Inti Kebenaran – Prakata Pengarang
Alkitab, sebuah buku yang ditulis atas ilham Tuhan adalah buku yang memberi kesaksian tentang Tuhan Yesus. Kebenaran yang diberitakan oleh Gereja Yesus Benar adalah bertepatan dengan Alkitab. Buku yang diberi tajuk ‘Inti Kebenaran Alkitab’ ini, mengandungi isi kandungan Kebenaran Asas Gereja Benar. Ianya adalah sesuai untuk dijadikan bahan-bahan khotbah dan kajian Alkitab. Walaupun isi kandungannya ringkas sahaja namun ia merangkumi kesemua skop teologi, dan khasnya asas-asas Kebenaran yang sekali-kali tidak boleh kekurangan. Setiap pembaca dinasihatkan supaya merujuk dan bacakan ayat-ayat suci yang dinyatakan.
Buku ini mengandungi sejumlah 20 bab. Kesemua isi kandungannya adalah dasar kepercayaan kita. Justeru itu, ianya bukan sahaja dijadikan bahan-bahan kajian seminari teologi, melainkan setiap pemercaya harus memiliki sebuah sebagai panduan untuk membaca dan mengkaji Alkitab. Di samping itu, buku ini juga wajar dijadikan hadiah kenangan kepada sanak saudara dan kawan-kawan yang berhasrat mencari ‘jalan, kebenaran dan hidup’.
Versi asalnya dalam bahasa Cina telah buat pertama kali diterbitkan pada tahun 1960 dan sejurus setelah ia diterbitkan, sejumlah 2,000 naskah telah dijual. Pengarang sememangnya berniat untuk menuliskan rumusan isi kandungannya dalam bentuk karangan namun belum dapat berbuat demikian. Atas permintaan ramai, maka buku ini diterbitkan semula dengan sedikit pengubah-suaian. Namun, sesungguhnya tidak dapat dielakkan daripada kesilapan dan adanya isi kandungan yang kurang lengkap. Pihak pengarang memohon maaf dan meminta saling menutupi dan saling mendoakan di dalam kasih. Namun demikian, sebarang cadangan dan pandangan adalah dialu-alukan. Semoga Tuhan memberkati para pemercaya agar mendapat hasil yang sepatutnya daripada buku ini.
John Yang
Taichung, Taiwan
November, 1967
