Pengalaman Antara Kerajaan Syurga Dan Neraka
| |

Pengalaman Antara Kerajaan Syurga Dan Neraka

Sdri. Wong Oi Chu

Haleluya! Dalam nama Tuhan Yesus memberi kesaksian. Saya ialah saudari Wong Oi Zhu, berasal dari gereja Kota Kinabalu. Saya ingin mengisah tentang penglihatan saya yang berkaitan dengan pengalaman saya melihat kerajaan Syurga dan neraka.

Pada hujung bulan Jun 2004, saya mengalami penyakit batuk yang serius. Saya tidak dapat tidur pada waktu malam. Penyakit ini telah berterusan selama 3 hari. Saya telah berjumpa dengan doktor sebanyak 3 kali, namun tidak ada kelihatan sebarang tanda perubahan yang positif pada penyakit saya. Sehingga 2 Julai, ibu kepada kakak ipar saya, Mary menemani saya ke klinik Damai Specialist untuk berjumpa dengan doktor. Selepas pemeriksaan, doktor mengatakan bahawa saya perlu tinggal di dalam wad untuk membuat peninjauan selanjutnya. Pada masa itu, pendeta Thomas Kam dan saudari Liew datang menjenguk saya dan membantu doa untuk saya.

​Pada masa itu, saya mula mengambil pil ubat tidur namun kesannya tidak memberangsangkan. Keadaan ini berlanjutan sehingga 4hb Julai. Selama lima hari empat malam saya tidak dapat melelapkan mata saya. Selepas doktor menjalankan rawatan fisioterapi akhirnya barulah saya dapat tidur dengan nyenyak. Dalam mimpi, saya melihat saya sedang menelefon kakak saya, Ai Yan, yang berada di Kuala Lumpur. Saya memberitahunya bahawa Tuhan ingin menyambut saya pulang ke Syurga. Saya berpesan kepadanya agar menjaga anak perempuan saya, Sherlyn dan membawanya ke Gereja Yesus Benar sehingga dia menjadi dewasa. Saya juga memberitahu kepada suami kakak saya, saudara Tang bahawa saya melihat kerajaan Syurga dan ia merupakan satu tempat yang sungguh indah. Di sana saya juga berjumpa dengan seorang yang tua.

Saya berterbang dengan gembira dan mengikuti orang tua itu menuruni satu lurah. Saya terjaga dari mimpi dan mendapati Penatua Tham bersama dengan anak perempuannya, Khen Siung serta adik saya berada di depan katil saya untuk menjenguk saya. Penatua Tham berkata kepada saya bahawa kerja saya masih belum selesai, maka Tuhan tidak akan menyambut saya pulang dengan begitu cepat. Selepas itu, mereka membantu doa bagi saya.

​Selepas itu, doktor datang melihat keadaan saya. Dia ingin menyuntik ubat ke dalam badan saya dan membuat pengimbasan otak. Saya memberitahu doktor bahawa saya tidak mahu disuntik kerana saya percaya Tuhan merupakan doktor yang paling agung. Saya juga meminta agar dia datang ke gereja benar kerana ia merupakan satu-satunya gereja benar yang dapat diselamatkan. Saya juga memberitahunya bahawa saya baru balik dari Syurga. Selepas doktor mendengar kata-kata saya, dia tidak mempercayainya. Selepas itu, dia menghantar saya untuk membuat pemeriksaan bahagian otak. Namun, laporan pemeriksaan menunjukkan keadaan saya normal segalanya. Selepas menjalani pemeriksaan, saya masih lagi insomnia. Pada malam itu, saya terasa seakan-akan telah masuk ke neraka.

​Saya melihat banyak orang yang sedang dibakar secara hidup-hidup. Saya bukan sahaja melihat keadaan ini dengan mata saya sendiri, malahan saya juga terhidu bau hangus. Saya berasa terperanjat sehingga berpeluh dan ingin melarikan diri dari tempat yang menakutkan itu. Kemudian, ada seorang yang muncul dari kegelapan dan menanyakan saya apakah cara yang saya ingin untuk melangsungkan upacara pengkebumian saya, sama ada menggunakan cara Hindu atau cara Buddhist? Saya menjerit dengan kuat bahawa saya tidak mahu apa-apa pun! Kemudian saya terjaga dari mimpi. Saya sangka saya telah meninggal dunia namun saya masih dapat merasa badan saya sedang bergerak. Tambahan pula, kata-kata penatua Tham mengingatkan saya sekali lagi bahawa Tuhan tidak akan menyambut saya pulang dengan begitu cepat kerana kerja saya masih belum selesai. Kata-kata ini telah menghiburkan hati saya. Oleh itu, saya dapat tidur dengan nyenyak untuk beberapa jam. Selepas itu, roh jahat datang mengganggu saya lagi. Namun selepas berdoa, saya kembali tidur semula.

