Bahagian 3:Rayakan Hari Raya Pondok Daun Apabila Selesai Mengumpulkan Hasil
| | | | | |

Bahagian 3:Rayakan Hari Raya Pondok Daun Apabila Selesai Mengumpulkan Hasil

Ayat Alkitab: UL 16:13-15

Pendahuluan:

Hari raya Pondok Daun haruslah kaurayakan tujuh hari lamanya, apabila engkau selesai mengumpulkan hasil tempat pengirikanmu dan tempat pemerasanmu.(UL 16:13,15)

1. Cara Perayaan (UL16:13)

a) Tarikh: Pada hari yang kelima belas bulan yang ketujuh itu setiap tahun, selama tujuh hari.

b) Tempat: Di tempat yang akan dipilih Tuhan, tinggal di dalam pondok-pondok daun (Ul 16:15, Im 23:42).

c) Mempersembahkan korban: Korban api-apian, korban bakaran, korban sajian, korban sembelihan, korban-korban curahan, persembahan, korban nazar, korban sukarela (Im 23:37-38).

2.  Makna mengadakan perayaan  (UL 16:14-15)

a) Mengumpulkan hasil.

  • Bersyukur kepada Tuhan atas pemberian-Nya (Ul 16:15).
  • Milik pusaka dan anak-anak lelaki adalah pemberian Tuhan (Mz 127:1-3).

b) Bersukaria.

  • Bersukaria bersama-sama dengan penduduk di dalam kota (UL 16:14).
  • Menjaga orang Lewi, anak yatim, janda dan orang asing (UL 26:12, Mz 10:14, Yes 1:17; 9:16, Yer 7:6, Za 7:10).
  • Janganlah hanya memperhatikan kepentingannya sendiri, tetapi kepentingan orang lain juga (Flp 2:4).
  • Ibadah yang murni dan yang tak bercacat di hadapan Allah, Bapa kita, iaitu mengunjungi anak yatim piatu dan janda-janda dalam kesusahan mereka (Yak 1:27).

c) Tinggal di dalam Pondok Daun.

  • Jangan lupa akan kehidupan di padang gurun (Im 23:42).
  • Mengakui bahawa sendiri adalah orang asing dan pendatang di bumi ini (Ibr 11:13).

Kesimpulan  : (UL 16:15)

Sebab Tuhan, Allahmu, akan memberkati engkau dalam segala hasil tanahmu dan dalam segala usahamu, sehingga engkau dapat bersukaria dengan sungguh-sungguh.