77. Mahkota Dalam Kitab Amsal
|

77. Mahkota Dalam Kitab Amsal

“Mahkota” melambangkan Kemuliaan, Kehormatan, dan pujian.

I.       DIDIKAN IBU-BAPA (Ams 1 : 8-9) – MENGANDUNG KATA-KATA BIJAK

1.      Teguran orang yang bijak adalah seperti hiasan emas untuk telinga yang mendengar (Ams 25 : 12).

2.      Nasihat dari teman yang jujur, seperti wangi-wangian yang harum (Ams 27 : 9).

3.      Hendaklah mencintai didikan dan nasihat orang;  Kalau tidak, seperti hewan yang akhirnya pasti binasa (Ams 12 : 1;  15 : 10).

II.     MEMPEROLEH PENGETAHUAN (Ams 14 : 18)

1.      Mahkota orang bijak adalah kepintarannya (Ams 14 : 24) dan kepintaran itu ditunjukkan oleh Firman Allah (Ruj : Mzm 19 : 10;  119 : 72).

2.      Hikmat menjadikan orang tinggi, hormat, sehingga bermahkota di atas kepalanya (Ams 4 : 8-9).

3.      Permulaan hikmat, hendaklah dengan segala yang ada ditukar oleh pengertian (Ams 4 : 7).

III.    MAHKOTA ORANG TUA ADALAH ANAK CUCU (Ams 17 : 6a)

1.      Anak-anak adalah milik pusaka dari Allah (Mzm 127 : 3) adalah kebahagiaannya, juga adalah kemuliaannya (Ams 127 : 5).

2.      Tetapi anak-anak yang dibiarkan mempermalukan ibu-bapanya (Ams 29 : 15).

3.      Maka, didiklah anak-anak supaya mereka berjalan menurut jalan yang patut baginya, sehingga sampai pada masa tuanya pun tidak akan menyimpang dari jalan itu (Ams 22 : 6).

IV.    KEHORMATAN ANAK-ANAK IALAH NENEK MOYANGNYA (Ams 17 : 6b)

1.      Manusia sering menggunakan kepandaian, kedudukan, kekayaan orang tuanya, tetapi semua itu bukanlah kemuliaan yang sesungguhnya.

2.      Jadilah teladan bagi orang-orang percaya dalam perkataan, tingkah laku, kasih dan kesucian (1 Tim 4 : 12).

3.      Janganlah berjudi, mabuk dan berzinah, sehingga anak-anak dipermalukan (seperti : Nuh – Kej 9 : 20-21;  Ahab telah melanggar Firman, sehingga telah mencelakai seisi rumahnya).

V.     HIASAN ORANG MUDA IALAH KEKUATANNYA (Ams 20 : 29a)

  • Kesihatan meliputi :

1.      Mengikut Tuhan dengan tekun (Yos 14 : 6-14).

2.      Giat bekerja bagi Tuhan (Ul 34 : 7).

3.      Kerohanian berkembang, tubuh kuat (3 Yoh 2).

Kerohanian berkembang pasti dipenuhi oleh Roh Kudus (Ef 3 : 16).

VI.    KEINDAHAN ORANG TUA IALAH UBAN (Ams 20 : 29b;  16 : 31)

  • Uban : bererti panjang umur.

Panjang umur meliputi :

1.      Hormat dan bakti kepada ibu-bapa (Ef 6 : 1-3).

2.      Hormat kepada Allah serta memegang perintahNya (Ul 6 : 1-2).

3.  Mulut tidak mengeluarkan kata-kata jahat, yakni meninggallkan kejahatan dengan melakukan kebajikan serta mencari perdamaian (Mzm 34 : 12-14).

VII.  ISTERI YANG CEKAP ADALAH MAHKOTA SUAMINYA (Ams 12 : 4a)

1.      Seperti Rut yang berbakti, rajin, serta suci (Kitab Rut).

2.      Seperti yang dicantumkan dalam Amsal pasal ke 31 :

1)   Yakni sebagai sandaran suaminya, sehingga suaminya beruntung dan tidak dirugikan.

