Pakaian
1.BAHAN
Pada zaman purba, kebanyakan bangsa menggunakan kulit binatang sebagai pakaian. Dalam Alkitab, Tuhan telah memberikan Adam dan Hawa “baju kulit” juga (Kej 3:21 ). Kulit yang dipakai adalah kulit binatang liar atau kulit haiwan ternakan. Dalam zaman hakim-hakim dan nabi, mereka memakai kulit kambing dan domba (Ibr 11:37).
Di Palestine, penghuni-penghuni di situ khasnya suka menggunakan bulu domba dan kain rami untuk dijadikan pakaian (Ams 31:13 ). Ada yang memakai kain kapas,tetapi kain kapas yang berkualiti tinggi diimpot dari Tanah Mesir. Bulu kambing dan unta adalah nahan untuk kain kasar. Dalam Alkitab juga ada catatan tentang kain sutera (Yeh 16:10-13 ; Why 18:12 ). Kemungkinan ia ditujukan kepada kain rami yang berkualiti tinggi (Ams 31:22) . Dalam Hukum Taurat, kedua-dua bahan ini tidak dibenarkan ditenun bersama-sama, “dilarang memakai pakaian yang telah ditenunkan oleh 2 jenis bahan” (Im 19:19), “Jangan memakai baju yang ditenun oleh bulu kambing dan rami”(Ul 22:11). Idea ini bermakna kalau yang tulin adalah baik, kiranya sudah dicampurkan, ianya membawa makna kejahatan.
2.JUBAH DALAM
Dahulu, lingkungan pakaian yang paling luas,adalah merupakan kain pinggang yang dipakai oleh bangsa yang berada di kawasan yang tidak bertamadun, iaitu memakai kulit dan kain yang panjang untuk membalut pinggang. Selepas bangsa Yahudi memasuki dalam zaman sejarah, mereka telah membatalkan kain pinggang jenis ini. Pakaian harian merupakan baju yang ketat atau baju dalam yang panjang (pendek lengan dan panjang sehingga lutut). Dalam Perjanjian Lama, ada catatan tentang kain pinggang juga, tetapi mungkin telah digantikan oleh “tali”. Misalnya, semasa memperingati si mati, mereka biasa membalut pinggang dengan kain bulu. Di samping itu, nabi-nabi telah memakai jubah dalam pendek sebagai jubah dalam dan hidup dengan ringkas sahaja. Elia “memakai kain bulu,diikat dengan tali kulit”(2 Raj 1:8). Tali kulit tersebut bukanlah tali pinggang kulit hari ini, tetapi adalah tali yang lebih lebar. Yohanes pembaptis memakai dengan begitu juga (Mat 3:4;Mrk 1:6). Yesaya ada kalanya membalut pinggang dengan kain rami kasar (Yes 20:2). Yeremia membeli kain rami halus untuk mengikut pinggangnya, kemungkinan ia ditujukan kepada baju dalam (Yer 13:1).
Kisah Para Rasul Fasal 19 ayat 12 ada perkataan “kain” merupakan jubah yang pendek dan khasnya untuk hamba abdi dan pekerja. Dahulu, imam memakai jubah kecil yang dijahit oleh kain rami halus dan dinamakan “efod” (1 Sam 2:18). Apabila Daud menari di depan tabut, dia sedang memakai “efod”, tetapi ia merupakan pakaian lelaki yang seperti guan pendek (2 Sam 6:4). Biasanya imam herus memakai seluar pendek yang seperti seluar dalam dan ini adalah peraturan ditetapkan untuk imam.
Selain daripada orang dan tempat yang ditetapkan, semua jubah dalam yang dipakai oleh orang-orang yang dari semua kelas/kalangan masyarakat adalah yang berjenis panjang (Yoh 19:23 “baju dalam” [Tunic atau coat(Inggeris)]). Dalam tugu peringatan raja Syria, Sinaki,telah memberi gambaran abdi Yahudi. Dari situ, kita dapat melihat pakaian yang dipakai oleh lelaki dan perempuan adalah sama sahaja. Semua baju dibalut dengan ketat sehingga siku mereka (Ayb 30:18). Ini merupakan pakaian untuk penghuni dalam kota, tetapi peladang dan pekerja buruh pula memakai pakaian yang lebih longgar dan pendek.
“Jubah yang berlengan panjang” pernah wujud dalam Perjanjian Lama (Kej 37:3; 2 Sam 13:18; “pakaian warna-warni”). Zaman dulu, pedagang-pedagang keturunan Sem memakai jubah dalam yang berlengan dan berwarna, diikat ketat di bahu kiri, dan bahu kanan kelihatan; Adanya yang berlengan penolek sehingga siku, saya fikir pakaian bangsa Ibrani dulu pun begitu juga. Kemudian,mereka yang berada di kelas tinggi dan kaya memakai baju dalam yang panjang sehingga lantai dan lebar juga.