​ Pada 5 Julai, pihak gereja telah mengadakan Seminar Penyempurnaan Rohani Para Penatua dan Pendeta. Saya telah dibantu doa oleh pihak gereja. Selepas itu, ada juga beberapa orang pendeta yang datang melawat saya. Pada masa itu, saya telah mendapat satu mimpi. Saya melihat diri saya diikat di atas satu rangka besi. Di bawahnya adalah api alam maut. Saya terdengar suara bantu doa gereja untuk saya.

Disebabkan saya berasa amat takut, maka saya berdoa dengan suara yang kuat. Saya berdoa dalam nama Tuhan Yesus, “Ya Tuhan, saya ialah seorang yang berdosa, memohon kiranya Tuhan mengampuni dosaku, memohon kiranya Engkau menyelamatkan aku!” Pada jam 7:30 pagi, ada banyak seiman yang datang melawat saya, termasuk penatua James Wong dan ahli keluarganya yang berasal dari Tenom. Anak buah saya juga datang melawat saya dan menyanyi 2 buah lagu kidung kanak-kanak bagi saya, ’Dalam hatiku ada dua raja, seorang mahu saya masuk ke Syurga, seorang lagi mahu saya masuk ke neraka…’. Saya berasa terharu dengan kidung ini. Sememangnya ada 2 orang raja di dalam hati saya. Ia terpulang kepada saya ingin mengikuti raja yang mana satu. Pada malam itu, saya diganggu oleh roh jahat sekali lagi. Waktu itu adalah jam 2 pagi. Suami saya asyik menggunakan kata-kata penatua Tham untuk menasihati saya, maka barulah saya dapat tidur.

​Pada 6 Julai, akhirnya doktor membenarkan saya untuk pulang ke rumah. Sewaktu tiba di rumah, saya dan keluarga saya berdoa untuk bersyukur kepada Tuhan. Saya berfikir, mungkin Tuhan masih ingin saya menjaga ibu mertua saya. Lantaran itu, saya masih diperlukan untuk melakukan kerja-kerja di dunia ini. Pada jam 2 pagi hari tersebut, si iblis datang lagi mengganggu saya. Namun selepas berdoa, saya dapat tidur semula. Syukur kepada Tuhan.

​Pada 7 Julai, saya mengikuti kebaktian malam di gereja Kota Kinabalu. Semasa berdoa, penatua Timotius menumpangkan tangan ke atas saya. Selepas itu, saya pulang ke rumah bapa saya dan tinggal di sana selama 10 hari. Adapun pada jam 2 pagi ada roh jahat yang datang mengganggu, namun selepas berdoa saya masih dapat tidur semula.

​Pada 10 Julai, semasa saya duduk bersama dengan koir gereja Kolombong, saya terdengar sebuah kidung yang berbunyi, ’Ada orang yang berdoa bagimu’. Saya terharu sehingga mencucurkan air mata. Bukankah kidung ini merupakan gambaran bagi keadaan saya sekarang?

​Syukur atas kasih Tuhan. Syukur atas bantu doa yang bersungguh-sungguh dari saudara dan saudari gereja sekalian. Dengan adanya bantuan doa daripada mereka, barulah penyakit saya dapat disembuhkan, membolehkan saya mendapat kesejahteraan sehingga dapat mengharungi lembah kekelaman serta berjalan di atas jalan Tuhan. Ya Tuhan! Tongkat-Mu dan gada-Mu menghiburkan hatiku. Saya mahu diam di dalam bait-Mu dan melayani-Mu dalam kehidupan saya ini untuk membalas kasih besar-Mu terhadap saya, sampai selama-lamanya. Amin!

Hidup Kini Dan Hidup Akan Datang
|

Hidup Kini Dan Hidup Akan Datang

Ayat Suci: (Mat 12 : 32; 1Tim 4 :8 )

Pra Kata : Hidup kini merujuk kepada dunia kini yang didiami manusia dan hidup yang akan datang bermaksud alam dunia yang lain bagi manusia selepas meninggalkan dunia.

Ciri-ciri keistimewaan yang berbeza di antara hidup kini dan hidup yang akan datang.

(1)  Hidup sekarang.

  • Dunia milik material.
  • Tempat kediaman milik tubuh jasmani yang dalam keadaan material.
  • Yang sementara, tempat tinggal sebagai pendatang (Biarpun sukacita mahupun dukacita).

(2)  Hidup akan datang.

  • Dunia milik rohani.
  • Merupakan tempat yang akan dimiliki oleh jiwa roh.
  • Tempat yang kekal dan tidak akan lenyap (Biarpun sukacita mahupun dukacita)

Bagaimanakah hidup kini ?

  • Manusia hidup di dalam dunia ini, dengan pendek kata kita percaya disebabkan pengalaman kehidupan sendiri dan bukan kerana dengan paksaan.

(i) Hidup Manusia : Makan, kerja dan tidur.