2)   Senang bekerja dengan tangannya.

3)   Bangun pagi, tidur malam.

4)   Menolong orang yang tertindas/miskin (kasih).

5)   Perkataan lemah lembut ada dilidahnya.

6)   Mengawasi keadaan rumah tangganya, dan makanan kemalasan tidak dimakannya.

7)   Takut akan Allah.

3.      Isteri yang bijaksana adalah pemberian dari Allah (Ams 18 : 22;  19 : 14).

Hendaklah memohon agar Allah memberinya dan jangan memilih sendiri (Kej 6 : 1-3).

  • Hendaklah giat mengejar mahkota tersebut.
  • Peganglah apa yang ada padamu (Why 3 : 11).

 

Kajian Kitab Amsal : Hidup dan Mati
|

Kajian Kitab Amsal : Hidup dan Mati

Unit Dua Belas: HIDUP DAN MATI

‘Hidup’ dan ‘mati’ perlu difahami secara kualitatif dan berdasarkan berbagai peringkat.

[1] Hidup

(1) Material dan sosial.

‘Hidup’ menandakan pekembangan secara mewah dan indah hal-hal ehwal seseorang (16.15) dan di dalam 15.27, ‘hidup’ bermaksud menikmati keharmonian kehidupan keluarga.

(2) Peribadi atau psikologikal.

Hikmat dan mendiamkan diri adalah seperti ‘kehidupan bagi jiwamu, dan perhiasan bagi lehermu’ (3.22), di mana ianya merujuk kepada vitaliti/daya hidup seseorang secara keseluruhannya dan pembawa/penampilan lahiriahnya seseorang. Di 14.30, ‘hati ygn tenang’ (atau ‘fikiran yang tenteram’, RSV) adalah ‘menyegarkan tubuh, tetapi iri hati membusukkan tulang’.

(3) Moral dan rohani.

Siapa yang mendapatkan aku, akan mendapati bahawa Hikmat itu sendiri adalah hidup (8.35), dan berkenan menerima (Yes 56.7; contoh ‘daripada Tuhan’). Di 9.6, ‘buanglah kebodohan, maka kamu akan hidup’ merangkumi ‘berjalan di atas jalan pengertian’ (cf. 21.21; 19.23; cf.Mzm 17.15) Pohon dan mata air kehidupan ditujukan kepada sumber pembaharuan Allah, duniawi dan rohani: contoh: kesan daripada kata-kata hiburan yang menyenangkan (15.14), atau hajat yang terkabul akhirnya (13.12). Mereka memaparkan pengaruh seorang yang baik terhadap orang lain. Ia memenangkan orang lain melalui keperibadiannya yang benar dan baik (11.30) dan melalui ‘perkataan’ (10.11). Secara lebih mendalam, pohon dan mata air ini adalah simbol berkat atas perhubungan yang tepat dengan Allah. Dalam erti kata lain, iaitu hikmat (3.18), akal budi (16.22) dan takut akan Tuhan (14.27), dipupuk dengan ‘ajaran orang bijak’ (13.14).

Perkataan lorong atau jalan kehidupan, menggunakan istilah ‘kehidupan’ secara kualitatif dengan berkesan. Ia bertentangan dengan jalan yang membawa turun kepada kematian (contoh: 15.24; 6.23; 9.6). Ungkapan ‘jalan kehidupan’ merujuk kepada mod kewujudan (dengan penekanan ke atas ‘jalan’), tetapi (dengan penekanan terhadap kehidupan) atau landasan yang memimpin kepada, atau ditandakan dengan kewujudan kehidupan secara benar dan penuh (11.7-8; 14.32. cf. Mzm 16.11).

[2] Mati

Perkataan ‘kematian’ atau ‘maut’ muncul antara 20 hingga 30 kali di dalam kitab Amsal.

Ianya dikaitkan dengan dunia orang mati [Sheol] (1.12; 5.5; 7.27; 9.18; 15.11,24; 23.14; 27.20; 30.16), kebinasaan [Abaddon; destruction] (15.11;27.20), liang kubur [the pit] (1.12; 28.17), arwah-arwah [the Rephaim; the shades] (2.18; 9.18; 21.16).

