90. Ketidaktaatan Umat Manusia
|

90. Ketidaktaatan Umat Manusia

I.       ASAL MANUSIA

1.      Allah menciptakan Adam dari debu tanah (Kej 2 : 7).

2.      Mengambil tulang rusuk Adam, lalu menciptakan Hawa (Kej 2 : 21-22).

3.      Dari satu orang saja Allah telah menjadikan semua bangsa (Kis 17 : 26;  Mal 2 : 15).

II.     RUPA PADA PERMULAAN

1.      Serupa dengan gambar Allah (Kej 1 : 27) – di dalam Kebenaran dan Kekudusan yang sesungguhnya (Ef 4 : 24).

2.      Ditempatkan di taman (Kej 2 : 8) – tidak khuatir akan pakaian dan makanan (Kej 2 : 16, 25).

3.      Segalanya penuh dengan kebahagiaan.

a.      Dapat bersekutu dengan Allah (Ruj : Kej 2 : 16;  3 : 8).

b.      Suami isteri penuh kesenangan (Ruj : Kej 2 : 22-24).

c.      Hidup rukun dengan segala binatang (Kej 2 : 19-20;  1 : 2b).

III.    KETIDAKTAATAN KEPADA ALLAH

1.      Melanggar perintah dan makan buah terlarang (Kej 3 : 1-6).

2.      Dikutuk oleh Allah.

a.      Hawa (Kej 3 : 16).

b.      Adam (Kej 17-19).

3.      Diusir dari taman (Kej 3 : 22-24).

4.      Jasmani mati, rohani juga mati (Kej 2 : 17;  Why 21 : 8).

5.      Ketidak taatan satu orang, maka semua orang telah menjadi orang berdosa (Rm 5 : 19;  Mzm 31 : 5).

  • Hendaklah bertobat dan percaya kepada Tuhan, menjadi anak-anak yang taat dan masuk ke dalam taman yang lebih indah (1 Ptr 1 : 13-16;  Why 2 : 7).

 

TAHUN-TAHUN PENTING PADA ZAMAN PERJANJIAN LAMA

Perbandingan dengan waktu pada zaman dahulu, penyusunannya ini hanyalah sebagai jumlah angka yang lengkap, hanya mengambil nilai yang berdekatan, dan tidaklah akan tepat.  Akan tetapi untuk menyatakan susunan cerita dan sejarah tokoh-tokoh, adalah sangat tepat.  Siapa yang faham Alkitab, haruslah ia mencatat dan mengingatnya dalam hati.

1.      Adam …………………………………………………………..         4000 tahun (SM)

2.      Air Bah ………………………………………………………..         2400 tahun (SM)

3.      Abraham ……………………………………………………..          2000 tahun (SM)

4.      Yakub ………………………………………………………….         1900 tahun (SM)

5.      Yusuf …………………………………………………………..        1800 tahun (SM)

6.      Musa ……………………………………………………………         1400 tahun (SM)

7.      Mesir …………………………………………………………..         1400 tahun (SM)

8.      Rut ………………………………………………………………         1150 tahun (SM)

9.      Samuel …………………………………………………………         1100 tahun (SM)

10.    Saul ……………………………………………………………..        1053 tahun (SM)

11.    Daud ……………………………………………………………         1013 tahun (SM)

12.    Salomo …………………………………………………………        973 tahun (SM)

13.    Perpecahan Negara (Ruj 1 Raj ps. 12)………………          933 tahun (SM)

14.    Tertawannya Galilea ……………………………………..          734 tahun (SM)

15.    Tertawannya Israel ………………………………………..         721 tahun (SM)

16.    Yehuda jatuh ke tangan Babel ………………………..          606 tahun (SM)

17.    Tertawannya Yoyakhin …………………………………          597 tahun (SM)

18.    Hancurnya Yerusalem …………………………………..          586 tahun (SM)

19.    Kembali dari Penawanan ………………………………           536 tahun (SM)

20.    Bait Suci dibangun kembali …………………………..           520 tahun (SM)

21.    Ester sebagai ratu Persia ……………………………….            478 tahun (SM)

22.    Ezra pergi ke Yerusalem ………………………………           457 tahun (SM)

23.    Nehemia membangun kembali kota kudus ………           444 tahun (SM)

  

