Otniel – Perintis Bagi Hakim-hakim
| |

Otniel – Perintis Bagi Hakim-hakim

Zaman hakim-hakim boleh dikatakan satu zaman kegelapan di dalam sejarah Israel. Setiap kali umat Israel melakukan perkara yang jahat di mata Tuhan, maka Tuhan akan melalui bangsa kafir untuk menghajar mereka. Akan tetapi apabila mereka mengakui kesalahan, bertobat dan memohon rahmat, Tuhan akan membangkitkan hakim untuk menyelamatkan mereka. Kesemua hakim berjumlah 12 orang. Ada yang terdiri daripada orang kampung dan suri rumah biasa…, tidak terdapat bakat yang istimewa. Cara mereka mengalahkan musuh ialah dengan menggunakan tempat penghalau lembu, tulang rahang keldai…, Tuhan menggunakan mereka untuk membawa pemulihan bagi bangsa itu.

Ayat Alkitab : Hak 1 : 11 – 15 ; 3 : 8 – 11 ; Yos 15 : 13 – 19 .

Matlamat : (1 ) Singa Tuhan ( 2 ) Kuasa Tuhan.

Otniel – Singa Tuhan, namanya benar-benar seumpama orangnya. Ketika orang Israel paling memerlukan pertolongan, Tuhan mengutus hambanya untuk melaksanakan kerja penyelamatan. Hamba ini adalah dibangkitkan oleh Tuhan ( Hal 3 : 9 ), ia ternyata seperti raja atas segala binatang yang amat gagah sehingga menyatakan kuasa Tuhan.

Terdapat dua sebab utama yang membawa kejayaan kepadanya :

I. PERTOLONGAN TUHAN

“Roh Tuhan menghinggapi dia dan ia menghakimi orang Israel, ia maju berperang.” ( Hak 3 : 10 )

“Bukan dengan keperkasaan dan bukan dengan kekuatan melainkan dengan roh Tuhan.” ( Zak 4 : 6 )

Yesus : “Kamu akan menerima kuasa kalau Roh Kudus turun ke atas kamu.” ( Kis 1 : 8 )

Bersandar kepada pencurahan dan kepenuhan roh Tuhan adalah cara untuk mencapai kejayaan dalam melaksanakan pekerjaan.

II. SYARAT BAGI MANUSIA

1. Pengaruh dari para lanjut umur

Kaleb yang beriman dan gagah berani telah menjadi pengintai di bawah didikan Musa selama 40 tahun. Imannya yang gagah berani telah meredakan angin dan awam, namun malangnya ia telah dikaitkan oleh pengintai-pengintai lemah yang lain . Meskipun umurnya telah menjangkau umur 85 tahun, namun masih gagah dan dapat maju menyerang Hebron ( Yos 15 : 13 ). Oleh kerana lain jiwa yang ada padanya, ia mendapat pujian dari Tuhan  ( Bil 14 : 24 ).

Otniel adalah anak saudara Kaleb. Ia telah dibesarkan dalam keturunan yang baik dan mendapat banyak nasihat.

Bagi Timotius, bukankah ia serupa dengannya?” Imanmu yang tulus ikhlas, iaitu iman yang pertama-tama hidup di dalam nenekmu Lois dan di dalam ibumu  Eunike dan yang yakin hidup juga di dalam dirimu.” ( II Tim 1 : 5 ).

Dengan itu kedudukan para lanjut umur di dalam keluarga patut bagi kita menegaskannya sekali lagi kerana ia merupakan penasihat yang menyokong kita dari belakang. Bahkan melalui dia yang berasalnya keturunan yang baik di mana tidak boleh dipandang rendah.

2. Berjuang diri sendiri

Kaleb berkata : “Siapa yang menggempur Kiryat-Sefer dan merebutnya, kepadanya akan kuberikan Akhsa, anakku, menjadi isterinya.” Dan Otniel, anak Kenas saudara Kaleb, merebut kota itu, lalu Kaleb memberikan kepadanya Akhsa, anaknya menjadi isterinya ( Yos 15 : 16 – 17 ).

Tentu sekali Kaleb tidak akan sembarangan memberikan anak perempuannya untuk dijadikan isteri orang lain. Ia mengemukakan syarat ini kerana ia tahu Kota Kiryat- Sefer sukar digempur. Biasanya jikalau disediakan ganjaran, pasti ada pahlawan yang wujud untuk merebutnya. Otniel dengan tidak lengah-lengah lagi maju ke depan dan tidak membiarkan Kaleb yang setiap kali mendapat nama.

Sekiranya ada orang yang sama seperti Otniel yang berani menghadapi cabaran yang susah iaitu dengan berani menghadapi cabaran yang susah iaitu dengan berani maju ke depan maka pastilah dapat mencipta masa depan ynag cerah.

