“Tuhan, Apakah Yang Harus Kuperbuat?”
| | |

“Tuhan, Apakah Yang Harus Kuperbuat?”

“Tuhan, Apakah Yang Harus Kuperbuat?”

[Hsu Tong Lin]

 Prakata

Nama asal Paulus ialah Saulus. Pada suatu kali, dalam perjalanannya ke Damsyik untuk menganiaya para pemercaya, tiba-tiba cahaya memancar dari langit mengelilingi dia sehingga ia tidak dapat melihat lalu ia bertanya: “Siapakah Engkau, Tuhan?” Setelah ia faham bahwa Tuhan Yesus telah memilih dan memanggilnya, seketika itu juga ia sedar akan amanatnya lalu memohon kepada Tuhan memberi petunjuk kepadanya: “Tuhan, apakah yang harus kuperbuat?”

Jawab Tuhan: “Bangunlah dan pergilah ke kota Damsyik, di sana akan dikatakan kepadamu, apa yang harus kauperbuat”. Tuhan telah menentukan Ananias untuk menumpangkan tangan ke atasnya lalu ia dapat melihat serta memberitahu kepadanya apa yang harus diperbuat mulai dari waktu itu (Kis 22:6-10, 14, 15; 9:1-22). Hari ini, kita yang telahpun dipilih Tuhan, harus juga memahami: “Apakah yang harus kuperbuat?”

[1]      Haruslah Faham Apakah Yang Harus Diperbuat?

i. Jemaat adalah keluarga Allah yang hidup, jadi haruslah tahu bagaimana harus hidup di dalam rumah Allah! (I Tim 3:15).

 Awasi segala perbuatan rumah tangga, makanan kemalasan tidak dimakan (Ams 31:27).

‚ Peringati selalu hal-hal Bapa (Luk 2:49).

ƒ Jadilah seorang hamba yang setia dan berakal budi (Mat 24:45, 46; 25:14-30).

„ Jadilah pengurus yang baik dari kasih karunia Allah (I Ptr 4:9-11).

ii. Jemaat adalah tubuh Kristus (Ef 1:23; I Kor 12:12-13).

Anggota-anggota haruslah saling memperhatikan, saling menghormati dan saling melayani (I Kor 12:14-28).

‚Haruslah setiap anggota rapih tersusun, masing-masing tunaikan pekerjaan pelayanan bagi pembangunan tubuh Kristus (Ef 4:11-16; Rm 12:3-8).

Setiap anggota mempunyai darah, Roh dan firman Kristus – yakni hidup Kristus (kasih) yang disalurkan akan dinampakkan dalam setiap orang (Ef 5:2; I Yoh 4:7-13; I Kor 16:14).

iii. Tuhan mengutus kerja untuk setiap orang melalui Ibu Gereja, melalui gereja tempatan (Kis 9:6; 13:2,3; 8:14-15; 15:1, 2; 16:4, 5)

Dilantik urap sebagai para penatua atau diaken (kis 6:2-6; Tit 1:5-9; I Tim 4:11-16; Kis 20:28-31).

‚Menjawat tanggungjawap sebagai ahli jawatankuasa gereja: penguasa gereja, penguasa hal ehwal am, penguasa kewangan.

ƒMenjawat tanggungjawap pelbagai jenis kerja suci: pendidikan agama, pemimpin kebaktian, penterjemah, pengiring muzik, pemimpin kidung, kerja sambutan, lawatan, menjaga kenderaan gereja …… atau AJK perhimpunan, AJK Injil, AJK Kesusasteraan, AJK Perpustakaan dan lain-lain jenis kerja suci.

iv. Penginjilan peribadi: Memimpin orang menganut ke dalam Tuhan adalah tanggungjawap yang mesti ditunaikan oleh setiap orang (I Ptr 2:9; Mrk 16:15, 16; 5:18-20).

Memberitakan Injil adalah tanggungjawap setiap orang yang dikaruniai Roh Kudus (Luk 4:18, 19;  Kis 1:8; Yoh 20:21-23).

‚Tuhan Yesus membicarakan firman dengan perempuan Samaria (Yoh 4:7-30).

ƒKesaksian perempuan Samaria (Yoh 4:39-42).

„Andreas membawa abangnya Simon untuk berjumpa Tuhan (Yoh 1:41-42).

…Filipus bersaksi kepada sahabatnya Natanael (Yoh 1:45-46).

Filipus memberitakan Injil kepada sida-sida (Kis 8:26-28).

[2]      Kerja Tepat Waktunya, Jangan Bertangguh-Tangguh (Luk 16:24-28)

i. Sewaktu kita baru menerima kasih karunia Tuhan (Mrk 5:18-20; I Ptr 2:9), saksikan apa yang telah dilihat dan apa yang didengar (Kis 4:19-20).
ii. Selama pihak lain memerlukannya (II Raj 5:1-3; Kis 12:5).
iii. Bekerjalah selama masih hidup (Pkh 9:10; 12:1-8).
iv. Bekerjalah selama hari masih siang (Yoh 9:4).

