Bahagian Tiga: Tuhan Allah Memegang Perjanjian Dan Melimpahkan Kasih Setia
| | | |

Bahagian Tiga: Tuhan Allah Memegang Perjanjian Dan Melimpahkan Kasih Setia

Bahagian Tiga: Tuhan Allah Memegang Perjanjian Dan Melimpahkan Kasih Setia

Nas Kitab: Ul 7:12-16

Prakata

Dan akan terjadi, kerana kamu mendengarkan peraturan-peraturan itu serta melakukannya dengan setia, maka terhadap engkau Tuhan, Allahmu, akan memegang perjanjian dan kasih setiaNya yang diikrarkanNya dengan sumpah kepada nenek moyangmu (Ul 7:12).

[1]      Ia Akan Mengasihi Engkau (7:13-14)

i. Membertakti engkau.
ii. Membuat engkau banyak.
iii. Ke tanah yang dijanjikan.
iv. Memberkati buah kandungmu.
v. Hasil tanaman dan binatang ternakan diberkati.

“Allah akan mengirim gandum, anggur dan minyak, dan kamu akan kenyang memakannya” (Yl 2:19).

“Akan bersenang-senang kerana Tuhan, membuat engkau melintasi puncak bukit-bukit di bumi dengan kenderaan kemenangan; akan memberi makan engkau dari milik pusaka Yakub” (Yes 58:14).

[2]      Akan Lebih Dari Pada Segala Bangsa (7:14,15)

i. Melahir secara banyak (14).

Tidak akan ada laki-laki atau perempuan yang mandul di antaramu.
Tidak akan ada hewan yang mandul.

“Berkatalah Firaun itu kepada rakyatnya: “Bangsa Israel itu sangat banyak dan lebih besar jumlahnya dari pada kita” (Kel 1:8,9).

ii. Akan menjauhkan segala penyakit dari padamu (15).

À    Akan menjauhkan segala penyakit dari padamu.

Á     Tidak ada satu dari wabah celaka akan menimpamu.

“Dia yang mengampuni segala kesalahanmu, yang menyembuhkan segala penyakitmu” (Mzm  103:3).

“Jika  kamu melakukan apa yang benar di mata Allah, maka tidak akan ditimpakan kepadamu”.

“Penyakit yang ditimpakan kepada orang Mesir” (Kel 15:26).

“Di dunia ada penderitaan, di dalam Tuhan beroleh damai sejahtera” (Yoh 16:33).

[3]     Kesimpulan

i. Harus lenyapkan orang-orang Kanaan.

ii. Jangan beribadah kepada allah Kanaan.

“Sebab hal itu akan menjadi jerat bagimu”.

“Hapuskan dosa sampai kepada akarnya” (Mzm 137:9).

Tuhan Menukarkan Nama Abram kepada Abraham
|

Tuhan Menukarkan Nama Abram kepada Abraham

Ayat kitab: Kejadian Fasal 17

Perenggan:

  1. Tuhan mengatakan sekali perjanjianNya kepada Abram dan menukarkan namanya (1-8).
  2. Menjadikan sunat sebagai tanda perjajian (9-14).
  3. Menukarkan nama Sarai kepada Sara (15-16).
  4. Berjanji Sara akan melahirkan Ishak di tahun yang akan datang pada waktu seperti itu juga (17-21).
  5. Abraham menurut perintah Tuhan, melakukan sunat bagi ahli-ahli dalam keluarganya (22-27).

Inti dan pengajaran:

  • Tuhan mahu Abraham hidup dengan tidak bercela.
    1. Abram menerima pandangan Sarai, menunjukkanimannya bercela.
    2. Abram meragui Tuhan yang mahakuasa (17-18).
    3. Paulus berkata: Abraham penuh keyakinan, bahawa Tuhan berkuasa untuk melaksanakan apa yang telah Ia janjikan. Iman yang sempurna seperti ini, adalah perihal selepas Kej 17:2.