Otniel, sememangnya adalah singa Tuhan yang gagah dan berani.

3. Bantuan isteri

Ketika Akhsa berkahwin, ia menasihati suaminya meminta ladang dari ayahnya. Di samping itu, ketika ia turun dari keledai, Kaleb bertanya kepadanya, “Ada apa?” jawabnya : “Berikanlah kepadaku hadiah, telah kauberikan kepadaku tanah yang gersang, berikanlah juga kepadaku mata air.” Lalu diberikannyalah kepadanya mata air yang di hulu dan mata air yang di hilir ( Yos 15 : 18 – 19 ).

Akhsa memujuk suaminya meminta ladang dari ayahnya manakala dirinya meminta mata air. Ini membuktikan mata hatinya terang dan tahu mengumpulkan makanannya pada waktu panen ( Ams 6 : 6 – 8 ).

Ladang adalah keperluan kehidupan. Sekiranya hanya ada ladang saja tanpa mata air untuk menyuburinya, apakah gunanya ladang itu? Dengan itu bukan saja ada ladang, tetapi juga mata air barulah tiada kekurangan.

Sememangnya Akhsa adalah isteri yang baik, baru saja bernikah telah mengutamakan urusan rumahtangga suaminya. Ia telah merancangkan hal yang jauh bagi rumahtangga dirinya iaitu dengan menyediakan dasar kehidupan yang teguh. Tidak hairanlah ketika Otniel menjadi hakim, ia tidak pernah merisaukan masa depannya “maju berperang” ( Hak 3 : 10 ), sehingga negeri Israel menikmati keamanan selama empat puluh tahun lamanya. Pada zaman purba hamba Tuhan begitu giat melakukan pekerjaan suci dan mencapai hasil yang cemerlang, apakah tidak terdapat sebabnya?

Kesimpulannya, bagi sepasang suami isteri ini, yang seorang berani mati bagi isteri (menyerang kota) dan seorang lagi berani hidup bagi suami ( meminta ladang). Suami isteri yang saling mengasihi pasti amat berbahagia di dalam hidup.

Bagi pekerjaan Tuhan, sebenarnya ia sendiri boleh menyelesaikannya, akan tetapi  ia menyerahkannya kepada kita. Dengan itu haruslah kita insaf untuk melaksanakan pekerjaan suci hendaklah mendapat kerjasama dari pihak Tuhan dan manusia. Hendaklah kita meneladani Otniel dengan sepenuh hati bersandar kepada Tuhan dengan terus-menerus berjuang!

Kebajikan, Pertolongan dan Timbang Rasa
| |

Kebajikan, Pertolongan dan Timbang Rasa

Kebajikan, Timbang Rasa, Belas Kasihan, Pertolongan dan lain-lain adalah perkataan yang menyatakan kasih di antara sesama manusia. Sekiranya masyarakat manusia ini tidak terdapat perbuatan ini maka hidup adalah lebih sukar. Di dalam kehidupan manusia adakala kaya, miskin, lancar dan putus asa. Ketika di dalam kesusahan tetapi tidak mendapat pertolongan dari orang lain, kemungkinannya akan putus asa dan menjadi ganas serta hilang keyakinan diri. Oleh itu manusia patut saling membantu.

I. DI ANTARA MEMBERI DAN MENERIMA

Di dalam dunia terdapat ramai orang yang miskin di dalam segi jasmani dan kebendaan. Maka tidak mungkin bagi kita memberikan bantuan kepada semuanya. Yang patut kita laksanakan dahulu ialah menolong saudara kita. Biasanya ibubapa berharap anak-anaknya hidup senang dan begitu juga dengan Tuhan yang mengharapkan para pemercaya dapat saling membantu agar kehidupan tidak kekurangan. Dengan itu bagi pemercaya yang kaya membantu pemercaya yang miskin akan mendapat perkenan Tuhan. Tuhan menyuruh kita mestilah menolong saudara yang miskin. Kasihnya amat besar terhadap orang miskin ( Im 19 : 9 – 10 , Ul 15 : 1 – 11 ; 24 : 19 – 22 ). Malahan Tuhan Yesus menasihati orang agar menjual segala miliknya dan dibahagikan kepada orang miskin ( Mat 19 : 21 ; Mrk 10 : 21 ). Para rasul juga menasihati pemercaya agar menolong orang-orang miskin ( Gal 2 : 10 ; Flp 2 : 4 ; I Tim 5 : 10 ; Yak 1 : 27 ).

