Pimpinan Tuhan Yang Menghairankan Memimpin Saya Kepada Kebenaran
| |

Pimpinan Tuhan Yang Menghairankan Memimpin Saya Kepada Kebenaran

Sdri. Chia Lee Hwa

Haleluya! Dalam nama Tuhan Yesus Kristus saya menyampaikan kesaksian. Saya ialah saudari Chia Lee Hua, pemercaya gereja Kolombong.

Dalam kehidupan saya, anugerah yang saya terima daripada Tuhan amatlah banyak. Pimpinan Tuhan sungguh menghairankan. Setiap kali apabila saya mengimbas kembali bagaimana Tuhan memimpin saya ke dalam anugerah keselamatan yang mengherankan itu, kerana orang yang hina seperti saya turut dipilih oleh Tuhan. Semuanya ini membuatkan saya merasa amat ghairah dan terharu. Sebenarnya saya memang tidak berani untuk mengongsi kesaksian ini dengan kalian. Namun, apabila saya menghitung kembali akan anugerah Tuhan kepada saya yang berkelimpahan, saya berasa terhutang kepada-Nya. Jika saya tidak membuat kesaksian tentang anugerah besar-Nya, bagaimana saya berdepan dengan-Nya pada hari kelak? Tuhan maha tahu, Dia telah mengetahui kerisauanku dalam beberapa tahun ini. Oleh itu, saya amat bersyukur kepada-Nya kerana Dia memberikan saya peluang dan keberanian untuk membuat kesaksian tentang anugerah Tuhan yang besar agar dapat memuliakan nama-Nya.

Saya dilahirkan dalam sebuah keluarga yang percaya kepada kepercayaan tradisional. Saya dan keluarga saya merupakan pemercaya agama Buddha yang saleh. Sebelum saya mengenali Tuhan, saya telah menghadapi kesukaran beberapa kali tetapi akhirnya diselamatkan juga. Pada masa itu, saya beranggapan seperti yang dikatakan oleh ibu saya, iaitu saya dibantu oleh seorang bintang tuah saya. Mengimbas kembali apa yang saya alami sebelum ini, jika bukan kerana Tuhan yang berbelas kasihan dan menyelamatkan saya, sudah lama saya tidak wujud dalam dunia ini. Saya juga tidak ada berkat untuk menikmati anugerah keselamatan Tuhan yang menghairankan ini. Tuhan memimpin saya selangkah demi selangkah dan mebolehkan saya merasai kewujudan dan kasih-Nya yang benar. Sebenarnya, sebelum saya mengenali Tuhan, Tuhan telah mencurahkan anugerah keselamatan-Nya kepada saya pada waktu saya dilahirkan.

Ketika saya hanya berumur beberapa bulan, pada suatu hari semasa ibu saya sedang sibuk bekerja di kedai. Tiba-tiba, dia menyedari bahawa saya tidak berada di sisinya, maka dia pun mencari saya dengan segera. Semasa ibu mencarikan saya, dia hampir terperanjat sehingga pengsan. Ini kerana saya telah merangkak ke tengah-tengah jalan raya. Ibu saya melihat sebuah kereta melalui badan saya yang kecil dengan matanya sendiri. Namun amat bernasib baik, pada saat-saat yang genting itu kebetulan saya berada di tengah-tengah bahagian bawah kereta. Maka, kereta tersebut tidak melanggar saya. Kali itu merupakan kali pertama Tuhan maha pengasih menyelamatkan saya.

Ketika saya berumur tiga tahun, tiba-tiba kaki saya bengkak dan sakit sehingga tidak dapat berjalan. Saya masih ingat kadang kala kaki saya sakit sehingga saya menangis. Oleh sebab kaki saya sakit dan tidak dapat berjalan, saya hanya dapat bergerak dengan merangkak. Setelah berlalu beberapa tahun, barulah ibu memberitahu saya bahawa peristiwa yang berlaku atas diri saya itu merupakan peristiwa yang ajaib sekali. Kaki saya bengkak sehingga tidak dapat berdiri tanpa sebarang sebab. Namun, saya tidak pasti apakah punca penyakit tersebut. Ibu saya berasa bimbang dan susah hati. Dia juga beranggapan bahawa mungkin saya akan menjadi cacat kerana keadaan ini telah berterusan lebih daripada sebulan. Pada suatu hari, apabila ibu menggendong saya pergi ke pasar tamu untuk membeli sayur, terdapat seorang nenek tua yang tidak dikenali datang kepada kami dan menanya tentang keadaan kaki saya. Ibu saya berasa sangat sedih dan memberitahu tentang keadaan saya. Ibu saya juga mengatakan bahawa dia tidak tahu bagaimana baru dapat mengubati penyakit saya ini. Nenek tua yang baik hati ini menyuruh ibu saya balik dan membalut kaki saya yang bengkak dengan menggunakan tepung kanji yang dicampur-aduk dengan sejenis herba semula jadi. Selepas balik ke rumah, ibu saya membuat adunan mengikut kata-kata nenek tersebut. Sangat menghairankan, kaki saya menjadi pulih selepas beberapa hari. Selepas itu, ibu saya kembali ke tempat itu untuk mengucapkan terima kasih kepada nenek tersebut. Namun, semenjak hari itu kami tidak bertemu dengan nenek itu lagi. Ibu saya mengatakan perkara ini merupakan suatu mukjizat. Sebenarnya, ini bukanlah mukjizat secara kebetulan tetapi merupakan aturan Tuhan yang menghairankan.

Semasa saya berumur 7 tahun, saya terjatuh ke dalam sebuah perigi dengan tidak sengaja. Pada masa itu, tidak ada orang lain yang berhampiran dengan perigi itu selain daripada adik lelaki saya. Pada waktu itu, jarak di antara permukaan air dengan permukaan tanah adalah kira-kira 3 kaki. Seorang kanak-kanak yang tidak tahu berenang tidak mungkin masih dapat mengekalkan nafasnya dalam keadaan sebegitu. Pada waktu itu, saya meronta di dalam air sambil menjerit ibu saya. Apabila saya mula berputus asa, tiba-tiba suatu peristiwa yang menghairankan telah berlaku ke atas diri saya. Saya masih ingat ada suatu tenaga yang amat kuat telah menolak saya keluar dari perigi itu. Pada masa itu, tepi perigi itu dipenuhi dengan rumput yang basah dan rumpai hijau yang licin. Tetapi, tenaga itu dapat menolak saya keluar dari perigi itu. Semenjak mendapat pengalaman daripada peristiwa ini, saya mula merasai kewujudan sesuatu tenaga yang bukan milik dunia ini walaupun umur saya masa itu masih kecil. Selepas mengenali Tuhan, barulah saya tahu bahawa tenaga dan kekuatan ini berasal daripada-Nya. Rupa-rupanya Tuhan yang menyelamatkan saya.

Semasa saya berumur kira-kira 11 tahun, Tuhan maha pengasih menyelamatkan saya sekali lagi. Saya masih ingat pada suatu hari waktu senja musim cuti sekolah, makcik saya dan teman lelakinya membawa saya pergi ke pantai Tanjung Aru. Disebabkan saya tinggal di Ranau sewaktu kecil, saya jarang mempunyai peluang untuk pergi ke tepi pantai. Pada masa itu, makcik saya sedang berbual-bual dengan teman lelakinya manakala saya berjalan-jalan seorang diri di tepi pantai. Saya berasa sangat menarik hati kerana saya berjalan sambil melihat pukulan ombak di bawah kaki saya. Tanpa disedari, saya berjalan ke arah air yang dalam. Tiba-tiba, suatu pukulan ombak yang besar menghayutkan saya ke dalam laut. Saya tidak reti berenang. Oleh itu, saya hanya dapat meronta-ronta di dalam laut. Saya telah tertelan banyak air laut. Ketika saya berasa sangat takut, tiba-tiba saya terasa terdapat pukulan ombak yang telah membawa saya balik ke tepi pantai. Hal ini memang sangat sukar dipercayai. Dengan itu, nyawa saya telah diselamatkan sekali lagi dapat.

Kali pertama saya dapat mengalami kewujudan Tuhan ialah ketika saya berumur 14 tahun. Pada tahun yang sama, makcik saya tinggal di rumah saya. Dia merupakan seorang pemercaya dari gereja lain. Setiap malam sebelum dia tidur, dia akan menutup dirinya dengan selimut untuk berlutut dan berdoa. Pada suatu kali, saya berasa amat hairan apabila dia berbuat sedemikian. Saya teringat akan jiran saya yang membesar bersama dan juga adalah rakan sedarjah saya. Dia merupakan seorang Kristian. Apabila saya mengimbas kembali semasa kami bermain bersama-sama, dia mengetawakan saya ketika saya menyembah berhala di rumah, saya amat berasa tidak puas hati. Saya berfikir percaya kepada Tuhan Yesus tidaklah sehebat mana. Dia sendiri juga dilantak di atas kayu salib, langsung tidak ada sebarang kekuatan untuk membantah, bagaimana pula Dia dapat menyelamatkan manusia. Saya tidak tahu mengapa orang lain percaya kepada-Nya.