Zaman Yusuf pula, imam biasanya memakai jubah dalam yang dijahitkan oleh kain rami dan rakyat biasanya memakai jubah dalam yang tidak berlengan atau terus memakai baju dalam panjang di atas tubuh mereka. Hanya orang yang berkedudukan tinggi memakai sehelai baju luar di atas dalamnya semasa dia keluar. Di Taman Getsemani, Markus orang muda yang dikenal,telah meninggalkan baju kain rami halus dan melarikan diri dengan telanjang apabila dia ditangkap. Kemungkinannya yang sedang dipakai olehnya hanya baju dalam, sebab Hukum Taurat pada masa itu menganggapkan dia adalah telanjang sebaik sahaja baju dalamnya dilihat.
Fesyen dan rupa untuk pakaian adalah berbeza di antara lelaki dan perempuan (pakaian perempuan adalah lebih panjang, supaya dapat menutupi lebih banyak bahagian tubuh badan dan hiasan serta bahan minyak wangi mahal adalah keperluan perempuan juga). Oleh itu, telah ditetapkan bahawa perempuan tidak dibenarkan memakai pakaian lelaki, begitu juga dengan lelaki (Ul 22:5). Biasanya ada 3 cara untuk menjahit sehelai baju dalam. (I)Menenum sehelai kain lebar dengan benang bulu atau benang rami halus, selepas itu, menjahit dari sebelah dan atas.(II)Menenum sehelai baju dalam terus dari mesin penenum dan tidak boleh memotongnya.(III)Seperti pakaian yang dipakai Yesus semasa disalibkan, tiada tempat lambungannya dan telah ditenun oleh mesin penenun yang khas.
3.TALI PINGGANG
Yang tidak boleh dipisah dengan baju dalam iaitu tali. Bahannya adalah kulit kain kapas atau kain rami dan lain-lain. Kulit merupakan tali yang paling ringkas. Ada banyak tali yang dari ringkas (Yesaya 3:24) hingga yang mewah, seperti dihias dengan emas dan permata dan juga yang dicatit dalam Wahyu “Tali Emas” (Wahyu 1:13;15:6). Tali merupakan tali yang paling penting,”Dapatkah seorang dara melupakan perhiasannya, atau seorang pengantin perempuan melupakan ikat pinggangnya?” (Yer 2:32).
Biasanya tali adalah sehelai kain yang panjang dan halus di mana telah dilipat beberapa lapis. Ia diikat di bahagian pinggang dan dibiarkan sahaja tergantung di bahagian depan. Apabila bekerja atau bergerak, harus mengikat tali itu dan melipatkan baju dalam yang panjang. “Ikat Pinggang” bermaksud siap sedia untuk melakukan sesuatu. Tambahan pula, ia bersifat bersedia dan berjaga-jaga (Ayb 38:3; Luk 12:35; Ef 6:14; I Ptr 1:13). Tali berfungsi mengikat pedang juga (2 Sam 20:8), ada juga orang mengikat tanduk binatang untuk mengisi dakwat dan beg wang. Yeremia telah mengumpamakan tali pinggang itu sebagai perkaitan di antara jemaat dengan Tuhan (Yer 13:1-11).
Tali yang dipakai oleh imam adalah dijahit oleh benang emas, biru, unggu, merah atau kain rami halus dengan corak yang cantik. Tali pinggang akan dipusingkan beberapa kali di pinggang dan diikat di depan, ekornya akan dibiarkan tergantung sehingga hujung kaki.
4.JUBAH LUAR
Bagi lelaki dan perempuan, jubah dalam adalah pakaian kerja waktu siang. Mereka mempunyai jubah yang lain iaitu jubah luar di mana ia mencegah sinaran matahari yang kuat, menjaga badan dan akan menutupi badan waktu malam pula (Kel 22:26-27). Kedua-dua jenis pakaian ini adalah begitu jelas dari berpatah “jika adalah orang ingin dapatkan jubah dalam engkau, bahkan kami harus biar dia mengambil jubah luar kami juga.” Jubah luar merupakan kain yang bersegi dan seluas 2 ½ meter hingga 3 meter. Kebanyakannya adalah ditenun oleh bulu dan ada yang khas dimana ditenun oleh kain rami halus.
