang tidak biasa dan pemikiran yang penuh kejahatan.
- Dalam pertuturan , sepatah perkataan yang kotor pun tidak boleh dilafazkan. Pertuturan harus tulus dan bersih, tidak bercacat-cela serta sempurna (Ef 4:29; Tit 2:6; Yak 3:2).
- Dalam kelakuan kita sama sekali tiada yang boleh ditegur (Flp 2:14–15 ; I Tim 6 :14).
- Kita harus seperti Elisa yang dapat dilihat sebagai orang yang kudus; juga seperti Daniel sehingga musuh tidak dapat mencari kesalahannya. Ini adalah teladan kekudusan yang baik (II Raj 4:9; Dan 6:4).
D. Usaha mengejar kekudusan – Boleh dibahagikan kepada dua bahagian :
- Bahagian tidak bersungguh-sungguh [Kurang positif ]: Menjauhkan diri dari dosa. Jangan mencontohi kejahatan dunia dan jangan menganggap dunia sebagai teman, misalnya menjauhi tempat perjudian, bar-bar, kelab malam, panggung wayang, majlis penyembahan berhala serta lain-lain yang mempengaruhi iman dan kelakuan kita (Mzm 1:1; Rom 12:2; Yak 4:4).
- Bahagian bersungguh-sungguh [Positif]: Menyembah Tuhan dengan ghairah. Menuruti dan bersandar kepada Roh Kudus untuk mengawal hawa nafsu tubuh. Pada masa yang sama harus berbuat menurut kebenaran, mengejar kekudusan bersama-sama mereka yang berseru kepada Tuhan dengan hati yang murni, bersandar kepada Tuhan untuk mengatasi kesusahan dan ujian api agar mencapai kekudusan dan kesempurnaan serta taraf keselamatan (Ams 16:6; Gal 5:16; Yoh 17:17 ; II Tim 2:22; I Ptr 4:1; Mrk 9:49; I Kor 9:27).
MENGEJAR KASIH
A. Kepentingan kasih: Dalam penyempurnaan rohani, selain daripada mengejar kekudusan, haruslah mengejar dan melaksanakan ajaran tentang kasih. Walaupun pemercaya mempunyai berbagai pengetahuan dan iman, sekiranya tanpa kasih ianya tidak dikira apa-apa. Adanya kasih yang sempurna barulah dapat menyempurnakan hukum Taurat. Tanpa kasih, maka tidak mengenali Tuhan dan tidak dapat diam di dalam Tuhan. Sebaliknya masih tinggal di dalam maut. Maka dapat diketahui bahawa walaupun pemercaya ghairah [ giat ] percaya kepada Tuhan tetapi tidak mempunyai kasih, ia tidak akan diselamatkan pada hari penghakiman Tuhan. Maka dapat diketahui betapa pentingnya kasih !
B. Asal- usul Kasih: Disebabkan manusia duniawi telah berdosa , menjadi milik iblis maka sentiasa mencuri keuntungan diri dan tidak dapat mengasihi orang lain. Akan tetapi Tuhan adalah sumber kasih, kita telah ditebus oleh kasihNya, dilahirkan kembali menjadi manusia baru, kita digerakkan oleh kasihNya. Sejak itu kita memahami makna kasih, tambahan menerima bantuan Roh Kudus barulah kita dapat menghasilkan buah-buahan kasih (I Yoh 4:8; II Kor 5:14–15; Gal 5:22).
C. Perihal mengejar kasih: Cara yang benar melaksanakan kasih dapat dibahagikan kepada dua butir berikut :
1. Bahagian tidak bersungguh-sungguh [Kurang positif]: Dari apa yang dikatakan Paulus, dapatlah diketahui bahawa dalam melaksanakan kasih, ianya terdapat tiga halangan yang mana kita seharusnya berusaha menghapuskannya.
a. Hati yang tidak kudus: Terdapat berbagai hawa nafsu seperti hati yang mencari keuntungan diri.
b. Hati yang terhutang, iaitu ada dosa. Apa yang dilakukan tidak bertepatan dengan kebenaran.
c. Kepercayaan yang menyeleweng iaitu berpura-pura dan menggunakan firman yang dipercayai untuk mencari keuntungan.
Harus menghapuskan ketiga-tiga butir ini agar kita mempunyai hati yang kudus, hati nurani yang murni dan iman yang tulus ikhlas, barulah dapat berusaha menjalankan kasih (I Tim 1:5).
2. Bahagian bersungguh-sungguh [Positif]: Tuhan Yesus mengasihi manusia duniawi sehingga mengorbankan nyawaNya untuk menebus kita. Dia meninggalkan banyak teladan mengenai kasih. Oleh itu kita harus meneladaniNya mengasihi manusia secara positif. I Korintus fasal 13 adalah mazmur kasih rohani [suci] yang boleh membantu kita memahami unsur kasih dan tahu melaksanakan kasih secara positif. Kasih itu adalah memberikan tetapi tidak mengharapkan pembalasan, seperti Abraham yang tidak mengira kerugian dan tidak memegahkan diri. Juga seperti Tuhan Yesus dan Paulus yang mengorbankan nyawa untuk mengasihi menyelamatkan manusia (Yoh 13:34; I Yoh 4:17; Mat 6:1–4; I Kor 13 ; Gal 2:20).