Abram dipilih Tuhan pada umur 75 tahun, Tuhan berjanji dia akan menjadi bangsa besar (12:2). Di fasal 15 dia meragui janji Tuhan kepadanya, tetapi semasa Tuhan membawa dia keluar, menyuruh dia lihat ke langit, dan berjanji keturunannya akan banyak seperti bintang-bintang, dia percaya (Kej 15:1-6). Di fasal 16 pula Sarai menyuruh dia mendapatkan anak melalui Hagar, dia tidak menolak, menunjukkan imannya bergoyang lagi. Oleh itu, di fasal 17, semasa Tuhan menampakkan diri kepadanya, berfirman kepadanya: Akulah Allah Yang Mahakuasa, hiduplah di hadapanKu dengan tidak bercela; menunjukkan Abram kehilangan imannya terhadap Tuhan Yang Mahakuasa. Pada masa itu, walaupun sekali lagi Tuhan berkata kepadanya akan mengaruniakan keturunan yang sangat banyak, dia berkata dalam hatinya: Mungkinkah bagi seorang yang berumur seratus dilahirkan seorang anak? (17:16-17). Pada masa itu Tuhan memberitahu beberapa kali bahawa Sara akan melahirkan anak baginya, barulah dia percaya janji Tuhan, dan Tuhan akan melaksanakan apa yng telah Dia janjikan. Pada masa itulah, imannya menjadi sempurna. Semoga Tuhan juga menambah iman kita, supaya kita tidak ragu-ragu terhadap Tuhan yang mahakuasa, menjadi orang yang penuh dengan iman dan melakukan firman yang sempurna (rujukan: Mark 9:23-24. Yak 1:6-8).

  • Tuhan menukarkan nama Abram kepada Abraham.
    1. Tuhan mengikat perjanjian dengan Abram, menetapkan dia menjadi bapa sejumlah besar bangsa(4).
    2. Tuhan menukarkan namanya kepada Abraham kerana telah menetapkan dia menjadi bapa sejumlah besar bangsa(5).
    3. Tuhan mengikat janji dengan Abraham, mengatakan sekali kata-kata yang pernah dikatakan kepadany.
      • Menjadikan keturunannya sangat banyak (6).
      • Mengaruniakan seluruh Tanah Kanaan kepadanya dan keturunannya (8).
      • ‘Engkau akan Kubuat menjadi bangsa-bangsa, dan daripadamu akan berasal raja-raja’, menetapkan dia menjadi bapa sejumlah besar bangsa (5-6).

Abraham (bermaksud bapa sejumlah besar bangsa) menjadi bapa sejumlah besar bangsa kerana Juruselamat manusia adalah dari keturunannya, sesiapa yang percaya Yesus Juruselamat, menerima Baptisan dalam Kristus, akan menjadi keturunannya, oleh itu dia menjadi bapa kepada orang yang percaya Yesus di seluruh dunia (Gal 3:27-29)

  • Tuhan menjadikan sunat sebagai tanda perjanjian.
    1. Sunat merupakan tanda perjanjian antara Tuhan dan Abraham serta keturunannya (10-11).
    2. Laki-laki yang miliknya, harus disunat pada umur lapan hari (12-13).
    3. Laki-laki yang tidak disunat, harus dilenyapkan di antara orang-orang sebangsanya (14).
    4. Setelah Tuhan berangkat, Abraham menurut kepada perintah Tuhan, melakukan sunat bagi laki-laki dalam rumahnya (22-27).

Tuhan mengikat perjanjian dengan Abraham, di fasal 15 semasa persembahan korban, Tuhan menunjukkan bukti dengan menurunkan api (15:17-18). Tetapi Tuhan juga menjadikan sunat sebagai tanda perjanjian. Setelah Tuhan berangkat, Abraham melakukan sunat bagi dirinya dan seluruh laki-laki dalam rumahnya, menunjukkan dia percaya kepada janji Tuhan, menjadikan sunat sebagai tanda perjanjian.

Maksud sunat adalah menghapuskan cemar dalam hati. Sunat tubuh badan ini adalah satu lambangan, kerana sunat yang dilakukan oleh tangan manusia tidak dapat menghapuskan dosa manusia (rujukan: Yer 4:4; 9:25-26; Kol 2:11). Sunat melambangkan Baptisan, Tuhan menghapuskan cemar kita dan mengampuni dosa kita melalui Baptisan, supaya kita menjadi umat pilihanNya (Kol 2:12; 1Ptr 3:21; Kis 2:38). Oleh itu, sesiapa yang ingin menjadi umat pilihan Tuhan yang benar, mesti percaya kepada darah perjanjian Yesus yang mengalir dari kayu salib, dan kita menerima Baptisan, sebagai tanda perjanjian dengan Tuhan (Luk 22:20; Mrk 16:16; Gal 3:27-29).