Dalam Perjanjian Lama, maut adalah seluruh alam yang berkonflik dengan hidup dan suatu misteri di hadirat Allah (15.11). Maut menggelapkan kehidupan seseorang melalui penyakit (cf. Mzm 116.3), malapetaka (Ul 30.15) dan khasnya, melalui dosa (Kej 2.17). Kesudahan mereka yang jahat ialah ‘ia mati’ (5.23). Demi memperolehi hidup yang benar, seorang ayah menyelamatkan anaknya dari dunia orang mati (Sheol) melalui didikan dan disiplin pada waktu-waktu yang perlu (23.13,14). Seperti yang diingatkan oleh hikmat: ‘semua orang yang membenci aku, mencintai maut’ (8.36; cf. Tetamu-tetamu yang diundang oleh perempuan yang bodoh ialah ‘orang-orang yang diundang di dalam dunia orang mati seperti di 9.18).

Namun, terdapat dua kenyataan berkenaan maut secara naturel, yang ada kaitannya dengan pengharapan dan keyakinan percaya yang telah diabaikan oleh orang-orang jahat (11.7; cf.14.32). Bahawa ‘dalam persekutuan dengan Tuhan, jerih payahmu tidak sia-sia’ menginspirasikan satu pengharapan untuk berusaha mencarikan dan meneriman satu jawapan yang mantap (cf. Why 14.14; I Kor 15.58).

Unit Tiga Belas: RINGKASAN DAN KESIMPULAN

[1] Fikirkan arahan-arahan pengajaran Tuhan Yesus Kristus dalam ‘Mission Discourse’/ kerja pemberitaan injil (Mat 10; Luk 10) dan pengajaran tentang akhir zaman (Mat 24-25; Luk 17 dan 21).

[2] Efesus 5.15-21.

[3] Kepentingan hikmat rohani dalam I Kor 1.18-2.5; 2.11-13;3.6-15; Ef 6.10-19.

[4] Bincangkan bagaimana menjadi seorang berhikmat dan bijak dalam kehidupan seharian serta alam pelayanan kerja-kerja suci.

Kajian Kitab Amsal : Keluarga
|

Kajian Kitab Amsal : Keluarga

Unit Sebelas: KELUARGA

Keluarga memainkan kedudukan paksi dalam masyarakat. Kesetiaan dalam sesebuah keluarga adalah ditunjukkan dalam cara-cara membesarkan anak-anak di dalam iman dan bagaimana ibu bapa bersatu dalam kegirangan. Amaran diberikan secara langsung kepada dosa-dosa yang membelakangi peraturan ilahi ini (1.18; 2.18). Amsal merujuk kepada ajaran-ajaran dalam Firman ke-5 demi kestabilan dan kehidupan keluarga yang aman bahagia (4.10).

[1] Suami Dan Isteri

Suami dan isteri berkongsikan tanggungjawab mendidik anak-anak dan dijangka seia sekata (1.8,9; 6.20). Terhadap pasangannya, kaum lelaki digesa berlaku setia dan ghairah: ‘senantiasa berahi kerana cintanya’ (5.17-19); sumpah pada perkahwinan yang musnah adalah dosa terhadap teman lama (2.17).

Isteri adalah rahmat pemberian Tuhan (18.22; 19.14); sesungguhnya ialah mahkota atau sebaliknya ‘kebusukan’ ~ tertakluk kepada stabiliti keluarga tersebut (14.1).

Seandainya ia memiliki karunia-karunia istimewa, maka ianya akan mempunyai skop yang lebih besar untuk menampung yang lebih banyak tanggungjawab: pentadbir, saudagar, wanita-kraf, dermawan dan pemimpin. Pengaruhnya tersebar luas dan pencapaiannya dinilai berdasarkan sumbangannya kepada kebahagiaan dan kedudukan baik suaminya (31.11,23).