BELAJAR MENJADI RENDAH HATI
A. Kepentingan Rendah Hati: Demi keselamatan, pemercaya juga harus memerhatikan penyempurnaan rohani dan kelakuan [akhlak] yang rendah hati. Tuhan Yesus sering mengajar murid-muridNya, “Barangsiapa meninggikan diri, ia akan direndahkan, dan barangsiapa merendahkan diri, ia akan ditinggikan” (Mat 23:12; Luk 14:11; 18:14 ) kerana “Tuhan menentang orang yang congkak tetapi mengasihi orang yang rendah hati” (Yak 4:6; I Ptr 5:5). Tambahan kerendahan hati mempunyai kaitan yang penting dengan keselamatan kerana “Tuhan menyelamatkan semua orang yang rendah hati” (Mzm 76:9–10). “Tuhan pasti menyelamatkam orang yang rendah hati” (Ayb 22:29 ). Nabi Mikha berkata, “Hai manusia, telah diberitahukan kepadamu apa yang baik. Dan apakah yang dituntut Tuhan daripadamu: Selain berlaku adil, mencintai kesetiaan dan hidup dengan rendah hati di hadapan Tuhanmu?” (Mi 6:8). Rendah hati lawannya meninggikan diri dan congkak. Kecongkakan adalah milik iblis. Iblis adalah jelmaan malaikat yang congkak. Iblis pada peribadi asal sememangnya congkak. Setelah memperdayakan nenek moyang berdosa pada awalnya, ia menaburkan benih congkak di hati manusia. Oleh itu sekiranya manusia tidak rendah hati sebaliknya congkak pasti tertipu oleh muslihat iblis (Yeh28:17; I Tim 3:6).
B. Orang yang mudah congkak: Manusia yang mudah menjadi congkak dan tidak rendah hati seperti orang kaya, berpendidikan, berhikmat, berpengetahuan, berbakat, yang berdarjat mahupun yang berkuasa, yang mempunyai kebolehan dan berkemahiran. Sehinggakan sifat mereka yang berkebajikan, berakhlak dan perbuatan yang baik, kejayaan dalam pelajaran ataupun pekerjaan, iman yang baik, ghairah, dapat berpegang kepada firman, melakukan firman, giat memberitakan firman dan membuat persembahan. Orang yang sedemikian disebabkan mempunyai keistimewaan dan kebaikan tersendiri lebih mudah akan membangkitkan kecongkakannya, tidak mudah hendak memelihara kerendahan hati. Dapat dilihat ini adalah suatu perkara yang harus dielakkan dan diperhatikan oleh setiap pemercaya dan mereka yang melakukan pekerjaan suci dengan bersandar kepada Tuhan.
C. Akhlak yang harus dimiliki oleh orang yang rendah hati: Kerendahan hati janganlah dilafazkan dari mulut sahaja tetapi harus memperlihatkan kerendahan hati dalam pertuturan dan perbuatannya yang baik. Inilah orang yang benar-benar rendah hati. Kerendahan hati yang harus dimiliki lebih kurang seperti berikut :
1. Tidak memegahkan diri: Apakah keistimewaan orang yang rendah hati – tidak membanggakan diri dan memuji diri sendiri. Sekiranya terdapat kejayaan, kepujian harus diberi kepada Tuhan dan bukan kepada diri sendiri (Kej 14:16; Dan 2:30).
2. Taat: Orang yang benar-benar rendah hati bukan sahaja taat kepada Tuhan, taat kepada gereja malah taat kepada rakan sekerja dan sesama seiman; dapat saling taat mentaati (Yoh 6:38; Flp 2:6–8; I Ptr 5:5).
3. Mudah menerima teguran dan cadangan orang lain: Orang yang rendah hati tidak tegas akan amalannya tetapi mudah menerima cadangan orang lain. Apabila melakukan kesalahan dapat menerima teguran orang lain dengan hati yang terbuka, tambahan akan cuba mengubahnya dengan tidak berhenti-henti untuk mencari kemajuan. Petrus merupakan teladan yang baik bagi kita (Mat 6:23; Gal 2:11; Flp 3:12–13).
4. Melayani orang dengan sukarela: Tuhan Yesus rela melayani orang sehinggakan membasuh kaki murid-muridNya. Sekiranya dapat mencontohi kerelaan hati Tuhan melayani orang maka orang yang sedemikian adalah orang yang benar-benar rendah hati (Mat 20:28; Yoh 13:14–15).
BELAJAR BERSABAR
Dalam penyempurnaan rohani, kesabaran hati adalah perkara penting yang harus dipelajari oleh pemercaya.