Di empat segi kain itu akan dibubuh 4 benang biru dan terdapat jumbai-jumbai di puncanya, “supaya terlihat jumbai-jumbai itu akan memanggil orang ingatkan ajaran Tuhan. Ini adalah mencegah engkau dari menuruti hawa nafsu hati dan mata.” (Bil 15:38; Ul 22:12; Mat 23:5). Jubah luar ini tidak serupa dengan jubah dalam untuk dipakai tetapi ia akan diikat di pinggang dengan bermacam jenis juga. Sepertinya pakaian yang diguna oleh anak-anak Nuh untuk menutupi badan Nuh semasa ia telanjang (Kej 9:23). Begitu juga dengan “baju” yang diguna untuk membungkus tempat adonan semasa orang Yahudi keluar dari Tanah Mesir (Kel 12:34) atau pakaian bagus yang dipakai oleh Rut (Rut 3:3). Kesemua ini adalah jubah luar. Terdapat catatan tentang jubah luar di Perjanjian Baru juga (Mat 5:40; 24: 18: Mrk 13:16).
Pada masa itu, jubah adalah bagi orang yang berkedudukan tinggi dan imam, misalnya jubah raja Saul yang dipotong oleh Daud( I Sam 18:4), jubah yang dikoyakkan oleh Ezra (Ezr 9:3), jubah luar kecil yang dijahit oleh ibu Samuel ( I Sam 12:19), jubah luar Samuel yang dikoyak oleh Saul ( I Sam 15:27). Jika dikatakan jubah mereka ada berbeza dengan orang biasa, mungkin disebabkan jahitan jubah mereka itu lebih halus dan dihias dengan lebih cantik!
Efod yang dipakai oleh Imam Besar (Kel 28:3; 29:22) adalah berwarna biru, berlubang di tengah di mana boleh ditembusi kepala dan diikat dengan loceng atau jed oleh benang yang berwarna-warni. Tugu peringatan yang di Samaria dapat melihat bangsawan Samaria memakai jubah tanpa lengan di atas jubah dalam mereka. Kemudian, bahan berkualiti bagus diguna dan jahitan yang bagus. Ia telah menjahit jubah yang lebar seperti jubah kudus imam dan dipakai di luar jubah luar. Bahagian bawah jubah itu sampai ke gelang kaki. Pakaian ini adalah berasal dari Babel diturunkan ke orang yahudi melalui orang Kanaan. Pada zaman Yusuf, Imam Besar memakai jubah luar yang tanpa lengan dan tanpa jahitan.
Tentang jubah luar, pakaian nabi adalah lebih khas (Za 13:4). Terutama sekali, (jubah Bulu) jubah luar yang dipakai loeh nabi Elia (2 Raj 1:8) di mana seperti pakaian Yohanes Penbaptis (Mat 3:4;Mrk 1:6). Jubah bulu itu bukanlah kulit domba, tetapi adalah kulit kambing atau unta iaitu bahagian yang berbulu adalah di luar.
Jubah luar yang ditenum oleh mesin penenun di rumah adalah kain rami yang berwarna terang,berkualiti ringan yang seperti langsir atau tabir yang ringan.Jubah jenis ini merupakan jubah yang dijahit oleh kain lenan di mana telah dicatatkan dalam Perjanjian Baru(Mat 27:59;Mrk 15:46).Ia mungkin juga merupakan kain lenan bagus yang dipakai semasa member persembahan!(Hak 14:12;Yes 3:23).
“Jubah Merah” yang diberi oleh prajurit Roma kepada Yesus (Mat 27:28) adalah jubah luar bagi jeneral prajurit yang berpangkat tinggi. Begitu juga dengan jubah luar Paulus yang ditinggalkannya di Troas merupakan jubah luar bulat yang tidak berlengan. Orang Roma memakai jubah jenis ini semasa mereka pergi melancung berlengan. Orang Roma memakai jubah jenis ini semasa mereka pergi melancung ( 2 Tim 4:13 ). Jubah jenis ini diklipkan oleh klip leher atau pin.
5.JENIS TOPI
Orang Yahudi menyimpan rambut panjang dan tidak memakai apa-apa, tetapi mereka hanya memakai topi (Ketopong kulit) semasa berada di medan peperangan. Namun, secara beransur-ansur mereka memakai topi.
Topi yang paling tua adalah bersegi tiga di mana dilipatkan dengan menggunakan sehelai kain bersegi empat. Bahagian tengah topi itu akan menutupi belakang kepala, kedua-dua belahnya akan bergantung sehingga bahu dan diikat supaya ditetapkan ia adalah berada di ats kepala. Selepas itu, lelaki dan wanita pun mula memakai serban iaitu melipatkan kain sebanyak dua tiga kali dan menjadikan seperti rupa topi.
