Mengapakah Tidak Boleh Berkahwin Dengan Orang Kafir?
Kitab tercatat dengan jelas: “Janganlah kamu merupakan pasangan yang tidak seimbang dengan orang-orang yang tak percaya.” (2 Kor 6:14) Pengalaman kehidupan dan hakikat yang sebenar memberitahu kita bahawa berkahwin dengan orang kafir ialah tindakan yang salah. Kelukaan dan penderitaan yang dibawanya kepada seiman adalah amat menakutkan!
Sebab-sebab Kita Tidak Boleh Berkahwin Dengan Orang Kafir:
A. Membelakangi Kehendak Tuhan
1. Sejak zaman Musa, Tuhan telah mengajar Orang Israel bahawa tidak boleh berkahwin dengan orang kafir (Ul 7:3-4).
2. Paulus juga menyatakan dengan jelas bahawa orang yang percaya dan orang yang tidak percaya adalah tidak secocok (2 Kor 6:14).
B. Matlamat Kehidupan Kedua-dua Pihak Adalah Berbeza
1. Seorang menuju ke syurga, seorang lagi menghala ke dunia (Kej 19:15-26).
2. Seorang berusaha ke arah kebahagiaan hidup kekal, seorang lagi mementingkan kenikmatan dunia kini (Luk 16:19-31).
C. Kandungan Kehidupan Kedua-dua Pihak Adalah Berbeza
1. Di dalam rumah, seorang berdoa, membaca Kitab dan melalui kehidupan yang menyempurnakan rohani, seorang lagi melalui kehidupan yang menikmati kebendaan dan hiburan.
2. Di luar, seorang pergi ke gereja untuk menguduskan diri, seorang lagi pergi ke dunia untuk menodai diri.
D. Kedua-dua Pihak Susah Untuk Berkomunikasi dan Bergaul
1. Susah untuk berkomunikasi kerana konsep hidup manusia dan konsep dunia kedua-dua pihak adalah berbeza.
2. Susah untuk bergaul kerana hobi dan minat kedua-dua pihak adalah berbeza.
E. Pihak yang Percaya Akan Terpengaruh
1. Senang digoda untuk menyembah Tuhan yang palsu dan terikut-ikut hal duniawi (Yos 23:11-13)
2. Dihalang lalu menjauhi Tuhan secara perlahan-lahan. Akhirnya, berdosa kepada Tuhan (Neh 13:23-27)
F. Susah Untuk Melahir dan Mengasuh Keturunan yang Soleh
1. Seorang mendidik anak percaya Tuhan, seorang lagi mendidik anak menyembah berhala. Ini menyebabkan anak susah memilih kepercayaan yang tepat.
2. Disebabkan kepercayaan kedua-dua pihak berbeza, maka pertentangan dan perselisihan pasti akan timbul. Ini menyebabkan ibu bapa tidak dapat mendirikan teladan yang baik untuk anak.
G. Perkahwinan Ini Tidak Terjamin
1. Pihak yang tidak percaya Tuhan tidak tahu takut akan Tuhan lalu bertindak sesuka hati dan tidak setia terhadap percintaan.
2. Pihak yang tidak percaya Tuhan akan mengambil kesempatan atas toleransi pihak yang percaya Tuhan lalu membulinya.