(ii) Berjerih-payah, singkat dan sia-sia. Pendek kata : menderita, meratap dan tua. (uzur) 

Bagaimanakah hidup akan datang?

  • Bagi kita yang belum pernah atau pernah mengalami bahawa apa yang telah terjadi dan tidak akan berpatah balik, kita selalu akan berasa kesal selepas sesuatu yang telah terjadi. Oleh itu, selagi kita masih hidup haruslah percaya kepada Tuhan dan memahami hidup yang akan datang ini dengan berdasarkan Alkitab, penglihatan dan pengalaman daripada pemercaya.

(i) Ada Syurga

(a) Kota yang terbuat dari emas tulen dan tembok itu terbuat dari permata yaspis. (Why 21: 11-27)

(b) Kehidupan yang kekal dan tidak akan mati.

(c) Tiada kelaparan, kesakitan, kegelisahan, pertempuran, kejahatan dan kegelapan. Melainkan mempunyai kemuliaan dan kekudusan. (Why 21 : 1-5; 25-27)

(d) Tubuh roh yang mulia, sihat dan kuat serta mempunyai terang kemuliaan Tuhan.

– Boleh merujuk kepada penglihatan Diakan Wang De Chuan, Chang Chi Yi dan Chang Huong Soon.

(ii) Ada Neraka (Dunia alam maut)

(a) Penuh dengan kegelapan.

(b) Ulat-ulat bangkai tidak mati dan api tidak padam. (Mrk 9 : 47-49; Luk 16: 24)

(c) Pembebasan dikawal, ingin mati.( Why 9: 6 )

(d) Disiksa siang malam sampai selama-lamanya.(Why20: 10; Mat 25: 41-46)

– Saksian mengenai neraka yang dilihat oleh Lin Mong Jiau.

Hubungan antara hidup kini dan hidup yang akan datang (Luk 16: 19-31)

(i) Hidup kini adalah punca sebab, manakala hidup yang akan datang adalah akibat.

(ii) Kesudahan hidup akan datang dipilih oleh hidup kini.

(iii) Dua jalan dipilih untuk hidup kini dan dua tempat ditujui untuk hidup yang akan datang. (Mat 7: 13-14; Luk 13: 24-25)

(iv) Manusia boleh memilih tempat yang akan ditujuinya pada hidup yang akan datang. (Hak ada pada diri sendiri)

Bagaimanakah untuk memasuki hidup kekal yang akan datang ?

(i) Percayalah kepada TuhanYesus. (Kis 16: 30-31; Yoh 3: 18; Kis 4: 12)

(ii) Menuruti segala perintah Allah. (Mat 19: 16-17; 1Yoh 2: 3-4; Why 14: 12)

(iii) Menerima kelahiran kembali dari air dan roh. (Yoh 3: 5; Kis 2: 38, Tit 3: 5).

(iv) Menjalankan kehidupan yang menguduskan diri dan giat melayani Tuhan. (2Kor 6: 14-18; 1Kor 15: 58; 2Ptr 1: 5-11)

Berbahagialah orang yang menerima didikan Tuhan untuk hidup kini.

(i) Tuhan pasti mengajar mereka yang berbuat salah dalam hidup sekarangnya.

(a) Penghakiman itu dimulai pada rumah Allah sendiri. (1Ptr 4: 17) memilih orang-orang yang berbuat jahat. (Mat 13: 41-49).

(b) Kita menerima hukuman dari Tuhan, kita dididik, supaya kita tidak akan dihukum bersama-sama dengan dunia. (1Kor 11: 32)

(c) Tuhan pasti mengajar mereka yang dikasihiNya.(Ibr 12: 6)

  • Kita dididik bermaksud Tuhan bertanggungjawab dalam kehidupan kita.  Bagi mereka yang tidak selamat, mereka akan dibiarkan dan dihakimi oleh Tuhan pada hidup yang akan datang. Dengan itu, kita berpengharapan kerana dihakimi sekarang.

(ii) Orang jahat akan binasa oleh perbuatannya.

(a) Tidak lancar dalam hidup kini, ada hukuman berat pada hidup yang akan datang.

(b) Ada balasan dalam hidup kini dan hukuman untuk hidup yang akan datang.

(c) Pemercaya yang berbuat salah tetapi tidak dididik atau  dihukum menandakan Tuhan tidak mengasihinya.

  • Satu saja jalan bagi orang jahat : Selagi ada hidup sekarang, bertobatlah dan percayalah kepada injil Tuhan. Bertobatlah dari hidupmu yang jahat itu supaya ia hidup pada waktu ia bertobat dari kejahatannya.(Yeh 33: 11-16)

Kesimpulan : Manusia yang telah meninggalkan dunia ini, tidak dapat memilih sekali lagi untuk jalannya, tetapi kita yang masih hidup pada hari ini haruslah menggunakan kesempatan yang ada untuk hidup yang akan datang.