| | | | |

Membincangkan Perihal Pertuturan Dari Buku Yakobus

Pendahuluan: Pertuturan merupakan medium komunikasi antara sesama manusia. Ia boleh menghubungkan persahabatan, ia juga boleh menjatuhkan manusia dalam dosa. Ia boleh memanfaatkan dan membangunkan manusia, atau membinasakan dan menjatuhkan manusia.

Harus berwaspada dalam pertuturan

1. Agar tidak dihakimi dengan hukuman yang lebih berat (Yak 3: 1).

  • Hidup dan mati dikuasai lidah (Ams 18: 21; Mat 12: 34-37).

2. Semua orang bersalah dalam pertuturan (Yak 3: 2).

  • Di dalam banyak bicara pasti ada pelanggaran (Ams 10: 19).

3. Hendaklah cepat untuk mendengar, tetapi lambat untuk berkata-kata, dan juga lambat untuk marah (Yak 1: 19).

  • Sebab amarah manusia tidak mengerjakan kebenaran di hadapan Tuhan (Yak 1: 20).

4. Berwaspada dalam pertuturan ialah penampilan orang saleh (Yak 1: 26).

  • Mohon Tuhan berikan lidah seorang murid (Yes 50: 4).

Bagaimana berwaspada dalam pertuturan

1. Mengendalikan lidah juga dapat mengendalikan seluruh tubuh (Yak 3: 2).

  • Perumpamaan tentang lidah (Yak 3: 3-8).

2. Jangan mengutuk (Yak 3: 9-10).

  • Berkatilah dan jangan mengutuk (Rm 12: 14; Luk 6: 28).

3. Jangan memegahkan diri (Yak 3: 14; 4: 16).

  • Jangan ada seorang manusia pun yang memegahkan diri di hadapan Allah (1 Kor 1:29; 4:7; Ams 27: 1-2).

4. Jangan berdusta (Yak 3: 14).

  • Lidah dusta dibenci Tuhan (Ams 6: 12-19; Mzm 120: 2).

5. Jangan bersumpah (Yak 5: 12).

  • Jika ya, hendaklah kamu katakana: ya, jika tidak, hendaklah kamu katakan: tidak (Mat 5: 33-37).

6. Jangan menghakimi (Yak 4: 11-12).

  • Jual diri sendiri sebelum orang lain (Mat 7: 1-5; Rm 2: 1-3).
  • Aku harus berwaspada dalam pertuturanku, agar lidahku tidak berdosa (Mzm 36: 2).

Mulut berlidah dua (Yak 3: 9-12)

1. Harus memuji Tuhan dengan lidah (Yak 3: 9).

  • Tidak kira perkataan atau perbuatan, lakukanlah dalam nama Tuhan Yesus, mengucap syukur kepada Allah Bapa (Kol 3: 17).

2. Ucapkan perkataan yang baik untuk membangun (Ef 4: 29; 5: 3-4).

  • Memberikan manfaat kepada pendengar (Ams 12: 18, 25; 25: 11).

3. Jaga lidah terhadap yang jahat (Mzm 34: 12-14).

  • Hendaklah kata-kata senantiasa penuh kasih, jangan hambar (Kol 4: 6).

Kesimpulan: Kejar kesempurnaan dalam pertuturan (Yak 3: 2). Bertekad agar mulut tidak terlanjur (Mzm 17: 3).

Tutuplah Mulutmu
|

Tutuplah Mulutmu

Ayat suci : “Biarlah orang lain memuji engkau dan bukan mulutmu, orang yang tidak kau kenal dan bukan bibirmu sendiri.” (Ams 27:2)

Ada sebuah cerita : Seekor kura-kura, berasa teruja terhadap burung yang terbang dengan bebas di langit. Pada suatu hari, dia melihat burung helang berterbangan bebas di langit, maka bertanya kepada burung helang: “Sekiranya kamu mengajar saya terbang, maka saya akan menghadiahkan harta kekayaan di lautan kepada kamu.” Namun, burung helang tidak dapat memikirkan cara untuk mengajar kura-kura. Pada suatu hari, kura-kura menggigit batang kayu di mulutnya, dan akhirnya berjaya terbang di langit.

Binatang-binatang di bumi ketika melihat kura-kura yang berterbangan di langit, berasa amat hairan, masing-masing bertanya: “Siapakah yang sedemikian bijak, yang memikirkan cara yang sebegitu baik? ” Si kura-kura takut tidak diketahui orang bahawa ia yang sebenarnya memikirkan cara itu, maka segera mengatakan: “Sayalah! “.

Pada ketika ia membuka mulutnya dan berkata, maka ia jatuh dari langit ke atas bumi, dan hancur.

Alkitab mencatatkan: “Kecongkakan mendahului kehancuran, dan tinggi hati mendahului kejatuhan.” (Ams 16:18).

Tuhan akan selalu memberkati orang yang rendah hati. Kita seharusnya memberikan kemuliaan kepada Tuhan dalam segala perkara. Ketika pemujian dan bunyi tepukan menimpa anda, hendaklah tutup mulutmu.