¨ Pergunakanlah setiap kesempatan untuk bekerja demi Tuhan (Pkh 9:11; Gal 6:10; I Kor 15:58).

[3]     Semangat Kerja Yang Seharusnya Ada

i. Menurut kehendak Tuhan: taat kepada utusan gereja (I Ptr 5:2; Yoh 21:15-17; Kol 3:22-24).
ii. Dengan sukarela: mempunyai semangat menyangkal diri dan tekad tahan derita (I Ptr 5:2; I Kor 9:16-17; Kis 20:22-24).
iii. Jadikan diri sebagai teladan: jadi teladan kawanan domba (I Ptr 5:3; Yoh 10:3-4; I Kor 9:27).
iv. Rendahkanlah diri: rela menjadi hamba semua orang, melayani Tuhan (I Kor 9:19; Kis 20:19-21; Mrk 10:42-45).

¨ Tertulis di dalam Alkitab: sebab Kerajaan Allah bukanlah soal makanan dan minuman, tetapi soal kebenaran, damai sejahtera dan sukacita oleh Roh Kudus. Kerana barangsiapa melayani Kristus dengan cara ini, ia berkenan pada Allah dan dihormati oleh manusia (Rm 14:17-18).

Kesimpulan

Setelah Paulus memahami ‘apa yang harus diperbuat’ buat seumur hidupnya, ia menganggap Kristus yang jauh ternilai manakala segala sesuatu yang lain sebagai sampah bahkan setia sepenuhnya dalam tanggungjawap sendiri. Menjelang saat-saat akan meninggal dunia, ia penuh dengan pengharapan rasa terjamin akan upahnya dan menyanyikan Lagu Kemenangan: Aku telah mengakhiri pertandingan yang baik, aku telah mencapai garis akhir dan aku telah memelihara iman. Sekarang telah tersedia bagiku mahkota kebenaran yang akan dikaruniakan kepadaku oleh Tuhan, Hakim yang adil, pada hariNya! (II Tim 4:7-8). Semoga kita semua akan meneladani semangat kerja Paulus, mengakhiri amanat yang diserahkan Tuhan, maka kita akan beroleh sukacita pada hari kita memberi pertanggunganjawap (Mat 25:21-23).

Ya Tuhan! Apa Yang Harusku Perbuat?
|

Ya Tuhan! Apa Yang Harusku Perbuat?

Nas Alkitab: Kis 2:3-10

Pengenalan:  Saulus dipanggil Tuhan, pada mulanya dia mencari untuk mengenali Tuhan, “Siapakah Engkau, Tuhan?” Selepas itu mencari untuk memahami kewajipan yang harus ditunaikan di hadapan Tuhan. “Ya Tuhan, apa yang harusku perbuat?” Supaya diri sendiri dapat dikenankan Tuhan, bersesuaian dengan anugerah dipanggil Tuhan.

1. “Masuk ke Damsyik!”, “masuk ke dalam kota” (Kis 22:10; Kis 9:6)

(a) “Kota” melambangkan “jemaat”, “Damsyik”: membawa maksud tuan hakim.

  • Memasuki gereja (Gereja mempunyai firman penghakiman) untuk mencari injil, giat berkebaktian. Pasti dapat memahami apa yang harus dilakukan diri sendiri menerusi firman Tuhan.
  • Tuhan tidak memberi tunjuk ajar kepada kamu di luar kota, Dia akan memberi tunjuk ajar kepada kamu melalui pendeta gereja.
  • Dengan itu, jangan menjauhkan diri dari pertemuan-pertemuan ibadah. (Ibr 10:25)
  • Berkebaktian dalam nama Tuhan, Tuhan pasti berada di dalamnya, “pasti ada orang” (Kis 9:6) yang mengajar, iaitu tunjuk ajar Tuhan. (Mat 18:20)

(b) Menghadiri kebaktian merupakan kehidupan iman kepercayaan bagi pemercaya gereja.

(c) Kerja dua hala bagi kebaktian: Memberi: Menyembah Tuhan, memberi persembahan korban kepada Tuhan. Menerima: Mendengar ajaran dari Alkitab, mengejarkan kebenaran. Yakni: Berbicara dengan Tuhan (Menyanyi kidung, berdoa) dan mendengar kata-kata Tuhan.

