Orang Baik –Barzilai
Ayat Kitab : 2 Samuel 17:27-29 , 19:31-39
A. Mesra menyambut orang (2 Samuel 17:27-29)
1. Setia dan berani.
- Dengan beraninya, dia menyambut seorang raja yang ditimpa kesusahan. Dia tidak takut akan kuasa yang kuat.
2. Bertimbang rasa dengan kasih.
- Risau demi rakyat yang mungkin akan menjad lapar, lelah dan haus di padang gurun.
3. Murah hati.
- Membawa banyak keperluan asas seperti benda, makanan, tempat tidur .
4. Membawa orang-orang bersama untuk melayani.
- Walaupun dia seorang yang kaya-raya, namun dia tahu bahawa kalau orang itu ramai, maka dapat menghasilkan kekuatan besar.
5. Seorang tuan rumah yang berbudi bahasa
- Dengan mesranya dia menyambut raja, dan kemudian menghantarkan raja. Dia seorang yang berbudi bahasa.
△ Berbahagialah mereka yang menyambut orang. (Ibrani 13:1-2, Matius 10:40-42)
B . Tidak mengharapkan ganjaran ataupun balasan (2 Samuel 19: 31-37)
1. Tidak menuntut jasa untuk diri sendiri.
2. Tidak tamak akan kenamaan dan kebanggaan diri.
3. Sedar akan erti hidup manusia.
4. Mempunyai pengenalan akan diri sendiri.
5. Ada rasa kerinduan terhadap tanah air sendiri.
△ Yang memberi dengan kasih tanpa mengharapkan balasan, besar upahnya ( Lukas 6:34-35).
C. Memohon kebaikan untuk orang lain (2 Samuel 19:37-39)
1. Mengesyorkan orang yang berbakat .
2. Percaya akan Daud.
3. Naikkan doa syafaat untuk orang semua (1 Timotius 2:1).
