BAB  4   IBLIS
|

BAB 4 IBLIS

BAB 4 IBLIS

I. ASAL USUL IBLIS

1. Asal usulnya adalah malaikat

Δ Pernah berada di Taman Eden Allah (Yeh 28:13).
Δ Adalah kerub penjaga tabut yang diurapi (Yeh 28:14).
Δ Adalah bintang terang, putera raja (Yes 14:12).

2. Diusir kerana berdosa.

Δ Tak bercela di dalam tingkah lakumu sejak hari penciptaan kemudian terdapat kecurangan (Yeh 28:15).
Δ Hati menjadi sombong kerana kecantikan (Yeh 28:17).
Δ Tidak taat, ingin mengatasi bintang-bintang Allah, hendak menyamai yang Maha Tinggi (Yeh 14:12, 14; Yud 6).
Δ Diusir dari Gunung Allah kerana sudah berdosa (Yeh 28:16; Yes 14:14, 15; II Ptr 2:4; Luk 10:18).

3. Berkerajaan sendiri.

Δ Tuhan berkata, kalau Iblis terbagi-bagi melawan dirinya sendiri; bagaimanakah kerajaannya dapat bertahan (Mat 12:26).
Δ Mereka mempunyai penghulu dan utusan (Mat 12:24; 25:41).
Δ Jumlah mereka sangat banyak (Lihat: Mrk 5:6-9; Luk 8:30).

4. Sebutan Iblis.

Δ Iblis (Mat 4:1) – artinya ‘memfitnah, ‘mendakwa’; memfitnah Allah di hadapan manusia (Kej 3:1, 4, 5), di hadapan Allah memfitnah manusia (Ayb 1:9, 11; 2:4, 5), mendakwa manusia (Why 12:10).
Δ Setan (Luk 10:18) – artinya ‘melawan, ‘menentang’; fikiran dan perbuatannya semata-mata melawan Allah, menentang kebaikan (Lihat: Mat 16:22,23).
Δ Ular tua (Why 12:9) – arti bahasa aslinya ‘bersinar’, ‘menggoda’. Melambangkan dia licik, pendusta (Lihat: I Tes 3:5; II Kor 11:3).
Δ Naga besar (Why 12:9) – artinya ‘menelan’, ‘keji; dia ingin menelan Anak Allah (Why 12:4, 5; I Ptr 5:8).
Δ Ilah zaman (II Kor 4:4; I Yoh 5:19); raja dunia (Yoh 12:31; 14:30; 16:11); si jahat (Mat 6:13); seteru (Mat 13:39) dan lain-lain.

II. SIFAT IBLIS.

1. Sombong.

Δ Kerana cantik dia menjadi sombong (Yeh 28:17).
Δ Dia ingin mengatasi bintang-bintang, hendak menyamai Allah (Yes 14:13, 14).
Δ Barangsiapa yang sombong sudah kena hukuman Iblis, masuk ke dalam perangkapnya (I Tim 3:6; I Yoh 2:16).

2. Tidak jujur.

Δ Dalam hatinya tidak ada kebenaran, adalah bapa segala pendusta (Yoh 8:44; Kej 3:4, 5, 9).
Δ Dia curang dan penyamar (II Kor 11:3, 13-15).
Δ Setiap perbuatan dan pertuturan yang tidak setia berasal dari Iblis (Mat 5:37; Kis 5:1-3).

3. Najis.

Δ Disebut roh najis (Why 16:13; Luk 4:33).
Δ Orang yang kerasukan setan tidak suka bersih (Mrk 5:2).
Δ Orang yang melakukan perzinahan, kenajisan, percabulan ~ semuanya berasal dari Iblis (Gal 5:19-21; Ef 2:2, 3).

4. Keji.

Δ Ia adalah pembunuh manusia sejak dahukukala – membunuh nenek moyang kita juga membunuh Habel (Yoh 8:44; Kej 2:17; 3:19; 4:8).
Δ Membangkitkan peperangan di mana-mana jua (Why 16:13-16).
Δ Menelan anak-anak Allah (I Ptr 5:8; Why 12:4,5).