Pada malam tersebut, saya mendapat suatu penglihatan tentang Yesus dalam mimpi. Dalam mimpi itu saya berada di dalam satu ruang. Saya berdiri di hadapan Tuhan Yesus. Saya berasa saya begitu kecil sekali sebab Tuhan Yesus yang berdiri di hadapan saya kelihatan begitu besar sekali. Dia lebih tinggi daripada langit. Ketika saya berdiri, saya hanya sampai di buku lali Tuhan Yesus. Saya melihat kaki Tuhan Yesus, kaki-Nya amatlah besar. Kaki-Nya amatlah indah. Sekeliling-Nya bersinar terang dan berkilauan emas. Terang itu bersinar sehingga ke sekeliling saya. Saya mendongakkan kepala dan melihat terang yang cantik itu secara perlahan-lahan bertukar menjadi terang putih permata yang sedang bersinar. Saya hanya dapat melihat betis Tuhan Yesus yang digantung bersama dengan jubah putih. Apabila saya ingin melihat ke bahagian atas lagi, terang itu menyinari mata saya sehingga saya tidak dapat membuka mata. Apa yang saya lihat itu sungguh cantik dan indah!

Walaupun saya tidak melihat wajah Tuhan Yesus, namun saya tahu bahawa Dialah Tuhan Yesus. Ketika saya berdiri di hadapan Tuhan Yesus, saya berasa saya amat kecil dan rendah. Tuhan yang berdiri di hadapan saya adalah begitu mulia dan kudus. Berdiri di hadapan Tuhan Yesus mempunyai suatu keselesaan yang tidak dapat digambarkan. Saya dapat merasa terdapat suatu suasana mesra yang sukar untuk digambarkan keluar daripada-Nya. Semenjak saya mendapat penglihatan ini dalam mimpi, saya tidak lagi berani memandang rendah terhadap Tuhan umat Kristian. Saya berfikir Tuhan ini memang sangat unik. Sebelum ini, saya hanya berfikir Dia ialah Tuhan yang tidak berkebolehan. Namun, saya pula yang bermimpikan-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Tuhan yang tidak boleh dipandang rendah. Sejak dari hari itu, saya telah mengenal pasti dan mengaku kewujudan Tuhan Yesus. Namun, saya hanya menganggap-Nya sebagai salah satu Tuhan. Hal ini adalah kerana agama Buddha dan Taoisme yang saya percayai itu juga ada banyak Tuhan. Saya juga telah menyembah 3 buah patung berhala di rumah. Walaupun pada masa itu saya tidak begitu mengambil berat tentang Tuhan yang saya mimpikan itu, tetapi saya tidak dapat melupakan warna yang cantik di dalam mimpi. Setakat ini, itu merupakan warna yang paling cantik pernah saya lihat.

Selepas dua tahun saya melangkah ke dalam masyarakat, saya berasa kehidupan sebagai seorang bujang amat bagus. Saya berasa bebas dan tidak perlu menanggung masa depan anak-anak. Oleh itu, saya mula berfikir dan berniat untuk menjadi seorang bujang yang kaya. Namun, perjalanan yang Tuhan ingin saya lalui adalah jalan yang berbeza. Pada suatu kali, saya dan sekumpulan kawan-kawan saya mendaki Gunung Kinabalu. Setelah kami sampai di puncak gunung, terdapat sebuah kolam yang penuh dengan duit syiling. Kawan saya memberitahu bahawa itu merupakan kolam untuk bernazar. Dia mencampak sebiji syiling lalu membuat nazar. Apabila saya melihat begitu banyak orang bernazar dan berfikir, setelah bersusah-payah barulah saya sampai di sini, maka saya pun membuat nazar. Tetapi pada waktu itu saya tidak ada sebarang impian. Oleh itu, saya membuat nazar dengan sembarangan.

Semasa saya bernazar, barulah saya sedar bahawa saya tidak tahu bagaimanakah cara untuk memanggil Tuhan di situ. Ini kerana sewaktu saya menyembah berhala, saya mempunyai kebiasaan untuk memanggil nama patung berhala itu. Oleh itu, saya bernazar dalam hati saya, ”Tuhan yang paling agung di sini, saya tidak tahu bagaimana harus memanggil nama-Mu. Namun, saya tahu Engkau yang menguasai segala sesuatu di sini. Jikalau saya tidak menemui tulang rusuk masa depan saya dalam masa yang terdekat ini, maka saya akan membuat keputusan untuk tidak berkahwin.” Selepas itu, saya tidak menaruh nazar saya itu di dalam hati kerana saya hanya bermain-main sahaja semasa bernazar dan saya memang tahu niat hati saya untuk tidak berkahwin. Namun tidak tersangka-sangka, saya telah bernazar kepada Tuhan benar yang menguasai dan menjadikan alam semesta ini, iaitu Tuhan Yesus.

Selepas beberapa minggu, saya mendapat satu mimpi yang ajaib. Dalam mimpi itu terdapat seorang yang tua berbaju putih datang berjumpa dengan saya. Di samping itu, terdapat seorang yang berdiri di sisinya. Saya tidak dapat melihat wajah orang itu dengan jelas. Walaupun mimpi itu senyap dan tidak berbunyi, namun saya tahu akan tujuan orang tua itu datang berjumpa dengan saya. Selepas saya sedar dari mimpi itu, saya berasa amat tidak selesa. Saya sangat tidak suka akan mimpi ini kerana ia membuatkan saya merasa tidak selesa. Selepas itu, saya berfikir ini hanyalah mimpi sahaja, tidak perlu disimpan dalam hati. Dengan itu, saya tidak mempedulikannya lagi.

Selepas lebih kurang dua minggu, begitu hairan sekali, saya telah mendapat mimpi yang sama. Tetapi mimpi pada kali ini lebih jelas sebab kali ini jarak di antara orang tua bebaju putih dengan orang itu lebih dekat, bahkan orang tua itu berkomunikasi dengan saya melalui hati. Saya berasa sangat tidak gembira. Sebelum saya sempat memberitahu orang tua itu bahawa saya tidak suka akan orang itu, saya tersedar dari mimpi. Kali ini saya mulai berasa takut. Saya berharap ia tidak akan berlaku dalam kehidupan realiti saya. Namun, sukar untuk dipercayai bahawa pada pagi hari itu saya berjumpa dengan suami yang bersama dengan saya sekarang. Memang tidak dapat dibayangkan! Apakah mimpi kehidupan realiti? Kedua-dua mimpi ini telah menyebabkan saya melahirkan perasaan ingin tahu yang kuat dan daya penggerak yang hebat untuk mengenali suami saya. Pada masa itu, saya tidak berani memberitahu orang lain tentang hal yang begitu pelik telah berlaku ke atas diri saya. Saya rasa tidak ada orang yang akan percaya kepada saya. Jika bukan saya yang mengalami peristiwa itu dengan sendiri, bahkan diri saya juga tidak akan percaya adanya peristiwa seperti ini yang berlaku dalam zaman ini. Oleh itu, beberapa tahun kemudian, barulah saya memberitahu suami saya tentang hal ini.

Saya baru saja hidup bersama dengan suami saya selama beberapa bulan, dia telah membawa saya pergi ke gereja beberapa kali. Apabila saya pergi ke gereja buat kali yang pertama, kebetulan gereja Kota Kinabalu mengadakan penginjilan melalui kidung. Itu adalah kali yang pertama saya menjejak kaki ke dalam aula gereja. Saya mendengar kidung yang disampaikan begitu indah sekali, namun saya tidak berasa terharu. Itu juga adalah kali pertama saya melihat para pemercaya berdoa dalam bahasa roh. Saya begitu terperanjat sekali. Saya menganggap bahawa cara doa sebegini tidaklah begitu elok dipandang. Saya mula menyesal. Saya berfikir ada begitu banyak gereja Kristian yang lain, mengapakah teman lelaki saya ialah pemercaya gereja ini? Saya mula merasa bimbang dan tidak tahu sama ada saya harus bergaul bersama dengannya lagi atau tidak. Sememangnya, kami hanya bergaul selama beberapa bulan sahaja. Dia mencadang supaya saya percaya kepada Tuhan bersama-sama dengannya. Jika tidak, terpaksalah kami berpisah. Saya berfikir saya terpaksa membuat keputusan sebegini. Ini memang tidak adil bagi saya! Memandangkan dia begitu takut akan Tuhannya dan Tuhan juga begitu penting baginya, saya tidak seharusnya bergaul dengannya sejak awal lagi. Mengapakah saya mesti percaya kepada Tuhannya? Mengapakah dua orang yang bergaul bersama tidak boleh memegang kepercayaan masing-masing? Jika saya harus mengikutinya untuk percaya kepada Tuhannya itu, saya perlu membuat pengorbanan yang amat besar. Saya pasti ibu bapa saya akan membantah. Saya juga tidak ingin menjadimurtad kepada tuhan saya dan ibu bapa saya sendiri. Dalam hati saya, saya menganggap bahawa Tuhannya itu sangat tidak munasabah. Saya tidak dapat memahami mengapakah dia boleh percaya kepada Tuhannya dengan begitu mendalam. Saya tidak mahu menyembah Tuhan yang bukan milik saya.