Tuhan Mengikat Perjanjian dengan Abraham
|

Tuhan Mengikat Perjanjian dengan Abraham

Ayat Suci: Nehimia 9:7-8

  • Tiga janji Tuhan kepada Abraham
    1. Membuat dia beranak cucu sangat banyak ( Kej 17:6; 12:2; 15:4-5; 22:17)
    2. Memberikan tanah Kanaan kepada dia dan keturunannya untuk selama-lamanya (Kej 17:8; 12:7; 15:7; 22:17)
    3. Semua bangsa akan mendapat berkat kerana keturunannya (Kej 22:18; 12:3; 17:6)
  • Peristiwa Tuhan mengikat perjanjian dengan Abraham
    1. Secara lisan (Kej 12:1-4,7)
    2. Tuhan memberi bukti kepada Abraham:  perapian yang berasap beserta suluh yang berapi lewat di antara potongan-potongan daging (Kej 15:7,17-21)
    3. Tuhan menyuruh Abraham bersunat sebagai tanda perjanjian (Kej 17:9-11)
    4. Perjanjian: Tuhan adalah setia, walaupun berjanji secara lisan, sudah boleh dipercayai, tetapi untuk menjadikan Abraham percaya dengan sedalam-dalamnya, bukan sahaja menurunkan api sebagai bukti semasa mempersembahkan korban, selepas dia mempersembahkan Ishak, Tuhan bersumpah demi diri-Nya, mengatakan sekali lagi janjiNya, dan ini adalah perjanjian yang paling serius.
  • Penggenapan perjanjian
    1. Tuhan mengaruniakan anak kepada Abraham sebagai langkah pertama menggenapkan janjiNya, iaitu”membuat dia beranak cucu sangat banyak” (Kej 21:1-5)
    2. Keturanan Abraham berpindah ke Mesir, Tuhan mengutus Musa menyelamatkan mereka keluar, dan Yosua meneruskan kerja Musa memerangi dan mendapatkan tanah Kanaan, serta membahagikan kepada orang Israel sebagai milik pusaka. Ini menggenapkan janji yang kedua (Yos 11:16-12:24; 21:43-45)
    3. Semua bangsa mendapat berkat kerana keturunannya: Yesus Kristus merupakan keturunan Abraham (Mat 1:1). Dia datang ke dunia ini, demi dosa manusia, mati di atas kayu salib, telah membuka jalan keselamatan, supaya sesiapa yang percaya dan dibaptis dalam Kristus menjadi keturunan Abraham, menerima milik pusaka syurgawi yang kekal. Ini menggenapkan janji yang ketiga. (Ibr 10:19-29; Gal3:15-16,27-29)
  • Hubungan antara perjanjian dan manusia
    • Tuhan mengikat perjanjian dengan Abraham, apakah kaitan dengan orang kafir? Supaya manusia yang hidup dari iman diberkati bersama-sama dengan Abraham (Gal 3:5-9)
    • Apakah janji Tuhan kepada umat pilihanNya dalam Kristus?
      Mengaruniakan kepada mereka bahagian surgawi yang kekal (Gal 3:27-29; 1Ptr 1:3-4)
    • Bagaimana Tuhan mengikat perjanjian dengan umat pilihan zaman perjanjian baru?
      Yesus berkata:” Ini darah perjanjian-Ku” (Mat 26:27-28). Tuhan mengaruniakan syurga kepada umat pilihan bukan menggenapkan dengan perkataan, malah harus menumpahkan darah demi kita (Ibr 9:22). Oleh itu, Tuhan menggunakan darah untuk mengikat perjanjian dengan kita, ini bukan perjanjian biasa, malah merupakan perjanjian darah (Mat 20:28).
    • Bagaimana Tuhan menjadikan manusia menerima janjiNya?
      Percaya kepada pengorbanan Yesus dan kuasa penghapusan dosa Sakramen Pembaptisan, baru menerima Sakramen Pembaptisan. Setelah dibaptis dalam Kristus, merupakan keturunan Abraham, dan menurut perjanjian, boleh memerima warisan syurga. (Mrk 16:16; Kis 2:38; Gal 3:27-29)
    • Apakah yang dikaruniakan oleh Tuhan sebagai jaminan bahagian Surga?
      “Roh Kudus itu adalah jaminan bagian kita” (Ef 1:14). Roh Kudus  turun kepada manusia, dan dapat berbahasa Roh, ini merupakan pengalaman yang nyata, yang  boleh menjadi bukti (Kis 10:44-46; 19:1-7)

Kesimpulan:

Umat pilihaan perjanjian lama merupakan bayang kepada umat pilihan rohani perjanjian baru. Janji Tuhan kepada Abraham, dari segi tubuh daging telah menjadi kenyataan – beranak cucu banyak, pada zaman Yosua, telah mendapat seluruh tanah Kanaan. Tetapi tiada pusaka yang kekal di dunia ini, hanya percaya kepada Kristus, menerima Baptisan menjadi keturunan Abraham yang rohani, mendapatkan bahagian syurga yang kekal, dan janji Tuhan tidak akan jadi kosong. Dengan ini dapat menggenapkan janji semua bangsa akan mendapat berkat kerana keturunan Abraham.