5. Sumber kejahatan.

Δ Dia adalah musuh segala kebenaran (Kis 13:9, 10).
Δ Segala kejahatan berasal dari dia (Yak 3:14-16).
Δ Barangsiapa yang berbuat dosa, berasal dari Iblis (I Yoh 3:8).

III. PEKERJAAN IBLIS.

1. Melawan Allah.

Δ Merosak ciptaan Allah (Kej 3:1-6).
Δ Merintangi penyelamatan Allah (Mat 2:13; 16:22, 23).
Δ Membengkokkan Jalan Tuhan yang lurus (Kis 13:10; Gal 1:6-9).
Δ Menganiaya jemaat Allah (Kis 8:1; 12:1-4).

2. Mencelakai manusia.

Δ Menghancurkan kebahagiaan manusia (Kej 2:8-16; 3:16-24).
Δ Menganiaya tubuh manusia (Luk 13:11-16; Mat 17:14, 15, 18).
Δ Merintangi manusia untuk percaya Tuhan (Kis 13:10-13; Mat 23:13, 14).
Δ Menyesatkan umat beriman meninggalkan kebenaran (Mat 24:11, 23, 24; Yer 10:14, 15; Mat 4:5-7).

IV. KEKUATAN IBLIS.

1. Menguasai manusia.

Δ Kerana berbuat dosa, maka umat manusia menjadi hamba Iblis (I Yoh 3:8; Yoh 8:24).
Δ Seluruh dunia berada di bawah kuasanya (I Yoh 5:19; Kis 26:18).
Δ Manusia tidak dapat melepaskan diri dari kuasa Iblis dengan kekuatan sendiri (Rm 7:15-24; Mrk 5:2-4).
Δ Namun dia tidak dapat mencelakai Anak Allah (I Yoh 5:18; Bil 23:23).

2. Boleh melakukan mujizat.

Δ Melakukan tanda mujizat melalui ahli sihir (Kel 7:10-12, 20-22).
Δ Melakukan tanda mujizat melalui nabi palsu dan kristus palsu (Mat 24:23, 24).
Δ Melakukan tanda mujizat melalui orang-orang yang jahat (II Tes 2:9).
Δ Boleh menurunkan api dari langit (Why 13:12,13).
Δ Kuasanya kalah kepada Allah (Kel 8:16-19).

3. Dibatasi Allah.

Δ Pertama kali tidak mengizinkan setan mencelakai Ayub (Ayb 1:12).
Δ Kedua kali tidak mengizinkan setan mengambil nyawa Ayub (Ayb 2:6).
Δ Semua kekuasaan berada pada Allah (Mat 6:13; Luk 4:6).

V. KESUDAHAN IBLIS.

1. Tuhan Yesus sudah menang atas dia.

Δ Tuhan berfirman: “Aku telah mengalahkan dunia” (Yoh 16:33).
Δ Oleh kematianNya, Tuhan memusnahkan Iblis (Ibr 2:14; Kol 2:15).

2. Mereka pasti dihakimi

Δ Tuhan pasti menghakimi mereka (II Ptr 2:4).
Δ Melemparkan mereka ke dalam lautan api dan belerang (Why 20:10; Mat 25:41).
Δ Iblis pun mengetahui bahawa waktu penghakiman bagi mereka sudah tiba (Why 12:12; Lihat: Mat 8:29).

VI. CARA MENGALAHKAN IBLIS.

1. Bersandar pada Yesus

Δ Bersandar pada darah Tuhan (Why 12:11; Kol 1:13, 14; Gal 3:27).
Δ Bersandar pada Roh Tuhan (Mat 12:28; Rm 8:13).
Δ Taat pada firman Tuhan (Yak 4:7; Mat 4:7-11).

2. Rendah hati

Δ Jangan gila hormat (Gal 5:26).
Δ Menganggap orang lain lebih utama dari diri sendiri (Flp 2:3).
Δ Hendaklah tunduk dan rendah hati di bawah kuasa Allah (I Ptr 5:5, 6).