Setiap pemercaya patut berbelas kasihan dan bertimbang rasa untuk melakukan kebajikan. Janganlah kerana kehidupan kita juga memerlukan bantuan orang lain, maka kita tidak lagi berkewajipan membantu orang lain. Melakukan kebajikan janganlah tunggu sampai kita menjadi kaya. Jikalau diri kita mampu menyara hidup bererti juga mampu membantu orang miskin, sama seperti jemaat di Makedonia yang berusaha menolong orang miskin, malahan “melampaui kemampuan mereka” ( II Kor 8 : 1 – 4 ). Soalnya adalah samada kita mempunyai belas kasihan dan timbang rasa untuk melakukan kebajikan. Ada seorang yang dalam perjalanan jatuh ke tangan penyamun yang merompak dan juga memukulnya sampai setengah mati. Kebetulan ada seorang Imam dan Lewi yang melewatinya tetapi mereka langsung tidak tergerak hatinya oleh belas kasihan . Akan tetapi apabila orang Samaria melalui tempat itu, tergeraklah hatinya oleh belas kasihan dan bersimpati dengannya, lalu mengorbankan diri unntuk menyelamatkannya ( Luk 10 : 30 – 37 ). Ada orang yang hidup miskin tetapi dapat menolong orang lain. Terdapat juga orang kaya tetapi tidak menolong orang lain. Yang tidak berbelas kasihan bererti  di dalam hati tidak ada kasih. Orang yang begitu tidak akan diberkati Tuhan ( Mat 25 : 31 – 46 ). “Siapa menutup telinganya bagi jeritan orang lemah, tidak akan menerima jawapan kalau ia sendiri berseru-seru.” ( Ams 21 : 13 ).

Yang lebih kaya patut lebih banyak melakukan kebajikan kerana yang kaya dan berkemampuan adalah pemberian Tuhan kepada kaya dan berkemampuan adalah pemberian Tuhan kepada manusia agar mereka mempergunakannya di dalam pekerjaan suci dan membantu orang miskin dan bukanlah untuk manusia sendiri menikmatinya. Sekiranya tidak melakukan kebajikan, bukan sahaja Tuhan tidak mencurahkan kasih karunia tetapi mungkin suatu hari nanti Tuhan akan menarik balik kekayaannya. Walaupun menolong orang lain akan mengurangkan harta diri namun Tuhan pasti berkenan kepada kesetiaan dan kasihmu, ataupun akan menyerahkan lebih banyak harta kekayaan kepadamu. “Ada yang menyebar harta, tetapi bertambah kaya, ada yang menghemat secara luar biasa, namun selalu berkekurangan. Siapa banyak memberi berkat diberi berkelimpahan, siapa memberi minum, ia sendiri akan diberi minum? ( Ams 11 : 24 – 25 ).

Bagi yang tidak mengharapkan bantuan orang lain adalah paling baik tetapi sekiranya terdapat masalah di dalam ekonomi, patutlah berterima kasih dan menerima bantuan orang lain, dengan demikian barulah sesuai dengan kehendak Tuhan. Jikalau menolak maksud baik orang lain dan dengan tidak sengaja terhalang peluang orang lain untuk melakukan kebajikan, inipun tidak mendatangkan manfaat. Ada orang yang menganggap menerima bantuan orang lain merupakan sesuatu yang memalukan, atau menyatakan ia adalah kelakuan yang tamak; sebenarnya tidak sedemikian, kerana ‘Keseimbangan’ adalah kehendak yang tentukan Tuhan bagi pemercaya ( II Kor 8 : 14 ). Orang yang tidak ingin menerima bantuan orang lain, berkemungkinannya ia juga tidak berhasrat membantu orang lain. Masakan ada yang membantu orang lain tetapi tidak mahu menerima bantuan? Dengan itu bukanlah dirinya tidak melakukan kebajikan dan pada masa yang sama menghalang orang melakukan kebajikan? Dalam segala hal hendaklah memikirkan kepentingan orang ramai dan janganlah sekali-kali mengutamakan diri sendiri. Cuba renungkan, jika diri sendiri menolak bantuan, apakah akan menyebabkan ahli keluarga jatuh dalam kesusahan? Jangan memikirkan diri sendiri dapat menahan kerumitan tetapi hendaklah mempertimbangkan keperluan ahli keluarga. Hanya, bagi yang menerima pertolongan orang lain, janganlah melupakannya. Sebaliknya berusaha dari seorang penerima menjadi seorang pemberi dan ini adalah cara berbalas budi yang terbaik. Dengan itu, janganlah berpuas hati dengan mengharapkan bantuan orang lain. Bagi orang malas yang hidup dengan bersandarkan orang lain, maka seumur hidup pun tidak dapat menjauhkan diri dari kemiskinan.