Terhadap pandangan yang tinggi akan perkahwinan, dosa seksual akan memusnahkan keluarga yang bahagia, dijalin-erat dan keluarga yang diberkati Tuhan (5.9-23). Ia adalah pertukaran kemesraan dari satu hubungan yang sejati kepada hubungan yang penuh penipuan (5.19,20); perpisahan degnan kehormatan seseorang (5.9; 6.33) dan kebebasan (23.27,38). Ia merupakan seorang yang membuang dan membazirkan masa keemasannya (5.9,11) dan kemungkinan terlepaskan satu-satunya yang menjadi milik kepunyaannya (29.3; 6.26). Ia merangsang bahaya fizikal dan penghinaan sosial (6.26-35). Mereka yang meneroka hidup dengan cara ini adalah mencarikan maut sendiri (2.18-19).

[2] Ibubapa dan Anak-Anak

Penggunaan rotan secara betul (13.24) merupakan urutan daripada dogma serius yang terkandung dalam hikmat, kerana hikmat adalah hidup (8.35,36). Cara keras ke arah hikmat adalah lebih baik daripada cara lembut ke arah maut (23.14; 19.18). Caranya perlu tegas dan keras atas dua sebab:

(1) ‘Kebodohan melekat pada hati orang muda’ ia akan meresapkan segala yang dimaktubkan dalam hikmat; bagaikan satu tumbuhan yang semakin membesar (yang memerlukan sesuatu yang lebih berkesan daripada perkataan untuk menanggalkannya (22.15).

(2) Karaktor dibentuk dengan hajaran yang sesuai (cf. 15.32,33; 5.1-13; Ibr 12.11), dan pimpinan betul harus bermula semenjak awal (13.24b: ‘pada waktunya’; cf.22.6). Bagi ‘kanak-kanak yang dibiarkan mengikut kehendak sendiri’ satu saja hasil yang dijangka, yakni membawa malu (29.15).

Sumber utama didikan ibu bapa ialah ‘hukum’, ‘arahan’ dan ‘prinsip-prinsip’ dan diajarkan berdasarkan kasih sayang yang tabah (3.1-4; 7.1-4). Pada dasarnya, ajaran-ajaran Tuhan bertujuan membina tabiat pemikiran dan tingkah laku yang bijak (di dalam ‘hati’ dan di ‘jari-jari’. 7.3; Ul 6.4ff), yang mana akan melengkapinya untuk menempuhi kehidupannya dengan penuh keyakinan (3.21-26; 4.10-14) dan kewibawaan (1.7-9; 4.8,9).

Perhatikan bahawa seorang anak yang tidak berhati perut dan yang berat tulang, mungkin akan keras kepala dan tidak suka menerima didikan (13.1; cf. 17.21). Sebuah keluarga yang baik-baik belaka kemungkinan akan menghasilkan seorang pemalas (10.5) atau seorang pemboros (29.3) dan dengan demikian dia mungkin akan memberontak untuk menghina (15.20), memperolok-olok (30.17) atau mengutuki ibu bapa (10.10; 30.11) dan tidak berhati perut sanggup merampasi kekayaan ayah (28.24) dan mengusir janda ibunya dari rumah (19.26).

[3] Saudara-mara

Subjek ini hanya diketemukan dalam beberapa amsal. Istilah Ibrani ini adalah menggunakan istilah sepupu atau saudara-mara. Perhatikan hubungan persaudaraan yang tidak baik: ‘Orang miskin dibenci oleh semua saudaranya, apalagi sahabat-sahabatnya, mereka menjauhi dia. Ia mengejar mereka, memanggil mereka tetapi mereka tidak ada lagi’ (19.7). Sewaktu timbulnya pertengkaran (6.19) atau kebahagiaan sesebuah keluarga terjejas, maka ianya akan mengakibatkan kepahitan dan ketegaran yang berpanjangan (18.19).

Keadaan pertalian ‘persaudaraan’ yang sihat adalah yang berkekalan dan berketetapan: menjadi saudara dalam kesukaran (17.17), dan ikatan persahabatan mengatasi persaudaraan (18.24; 27.10).