3. Jujur tak bercela

Δ Tak ada kelicikan (Yoh 1:47).
Δ Berkata jujur (Za 8:16; Ef 4:15).
Δ Setia (Dan 6:4,22; Flp 2:15).

4. Kudus sempurna

Δ Tiada fikiran busuk di hati (Mat 5:27, 28; Kej 39:7-10).
Δ Tidak tamak akan dunia (I Yoh 2:15, 16; Luk 4:5-8).
Δ Tidak melakukan kejahatan (II Tim 2:19; I Kor 6:9, 10).

5. Mengasihi orang lain seperti diri sendiri.

Δ Tidak iri hati pada orang lain (I Kor 13:4; I Yoh 3:12).
Δ Tidak mencelakai orang lain (Rm 13:10; I Kor 13:5).
Δ Rela mengorbankan diri (I Yoh 3:16; Rm 15:1,2).

6. Setia sampai mati

Δ Iman tak berubah sampai mati (II Kor 11:2-4; Why 2:10).
Δ Setia pada Kristus sampai mati (Rm 8:15-39; Yoh 6:68).
Δ Tidak takut mati untuk Tuhan (Why 12:11; Kis 2:22-24).

Tidak Memberi Kesempatan Kepada Iblis
|

Tidak Memberi Kesempatan Kepada Iblis

Ayat kitab: Ef 4:27; 6:10-17.

Pendahuluan: Yoh 10:10 – Pencuri datang hanya untuk mencuri dan membunuh dan membinasakan. Syaitan bekerja dengan menggunakan kesempatan yang diberikan oleh manusia. Jika tidak diberi kesempatan dan peluang, dia tiada kuasa. Seperti Hawa yang tidak jelas tentang firman Tuhan, menghampiri buah larangan itu (boleh dilihat, dan dipetik) memberi kesempatan kepada iblis.

  • Kelicikan iblis (Kej 3:1).

a) Banyak tipu muslihat, panah tersembunyi, menyamar sebagai malaikat terang (Ef 6:11,16; 2Kor 11:14).

b) Merebut semua peluang yang ada. Berani bertengkar dengan malaikat mengenai mayat Musa (Yud 9).

  • Kesempatan iblis (Ef 4:27).

Kesempatan iblis: Konsep, fikiran dan rencana yang tidak betul. Dia menggunakan kesempatan ini supaya manusia menunjukkannya. (dosa)

a) Sombong (1Tim 3:6).

i) Orang yang tidak kenal pasti peranan sendiri, melakukan kerja orang lain adalah  sombong. (Saul mempersembahkan korban, 1Sam 13:8-9, 10:8)

ii) Orang yang mementingkan wahyu, tidak mendengar nasihat orang lain, mudah menjadi sombong.

iii) Orang yang berkedudukan dalam gereja (penguasa, pendeta, penatua, diakon) atau luar gereja, biasanya mudah menjadi sombong.

iv) Orang yang berpendidikan tinggi akan pandang rendah orang lain. Pengetahuan membuat orang menjadi sombong (1Kor 8:1).

v) Semasa mendapati kesalahan orang lain akan menjadi sombong kerana ingat dirinya benar.

vi) Orang yang mementingkan air muka tetapi bukan kebenaran, mudah menjadi sombong.

b)     Kejahatan dalam hati.

i) Berpura-pura, tamak akan kenamaan (Seperti Ananias dipenuhi oleh iblis, Kis 5:3-4).

ii) Tamak, keras hati (Yudas digunakan oleh iblis, Yoh 13:26-27).

iii) Iri hati dan benci terhadap orang lain (Saul iri hati terhadap Daud, ini adalah perbuatan selepas iblis masuk dalam hati, 1Sam 16:14, 18:7-9; Yak 3:15-16).

c) Melanggar perintah Tuhan (Yak 4:7). Saul melanggar perintah Tuhan, Roh Tuhan meninggalkannya, roh jahat masuk, 1Sam 15:24-26, 16:14).

