Kitab Bacaan: Ef 1 : 23
Gereja kita merupakan satu-satunya bahtera yang diselamatkan, didirikan pada akhir zaman menurut perintah Tuhan dan disertai Roh Kudus. Dengan mengenali gereja kita barulah dapat mengenali Tuhan, mengenali kehendak Allah. Dengan mengenali gereja kita dan menerima firman gereja kita, dapatlah percaya dengan mendalam, supaya bersatu, dan menghargai iman kepercayaan sendiri di gereja kita, selanjutnya prihatin, bersaksi dan menyebarkan kebenaran gereja kita.
A. Mengenali nama gereja: Mengapa digelar sebagai ‘Gereja Yesus Benar’?
(i) Merupakan nama gereja yang ditetapkan Roh Kudus, bukan berasal dari keangkuhan manusia (Tuhan menwahyukan kepada pekerja peringkat awal dengan suara nyaring).
(ii) Penjelasan tentang keraguan nama gereja.
- Maksud asal nama gereja : Gereja bagi Allah Benar Yesus.
- Sebab hanya digelar ‘Gereja Yesus Benar’ (Allah hanya mewahyukan sedemikian).
a. Menyembunyikan ‘Allah’ menyatakan’Yesus’, Yesus merupakan penyataan Allah (Yoh 1:18, 14:8–9).
b. Menyatakan, menjunjung tinggi nama Allah — Yesus (Kristus bukan nama).
@ Menjunjung tinggi nama Yesus (Flp 2:9–11; Kis4:12; Yoh 16 : 23).
@ Supaya umat pilihan diberkati kerana datang ke tempat yang menegakkan nama Allah (Kel 20:24; Ul 12:5 , 11–14).
3. Analisis nama gereja
a. ‘Benar’ melambangkan ‘Allah Benar’ (Why 3:12).
@ ‘Langit’ dirujukan kepada ‘angkasa’, ‘ cakrawala/udara’ dari segi sains (Kej 1:8).
* Dalam hati orang zaman dahulu merupakan kata ganti nama bagi Allah (Luk 15:21).
@ ‘Benar’ merupakan kata adjektif dalan kenyataan, tetapi merupakan kata ganti nama Allah dalam Alkitab yang diilhamkan Allah (Why 19:11;Yoh 3:33, 7:28–29, 8:26; 1 Yoh 5:20).
b. ‘Yesus Benar’: merupakan nama baru bagi Tuhan, ‘namaku yang baru’ (Why 3:12)
@ ‘Yesus’ bersatu dengan ‘Benar’: menunjukkan Bapa dan Anak adalah satu, tidak dtinggalkan, berdikari.
@ Rahsia penyataan ‘nama baru’ juruselamat (Yes 62:2).
- Hanya Yesus merupakan Allah yang sempurna dengan sesungguhnya; hanya
- Yesus merupakan manusia yang benar-benar sempurna di hadapan Bapa.
- Amatlah perlu dan sesuai menambahkan ‘Benar’ di belakang ‘Yesus’, menjadi nama baru bagi Tuhan hari ini.
c. ‘Gereja Yesus Benar’: merupakan nama kota suci Allah (Why 3:12).
@ Gereja merupakan nama kota secara rohaniah;
@ Kota Allah harus mempunyai nama Allah di atas, Gereja bagi Yesus Benar harus mempunyai nama Yesus Benar di atas.
4. Rancangan Allah di atas perkataan ‘Benar’:
a. Bukan sahaja melambangkan Allah, menetapkan nama baru bagi Yesus supaya manusia dapat diselamatkan olehNya;
b. Juga melambangkan ‘Benar’ yang sebenarnya, akan meremukkan dan menghabisi segala kepalsuan (Dan 2:44). Adalah perlu menunjukkan ‘benar’ pada akhir zaman yang penuh kepalsuan, supaya dibezakan untuk menjadi kudus. Sama seperti Tuhan berhadapan dengan agama Yahudi dan orang Farisi yang penuh kepalsuan pada masa itu, dengan khasnya menyatakan “Akulah pokok anggur yang benar” (Yoh 15:1), (memang akan menyinggung perasaan ‘pokok anggur yang liar’). Gereja kita meletakkan ‘Benar’ menurut perintah Tuhan memang tiada kepalsuan dari dalam, adalah tahan diuji.
c. Juga merupakan rancangan penyebaran firman pada akhir zaman ini: menyelamatkan mereka yang mencari kebenaran.
@ Setiap orang yang di bawah ‘benar’, sifat asal dalaman menjadi nyata (membangkitkan dan menjatuhkan) (Luk 2:35);
@ Allah membiarkan orang menjamah dan menemukan Dia (Kis 17:27), supaya mereka yang serius berfikir :”Bagaimana benarnya?”, “ Di mana benarnya?”, “Adakah orang lain palsu ?”, “Bagaimana palsunya ?”. Jika soalan ini banyak difikirkan, banyak dibincangkan, banyak dibahaskan dan banyak ditinjau beberapa kali, maka biarlah orang mendengarnya dan berkata :
“Benar demikian !” (Yes 43:8–9).
- Terdapat orang berkata: Bagaimana aku harus menerima kerana nama gereja tidak dicatat dengan jelas dalam Alkitab;
a. Alkitab merupakan kitab yang dimeterai, yang ditulisi sebelah dalam dan sebelah luarnya (ayat, inti) (Why 5:1). Hukum yang tertulis mematikan, tetapi inti (maksud rohani) menghidupkan (2 Kor 3:6; Yoh 6:63).
b. Nama bagi ‘Yesus’, dalam perjanjian lama hanya mencatatkan ‘Imanuel’, tiada perkataan ‘Yesus’ (Yes 7 : 14 ), orang Yahudi milik darah daging pada perjanjian baru, tidak mengakui Yesus disebabkan dalam Alkitab hanya mencatatkan Kristus.
c. Andainya Alkitab mempunyai tulisan nama gereja, semua akan menyebut nama ini sekarang, akhirnya tiada perbezaan antara benar dan palsu.