Pada masa itu, saya menganggap bahawa agama Buddha merupakan agama yang terbaik kerana orang yang beragama Buddha tidak akan membantah atau menentang agama lain. Agama Buddha juga akan menghormati semua agama yang lain. Apabila saya terfikir akan kesusahan dan pengorbanan yang saya lakukan, saya berasa amat menyesal dan sedih. Saya berkeputusan untuk berbalik kepada kehidupan saya yang asal. Saya ingin menjadi seorang bujang yang kaya. Memandangkan kesakitan yang pendek lebih baik daripada kesakitan yang berpanjangan, maka saya membuat keputusan untuk memberitahunya bahawa kami berpisah sajalah pada keesokan hari. Pada malam saya membuat keputusan itu, suatu peristiwa yang menghairankan telah berlaku sekali lagi. Saya telah bermimpi.

Dalam mimpi itu, saya telah meninggal dunia. Saya sedang beratur di dalam suatu ruang bersama-sama dengan banyak jiwa roh lain yang telah mati untuk turun ke alam maut. Kami seperti telah dikawal dan tidak boleh berlari lagi. Kemudian, saya tidak tahu mengapa saya telah terpisah dari barisan mereka itu. Saya berdiri di dalam suatu ruang yang amat gelap. Saya berasa amat takut sehingga ingin menangis. Saya tahu bahawa saya telah meninggal dunia. Tetapi saya tidak ingin mati dahulu kerana masih ada banyak perkara yang belum saya lakukan. Saya masih belum membalas jasa didikan ibu bapa saya. Saya ingin pulang ke rumah. Namun, saya tidak tahu jalan untuk pulang. Saya juga tidak tahu di manakah tempat saya berada. Keadaan sekeliling saya amat gelap, sunyi dan kosong. Keadaan itu amatlah seram.

Tiba-tiba, di bahagian atas ruang yang gelap itu terbuka satu lubang yang kecil. Terdapat satu sinaran terang yang memancar ke arah saya. Saya mendongakkan kepala dan melihat. Saya berasa sangat terkejut apabila melihat orang tua berbaju putih yang pernah muncul 2 kali dalam mimpi saya itu. Dia turun dari atas dan menanya saya dengan cara komunikasi rohani, “Inginkah kamu diselamatkan?” Sebelum saya sempat menjawab-Nya, Dia telah pun tahu jawapan yang dimainkan dalam fikiran saya. Dia berkata kepada saya, ”Kamu, ikutilah saya.” Dia membawa saya ke satu tempat yang lain. Di sana terletaknya sebuah keranda yang amat cantik. Saya berjalan mendekati keranda itu. Saya sangat terperanjat apabila melihat tubuh saya yang sedang terlantar di dalam keranda itu. Di dalam keranda, ada banyak bunga Ros yang segar dan cantik melitupi badan saya. Rupa-rupanya roh saya telah meninggalkan tubuh saya. Ketika saya melihat tubuh saya sendiri, hati saya berasa sangat sedih sehingga teringin menangis. Saya berfikir benarkah saya telah mati? Bagaimana saya dapat pulang jika telah mati? Orang tua yang berbaju putih itu berkata kepada saya, “Hanya dengan demikian, barulah engkau dapat diselamatkan.” Walaupun Dia tidak berkata dengan jelas, namun saya tahu bahawa maksud-Nya ialah inginkan saya berbalik kepada-Nya.

Mimpi ini bagaikan realiti. Selepas sedar dari mimpi, saya masih lagi berasa takut. Saya seperti benar-benar telah mati. Hati saya berasa amat takut dan cemas tanpa sebab. Hal yang tidak logik sekali telah berlaku ke atas diri saya. Mengapakah saya bermimpi orang yang sama sebanyak 3 kali berturut-turut? Dia bukan seorang yang biasa. Dia berkomunikasi dengan saya melalui roh. Apa yang saya fikirkan juga diketahuinya. Apa yang tidak dapat dibayangkan ialah semua mimpi itu berkaitan dengan suami saya. Ini kerana suami saya sering kali menghadiahkan saya bunga Ros. Saya berfikir mungkin ini mempunyai kaitan yang rapat dengan Tuhannya. Saya mula berfikir apakah hanya dengan bersandar pada Tuhan Yesus barulah dapat diselamatkan?

Saya mengimbas kembali semasa saya masih kecil, saya bermimpikan Tuhan Yesus. Tuhan Yesus menyinari terang yang cantik. Saya teringat akan diri saya yang terlantar di dalam keranda itu dan tempat itu amat menakutkan. Saya terus berlutut dan berdoa mengikut cara berdoa Gereja Yesus Benar. Dengan jahilnya saya berdoa sedemikian kepada Tuhan Yesus, “Saya telah bermimpikan Engkau sebanyak 3 kali berturut-berturut. Jika ini merupakan kehendak-Mu, saya rela pergi mencari Injil dan belajar firman-Mu. Jika Engkau dapat menyakinkan saya untuk mempercayai Engkau sebagai Tuhan Allah yang tunggal dengan sepenuhnya, firman-Mu juga adalah yang boleh dipercayai, barulah saya berbalik kepada-Mu. Namun, saya perlu membuat pengorbanan yang besar kerana membuat keputusan sedemikian. Ini kerana saya terpaksa murtad kepada ibu bapa saya dan juga tuhan yang saya percaya sekarang. Saya memohon agar Engkau memimpin dan menjaga saya agar saya dapat mengatasi kesusahan yang bakal saya hadapi”.
Dengan itu, saya mula mencari Injil dengan sepenuh hati. Semasa saya mencari injil, saya menerima bantahan daripada ibu bapa saya. Namun, syukur kepada Tuhan, Tuhan benar-benar telah mendengar doaku. Tuhan juga tahu akan kelemahanku. Oleh itu, Dia selalu menambah iman saya melalui penglihatan di dalam mimpi agar saya tetap tabah hati untuk mencari Injil. Setiap kali apabila iman saya menjadi lemah dan berasa ingin berputus asa, Tuhan memimpin saya dengan penglihatan di dalam mimpi dan meneguhkan hati saya yang mendahagakan kebenaran. Semasa saya mula mencari Injil, saya telah mendapat mimpi beberapa kali di mana saya terjatuh dari tempat yang tinggi ke satu gaung yang gelap-gulita.

Pada kali pertama saya mendapat mimpi ini, saya telah banyak kali meronta dan menghafal ayat-ayat dalam kitab Buddha, namun saya masih lagi jatuh menjunam. Perasaan jatuh menjunam ke gaung itu amat menakutkan. Ia membuatkan saya berasa takut sehingga sesak nafas. Ketika saya berasa tiada sebarang bantuan, saya teringat akan kesaksian gereja benar. Pemercaya hanya menjerit “haleluya” lalu dapat melepaskan diri daripada bahaya dan kesusahan. Oleh itu, saya berubah dan menjerit “Haleluya”. Selepas saya menjerit pada kali itu, saya tersedar dari mimpi. Dalam hati saya berfikir rupa-rupanya perkataan ini mempunyai kekuatan. Dalam jangka masa beberapa minggu ini, saya telah mendapat mimpi yang sama secara berturut-turut. Saya hanya dapat sedar dari mimpi yang ngeri ini pada setiap kali saya menjerit “haleluya”. Tanpa disedari, saya telah mempercayai kekuatan Tuhan dengan sepenuhnya. Hanya dengan bersandarkan Tuhan Yesus barulah saya dapat sedar dari mimpi ngeri ini, barulah mimpi ngeri ini dapat berhenti.

Dalam masa 2 tahun mencari Injil ini, Tuhan telah menampakkan saya keadaan pada akhir zaman di dalam mimpi. Setiap kali dalam mimpi, saya akan berdiri di tempat yang tinggi. Saya ternampak dunia yang gelap-gulita, saya juga nampak benteng yang tidak didami orang telah runtuh. Benteng itu adalah benteng yang baru dimusnahkan. Terdapat api dan asap di merata-rata tempat, ia kelihatan seperti kesan daripada gempa bumi. Saya juga melihat dalam mimpi apabila orang ramai sedang sibuk dengan aktiviti masing-masing di tepi pantai, tiba-tiba langit menjadi hitam kerana dilitupi dengan awan, kemudian adanya ombak besar yang menelan orang-orang ini dalam sekelip mata. Pimpinan Tuhan membolehkan saya bertahan untuk mencari Injil selama 2 tahun. Pada waktu saya percaya kepada Tuhan dengan sepenuhnya dan mendahagakan anugerah keselamatan Tuhan, saya pun menerima pembaptisan. Amat bersyukur kepada Tuhan! Saya telah menerima Roh Kudus yang berharga semasa sakramen pembasuhan kaki.