d) Marah tidak mengampuni (Ef 4:26-27; 2Kor 2:5-11).

e) Orang yang berdosa (1Yoh 3:8).

i) Orang yang berdosa adalah milik iblis, menjadi peralatan iblis untuk menimbulkan kekacauan dalam gereja.

ii) Iblis menggunakan Hawa yang berdosa untuk memperdayakan (membunuh) Adam (Kej 3:6).

f) Kehilangan kewaspadaan.

i) Berjaga-jaga dalam doa (Mat 26:41).

ii) Mengejar kebenaran (Ef 6:17; Ibr 4:12; Mat 4:1-11).

iii) Jika tidak berjaga-jaga, musuh akan menaburkan benih lalang (Mat 13:24-25).

Kesimpulan: Why 12:11-12; 20:7-9; 1Ptr 5:8-11. Kerja iblis berleluasa pada zaman akhir, kita harus berwaspada dan berjaga-jaga supaya tidak memberi kesempatan kepada iblis. Haruslah bersandar kepada darah Yesus dan kesaksian yang kita dengar serta kekuasaan Roh Kudus, menggunakan iman yang kukuh untuk menentang iblis, berdiri teguh di hadapan Tuhan. Helleluya, Amin!

Berjaga-jaga dengan Kerja Iblis
|

Berjaga-jaga dengan Kerja Iblis

Pendahuluan: Iblis merupakan musuh Tuhan dan pemercaya, di manakah dia? Orang yang tak percaya berkata iblis di tempat yang gelap, di perkuburan dan lain-lain. Sebenarnya, menurut catatan Alkitab, iblis datang dari atas (Luk 10:18), ialah malaikat yang berdosa (Yud 6), yang berkuasa atas dunia yang gelap ini (Ef 2:2). Angkasa merupakan kubu iblis, dia merayau-rayau di dunia (1Ptr 5:8), kadang kala pergi ke tempat anak-anak Tuhan (Ayb 1:6), dia juga tinggal di dalam hati manusia (Luk 8:2).

  • Iblis suka tinggal di dalam hati siapa?

a)     Orang yang mengikut dunia (Ef 2:1).

Persahabatan dengan dunia adalah permusuhan dengan Tuhan (Yak 4:4), seseorang yang permusuhan dengan Tuhan ialah orang yang tidak disukai Tuhan, dan dia akan menjadi kawan iblis.

b)     Orang yang menurut daging (Gal 5:19-21).

c)     Orang yang menyimpan dendam (Ef 4:26-27).

d)     Orang yang tamak (Yoh 13:2).

i)   Yudas tamak, maka iblis masuk ke dalam hatinya (Yoh 12:4-7).

ii)  Muslihat iblis yang paling jahat, iaitu menjadikan orang tamak akan dunia, dan menjauhi Tuhan Mat 4:8-9).

e)     Orang yang iri hati dan suka perpecahan (Yak 3:14-16).

f)      Orang yang sombong.

i)      Iblis dilahirkan dari kecongkakan (Yes 14:12-14).

ii)     Tuhan menentang orang yang congkak (Yak 4:6-7).

g)     Orang yang mudah diombang-ambing oleh rupa-rupa angin pengajaran (Ef 4:13-14).

h)     Orang yang menurut kehendak manusia lebih daripada kehendak Tuhan (Mat 16:21-23).

  • Bagaimanakah berjaga-jaga dengan kerja iblis?

a)     Berjaga-jaga dalam doa (Mat 26:41; Ef 6:18).

b)     Tunduk kepada Tuhan (Yak 4:7).

c)     Mendekati Tuhan (Yak 4:8).

d)     Tangan yang tahir, hati yang suci (Yak 4:8-9).

e)     Rendah hati (Yak 4:10).

f)      Bersandar kepda kekuatan Tuhan (Ef 6:10-11).