MASA-MASA PENTING PADA ZAMAN PERJANJIAN LAMA

1.      Dunia sebelum air bah ……………………………………..+- 1600 th (SM – 4000 th – 2400 th)

2.      Dari air bah s/d Abraham ………………………………….+- 400 th (SM – 2400 th – 2000 th)

3.      Masa Kepala Suku : Abraham, Ishak, Yakub ……….+- 200 th (SM – 2000 th – 1800 th)

4.      Israel menumpang di Mesir ……………………………….+- 400 th (SM – 1800 th – 1400 th)

5.      Masa Hakim-hakim …………………………………………..+- 300 th (SM – 1400 th – 1100 th)

6.      Masa Kerajaan : Saul, Daud, Salomo ………………….+- 120 th (SM – 1053 th – 933 th)

7.      Masa Perpecahan negara ……………………………………+- 200 th (SM – 933 th – 721 th)

8.      Masa Pembuangan (Penawanan) …………………………+- 70 th (SM – 606 th – 536 th)

9.      Masa Kepulihan negara ……………………………………..+- 100 th (SM – 536 th – 432 th)

Ketidaktaatan dan Mutasi (Perubahan Mendadak) Dalam Taman Eden
|

Ketidaktaatan dan Mutasi (Perubahan Mendadak) Dalam Taman Eden

Ayat Suci : Kej 3: 6-24; Kej fasal ke-2

Tuhan melihat bahawa semuanya itu adalah baik, tetapi disebabkan ketidaktaatan manusia mengakibatkan keadaan alam persekitaran menjadi semakin buruk. Misalnya, udara semula jadi pada mulanya itu agak baik, tetapi kerana kemajuan sains manusia kini menyebabkan udara dicemari, kadar penyakit manusia semakin meningkat. Pada mulanya Tuhan mengasihi manusia tetapi kerana manusia melanggar perintah kasih, maka segala alam persekitaran yang baik berubah dan menjadikan hukuman terhadap manusia.

(1)   Taman Eden pada mulanya.

(I) Mempunyai cuaca dan musim yang baik, udara yang menyihatkan.

(i) Manusia tidak berasa sejuk walaupun tidak memakai pakaian.

(ii) Manusia tidak sakit walaupun tidak memakan ubat.

(iii) Suhu cuaca yang sederhana dan udara yang menyegarkan.

(iv) Tidak perlu berjerih-payah : Tanah yang subur, ada kabut membasahi permukaan bumi, terdapat empat sungai yang mengalir untuk membasahi taman itu. (Kej 2: 5-6)

(II) Tanpa kekhuatiran, kesedihan atau ratap tangis.

(i) Mempunyai jaminan dalam kehidupan : Ada pohon kehidupan, air kehidupan dan pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran untuk dimakan dengan bebas.

(ii) Manusia tidak akan menjadi tua dan mati.

(iii) Manusia mempunyai gambar dan rupa seperti Tuhan yang berkuasa atas segala pekerjaan. (Mengusahakan dan memelihara taman itu) Mereka tidak usah bersusah-payah. (Kej 2: 15)

(iv) Setiap hari mereka bersukacita dan beroleh damai sejahtera.

(III) Manusia dan segala makhluk hidup lain dapat hidup secara harmonis.

(i) Tuhan dan manusia bersatu, hidup harmoni. Manusia melihat Tuhan setiap hari dan berada dalam perlindungan Tuhan. (Kej 2 :16-17)

(ii) Manusia hidup berdamai sesamanya, saling melayani, mereka telanjang tetapi tidak merasa malu.

(iii) Manusia dan haiwan-haiwan dapat hidup secara harmonis. Binatang liar tidak akan menyerang manusia tetapi taat diperintah manusia.

(iv) Itulah taman Eden yang sangat bahagia, segala haiwan  hidup bersama dan tidak menyerang di antara satu sama lain.

(2) Ketidaktaatan nenek-moyang (Kej 3: 1-6)

(I) Mangabaikan firman Tuhan. (Menambah atau mengurangkannya) (Kej 2: 16-17; 3: 2-3)

(II) Dekat pohon pengetahuan tentang yang baik dan yang jahat itu. (Melihat, meraba dan makan buahnya) (Kej 3: 6)

(III) Manusia tidak berjaga-jaga ketika bercakap dengan si Ular. (Kej 3: 1)

(IV) Melupakan kasih Tuhan yang kudus :

(i) Kehilangan hati yang mengasihi Tuhan, tidak diperkenankan oleh Tuhan, tidak mengasihi Tuhan, tetapi menyukai sendiri dan buah yang jahat itu — “Pada waktu kamu memakannya, kamu akan menjadi seperti Tuhan.” (Kej 3: 5-6)

(ii) Mengasihi isterinya melebihi Tuhan, mendengarkan isterinya dan bukan mendengar Tuhan.(Kej 3; 1-7)

(iii) Mementingkan kasih manusia dan tidak mementingkan kasih kudus Tuhan. Mereka kehilangan Tuhan dan kehilangan kebenaran di dalam kasih itu. Akhirnya mereka jatuh ke dalam dosa.

(3) Perubahan secara mendadak

  • Semenjak manusia berdosa, alam persekitaran yang baik bertukar menjadi buruk. Sebaik saja manusia bertobat untuk melakukan kebenaran, alam persekitaran yang buruk berubah secara mendadak.

(I) Perubahan cuaca (Kej 3: 8) — Hari menjadi sejuk : Cuaca berubah.

(i) Persekitaran yang buruk dan bencana alam menjadi punca yang mengancam hidup manusia.

(ii) Cuaca luar biasa dalam rohaniah : pekerja rohani menjadi jemu, mengancam nyawa rohani.

(II) Perubahan permukaan bumi. (Kej 3 ; 17-18) — Terkutuklah tanah kerana manusia, dan manusia haruslah bersusah-payah untuk mencari rezeki dari tanah seumur hidup.