Selepas beberapa hari, saya mendapat satu mimpi ngeri. Saya bermimpi saya sedang menuruni tangga di suatu tempat yang amat gelap. Semasa saya menuruni tangga, ada jiwa rohani orang mati yang berlalu di sisi saya. Ada sebilah pedang yang tajam terbang di udara dan menikam ke arah saya. Saya menuruni tangga dengan secepat yang boleh untuk mengelakkan tikaman daripada pedang itu. Semakin saya turun, semakin banyak jiwa rohani orang mati yang berlalu di sisi saya. Pedang itu masih mengejari saya. Saya berasa sangat takut, saya menjerit “ Haleluya” dengan sekuat hati, lalu saya terbangun dari mimpi yang ngeri itu. Selepas saya bangun, saya berasa hairan sekali. Mengapakah saya baru sahaja dibaptis tetapi mendapat mimpi yang sebegini? Sangat menghairankan, pada saat itulah Tuhan membuatkan saya teringat akan laci meja saya di pejabat masih tersimpan azimat pada masa saya masih menyembah berhala. Sungguh menghairankan! Ini adalah kerana saya telah lupa bahawa saya pernah meletakkan azimat di sana pada beberapa tahun yang lalu. Dengan itu, Tuhan membolehkan saya mengetahui kewujudan-Nya. Pada awal pagi hari itu, selepas saya tiba di pejabat, saya terus membuang azimat itu.

Selepas dibaptis hampir 2 tahun, saya berkahwin dengan suami saya. Sangat bersyukur kepada Tuhan, selepas berkahwin saya dapat mengalami anugerah Tuhan yang berkelimpahan. Namun apabila saya mengimbas kembali, saya berasa amat malu dan bersalah. Selepas beberapa tahun saya percaya kepada Tuhan, saya tidak mempunyai hati yang benar-benar mendahagakan kebenaran dan mendekati Tuhan. Saya jarang membaca Alkitab. Pengetahuan saya terhadap kepercayaan amatlah cetek. Saya beranggapan bahawa saya menjadi umat Kristian yang asas sudah mencukupi. Saya melihat suami saya sering kali mengikuti kebaktian, hati saya berfikir tidakkah dia berasa letih kerana mendengar begitu banyak kali firman dalam seminggu. Semasa cuti, dia juga terlibat dalam kerja suci, apakah dia tidak berasa letih? Pada masa itu, saya hanyalah seorang pemercaya yang mengenali Tuhan melalui berkat yang dikaruniakan-Nya kepada saya. Saya tidak tahu kasih yang sebenar di sebalik pencurahan berkat-Nya. Kepercayaan saya hanya didirikan di atas berkat duniawi.

Saya takut akan Tuhan, namun saya tidak dapat merasa kasih sejati kehidupan kekal Tuhan. Tuhan seolah-olah begitu jauh. Pada masa itu, saya juga tidak merasa apa-apa yang tidak kena. Semasa saya menghadapi kesukaran, saya sering menanya Tuhan dengan begitu jahil. Mengapa ia berlaku sebegini? Saya langsung tidak pernah terfikir itu merupakan kehendak Allah yang indah semasa saya berada di dalam kesusahan. Sehinggalah Tuhan memimpin saya sekali lagi melalui penglihatan, saya dapat mengalami kasih Tuhan dengan sedalam-dalamnya. Pada waktu itu barulah saya faham akan maksud anugerah keselamatan Tuhan yang sebenar.

Pada tahun 2008, saya telah mendapat satu penglihatan dalam mimpi. Saya termimpi Alkitab saya telah hilang. Apabila saya mulai berasa cemas, ada sebuah Alkitab yang sangat besar berlalu di depan saya. Saya tahu bahawa Alkitab ini dihadiahkan kepada saya. Saya berasa amat gembira kerana mempunyai Alkitab yang begitu istimewa. Alkitab tersebut terbang di hadapan saya dan ia membuka secara automatik dan perlahan-lahan. Pada mulanya, saya dapat melihat tulisan pada setiap muka surat dengan jelasnya. Namun, tulisannya menjadi semakin kabur. Saya terbangun dari tidur apabila mimpi saya berhenti di situ. Saya memberitahu mimpi itu kepada suami saya. Suami saya berkata kepada saya bahawa saya seharusnya banyak membaca Alkitab. Sebenarnya, biarpun dia tidak berkata sedemikian, saya juga berpendapat sedemikian. Ini adalah kerana saya hanya membaca Alkitab ketika mengikuti kebaktian. Pada hari-hari biasa, saya jarang membaca Alkitab. Di samping itu, saya hanya memegang kebaktian hari Sabat setiap minggu, saya jarang mengikuti kebaktian yang lain. Saya tahu bahawa petunjuk mimpi ini adalah Tuhan hendak saya banyak membaca Alkitab. Oleh itu, saya bertekad untuk membaca Alkitab sebelum saya tidur setiap malam.

Pada mulanya, saya dapat menyelesaikan misi ini. Namun, selepas beberapa minggu, semakin saya membaca semakin saya berasa letih. Ini adalah kerana terdapat beberapa nas alkitab yang sangat sukar difahami. Meskipun hanya membaca beberapa nas alkitab, ia membuatkan saya tertidur di atas meja. Saya tahu wahyu yang Tuhan berikan kepada saya melalui penglihatan dalam mimpi adalah begitu ketara sekali. Saya seharusnya lebih banyak mengikuti kebaktian. Lebih-lebih lagi saya seharusnya mengikuti kebaktian membaca Alkitab dan berdoa pada setiap hari Selasa. Ini kerana ada pendeta atau diaken yang akan menjelaskan Alkitab dalam kebaktian ini. Ini sudah tentu dapat membantu saya lebih memahami isi kandungan dalam Alkitab. Semenjak itu, saya mulai mengikuti kebaktian membaca Alkitab dan berdoa pada setiap hari Selasa.

Selepas saya mengikuti kebaktian membaca Alkitab dan berdoa pada setiap hari Selasa selama beberapa bulan. Saya mendapat penglihatan buat pertama kalinya. Semasa berdoa pada kali kedua sebelum kebaktian tamat, saya tidak berdoa dengan menumpukan sepenuh perhatian. Tiba-tiba, saya terlihat ada seorang yang berpakaian jubah hitam sedang berlutut di sebelah kiri seorang saudara pertengahan baya. Dia kelihatan seperti sedang berdoa. Jubah yang dipakainya itu melitupinya dari kepala hingga ke seluruh badannya. Saya berasa amat takut kerana saya tahu bahawa itu ialah si iblis. Saya takut dia akan berjalan ke sisi saya. Saya menutup mata saya dan berdoa dengan bersungguh-sungguh. Saya asyik mengulangi:” haleluya”. Kemudian saya mendengar bunyi loceng. Rupa-rupanya, doa telah tamat. Saya terus membuka mata saya dan mendapati tempat yang saya lihat tadi adalah kosong. Dengan itu, barulah saya tahu bahawa saya telah melihat penglihatan.

Sejak saya mendapat penglihatan itu, saya berasa takut untuk suatu tempoh masa. Saya juga tidak lagi berani memikir yang bukan-bukan semasa berdoa. Penglihatan ini menyedarkan saya bahawa Tuhan mendengar doa kita yang bersungguh-sungguh. Sebaliknya, si iblis juga akan menantikan peluang di situ untuk mendekati domba-domba yang tidak berdoa dengan sungguh-sungguh.

Pada awal tahun 2009, saya mendapat satu lagi penglihatan dalam mimpi. Tuhan memperlihatkan saya Dia menggunakan kuasa-Nya untuk membinasakan dunia dalam sekelip mata. Mimpi ini memberi gerakan dan pengaruh yang mendalam kepada saya. Saya tidak akan melupakan keadaan dalam mimpi itu buat selama-lamnya. Dalam mimpi, saya melihat keadaan orang-orang dunia yang berada dalam kesibukan. Terdapat banyak kereta dan orang yang lalu-lalang di jalan raya. Mereka sibuk menjalankan aktiviti masing-masing. Tidak ada sedikit pun tanda-tanda yang luar biasa. Tiba-tiba, suatu pancaran terang kuat yang berasal dari sudut dunia yang lain memancar ke tempat himpunan orang ramai dalam sekelip mata. Saya melihat ramai orang yang melarikan diri dengan sekuat hati. Saya juga berlari mengikuti mereka. Tidak tahu dari manakah datangnya kekuatan sehingga saya dapat berlari dengan lebih cepat berbanding dengan orang lain.