“Serban tahir” (Za 3:5) ditujukan kepada serban imam yang dicatatkan di Keluaran (Kel 28:4). Serban imam biasanya berbentuk nulat panjang dan digulung oleh serban biasa. “Topi” yang dicatatkan di dalam buku Daniel Fasal 3 ayat 21 iaitu topi orang Babel yang berbentuk kon. Bangsawan Yahudi di Antokhia pula memakai topi yang rendah dan lebar. “Mengenakan selubung pada kepala semua orang” (Yeh 13:18). Dalam zaman Perjanjian Baru, banyak jenis topi dipakai, tetapi bagi wanita masih memakai serban.
“Telekung” yang dipakai oleh Ribka semasa ia berjumpa dengan Ishak (Kej 24:65) dan pakaian kejandaan yang ditanggalkan oleh Tamar untuk bertelekung (Kej 38:14) mungkinnya adalah kain yang besar dan dapat membalut seluruh badan orang. Dalam Perjanjian Lama, tiada penerangan yang jelas di antara jubah luar dan telekung, hanya Musa sahaja yang memberi penerangan jelas tentang ini (Kel 34:33). Akhirnya, telekung wanita adalah dipengaruhi oleh negeri luar, dan terjadilah tabiat “kepala bertudung semasa berdoa” ( I Kor 11:5).
6.KASUT
Orang Yahudi berkaki ayam di dalam rumah dan hanya memakai kasut semasa berada di luar. Kasut yang mereka pakai adalah kasut tali kulit (Seperti sandal). Kasut yang paling ringkas adalah bahagian bawahnya yang rata diperbuat daripada kayu atau kulit dan diikat dengan tali bersama-sama kaki (Kej 14:23;Mrk 1:7). “Sandal” yang dipakai oleh wanita pada zaman Yehezkiel (Yeh 16:10) adalah jenis yang membaluti kedua-dua belah kaki dan gelang kaki. Wanita-wanita bangsawan pula, akan menambahkan perhiasan yang cantik. Sepatu panjang yang dipakai oleh tentera adalah dijahit oleh tali (Yes 9:4).
Selain daripada orang miskin yang tidak berkasut, semua orang yang berkasut harus tanggalkan kasut mereka sebelum masuk ke dalam bilik. Harus tanggalkan kasut semasa bertangisan (2 Sam 15:30 ) atau memasuki tanah kudus. Oleh itu,imam Yahudi yang melayani Tuhan di Bait Suci adalah berkaki ayam.
Adanya resam bahawa hamba abdi bagi tuan rumah harus membukakan tali kasut tetamu dan mencucikan kakinya semasa ia sedang melawat tuan rumah itu. Ini merupakan pekerjaan yang paling rendah sekali bagi hamba abdi berpangkat rendah dan membasuh kaki adalah melambangkan rendah diri. Sebaliknya, membalingkan kasut kepada orang lain merupakan mengejikan orang itu (Mzm 60:10).
Membeli atau memindah hak kepunyaan, mereka akan menanggalkan kasut dan menyerahkannya ke sebelah lain sebagai satu bukti perjanjian(Rut 4:7). Ada satu adat yang ajaib lagi, iaitu adanya saudara yang meninggal dan tidak beranak, maka,saudara suami harus mengahwini janda itu dan beranak untuk saudaranya. Jika saudara suami itu tidak suka mengambil janda itu, bolehlah janda itu menghadap para-para tua-tua supaya berbicara dengan saudara suami. Jika saudara suaminya masih enggan mengambilnya, ia boleh menanggalkan kasut saudara suami itu dan berludah di mukanya, keluarga saudara suami itu akan dinamakan ‘kaum yang kasutnya ditanggalkan orang” (Ul 25:5-10).
7.BARANG HIASAN
Tongkat merupakan barang hiasan untuk kaum lelaki. Tongkat yang cantik diukir dengan bunga atau lain-lain. Kedua, cincin, disebabkan terdapat cop di atas cincin, maka ia harus disimpan dengan hati-hati. Cincin yang seperti cop itu boleh digantung di dada seperti rantai juga. Rantai yang dipakai oleh orang yang kaya adalah diperbuat emas atau permata dan sangat mahal nilainya.