(d) Firman Tuhan: Bagi orang yang beriman, soleh dan rendah hati, ia merupakan kata-kata kasih karunia, makanan dan minuman rohani, sumber makanan kehidupan, ubat mujarab yang mengubati seluruh tubuh, pelita di depan kaki dan terang di jalan kehidupan manusia. Tetapi bagi orang yang berdosa, orang jahat, congkak dan yang tidak percaya, ia pula merupakan  pedang tajam bermata dua, pemaku yang besar dan kusa. (Pkh 12: 11)

(e) Firman yang diberikan Tuhan kepada pendeta : Mengandungi pelbagai jenis ajaran, untuk menegur orang, memberi amaran dan memberi dorongan. (2 Tim 4:2-4)

(f) Sikap berkebaktian:

(i) Iman. (Ibr 11:6)

(ii) Dengan roh dan kebenaran. (Yoh 4:23-24; Pkh 5:1)

(iii) Menerima ajaran dengan murah hati, hati yang haus. (Yes 50:4-6; Mat 5:3,6)

(iv) Hanya menuruti perintah Tuhan. (Yer 42:6; Yak 1:22-25)

2. “Bangun…dibaptis” (Kis 22:16)(Menyucikan diri)

(a) Kehilangan kemuliaan Tuhan. (Rm 3:23)

(i) Dosa asal: Dosa yang “pasti mati” pada asalnya, sifat dosa yang diperwariskan (Rm 5:12,14). Dosa ini tidak dapat ditebus dengan usaha perbuatan. (Rm 3:27)

(ii) Dosa peribadi: Diri sendiri yang melanggar hukum taurat (Undang–undang syurgawi, perintah Tuhan)

(b) Akibat dosa ialah maut: Tubuh mati, roh mati dan kematian yang kekal.

  • Tuhan menggenapkan korban penebusan dosa di atas kayu salib: menghapuskan dosa manusia duniawi. (I Yoh 4:9-10; 3:16; Yoh 3:16-18)
  • Percaya dan dibaptis (pengampunan dosa) akan diselamatkan (Mrk 16:16; Kis 2:38)
  • Percaya dan dibaptis: “Percaya” ialah percaya bahawa Tuhan Yesus ialah Tuhan Penyelamat; percaya bahawa Alkitab diilhamkan Tuhan; percaya bahawa Gereja Benar adalah satu-satunya gereja yang diselamatkan; percaya dalam aliran air hidup fizikal ketika menerima pembaptisan, ada penyertaan darah Tuhan yang bernilai dan kerja roh kudus dalam roh yang tidak dapat dilihat. (1 Yoh 5:6-8)
  • (Mrk 16:16 Siapa yang tidak percaya akan dihukum).

3. “Teruslah memberitakan firman, jangan diam” (Kis 18:9; 8:15; 22:15)

  • Umat Kristian harus menanggung kewajipan memberitakan injil yang diamanatkan Tuhan. (Mrk 16:15-16; 1 Ptr 2:9)
  • Harus memberitakan firman menyelamatkan manusia berdasarkan kasih (Jika tidak menyelamatkannya walaupun mampu, akan bersalah terhadap hati nurani) Janganlah diam.
  • Firman yang sihat, benar dan adil: Harus bersandarkan Tuhan untuk memberita dengan berani. Ada bantuan Tuhan, jangan takut, hanya terus memberitakan firman. Sebab ada umat Tuhan perlu dibawa keluar dari kota ini.
  • Celakalah jika tidak memberitakan injil, kerana tanggungjawab telah diberikan. (1 Kor 9:16-17)
  • Hamba yang menghasilkan sepuluh mina dari satu mina, dikenankan Tuhan. (Luk 19:16)

4. “Kerana namaku, …menanggung penderitaan” (Kis 9:16; Yes 1:25)

(a) Bertekad menjadi umat kudus dan menanggung penderitaan sudah ditetapkan dari awal lagi. (2 Tim 3:12, Kis 14:22)

(b) Memahami kewujudan kesengsaraan, dengan itu, tidak berasa sengsara dengan apa yang ditanggung itu. Tetapi akan bersabar dengan hati yang rela dan sukacita. (Yes 1:25; Kis 5:41)

(c) Menderita sengsara, demi mengalami kasih agung Tuhan Penyelamat.

(d) Menderita sengsara, demi melicinkan yang belum sempurna, memurni dan menyingkirkan unsur-unsur yang bercampuran. (1 Ptr 4:1)

(e) Menderita sengsara, demi belajar ketetapan-ketetapan Tuhan (Kebenaran). (Mzm 119:71)

(f) Menderita sengsara, demi memikul kayu salib pahit bersama-sama dengan Tuhan, supaya memasuki kerajaan Tuhan yang kekal. (Why 7:14-17)

  • Ujian dan latihan yang diberi Tuhan kepada setiap orang tidak sama. Dengan dilatih dengan baik sekarang, baru mendapat kemenangan dalam kesengsaraan besar pada masa kelak. “Kerana engkau menuruti firman-Ku, untuk tekun menantikan Aku, maka Aku pun akan melindungi engkau dari hari pencobaan yang akan datang atas seluruh dunia untuk mencobai mereka yang diam di bumi.” (Why 3:10)

Kesimpulan:

Mengenali siapakah Tuhan, juga harus mengenali apakah yang harus diri sendiri perbuat di hadapan Tuhan, supaya kita dapat melaksanakan kewajipan diri, berusaha berlari-lari ke matlamat, mengakhiri perjalanan diri sendiri. Dengan itu, kita pasti mendapat apa yang dijanjikan itu. (Ibr 10:36-39; Kis 20:23-24)