A. Kepentingan bersabar: Bersabar adalah salah satu akhlak yang berkaitan dengan keselamatan seseorang pemercaya kerana Tuhan Yesus berkata, “Yang bertahan sampai pada kesudahannya akan selamat” (Mat 10:22; 24:13). Buku Ibrani mengatakan, “Ketekunan melakukan kehendak Tuhan akan memperoleh apa yang dijanjikan” (Ibr 10:36). Yakobus menasihati kita , “Kesabaran membawa kejayaan supaya kamu menjadi sempurna dan utuh” (Yak 1:4). Dari sini dapat diketahui bahawa demi memperolehi keselamatan harus bersabar sampai kesudahannya, betapa pentingnya kesabaran ini! Manusia dunaiwi juga menganggapnya sebagai suatu yang tidak ternilai. Selalu dikatakan bahawa “Segala kesabaran memerlukan kepenuhan kasih”. Akan tetapi kesabaran ini mudah dikatakan tetapi sukar dilakukan terutama sekali golongan belia yang terlalu mengikut perasaan harus lebih mempelajari ajaran tentang kesabaran demi mengelakkan kesilapan.
B. Beberapa perkara yang perlu bersabar: Dunia ini bagaikan lautan pahit. Manusia hidup di dunia berkemungkinan berdepan dengan pelbagai rintangan dan pancaroba menyebabkan kesabaran yang perlu untuk mengatasi masalah yang banyak ini juga bertambah. Oleh itu lingkungan hal yang harus bersabar amat luas. Dalam Alkitab dinyatakan harus bersabar dalam segala hal dan ada juga dinyatakan harus sabar menanggung segala sesuatu (I Kor 13:7; II Kor 12:12). Dari perkataan segala hal dan segala sesuatu menyedarkan kita bahawa lingkungan kesabaran ini besar dan jenisnya juga banyak. Kita dapat membahagikannya kepada tiga butir besar:
1. Kesusahan lahirlah seperti berdepan dengan kemiskinan, kesakitan, kegagalan dalam pekerjaan, penindasan, dipermalukan, dianiaya, disalahfahamkan dan penganiayaan serta ujian yang berkaitan dengan ugama. Haruslah bersabar dalam segala hal ini.
2. Hawa nafsu tubuh: Ini adalah penderitaan yang dibangkitkan oleh hawa nafsu tubuh sendiri seperti marah, benci, iri hati dan lain-lain. Ini juga harus dihapuskan dengan kesabaran.
3. Menantikan pengharapan hidup kekal: Penyelamatan dan penebusan Tuhan dilaksanakan berdasarkan rancanganNya dan masaNya. Kita tidak boleh kehilangan iman sementara menantikan kedatangan Tuhan yang tertangguh untuk menyambut kita ke syurga. Walaupun kehilangan pengharapan, kita harus menanti dengan hati yang sabar (Mzm 37:7) . Begitu juga dengan memohon Roh Kudus. Jangan sudah memohon beberapa tahun tetapi gagal menerimanya lalu merasa kecewa. Untuk memohon penyembuhan Tuhan, sekiranya belum terlihat tanda-tanda penyembuhan, harus sabarkan hati untuk terus memohon, menunggu dan tidak boleh merasa hampa.
C. Belajar Cara-cara Bersabar
1. Belajar seperti pemercaya zaman dahulu: Nuh mendapat petunjuk dari Tuhan bahawa air bah akan melanda dalam masa 100 tahun dan dia tetap bersabar menantikan 100 Tahun itu. Abraham juga tetap teguh berpegang kepada firman berada di padang gurun dan beliau juga bersabar selama 100 tahun. Kesabaran Ayub dan Musa adalah contoh yang baik yang mana mereka telah bersabar dalam penderitaan dan akhirnya menerima penyelamatan dan berkat dari Tuhan (Yak 5:11; Ibr 6:15, 11:27–40, 12:1).
2. Mencontohi Kristus : Tuhan Yesus menerima penderitaan yang besar demi menyelamatkan kita. Ini adalah puncak penyelamatan kita. Juga diberitahukan kepada kita bahawa “Harus menyimpan kesabaran barulah dapat melindungi roh demi memperolehi hidup”. Bukankah kita harus mencontohiNya untuk bersabar sampai kesudahannya? (II Tes 3:5; Ibr 12:2–3; Luk 21:19).
3. Menyimpan kebenaran dalam hati dan memohon pertolongan Roh Kudus: Tubuh jasmani kita sememangnya lemah, oleh itu kita harus banyak memakan makanan rohani agar lebih banyak kebenaran dapat disematkan dalam hati dan memohon pertolongan Roh Kudus kerana kesabaran adalah antara buah-buahan Roh Kudus yang utama. Hanya dengan kekuasaan Roh Kudus barulah mempunyai jaminan untuk bersabar dalam segala sesuatu sampai kesudahannya (Gal 5:22).