Keluarga Yang Dikasihi Tuhan
|

Keluarga Yang Dikasihi Tuhan

Hidup manusia seperti lautan pahit, kalau ada kasih barulah ada kehangatan . 

Dikasihi manusia adalah suatu kebahagiaan hidup kini; yang dikasihi Tuhan pula dapat menikmati hidup kekal kerajaan syurga.

Yesus mengasihi Marta, adiknya dan Lazarus (Yoh 11:5).

 

(1) Marta

A. Percaya bahawa Tuhan Yesus adalah Kristus, pasti dapat memanggil Lazarus bangkit dari kematian. (Yoh 11:21-27)

  • Janganlah seperti Thomas yang tidak percaya kerana tidak pernah jumpa cahaya kemuliaan, penglihatan, Tuhan Yesus dan syurga. (Yoh 20:24-25,29)

B. Giat melayani Tuhan. (Luk 10:38,40)

  • Haruslah melayani Tuhan dengan rajin dan dengan roh yang bernyala-nyala. (Roma12:11)
  • Setiap orang harus saling melayani berdasarkan karunia yang dianugerahkan oleh Tuhan. (1petrus 4:10-11).

(2) Maria

A. Segenap hati, segenap kekuatan mengasihi Tuhan, mempersembahkan minyak narwastu murni yang mahal harganya. (Yoh 12:1-8)

  • Harus mengasihi Tuhan tepat waktunya (Markus 16:1-6), membuat persembahan dengan segenap kekuatan, mengagungkan Tuhan (1 kor 11:15), dan mengasihi Tuhan dengan segenap hati.

B. Suka akan kebenaran, duduk dekat kaki Tuhan dan turut mendengarkan perkataanNya. (Lukas 10:39,42).

  • Firman Tuhan itu pelita bagi kaki, terang bagi jalan, maka haruslah kita menghauskannya dan mengejarkannya. (Maz 119:105, 9-11,147, 148)
  • Menghampiri untuk mendengar adalah lebih baik dari pada mempersembahkan korban yang dilakukan oleh orang-orang bodoh, ini ditujukan kepada ibadah yang bersifat lahiriah saja ataupun kepada yang hanya mendengar firman tetapi tidak melakukan firman. (Pengkhotbah 5:1)

(3) Lazarus

A. Jikalau Lazarus tahu bersandar dan berdoa kepada Tuhan dengan iman sewaktu sakit, pasti boleh memperoleh suatu kesaksian yang indah, dengan itu ianya dapat memuliakan Tuhan dan juga membangunkan manusia lain.

B. Nyawa diancam kerana membuat kesaksian yang hidup. ( Yohanes 12:9-11).

  • Menderita bersama-sama dengan Tuhan, supaya kita juga dipermuliakan bersama-sama dengan Dia. (Roma 8:17)
  • Haruslah ceritakan kepada angkatan yang kemudian puji-pujian kepada Tuhan dan kekuatan-Nya dan perbuatan-perbuatan ajaib yang telah dilakukan-Nya terutama saksian yang hidup, supaya iman kepercayaan cucu-cicit dapat diteguhkan. (Mazmur 78:4)
  • Seperti Yosua yang bertekad : “Aku dan seisi rumahku, kami akan beribadah kepada Tuhan”(Yosua 24:14-15). Supaya keluarga anda menjadi keluarga yang disayangi oleh Tuhan.
  • Seisi keluarga percaya kepada Tuhan dan dilimpahi dengan anugerah, menikmati berkat dari Tuhan kerana mengasihi Tuhan, diselamatkan kerana memegang firman.

C. Menderita sakit demi memuliakan Tuhan. (Yohanes 11: 1-4)