Apabila saya hampir mencapai tempat yang tertinggi di dunia, tiba-tiba saya terjatuh ke dalam air. Saya berdiri dengan segera. Saya sedar bahawa rupa-rupanya saya berdiri di sebatang sungai yang jernih dan cetek. Saya memalingkan kepala dan melihat pancaran terang yang kuat itu sudah semakin menghampiri. Oleh itu, saya tidak berasa ragu-ragu untuk merendamkan seluruh badan saya ke dalam air. Pancaran terang itu juga meliputi air sungai dalam sekelip mata. Selepas seketika, saya bangun dan keluar dari air. Saya sangka saya telah mati. Rupa-rupanya saya masih hidup.

Selain daripada diri saya sendiri, tidak ada seorang pun yang dapat mengelakkan diri. Mereka semua sudah meninggal dunia. Pancaran terang yang kuat itu datang dengan begitu cepat sekali. Terang itu datang dari suatu sudut dunia lain dan lenyap di suatu sudut dunia yang lain. Ia telah membinasakan segala-gala yang ada di dalam dunia ini. Selepas itu, saya mendapati saya telah berada di sudut yang paling tinggi di dunia. Saya sedang menanti di situ, namun saya juga tidak tahu apa yang saya nantikan. Saya memandang ke hadapan, saya melihat banyak kotak besar yang disambungkan seperti kereta api dan terapung-apung di udara. Kotak itu membawa ramai penumpang di dalamnya. Ia seperti hendak membawa mereka ke suatu tempat yang selamat. Kotak itu asyik berlalu di depan saya dan pintunya juga asyik dibuka dan ditutup. Ketika pintu itu dibuka, saya masuk dengan segera segera ke dalam kotak itu. Sememangnya saya telah masuk ke dalam kotak itu namun penumpang-penumpang di dalam menolak saya keluar.

Walaupun saya berasa amat sedih tetapi saya tetap tidak berputus asa. Ini kerana walaupun kotak besar itu kelihatan sudah penuh, namun masih terdapat beberapa tempat kosong di dalamnya. Tambahan pula, ia akan berlalu di depan saya lagi. Maka, saya berjaga di sana untuk menunggu peluang yang seterusnya. Saya tidak berani meninggalkan tempat itu. Selepas itu, saya mendapati diri saya berdiri di suatu tempat yang lain. Saya berada di suatu ruang yang gelap, sunyi sepi, dan seram. Keadaan yang sunyi sepi itu amat menakutkan. Ia lebih menakutkan berbanding dengan malapetaka sebelum ini. Perasaan saya pada masa itu sama seperti berada di dalam alam maut sebelum saya percaya kepada Tuhan Yesus. Saya melihat ke bawah dan melihat banyak roh jiwa yang telah mati. Antaranya, terdapat juga saudara-mara dan kawan-kawan yang telah percaya kepada Tuhan. Semasa saya melihat keadaan ini, saya berasa amat menderita dan sedih. Saya berasa sesak nafas, dada saya amat panas. Saya berasa begitu menderita. Seluruh hati saya menjadi hancur. Perasaan yang sedih menderita itu sukar digambarkan, sangat sukar untuk bertahan.

​Tiba-tiba, saya terasa ada orang yang sedang menolak saya. Rupa-rupanya suami saya sedang membangunkan saya. Demikianlah saya melalui beberapa bulan dengan sedih dan menderita kerana saya tidak dapat melupakan situasi dan perasaan dalam mimpi itu. Keadaan mimpi itu asyik bermain di dalam fikiran saya. Perasaan yang begitu sedih dan menderita itu tidak dapat saya lupakan. Saya sering kali berdoa demi perkara ini dan bertanya kepada Tuhan sampai bilakah saya perlu menanggung hati yang pilu ini? Hati saya yang bebal ini tidak dapat memahami kehendak-Nya. Selepas banyak kali saya berdoa dengan giat, syukur kepada Tuhan kerana akhirnya Dia mengabulkan permohonan doa saya. Tuhan telah meberikan saya masa selama setengah tahun untuk belajar cara berdoa, Dia juga membolehkan saya memahami kasih-Nya yang luas itu. Akhirnya, barulah saya memahami perasaan Tuhan.

Rupa-rupanya semasa Tuhan maha pengasih membinasakan dunia ini, Dia tidak ingin melihat anak-anak dan manusia yang diciptakan-Nya tidak dapat diselamatkan. Apabila Tuhan melihat ada begitu banyak jiwa rohani yang tidak dapat diselamatkan, hati-Nya begitu pilu dan sedih. Apabila saya sedar akan firman ini, saya pun terharu sehingga mencucurkan air mata. Beban berat beberapa bulan ini telah hilang lenyap. Perasaan ‘hati yang pilu’ ini membolehkan saya mengalami kasih Tuhan yang luas terhadap manusia.

Tuhan telah membuka pintu hati saya dengan pelbagai penglihatan dalam mimpi. Saya berasa amat ghairah terhadap kasih Tuhan yang tidak mementingkan diri. Barulah saya memahami bahawa pada saat saya dilahirkan, Tuhan Allah senantiasa berada di sisi saya untuk menjaga saya. Saya hanya sedar setelah saya mengalami kasih Tuhan yang luas itu. Saya juga dapat mengalami nas kitab Kejadian fasal 28 ayat 16 dengan sedalam-dalamnya yang mencatatkan kata-kata Yakobus apabila dia bangun dari tidur, “Sesungguhnya TUHAN ada di tempat ini, dan aku tidak mengetahuinya.” Setelah sekian lama saya percaya kepada Tuhan, inilah kali pertama saya dapat merasa bahawa Tuhan adalah begitu dekat dengan saya ketika saya berdoa. Di samping itu, firman Tuhan juga begitu sedap didengar.

Sebenarnya saya merupakan orang dosa yang hina. Namun, Tuhan yang maha pengasih telah beberapa kali menyelamatkan saya sebelum saya mengenali-Nya dan membolehkan saya menerima anugerah keselamatan pada hari kelak. Sebenarnya saya sudah tidak wujud lagi dalam dunia ini namun belas kasihan Tuhan telah membolehkan saya hidup sehingga hari ini. Setiap hembusan nafas saya telah menjadi suatu kesaksian tentang anugerah Tuhan yang besar. Anugerah Tuhan dan kasih Tuhan tidak dapat saya balas selama-lamanya.

Saya percaya dengan sedalam-dalamnya, tidak kira betapa menariknya kehidupan kita mahupun bagaimana manusia berubah, hal dan kebendaan dunia serta peredaran masa, perkara yang paling indah dalam sepanjang hayat kita adalah mempunyai pengharapan hidup yang kekal. Hal yang paling indah dalam sepanjang hayat kita bukan sahaja dapat mengenali Tuhan tetapi juga dapat mengalami kewujudan Tuhan. Di samping itu, kita juga dapat hidup di dalam anugerah Tuhan dan mempunyai pengharapan hidup kekal pada masa kelak.

Syukur atas anugerah dan kasih Tuhan yang besar itu. Semoga segala kehormatan, kekuasaan, kemuliaan, dan puji-pujian diberikan kepada Tuhan yang benar di Syurga – Tuhan Yesus Kristus. Haleluya, Amin.

Anak-Anak Menerima Kebenaran Dan Dibaptis
| |

Anak-Anak Menerima Kebenaran Dan Dibaptis

Sdri. Lee See Ryong

Berdoa Di Dalam Roh

Dalam nama Tuhan Yesus Kristus saya menyampaikan kesaksian. Saya ialah saudari Lee See Ryong, berasal dari gereja Da Tong, Taiwan. Kini, saya dan suami saya telah berhijrah dan menetap di Kota Kinabalu.

Kami mendapat 3 orang cahaya mata. Anak sulung saya ialah anak perempuan Yuan Jing Yee, anak kedua ialah anak lelaki Yuan Qi Enn, dan anak bongsu ialah anak lelaki Yuan Xiang En. Pada 1 Februari 2008, anak lelaki bongsu saya, Xiang Enn dilahirkan. Syukur kepada Tuhan, selepas genap bulan dia telah dibaptis bersama dengan kakak dan abangnya pada bulan Mac. Segala-galanya adalah kerana belas kasihan daripada Tuhan.