Janganlah Memberi Kesempatan Kepada Iblis
| | |

Janganlah Memberi Kesempatan Kepada Iblis

Pendahuluan: Apabila marah, janganlah berbuat dosa, janganlah matahari terbenam sebelum padam amarah, janganlah memberi kesempatan kepada iblis (Ef 4:26-27). Iblis berjalan keliling sama seperti singa yang mengaum-aum dan mencari orang yang dapat ditelannya (1Ptr 5:8). Oleh itu, kita harus sedar dan berjaga-jaga, jangan memberi kesempatan kepada Iblis.

  • Jangan kemabukan (Ef 5:18)

Nuh menimbulkan kemaluan pada dirinya kerana kemabukan (Kej 9:20-23), Lot melakukan sumbang mahram kerana kemabukan, hal-hal ini boleh menjadi peringatan. Haruslah menjauhi daripada godaan minuman keras supaya dapat mengelak daripada berbuat dosa.

  • Menjauhi hawa nafsu (2 Ptr 2:14)

Daud berdosa besar kerana keinginan mata (2 Sam 11). Dalam zaman penuh dengan percabulan ini haruslah kita menjaga hati kita daripada segala (Ams 4:23). Menjaga mata kita, berjaga-jaga kelakuan, jangan melepaskan hawa nafsu, tetapi melatih tubuh sendiri (1 Kor 9:27), jangan berdosa percabulan, supaya tidak ditolak oleh Tuhan.

  • Jangan Tamak

Yudas menyerahkan Yesus, dipergunakan oleh iblis, kerana dia tamak (Luk 22:1-5; Yoh 12:4-6), menimpa kebinasaan roh dan tubuh daging. (Kis 1:16-20)

  • Jangan marah (Ef 4:26)

Musa tidak dapat masuk ke tanah Kanaan yang indah kerana dia menjadi marah di Meriba (Bil 20:10-13; Ul 34:1-5). Dalam perjalanan ke syurga, janganlah kita marah sehingga berdosa, kerana amarah manusia tidak mengerjakan kebenaran di hadapan Tuhan (Yak 1:20)

  • Jangan sombong (1 Ptr 5:5)

Malaikat yang paling cantik dan berhikmat berdosa kerana hati congkak, dilempar Tuhan ke bumi menjadi iblis (Yes 14:12-20; Yeh 28:14-19). Kita harus takut akan Tuhan, merendahkan hati kerana Tuhan menentang orang yang congkak, tetapi mengasihani orang yang rendah hati.

  • Jangan iri hati (Gal 5:21)

Kedengkian tidak akan mendapat bahagian dalam kerajaan Tuhan. Kain berasa iri hati terhadap Habel kerana korban persembahan Habel dikenan Tuhan dan melakukan pembunuhan (Kej 4:4-8). Kumpulan Korah dilenyapkan Tuhan kerana iri hati terhadap Musa dan Harun (Bil 16). Iri hati jangan ada, kasih hati jangan kurang.

  • Jangan ragu-ragu (Yud 22)

Jangan ragu-ragu terhadap Tuhan dan kebenaranNya. Kegagalan nenek moyang disebabkan kesangsian mereka terhadap perkataan Tuhan dan terkena kepada tipu muslihat si iblis, berdosa besar, dihalau keluar dari taman Eden (Kej 2:15-17; 3:4). Dalam gereja benar hari ini, jangan meragui Alkitab, Roh kudus dan kebenaran supaya tidak terkena kepada muslihat iblis, dihalau dari gereja. Jangan menjadi pemercaya seperti Tomas, meragui Yesus (Yoh 20:24-29). Haruslah percaya kepada kata-kata Tuhan, memegang kepada kepercayaan dan iman sampai kesudahan barulah boleh diselamatkan.

  • Jangan takut (1 Ptr 5:8)

Jika takut kepada auman iblis – penentangan, penganiayaian, pengetawaan terhadap kita, iaitu kita putus asa dan berasa takut kepada pencubaan-pencubaan iblis, kita akan seperti kegagalan Petrus iaitu menyangkal Yesus tiga kali. Oleh itu, kita melawannya dengan iman yang teguh seperti pemercaya purba juga menanggung penderitaan yang sama (1 Ptr 5:9). Meneladani perbuatan Paulus yang tidak takut (Rm 8:31-39).

