|

Kitab Mazmur :Pendahuluan

Kajian Kitab Mazmur 

( Mei Shi Tsai )

Tujuan-Tujuan

Dengan mengkaji Kitab Mazmur, siswa-siswa akan menghayati dan menghargai kesusasteraan dan kualiti-kualiti muzik yang terkandung dalam puji-pujian dan meditasi ibadah. Mereka akan belajar tentang penciptaan, penebusan dan pembekalan dari Tuhan, serta usaha orang-orang saleh mencari maksud iman kepercayaan dan kehidupan di bawah pimpinan Allah yang mahakuasa, yakni Allah atas Israel dan atas seluruh dunia. Kelas ini membekalkan satu kajian secara terperinci berkenaan pelbagai genre, kesusasteraan, aspek sejarah dan teologia yang terkandung dalam kitab ini sebagai pupukan penyempurnaan rohani sendiri dan untuk pelayanan di dalam gereja berdasarkan satu kefahaman yang jelas akan kehendak ilahi dan pekerjaan serta perbuatan ilahiNya dalam sejarah.

Informasi Latarbelakang Secara Umum

Bahagian informasi berkenaan latarbelakang kitab ini adalah sebagai rujukan. Siswa-siswa akan mendapat manfaat dengan membacanya sebagai satu pengetahuan tambahan berkenaan asal-usul, perkembangan dan format penyusunan dan pengumpulan Mazmur-Mazmur.

Bahan-bahan untuk kelas akan bermula dari bahagian berkenaan ‘Jenis-Jenis Mazmur Yang Utama’ dan diteruskan sehingga ke bahagian terakhir, yakni, ‘Ilmu Teologia Mazmur’.

Gambaran Penyembahan Ibadah dalam Mazmur

Banyak merujuk kepada sembahyang secara beramai-ramai di Bait Suci di Yerusalem. Contohnya: Mzm 23.6; 26.8; 27.4; 63.2; 96.6 dan 122.1 dan Mazmur 24; 68; 118; 132 ~ kesemuanya memberi gambaran tentang perarakan-perarakan manakala Mzm 48.13 menggambarkan perarakan mengelilingi tembok Bukit Sion.

Rujukan tentang jenis persembahan turut didapati.

Contoh, persembahan korban biasa (Mzm 4.6; 27.6), korban bakaran (20.4), korban sembelihan (Mzm 50.5), persembahan korban sukarela (54.8). Turut disentuh tentang tari-menari (30.12; 87.7; 149.3; 150.4), bermazmur (Mzm 9.12; 30.5; 33.2; 47.7-8) dan pelbagai jenis alat-alat muzik (Mzm 33.2; 47.6; 81.3; 98.6; 150.5)

Mazmur dan Muzik
Mazmur-mazmur seperti dalam perkataan ‘mazmur’ itu sendiri (Ibr. Mizmor) sebenarnya adalah karya-karya yang dinyanyikan dengan iringan muzik. Alat-alat muzik adalah seperti berikut:

~ Alat-alat muzik bertali termasuk kecapi (lyre; Ibr. kinn6rm. Cth ~ Mzm 33.2; 43.4); dan gambus

(harp; Ibr. nebel Cth ~ Mzm 33.2; 57.9).

~ Alat-alat muzik tiupan: sangkakala (horn; Ibr. Shopar.  Cth ~ Mzm 47.6; 98.6), nafiri (trumpet;

Ibr.  Hadsosrera Cth ~ Mzm 98.6) dan seruling (pipe; Ibr. Ugarb Cth ~ Mzm 150.4)

~ Alat-alat genderang: ceracap (cymbals; Ibr. sels elim  Cth ~ Mzm 150.4) dan sejenis gendang

tangan iaitu rebana atau tamborin (Ibr. Top, cf. Inggeris >tap’).  Cth  ~ Mzm 149.3; 150.4.

Beberapa kalimat-kalimat muzika yang sukar difahami ialah ‘menurut lagu: Bunga Bakung (Mzm 45; 69) dan perkataan Sela, selingan muzika (instrumental) atau di penghujung sesebuah sajak – pembahagian yang naturel atau perubahan mud di dalam mazmur (Mzm 44.9; 46.8,12; 89.38).

Kesusasteraan Dan Ciri-Ciri Formal Mazmur

Pertama: Berdasarkan tajuk permulaan atau superscriptions.
Mazmur 120-134 kesemuanya adalah ‘Nyanyian pendakian’ (songs of the steps or ascents).

Mazmur 42/43-9; 84-85 dan 87-88 adalah dikaitkan kepada anak-anak Korah.

Mazmur 73-83 adalah berkaitan dengan Asaf (juga Mazmur 50, walaupun ini diasingkan dengan yang lain).

Mazmur 3-9; 11-32; 34-41; 51-65; 68-70; 108-110 dan 138-145 kesemuanya adalah dikarang oleh Daud (juga Mazmur 86; 101; 103; 122; 124; 131 dan 133 walaupun ini terasing-asing).

Kedua:Mazmur 104-106; 111-113; 115-117 dan 146-150 ~ kesemuanya bermula atau berakhir (atau kedua-duanya!) dengan perkatan Haleluya, ‘Pujilah Tuhan’.

Mazmur 93; 96-99 kesemuanya adalah Mazmur Penobatan.

Contoh-contoh mazmur lain yang mempunyai tema yang saling berkaitan ialah Mazmur 50 dan 51 yang mempunyai kenyataan kritikal berkenaan persembahan korban.

Mazmur 135 dan 136 mempunyai keselarian secara lisan dan tematik dalam rujukan mereka kepada Keluaran dan penaklukan (berkenaan Sihon, raja orang Amori dan Og, raja Basan). Satu kata petunjuk menjadi penyambung antara ayat terakhir Mazmur 32 dengan ayat petama Mazmur 33.

Agak banyak ratapan individu digabungkan dalam kumpulan-kumpulan: Mzm 3-7; 25-28; 38-40 (bahagian pertama Mazmur 40); 54-57; 69-71 dan 140-143.

 

Terakhir: Begitulah secara keseluruhannya penyusunan mazmur-mazmur, namun ianya bertolak dari ratapan kepada puji-pujian, memandangkan rintihan dan ratapan lebih ditekankan dalam bahagian pertama setiap mazmur dan diakhiri dengan puji-pujian di bahagian kedua. Namun ini cumalah secara amnya kecenderungan pembentukan mazmur dan bukanlah satu peraturan yang kaku dan wajip.