33. Contoh Kerajaan Israel Yang Binasa
Sejak zaman raja Salomo, maka Kerajaan Israel dibagi menjadi selatan dan utara (dua bagian), iaitu Kerajaan Israel sebelah utara dan Kerajaan Yehuda sebelah selatan.
Setelah terpecah, oleh kerana Kerajaan Israel banyak dosa-dosa kejahatannya, maka setelah 240 tahun lebih, lalu dimusnahkan oleh Allah.
Dan kini sebab dari kebinasaan Kerajaan tersebut, telah dijadikan sebagai contoh.
AYAT ALKITAB : 2 Raj 17 : 7-18.
I. KERANA MENYEMBAH BERHALA SEHINGGA BERDOSA TERHADAP ALLAH (7, 9-10)
1. Menyembah kepada berhala merupakan pelanggaran terhadap hukum Allah (Kel 20 : 4-6).
2. Berhala apa pun jangan disembah (Im 26 : 1).
3. Barangsiapa yang menyembah berhala, Allah pasti akan menghukumnya (Kel 20 : 5; 1 Raj 21 : 21-26).
- Berhala yang tidak berbentuk (wang, kedudukan dan nama) juga jangan disembah (Mat 6 : 24; Hab 1 : 11).
II. KERANA MENCONTOH PERBUATAN JAHAT ORANG KAFIR (8, 11)
1. Mencontoh kepada orang kafir adalah pelanggaran terhadap perintah Allah (Im 18 : 3).
2. Perbuatan orang kafir jangan dicontoh (Im 18 : 30; 20 : 23-24).
3. Hendaklah melepaskan yang lama, ganti yang baru (Ef 4 : 17-24).
- Janganlah menuruti hawa nafsu (1 Tes 4 : 5).
III. KERANA TIDAK MENDENGAR NASIHAT ALLAH DAN NABI (12-14)
1. Nabi mewakili perkataan dari Allah (Yer 1 : 4-10).
2. Mendengar/menurut pada nabi, barulah dapat berhasil (2 Taw 20 : 20).
3. Yang tidak menurut pada nabi pasti akan menerima hukuman (2 Raj 7 : 19; Neh 9 : 30).
- Jangan menganggap rendah terhadap nubuat para nabi (1 Tes 5 : 20).
IV. KERANA MENINGGALKAN HUKUM TAURAT ALLAH (15-16)
1. Hukum itu ditulis oleh Allah (Kel 31 : 18; 32 : 15-16).
2. Yang memegang hukum Taurat pasti berhasil (1 Raj 2 : 2).
3. Yang tidak memegang hukum Taurat akan ditolak oleh Allah (Im 20 : 22).
- Hendaklah taat serta rindu akan Firman Allah (Mzm 119 : 60-64; Yer 15 : 16; 1 Ptr 2 : 1-2).
V. ANAK-ANAKNYA DIKORBANKAN DALAM API, SERTA MELAKUKAN TENUNG DAN TELAAH (17)
1. Allah memerintahkan agar jangan mempersembahkan anak-anak dalam api (Im 18 : 21).
- Jangan menggunakan telaah (Im 19 : 26).
2. Bagi yang melakukan hal tersebut akan dihukum mati dan dilenyapkan (Im 20 : 1-6).
3. Jangan lari mengikuti kebiasaan kafir yang jahat (Ul 18 : 9-14).