  • Jangan menurut kehendak manusia (Mat 16:21-23)

Petrus menghalang Yesus tidak pergi ke Yerusalem adalah menurut kehendak manusia. Oleh itu, Yesus mengetahui bahawa Petrus digunakan iblis dan menghalau ia keluar. Janganlah kita menurut kepada kehendak manusia tetapi menurut kepada kehendak Tuhan, memusatkan Tuhan, mengikut Kehendak Tuhan.

  • Jangan menuruti daging (Rm 8:5-6)

Menuruti daging adalah perseteruan dengan Tuhan, orang yang milik daging tidak dikenan Tuhan (Rm 8:7-8). Iblis selalu menggunakan kelemahan daging supaya pemercaya berdosa maut. Oleh itu, haruslah menurut dan mengikuti Roh Kudus, berdoa berjaga-jaga, memohon kepenuhan Roh Kudus (Mat 26:41; Ef 5:18), barulah dapat mengalahkan musuh (Rm 8:13)

Proses Dan Pengajaran Bapa Leluhur Berdosa
|

Proses Dan Pengajaran Bapa Leluhur Berdosa

Kehidupan manusia yang menderita  penuh dengan kelelahan, susah hati, singkat dan sia-sia adalah akibat bapa leluhur telah melanggar perintah Tuhan dan jatuh dalam dosa.  Malangnya, bukan sahaja seluruh manusia terjerumus dalam dosa, bahkan orang dosa akhirnya akan masuk  ke nereka menghadapi hukuman kekal.  Dengan itu,  pengkajian tentang proses bapa leluhur jatuh dalam dosa  akan dapat memahami  muslihat Iblis dan kelemahan sifat manusia, seterusnya mempelajari pengajaran  tentang berjaga-jaga dan berwaspada.

Ayat Alkitab: (Kej 3:1-6)