Tuhan Yesus tahu akan segala niat hatiku. Saya tahu bahawa menerima pembaptisan merupakan hal yang amat penting bagi dasar kepercayaan anak-anak saya. Ini kerana suami saya masih belum menjadi pemercaya gereja pada masa itu. Mengimbas kembali, saya telah terlepas 2 kali peluang untuk mendaftarkan pembaptisan bagi Jing Yee dan Qi Enn. Oleh itu, sebelum saya memberitahu suami saya tentang berkat yang dapat diperolehi selepas dibaptis, saya mendoakan perkara ini terlebih dahulu. Saya memohon kepada Tuhan Yesus supaya suami saya dapat menerima kenyataan ini. Pada suatu hari, ketika saya mengungkitkan hal ini kepada suami saya, tanpa disangka-sangka, suami saya berasa tidak perlu begitu cemas. Dia ingin menunggu sehingga anak-anak meningkat dewasa barulah memberi diri mereka dibaptis. Namun, saya sayang akan anak-anak saya. Saya rasa tidak boleh ditangguhkan lagi. Oleh itu, saya berdoa dengan giat, doa saya telah didengari Tuhan, pintu anugerah terbuka. Suami saya bersetuju untuk menandatangani borang permohonan pembaptisan. Selepas mendapat kelulusan daripada pihak gereja, suami saya membawa kami sekeluarga seramai lima orang untuk pergi ke tempat pembaptisan. Hati saya menyanyi korus kidung pujian bilangan 291 secara semula jadi yang berbunyi, “Syukur nugrah-Nya, Syukur nugrah-Nya, kasih Tuhan amatlah besar, syukur nugrah-Nya…” Bagi saya, segala anugerah yang sukar didapati ini hanya dapat digenapi kerana belas kasihan daripada Tuhan. Syukur kepada Tuhan Yesus kerana memenangi peperangan rohani ini bagi saya.

​Seperti yang tercatat dalam kitab Efesus fasal 6 ayat 12, ”Karena perjuangan kita bukanlah melawan darah dan daging, tetapi melawan pemerintah-pemerintah, melawan penguasa-penguasa, melawa penghulu-penghulu dunia yang gelap ini, melawan roh-roh jahat di udara. Oleh itu, kita mestilah memohon kepada-Nya dengan meneladani Hana yang berdoa dengan penuh giat serta doa Musa yang penuh dengan iman. Ini adalah kerana kita tidak akan dapat menggenapkan kerja suci rohani jika hanya bergantung pada niat dan tekad kita sendiri. Seperti juga dalam kitab Filipi fasal 4 ayat 6-7 yang berbunyi, ”Janganlah hendaknya kamu kuatir tentang apa pun juga, tetapi nyatakanlah dalam segala hal keinginanmu kepada Allah dalam doa dan permohonan dengan ucapan syukur. Damai sejahtera Allah, yang melampaui segala akal, akan memelihara hati dan pikiranmu dalam Yesus Kristus.”

Kasih Seiman Di Dalam Tuhan

Syukur kepada Tuhan, apabila suami saya melihat kasih saudara dan saudari serta proses pembaptisan yang teratur, dia mempunyai imej yang baik terhadap gereja. Walaupun dalam proses pembaptisan, dia sangat risau akan keselamatan anak-anak kami. Tambahan lagi, anak bongsu saya Xiang En, baru sahaja genap sebulan. Namun, syukur kepada Tuhan, semua anak-anak saya berkelakuan tenang. Bukan sahaja mereka tidak menangis, malahan memperoleh kesejahteraan rohani setelah menjadi milik Tuhan.

Selepas kembali ke gereja, suami saya membantu anak-anak menukar baju yang formal dengan teliti. Dia juga menemani anak-anak dengan penuh sabar semasa sakramen pembasuhan kaki dan sakramen perjamuan kudus dijalankan. Daripada pergerakannya, saya dapat merasa suami saya berperanan sebagai seorang bapa yang menemani anak-anak menerima baptisan. Dia lebih memahami tentang cara pembaptisan gereja benar dan dia juga mempunyai tanggapan yang positif terhadap gereja kita. Dia juga dapat melihat ketegasan gereja benar terhadap kebenaran. Selepas kebaktian itu, dia memberitahu saya bahawa dia berasa sangat cemas ketika para penatua dan diaken menjalankan pembaptisan. Ini adalah kerana dia takut dan bimbang akan-anak bayi tidak dapat menyesuaikan diri dengan air sungai atau terjatuh ke dalam sungai. Tanpa disangka-sangka, segalanya berjalan dengan begitu lancar. Saya tahu bahawa semuanya ini adalah kerana Tuhan Yesus. Oleh itu, dalam sanubari hati saya, saya bergirang sambil memuji Tuhan: “Syukur puji Tuhan! Syukur puji Tuhan!”

Mengambil Kesempatan Dan Peluang

Iman saya sangat lemah. Semasa doa, saya teringat nas kitab dalam kitab Pengkhotbah fasal 9 ayat 11 yang berbunyi, “Lagi aku melihat di bawah matahari bahwa kemenagan perlombaan bukan untuk yang cepat, dan keunggulan perjuangan bukan untuk yang kuat, juga roti bukan untuk yang berhikmat, kekayaan bukan untuk yang cerdas, dan karunia bukan untuk yang cerdik cendekia, karena waktu dan nasib dialami mereka semua.” Syukur kepada Tuhan, Dia telah menambah dan mengukuhkan iman saya dalam doa supaya saya dapat mengambil peluang ini. Ini adalah kerana peluang yang ada ini hanyalah sementara dan ia akan hilang lenyap. Kini, 4 daripada 5 orang anggota ahli keluarga kami telah ditebus oleh Tuhan Yesus dengan upah yang besar untuk menjadi milik kepunyaan Tuhan. Oleh itu, hati saya tergerak oleh kasih karunia-Nya. Setiap hari, semasa kesyukuran mezbah keluarga dan sesi membaca Alkitab dan menyanyi kidung dijalankan, saya mengajar anak-anak saya agar hidup berkenan kepada Tuhan di samping berusaha demi hal pembaptisan bapa mereka.

Kesimpulan

Namun, pembaptisan bukanlah garisan penamat anugerah keselamatan. Ia juga bukanlah alasan untuk kita melegakan hati dan merasa tidak perlu berjaga-jaga lagi. Sebaliknya, menerima pembaptisan adalah permulaan bagi anugerah keselamatan. Kita perlu berjaga-jaga seperti yang dikatakan dalam alkitab , “burung telah mengambil setiap biji benih Injil yang sukar didapati sebelum ia sempat bertunas”. Terutamanya hidup dalam zaman yang penuh dengan kejahatan ini telah memperlihatkan pelbagai ragam cara yang mempengaruhi manusia untuk berbuat dosa. Kewajipan ibu bapa dari segi menyelidiki anak-anak menjadi semakin berat saban hari. Tambahan pula, tugas mengajar dan menerapkan pengajaran Roh Kudus yang berharga ke dalam hati anak-anak juga tidak boleh ditangguhkan.

Semenjak anak-anak saya dibaptis dan bersandar pada kata-kata Tuhan dalam Alkitab serta pengembalaan daripada gereja, anak-anak saya semakin memahami tentang perbezaan di antara “di dalam bahtera dan di luar bahtera” secara perlahan-lahan. Ia adalah firman yang kudus membuatkan hati sering ingin mendekati Tuhan dan berasa girang untuk menyanyi kidung rohani. Di dalam rumah, hati saya berasa begitu girang sekali dan terdorong apabila terdengar lagu kidung dinyanyikan dengan suara anak-anak yang riang. Seperti yang tercatat dalam buku Amsal, “Didikah orang muda menurut jalan yang patut baginya, maka pada masa tuanya pun ia tidak akan menyimpang dari pada jalan itu.” (Ams 22:6). Kiranya Tuhan Yesus berbelas kasihan dengan kami dan mencurahkan berkat-Nya serta membantu kami agar kami dapat hidup dalam kasih karunia-Nya menerusi usaha-usaha ini.

Kiranya segala kemuliaan dan puji-pujian diberikan kepada nama Yesus Kristus, juruselamat yang maha tinggi. Amin.

Kebenaran Perkahwinan Pasangan Pertama
| | |

Kebenaran Perkahwinan Pasangan Pertama

Kebenaran Perkahwinan Pasangan Pertama

[Chen Deng Tian]

Nas Kitab: Daripada perkahwinan pasangan umat manusia (Kej 2:18-25), kita dapat memahami kebenaran tentang perkahwinan.

[1]   Kedudukan Allah Dalam Perkahwinan (Kej 2:18, 20-22)

  1. Allah adalah pengasas perkahwinan.
  2. Allah adalah penyaksi perkahwinan.
  3. Allah adalah penjodoh perkahwinan.
  4. Allah adalah pemimpin perkahwinan.

Pengajaran:

  1. Harus berkahwin di dalam Tuhan (Ul 7:3; Ezr 9:12; 10:30; II Kor 6:14; I Kor 7:39).
  2. Jangan memilih dengan sesuka hati mengikut kehendak sendiri (Ruj: Kej 6:1-2).
  3. Tidak boleh bercerai (Mat 19:6; Mrk 10:9).
  4. Hendaklah semua orang penuh hormat terhadap perkahwinan (Ibr 13:4).

[2]   Tujuan Allah Mendirikan Perkahwinan (Kej 2:24)

i. Laki-laki akan meninggalkan ayah dan ibunya.

Δ ‘Meninggalkan’ bukan membiarkan dengan tidak peduli lagi melainkan adalah:

Berdikari dari segi ekonomi.

Berdikari dari segi konsep.

Berdikari dari segi tanggungjawab.

Berdikari dari segi iman kepercayaan.

ii. Bersatu dengan isterinya.