II. SIKAP YANG PATUT ADA BAGI PENDERMA

1. Sifat yang bertimbang rasa dan kewajipan diri

Kita boleh sentiasa membayangkan diri kita berada di dalam kesusahan, bukankah akan mengharapkan pertolongan orang lain, maka sifat bertimbang rasa akan terlahir secara otomatik. Di dalam aspek yang lain, menolong orang lain merupakan kewajipan pemercaya yang diperintahkan oleh Tuhan. Kita tanpa sebab tidak membantu orang lain tetapi jangan tanpa sikap bertimbang rasa dan berkewajipan sebaliknya dengan secara terpaksa melakukan kebajikan dan ini tidaklah termasuk kebaikan. “…supaya yang baik itu jangan engkau lakukan seolah-olah dengan paksa, melainkan dengan sukarela.” ( Fim 14 ). Jangan kita menolong orang lain berdasarkan hati yang bertimbang rasa tetapi tanpa perasaan kewajipan ataupun sebaliknya kita patut menolong orang lain berdasarkan hati yang bertimbang rasa dan berkewajipan yang ikhlas. “Siapa yang membagi-bagikan sesuatu hendaklah ia melakukannya dengan hati yang ikhlas,…..sesiapa yang menunjukkan kemurahan , hendaklah ia melakukannya dengan sukacita.” ( Rm 12 : 8 ), “Dan sekalipun aku membagi-bagikan segala sesuatu yang ada padaku tetapi jika aku tidak mempunyai kasih, sedikitpun tidak ada faedahnya bagiku.” ( I Kor 13 : 3 ).

2. Segenap tenaga memberi  pertolongan

Pemercaya hendaklah melakukan kebajikan, dan ia bukan sekali-sekala saja. Membantu orang lain biarlah jangan melampaui kemampuan diri agar lain kali tidak kehilangan peluang melakukan kebajikan. Akan tetapi hendaklah dengan segenap tenaga. Maria telah dengan segenap kemampuan meminyaki tubuh Tuhan sebagai persiapan untuk penguburanNya ( Mrk 14 : 8 ); Begitu juga dengan pemercaya Makedonia walaupun amat miskin namun melakukan kebajikan dengan melampaui kemampuan mereka. Selain daripada itu, penderma hendaklah melihat keperluan si penerima. Sekiranya tidak mencukupi adalah tidak baik, tetapi janganlah memberi  dengan banyak dalam sekali agar si penerima yang lemah rohaninya tidak akan membinasakan diri sehingga lain kali apabila menerima derma dengan jumlah yang berkekurangan, si penerima bukan saja tidak berterima kasih malahan akan membenci si penderma.

3. Melakukan kebajikan dengan sembunyi dan tidak mengharapkan pembalasan

Jikalau penderma mengharapkan balasan daripada penerima ia bukan dipanggil sebagai kebajikan tetapi adalah pertukaran, jual-beli, peminjaman dan lain-lain. Dengan itu hendaklah lebih banyak melakukan kebajikan bagi orang yang tidak mempunyai apa-apa untuk membalas ( Luk 14 : 12 – 14 ). Haruslah memandang perbuatan ini adalah sepatutnya dan bukan suatu kebajikan bahkan hendaklah melakukannya dengan bersembunyi. Jikalau perbuatan kebajikan dihebohkan, kita akan menerima pujian orang ramai, ini bererti kita telah mendapat balasan maka Bapa di syurga tidak akan mengingatinya lagi.

Bagi orang yang bertimbang rasa dan berbelas kasihan menolong orang lain akan menyebarkan harta dan mengorbankan semangatnya.namun orang yang demikian akan diberkati Tuhan dengan berkelimpahan ( Ams 11 : 24 – 25 ; 28 : 27 ; Mzm 18 : 25 ).

Orang yang suka menderma, doanya akan sampai ke hadirat Tuhan ( Ruj : Kis 10 : 2 – 4 ). Oleh kerana Dorkas selalu melakukan kebajikan dan menderma, walaupun mati ia dibangkitkan kembali ( Kis 9 : 36 – 42 ). Oleh kerana Zakheus membagi-bagikan setengah daripada hartanya kepada orang miskin. Seisi keluarganya mempunyai bagian di dalam anugerah keselamatan ( Luk 19 : 1 – 10 ). Ia seumpama menyembur minyak wangi pada orang lain, diri sendiri juga dapat mencium kewangiannya. Melakukan kebajikan mendatangkan sukacita pada orang lain dan menyenangkan hati diri sendiri.

“Peringatkanlah agar mereka itu berbuat baik, menjadi kaya dalam kebajikan, suka memberi  dan membagi.” ( I Tim 6 : 18 ). Bahasa asal bagi menderma dengan rela hati bermakna bersama-sama merasai kemiskinan, suka bersama-sama menanggung penderitaan; Maka haruslah di dalam segala hal bersama-sama menanggung kesusahan, saling mengambil peduli malahan hendaklah giat melakukan pekerjaan suci Tuhan dan kebajikan kerana “Yang ku kehendaki adalah belas kasihan dan bukan persembahan.” ( Mat 12 : 7 ).