  • Ibilis mempergunakan ular yang cerdik untuk merosakkan : Perempuan bergaul dengan ular (1)
    •   Ada teman yang mendatangkan kecelakaan (Ams 18:24).
  • Menggoda Hawa dalam perbualan supaya  menimbul kecurigaan : “Tentulah Allah berfirman” (1).
    • Hati yang bimbang sama seperti gelombang laut yang diombang-ambingkan, orang yang mendua hati tidak akan tenang dalam hidup (Yak 1:6-8). – Mengakibatkan kita tidak dapat membedakan yang baik dan yang jahat.
  • Hawa tidak memahami perintah Tuhan : Mengubah firman Tuhan (2-3).
    • Tuhan berfirman: “Pada hari engkau memakannya, pastilah engkau mati”, tetapi Hawa berkata: “Jangan kamu makan ataupun raba buah itu, nanti kamu mati” (menambah dan mengurangkan firman Tuhan).
    • Jangan melupakan pengajaran Allah,  umat binasa kerana tidak mengenal Allah (Hos 4:6).
  • Kekeliruan kerana seakan-akan benar namun adalah salah : Sekali-kali kamu tidak akan mati (4).
    • Firman Tuhan  bukanlah “ya” dan “tidak”, tetapi sebaliknya di dalam Dia hanya ada “ya”(2 Korintus 1: 18-20).
  • Menimbulkan sifat ingin tahu :  Pada waktu kamu memakannya matamu akan terbuka (5).
    • Kerana sifat ingin tahu, nabi tua berbohong kepada abdi Allah, menggoda dia kembali  ke rumah makan roti minum air. Oleh kerana membelakangi perintah Tuhan maka ia mati diterkam singa  (1Raj 13:6-24).
  • Menimbulkan sifat suka menang : Menjadi seperti Allah tahu tentang yang baik dan yang jahat (5).
    • Kain adalah  abang, dia menganggap dirinya lebih unggul daripada orang lain pasti dapat mengalahkan adiknya. Itulah sebabnya dia menjadi sangat panas dan mukanya muram apabila Tuhan mengindahkan korban persembahan Habel tetapi tidak mengindahkan korban persembahannya ( Kej 4:3-5).
  • Keinginan mata : Sedap kelihatannya(6) – Ingin melihat.
    • Ketika Daud berjalan-jalan di atas sotoh istana, tampak kepadanya dari atas sotoh itu seorang perempuan sedang mandi,  ini telah menyebabkan dia berzinah dan membunuh(2 Sam 11:2-5, 14-15).
  • Keinginan daging : Baik untuk dimakan(6) – ingin makan.
    • Esau menjual hak kesulungannya untuk sepiring makanan (Ibr 12: 16-17).
  • Keangkuhan hidup kini : Mmemberi  pengertian (6).
    • Kerana pujian perempuan yang kurang berpengetahuan telah membangkitkan amarah raja Saul, dia membenci Daud disebabkan keangkuhan dan kedengkian, maka  roh jahat berkuasa atasnya sehingga dia kerasukan roh jahat dan sentiasa ingin membunuh Daud (1 Sam 18 :6-12).
  • Aksi berbuat dosa : Mengambil dari buahnya dan dimakannya(6).
    • Kain bercakap dengan Habel,  memukul adiknya dan membunuhnya (Kejadian 4:8).
  • Pemberian berlandaskan emosi : Diberi juga kepada suaminya untuk dimakan ((6).
    • Raja Ahab berasa kesal hati dan gusar kerana tamak akan kebun anggur Nabot, dia mendengar muslihat dari  ratu Izebel  iaitu mencari orang lain bersaksi dusta untuk membunuh Nabot  seterusnya merampas kebun anggurnya; akhirnya, dia telah ditimpa malapetaka (1 Raj 21:1-10, 19).
  • Kepercayaan berlandaskan hubungan persaudaraan : suaminya pun memakannya (6).
    • Anak perempuan Herodias tidak dapat membezakan yang baik dan yang jahat, mendengar kata-kata ibunya meminta kepala Yohanes Pembaptis dari raja, akibatnya membunuh orang yang baik dengan kejam (Mrk 6:22-25).

 Kesimpulan:

Memahami proses dan fakta bapa leluhur jatuh dalam dosa supaya berhikmat untuk mencegah pekerjaan Iblis.  Berjaga-jagalah dan berdoalah, supaya kamu jangan jatuh ke dalam pencobaan. (Mat 26:41)

Berjaga-jaga Dengan ‘Penampi’ Syaitan
|

Berjaga-jaga Dengan ‘Penampi’ Syaitan

Ayat kitab: Luk 22:31

Pendahuluan: Syaitan ingin menuntut kita, ia menggunakan penampi untuk menampi kita. Kita memohon kepada Tuhan supaya kita menang, seperti gandum disimpan dalam lumbung Bapa Syurga.

Apakah tipu muslihat digunakan oleh syaitan untuk menuntut kita?

  • Penampi dosa
    1. Kederhakaan bertambah (Mat 24:12)
    2. Zaman kezaliman bangkit (Kej 6:2)
    3. Menguduskan diri, mengelakkan dari penampi syaitan (2Tim 2:22)

 

  • Penampi duniawi
    1. Apa itu duniawi (1Yoh 2:15-16)
    2. Tidak bersahabat dengan dunia (Yak 4:4)
    3. Mengejar Kerajaan Tuhan dan kebenaranNya (Mat 6:33)

 

  • Penampi penderitaan
    1. Syaitan menggunakan penderitaan untuk menyerang manusia (Ayb 1:8-11)
    2. Kebinasaan datang dengan tiba-tiba (1Tes 5:3)
    3. Penindasan itu baik (Mzm 119:71)

 

  • Penampi  pengeliruan
    1. Kelemahan (Ibr 12:12)
    2. Tidak mengejar kemajuan (Ibr 6:1)
    3. Injil palsu (Gal 1:6-9)