(i) Gempa bumi, banjir, musim kemarau, letupan gunung berapi, tanah runtuh dan sebagainya.

(ii) Bencana disebabkan  manusia : Sebenarnya pendidikan dan undang-undang bertujuan untuk menghasilkan buah kesejahteraan dunia, tetapi sebaliknya menghasilkan semak-duri dan rumput. Ini menunjukkan kes-kes jenayah dan kes haram yang terjadi di kalangan orang ramai dan semua jabatan.

(iii) Manusia haruslah bersusah-payah untuk mencari rezeki dari tanah seumur hidupnya.

(a) Memakan sayur-sayuran dari kebun : Manusia mengusahakannya dengan bersusah-payah.

(b) Menuai seperti yang tidak dikehendakinya : Bukan semua dihasilkan itu adalah berkas tuaian.(Sebab rumput-rumput dan lalang juga tumbuh bersama).

(c) Kesihatan manusia diancam apabila memakan tuaian yang dihasilkan itu, sebab biasanya mereka akan menggunakan racun serangga untuk menghapuskan serangga yang merosakkan tanaman mereka.

(d) Semak-duri dan rumput duri : Gereja melambangkan taman Eden. Apabila pemercaya melanggar perintah Tuhan, maka firman kebenaran yang dikerjakan itu sukar untuk menghasilkan buah rohani yang baik.

Di samping itu, menimbulkan pelbagai perselisihan, iri hati, dll. Jika pemercaya seiman atau rakan sekerja Tuhan yang melanggar perintah ini, mereka akan menerima kutukan juga kehilangan kesukacitaan dan kesejahteraan. (Ibr 6: 7-8)

(III) Perubahan Tuhan. (Kej 3: 8-9)

(i) Berkat menjadi kutukan.

(ii) Anugerah menjadi penghakiman.

(iii) Ayah menjadi penghakim.

(IV) Perubahan manusia.

(i) Anak Allah manjadi orang berdosa.

(ii) Kasih menjadi kemusuhan.(kej 2 : 23; 3: 12)

(iii) Kemuliaan menjadi penghinaan.

(iv) Pekerjaan tuan menjadi pekerjaan hamba.

(a)  Pada mulanya manusia berkuasa atas penjagaan taman Eden, berkuasa atas segala makhluk hidup di air dan di udara. Ini merupakan pekerjaan seorang tuan di bawah kuasa Tuhan, tetapi sekarang menjadi seorang hamba yang dikawal dan diserang oleh pelbagai bakteria, serangga, dll.

(b) Pada mulanya manusia bekerja sebagai tuan !  (Mengusahakan taman Eden) tetapi sekarang bersusah-payah pula untuk mencari makanan. Itulah hamba sebenarnya!

(V) Perubahan persekitaran : Manusia berada dalam persekitaran yang buruk selepas diusir keluar dari taman Eden. Mereka hidup dalam penderitaan.

(VI) Perubahan nyawa : (Hidup berubah) (Kej 3: 19)

(i) Sebenarnya manusia mempunyai hidup kekal seperti Tuhan tetapi menjadi hidup sementara seperti haiwan, hidup manusia menjadi semakin pendek : Dari permulaan hidup manusia yang lebih dari 900 tahun, sampai zaman Nuh 120 tahun, sampai zaman Musa 70-80 tahun dan sekarang tidak sampai 60 tahun. Di samping itu, dalam 60 tahun ini penuh dengan jerih-payah dan kesusahan.

(ii) Kehilangan hidup kekal. Hanya mempunyai tubuh jasmani yang seperti haiwan akan kembali menjadi debu.

(iii) Hidup dalam penderitaan : Dengan kesakitan perempuan akan melahirkan anak, dengan bersusah-payah lelaki akan mencari rezeki keluarga. Apabila mencapai usia tua tetapi  tidak mempunyai anak-anak yang taat, memang menderita !

(4) Tuhan menyediakan Anugerah Keselamatan, akan ada perubahan sekali lagi.

(I) Berjanji “Keturunan perempuan akan meremukkan kepala ular itu”. (Kej 3: 15)

(II) Membuat pakaian daripada kulit binatang untuk manusia. (Kej 3: 21)

(i) Menyembelih kambing domba, yakni Tuhan mengindahkan korban persembahan dari kambing domba.

(ii) Ini melambangkan kristus menggantikan manusia menanggung kematian, oleh iman kita telah mengenakan Kristus. (Gal 3: 27)

(III) Percayalah kepada Yesus, bertobatlah dan menerima kelahiran kembali dari Air dan Roh. Memulihkan keadaan yang semula, sekali lagi mengeratkan hubungan dengan Tuhan. Sesungguhnya, semuanya akan menjadi baru.(2 kor 5: 17)

Kesimpulan : Gereja atau keluarga kita bagaikan taman Eden. Jika kita berdosa dan melanggar perintah Tuhan, keadaannya akan berubah. Tetapi jika kita menuruti perintah Tuhan, maka akan ada perubahan baru yang lain. Dengan itu kita harus sentiasa menuruti perintah Tuhan agar kita diperihara di dalam Tuhan untuk selama-lamanya.