Perkahwinan yang telah dipersatukan Allah, tidak boleh diceraikan manusia (Mat 19:6; Mrk 10:9).

‚Tuhan perintahkan: “Seorang isteri tidak boleh menceraikan suaminya …… dan seorang suami tidak boleh menceraikan isterinya” (I Kor 7:10-11).

iii. Keduanya menjadi satu daging.

Δ Suami harus mengasihi isterinya sama seperti tubuhnya (ef 5:28).

Δ Penjelasan satu daging menurut I Kor 6:16-17.

Penyatuan tubuh (body) (16a).

‚Penyatuan daging (flesh) (16b).

ƒPenyatuan roh (spirit) (17).

[3]   Permintaan Allah Terhadap Perkahwinan

i. Terhadap lelaki (Kej 2:22).

“…… DibangunNyalah seorang perempuan, lalu dibawaNya kepada manusia itu” ~ menunjukkan Allah serahkan untuk dijagai, Justeru itu:

Suami harus mengasihi isteri (Ef 5:25-29).

Δ Sebagaimana Kristus telah megasihi jemaat – Kasih yang mengorbankan diri.

Δ Mengasihi sama seperti tubuh sendiri – kasih yang mementingkan diri.

 Hiduplah bijaksana dengan isteri (I Ptr 3:7).

 Hormatilah isteri (I Ptr 3:76).

Jangan berlaku kasar terhadap isteri (Kol 3:19).

ii. Terhadap perempuan (Kej 2:20, 18).

Δ “…… tetapi baginya sendiri ia tidak menjumpai penolong yang sepadan dengan dia …… Tuhan Allah berfirman …… Aku akan menjadikan penolong baginya, yang sepadan dengan dia.”

Δ Tujuan perempuan dijadikan adalah untuk menolong lelaki.

Uruskan hal-hal keluarga (Ams 31:15, 21, 27).

Mengajar dan mengasuh anak-anak (Ams 31:1-2; 29:15).

Penolong dalam iman kepercayaan (Rm 16:3-5a).

Penghiburan hati (Ayb 2:9; 19:17, 19b).

Kesimpulan

Perkahwinan adalah ditubuhkan Allah, umat Kristian haruslah penuh hormat terhadap perkahwinan sebagaimana penuh hormat terhadap Allah. Jangan mencontohi arus adat duniawi, menganggap perkahwinan sebagai permainan kanak-kanak. Sebaliknya berpegang teguh kepada perkataan Allah, beroleh berkat dari Allah, memuliakan Allah dan memanfaatkan manusia.

Kasih ialah Melakukan Kebenaran (II Yohanes)
| | | | |

Kasih ialah Melakukan Kebenaran (II Yohanes)

Kasih Ialah Melakukan Kebenaran (II Yohanes)

[LinYung Jih]

Prakata

Krisis akhir zaman ini ialah salah mengasihi: mengasihi wang tidak mengasihi nyawa; mengasihi kenikmatan tidak mengasihi kebenaran; mengasihi sendiri tidak mengasihi Allah. Kesemua tersebut mengakibatkan suasana dan arus keganasan dalam keluarga dan masyarakat. Justeru itu, mencari kembali ‘kasih’ adalah topik penting dalam masyarakat hari ini. Marilah kita tinjaukan soal ini berdasarkan kitab II Yohanes.

[1] Kenali Kasih Kebenaran (1-3)

[i] Benar-benar mengasihi

À Sebab adalah Ibu dan anak-anak ‘yang terpilih’: menekankan kebenaran ‘pembezaan oleh kekudusan’ (Ef 5:25-29)

Á Penatua ‘gembala’ benar-benar mengasihi: kerana mengenalpasti akan kebenaran ‘diamanahkan’ (Yoh 21:15-19)

 Seiman mengasihi dengan kasih dari kebenaran: kerana mengenali kebenaran ‘anggota-anggota tubuh’ (I Kor 12:20-27)

[ii] Hati tersimpankan kebenaran: barulah ada kasih yang benar

À Apa maksud kebenaran: ialah Kristus sendiri, ajaran-ajaran Kristus (Yoh 14:6; I Yoh 2:3-4)

Á Perilaku kebenaran: mempunyai perbuatan kasih secara praktikal (I Yoh 3:18-19; Luk 10:27)

Δ Mengapakah pintu gereja tidak dapat terbukakan?

[iii] Berharap sungguh-sungguh jemaat akan diberkati

À    Kasih karunia: berkongsi-nikmati karunia yang diterima dari Tuhan (Rm 1:11)

Á     Rahmat: berkongsi-nikmati rahmat yang diterima dari Tuhan (Rm 12:15)

    Damai sejahtera: mendamaikan Allah dengan manusia (II Kor 15:20)

[2] Amalkan Dengan Sesungguhnya Kasih Kebenaran (4-6)

[i] Prihatin akan amalan firman pemercaya: bersukacita akan tumbesaran jiwa rohani pemercaya (I Tes 2:6-8)

[ii] Menasihati jemaat supaya saling mengasihi:

À Tidak melupakan perintah yang semula: bagaimana jadikan hati sendiri bersinar terang (I Yoh 2:7-10)

Á Hidup menurut perintah: utamakan pergaulan antara anggota-anggota (Ef 4:15-16)

[3] Pertahankan Kasih Kebenaran (7-13)

[i] Hindari antikristus

À Sebab mereka menafikan Kristus dalam rupa manusia: sama juga tidak mengakui gereja benar (Gal 1:6-7)

Á Sebab mereka menyesatkan orang: mengakibatkan seseorang dikutuk (Gal 1:8-9)

 Demi memeliharakan hasil pekerjaan: berjaga-jaga sambil melawan si jahat (I Ptr 5:7; Yak 4:7)

[ii] Pegang teguh kepada pendirian kebenaran

À Kenalpasti akan ajaran-ajaran Kristus: barulah ketahui akan hubungan Bapa dengan Anak (Yoh 5:19-24)

Á Tidak melampaui ajaran-ajaran Kristus: segala-gala diperbuat berdasarkan Alkitab (I Kor 4:6)

 Jangan menyambut yang menyebarkan ajaran-ajaran sesat: jangan bersimpati, jangan mengkhamiri seluruh adonan (I Kor 5:8)

[iv] Tunjukkan prihatin kasih: pertuturan dan perbuatan seiras, berkongsi-nikmati kasih kebenaran (I Yoh 1:3-4)

Rumusan

Mengasihi sampai ke titik kemuncak tertinggi menunjukkan ada kebenaran di dalam hati.

Berjuang Mempertahankan Kebenaran (Kitab Yudas)
| | | | |

Berjuang Mempertahankan Kebenaran (Kitab Yudas)

Berjuang Mempertahankan Kebenaran (Kitab Yudas)

[Lin Yung Jih]

Prakata

Di dalam akhir zaman ini, hal-hal rohani menampakkan fenomena kucar-kacir dan kecoh. Bertambah pula, hujah-hujah sosial semakin meleluasa, di mana pelbagai macam pemikiran dan teori-teori falsafah mulai mempengaruhi penyebaran Injil dan keimanan pemercaya. Bagaimanakah kita berjuang mempertahankan kepercayaan sendiri, di samping membela kebenaran, adalah topik yang sangat penting buat masa sekarang. Berikut marilah kita fikirkan bagaimana kita membela kebenaran demi memelihara dan mempertahankan kepercayaan sendiri berdasarkan kitab Yudas.

[1] Sebab-Musabab Mempertahankan Kebenaran (1-7)

[i] Demi memeliharakan anugerah keselamatan yang dikaruniakan Tuhan (1-3; Rm 10:2; Mat 15:14)

[ii] Demi mencegah kerosakkan yang berpunca dari pada ajaran-ajaran sesat (4; Gal 2:6)

[iii] Jadikan sejarah sebaga peringatan (5-7)

À    Umat Israel yang tidak percaya telah dibinasakan (5; Ibr 2:2-3; 3:7-10)

Á     Malaikat-malaikat yang tidak taat pada batas-batas kekuasaan mereka dihakimi (6; Yes 14:12-15)

    Kota-kota penuh percabulan ditimpa hukuman api (7; I Kor 7:1)

[2] Pengenalan Yang Harus Ada Tatkala Berjuang Mempertahankan Kebenaran (8-16)

[i] Ciri-ciri ajaran sesat: umpama orang-orang yang bermimpi-mimpian

À    Mencemarkan tubuh (Rm 5:20 – 6:1)

Á     Menghina kekuasaan Allah (I Sam 13:8-13)

    Menghujat semua yang mulia di sorga (Rm 14:4)

[ii] Kecelakaan ajaran-ajaran sesat (11)

À    Mengikuti jalan yang ditempuh Kain (Kej 4:1-15)

Á     Menceburkan diri dalam kesesatan Bileam (Why 2:14)

    Binasa kerana kedurhakaan seperti Korah (Bil 16:1-35)

[iii] Pengaruh-pengaruh ajaran sesat (12-13)

À    Noda dalam perjamuan kasih (I Tim 6:5)

Á     Awan yang tak berair (Mrk 9:18)

    Pohon-pohon yang dalam musim gugur tidak menghasilkan buah (Mat 21:18-20)

à    Ombak laut yang ganas (Yes 57:20)

Ä     Bintang-bintang berkelana (Yes 14:12)

[iv] Kesudahan ajaran sesat (14-16)

À    Tuhan pasti datang kembali dan menghakimi (Luk 21:29-33)

Á     Ciri-ciri orang-orang fasik (Yak 3:13-16)

[3] Usaha Dan Kesungguhan Yang Harus Ada Dalam Berjuang Mempertahankan Kebenaran (17-25)

[i] Ingatlah akan perkataan rasul-rasul (II Ptr 3:2-3)

[ii] Kejari hidup kekal (II Tim 4:7)

[iii] Belas kasihani orang lain (Gal 6:1-2)

[iv] Muliakan Allah (II Tim 4:18)

Rumusan

Berjuang mempertahankan kebenaran adalah tanggungjawap yang wajip ditunaikan umat Allah, juga kerja penting merampas-selamatkan jiwa-jiwa.