Tidak kira di Negara mana, zaman apa, barang hiasan wanita memang lebih daripada lelaki. Dalam buku Yesaya semua barang hiasan dan pakaian telah disenarai “gelang-gelang kaki, jamang-jamang dan bulan-bulanan, perhiasan-perhiasan telinga, pontoh-pontoh dan kerudung-kerudung; perhiasan-perhiasan kepala, gelang-gelang rantai kaki, tali-tali pinggang, tempat-tempat wewangian dan jimat-jimat; cincin meterai dan anting-anting hidung; pakaian-pakaian pesta, jubah-jubah, selendang-selandang dan pundi-pundi; cermin-cermin, baju-baju dalam dari kain lenan, ikat-ikat kepala dan baju-baju luar.” (Yes 3:18-23). Mungkin yang tersenarai bukan semuanya dan memang ada yang lain. Anting-anting pula, ada yang bulat dan separuh bulat, ada juga yang bermutiara yang mahal. Kaum lelaki juga ada memakai (Kej 35:4; Hak 8:24) yang merupakan satu perlindungan. Gelang hidung masih dipakai di kawasan Timur, iaitu memasang di sebelah hidung atau memasangnya di tengah hidung. Kalung (Ams 1:9), “hiasan emas tulen”(Ams 25:12) adalah salah satu barang hiasan juga. Bukan sahaja gelang bulat emas atau perak, ia boleh dijadikan bentuk rantai atau tali dan disambungkan dengan barang hiasan lain. Kemungkinan gelang tangan yang dipakai adalah sama dengan yang dipakai di kawasan ini iaitu memakai di gelang atau lengan. Dan wanita ada memakai cincin juga.
Di tali pinggang mereka terikat dengan beg wangi atau jimat-jimat untuk menjadikan perhiasan juga. Begitu juga,wanita Timur yang memakai beg wangi di mana lebih mementingkan hiasan daripada fungsi yang sebenarnya. Rantai kaki diikat di kaki dan kedua-dua rantai di kaki itu akan diikat oleh rantai yang lain. Wanita memakai rantai adalah untuk melatihkan langkah kakinya yang lambat dan seimbang. Semasa dia berjalan, akan mengeluarkan bunyi yang merdu seperti “gemerencing dengan giring-giring kakinya”(Yes 3:16).
8. WARNA PAKAIAN DAN LAIN-LAIN
Warna putih melambangkan bersih, hitam melambangkan sedih atau sengsara. Orang yang berkuasa dan kaya memakai pakaian warna unggu, biru dan merah. Ini memang merupakan satu arus fesyen juga. Contoh dalam zaman Perjanjian Baru ialah orang yang sentiasa bersukaria di dalam kemewahan, suka memakai jubah “jubah unggu dan kain halus” (Luk 16:19). Pakaian jenis ini tidaklah hairan dalam zaman Daud. Awal zaman hakim-hakim, sudah ada wujudnya “kain berwarna jarahan” (Hak 5:30). Zaman Raja Yosia sudah wujudnya orang berjawatan “menguruskan pakaian'( 2 Raj 22:14).
Tentang segi penyalinan baju yang tercatat dalam Perjanjian Lama, bukanlah semua pakaian herus disalin. Tetapi kebanyakkan orang hanya menyalinkan jubah biasa kepada jubah ke luar semasa persembahan. Di tempat ini,tuan atau orang yang berkedudukan tinggi akan menghadiahkan jubah luar kepada orang bawahan sebagai satu kebiasaan dan kebiasaan ini telah diteruskan sehingga sekarang.
Apakah pakaian Tuhan Yesus semasa Dia masih berada di dunia? Kemungkinan semua orang pun mengambil berat tentang ini. Pada abad pertama, biasanya orang memakai kain halus putih sebagai jubah dalam. Sebenarnya, jubah dalam yang ditanggal oleh Yesus semasa Dia membasuhkan kaki muridNya (Yoh 13:4). Yang terdapat di dalamNya iaitu jubah putih dan diikat tuala di bahagian pinggangNya. Tiada sambungan langsung di jubah dalamNya dan Ia membalut leherNya dengan ketat dan jubah itu berlengan pendek juga. Tidak kira bahawa jubah itu adalah jubah dalam atau jubah putih, ia memang dijahit oleh kain rami halus putih. Jubah luar adalah sehelai kain yang berupa empat segi dan ini dicatat di dalam cerita tentang perubahan rupa (Mrk 9:3) dan ia adalah tenunan bulu yang berwarna putih. Tambahan pula, di empat penjuru jubah itu terdapat empat jumbai-jumbai juga!
Tiada catatan atau informasi tentang apa yang dipakai di kepala Yesus. Tidak kira apa yang di gambaran Yesus, bagi nabi Yahudi pada masa itu, mereka tidak akan memunculkan diri di depan khalayak ramai jika mereka tidak memakai apa-apa. Kemungkinan mereka membalut kain rami halus putih di atas kepala dengan secara ringkas dijadikan satu serban, dengan ekornya dibiarkan bergantung di belakang.