Kebenaran Nama Gereja
|

Kebenaran Nama Gereja

Pendahuluan:

Nama gereja kita telah menimbulkan perbalahan dan serangan daripada sesetengah manusia, juga menghasilkan perasaan negatif yang amat sangat, tetapi juga terdapat orang yang menjadi umat pilihan yang diselamatkan kerana nama gereja. Sama seperti pada mulanya Juruselamat ditentukan untuk menjatuhkan atau membangkitkan banyak orang dan untuk menjadi suatu tanda yang menimbulkan perbantahan (Luk 2 : 35), begitu juga gereja kita. (Iaitu soal ‘Kristus’ dan ‘benar’).

Mengapakah sesetengah orang berperasaan negatif terhadap nama gereja, sebabnya amat ringkas: pengenalan mengenainya dari segi lahiriah dan hurufiah sahaja, tidak mengkaji dan menyelidik secara mendalam rahsia kebenaran yang terkandung dengan rendah hati. Kita merupakan umat Kristian bagi Gereja Yesus Benar, harus mempunyai pengenalan yang jelas terhadap kebenaran nama gereja kita, barulah akan mengasihi gereja sendiri dan menyebarkan Injil kebenaran.

1. Asal usul nama gereja

I. Tuhan dengan suara nyaring mengilhamkan pekerja gereja peringkat awal melalui Roh Kudus: nama gereja harus ditambahkan perkataan ‘benar’, membetulkan semua allah palsu, firman palsu, gereja palsu, guru palsu , pemercaya palsu.

II. Sewaktu mengadakan kebaktian penginjilan di Xi Tou, Tian Jing pada tahun 1917 musim dingin, perlu menulis nama pada sehelai kain rentang yang berukuran 20 kaki panjang, 17 orang teman sekerja sehati lutut berdoa dengan tekun, Roh Kudus mengilhamkan Penatua Paulus Wei dengan suara nyaring berkata: “Harus menulis ‘Gereja Yesus Benar’.” Rujuk ‘Majalah Peringatan Ulang Tahun ke-30’ .

2. Kebenaran nama gereja

I. Analisis terhadap ‘Gereja Yesus Benar’

i) ‘Benar’ melambangkan ‘Allah’ atau ‘Allah yang benar’ (Yoh 3 : 33, 7 : 28, 17 : 3; 1 Tes 1 : 9). Mengapakah tidak digelar ‘Gereja Allah Benar’ tetapi menyembunyikan Allah dan menunjukkan Yesus?

ii) ‘Yesus’ menunjukkan Allah

@ “Tidak ada seorang pun yang pernah melihat Allah” (1 Yoh 4:12).

@ “Seorang pun tak pernah melihat Dia dan memang manusia tidak dapat melihat Dia” (1Tim 6 :16).

@ “Tetapi Anak Tunggal Allah, yang ada di pangkuan Bapa, Dialah yang menyatakanNya” (Yoh 1:18).

@ “Barangsiapa telah melihat Yesus, ia telah melihat Allah Bapa” (Yoh 14:8-9).

@ “Yesus dan Bapa adalah satu” ( Yoh 10:30).

“Yesus” bukan sahaja menunjukkan Allah yang tidak dapat dilihat, Dia juga menunjukkan amanat penyelamatan Allah di perjanjian baru (ruj Mat 1:21) Dia merupakan nama baru Allah yang di atas segala nama (Yes 62:2, Flp 2:9–10).

iii) Gereja/Jemaat: kumpulan yang ditebus Allah melalui penyataan Yesus yang mengalirkan darah (Kis 20:28, Why 5:9–10).

II. Kebenaran dalam susunatur ‘Gereja Yesus Benar’

i) Menepati ajaran kitab : Kepala dari Kristus ialah Allah, kepala dari tiap-tiap laki-laki ialah Kristus ( 1 Kor 11 : 3 ).

ii) Di antara ‘Gereja’ ( manusia ) dan ‘Benar’ (Allah) , “Yesus” menjadi pengantara (1Tim 2:5).

iii) Kebenaran pemilikan: Kamu adalah milik Kristus dan Kristus adalah milik Allah (1Kor 3:23 ).

iv) Kebenaran menjadi benar: Benar di dalam Yesus (Yesus Benar), dan benar juga di dalam kamu (Gereja Benar) (1 Yoh 2:8).

v) Kebenaran penyatuan: Allah, Anak, Gereja menjadi satu (Yoh 17:21, 23).

III. ‘Gereja Yesus Benar’ merupakan wahyu di Buku Wahyu.

Why 3:12: Barangsiapa menang… dan padanya akan Kutuliskan nama AllahKu, nama kota AllahKu, dan namaKu yang baru. Nama Allah: Benar; nama Tuhan yang baru: Yesus à Yesus Benar; nama kota Allah: gereja à Gereja Yesus Benar.

IV. Kebenaran ‘Gereja Yesus Benar’ yang menjunjung tinggi nama Tuhan.

i) Gereja/Jemaat adalah tubuh Yesus, harus mempunyai nama Yesus (Ef 1:23).

ii) Gereja/Jemaat adalah isteri Yesus, harus mempunyai nama Yesus (Ef 5:23-25,31).

iii) Gereja yang menegakkan nama Allah akan diberkati.

Kel 20: 24 : memberi persembahan di sana, Allah akan memberkati engkau di sana.

Ul 12 : 11,5 : tempat itulah harus kamu cari dan ke sanalah harus kamu pergi.

* ‘Kristus’ bukan nama, merupakan jawatan, dalam bahasa Ibrani ialah ‘Mesias’, maksud dalam perkataan Yunani adalah diurapi (dahi disapu minyak) menjadi raja.

* ‘Yesus’ adalah nama, nama yang diberi Allah sendiri.

V. Penyataan ‘Gereja Yesus Benar’

i) Penyataan Allah menyatakan diriNya dalam rupa manusia (1 Tim 3:16). Gereja di dunia dibentuk oleh tubuh jasmani, Yesus Benar menyertai gereja iaitu Allah menyatakan diri dalam rupa manusia (Yoh 14:12).

ii) Penyataan kota suci

Why 21:22 : tidak melihat Bait Suci di kota, sebab Allah, Tuhan Yang Mahakuasa, adalah Bait Sucinya, demikian juga Anak Domba.

Why 21:23 : …sebab kemuliaan Allah meneranginya dan Anak Domba itu adalah lampunya.

iii) Penyataan kemah Allah ada di tengah manusia

Why 21:3 : Lihatlah, kemah Allah ada di tengah-tengah manusia dan Ia akan diam bersama-sama dengan mereka. * Yesus benar menyertai gereja dinyatakan di tengah-tengah manusia (1 Yoh 3 : 24 : Roh Kudus menjadi saksi).

iv) Penyataan mempelai lelaki bersatu dengan mempelai perempuan.

Kid 6 : 3 : Aku kepunyaan kekasihku, dan kepunyaanku kekasihku (bersatu).

v) Penyataan kebenaran

Seluruh dunia penuh kepalsuan, hanya satu yang benar. Bagaimana tidak berkata: “Benar demikian!” dengan peryertaan Tuhan, juga ajaran bertepatan dengan Alkitab, lagi mempunyai penyataan saksian (Yes 43:9).

1 Yoh 2 : 8 : Terang yang benar bercahaya.

Yoh 15 : 1 : Pokok anggur yang benar.

Ibr 8 : 2 : Melayani ibadah di dalam kemah sejati.

Kesimpulan:

Nama gereja bagi ‘Gereja Yesus Benar’ merupakan kehendak Allah, tersirat rahsia kebenaran yang tak terhingga. Asalkan mengkaji dengan rendah hati dan menerima dengan iman, pasti memperolehi berkat sejati pada akhir zaman.