Tanda mujizat di Gerbang Indah
|

Tanda mujizat di Gerbang Indah

Nas Alkitab : Kis 3:1-11

Penjelasan bagi perkataan:

Orang Yahudi mempunyai kehidupan beribadah yang berdoa tiga kali dalam sehari. Antaranya adalah pada pukul tiga petang.

Gerbang yang berada di sebelah timur bait suci yang mempunyai nama yang cantik dan kuat – Gerbang Indah. (Gerbang ini mempunyai ketinggian sebanyak 40 hasta, dibina dengan tembaga hijau Korintus, memerlukan 20 orang untuk membuka dan menutupnya).

Lokasinya berada di sebuah kota kecil di kawasan Galilea. Tempat ini ialah kampung halaman Tuhan Yesus, tempat Ia dibesarkan.

Ia mempunyai nama umum iaitu di antara betis dan kaki, tempat yang tidak rata di kedua sisi kiri dan kanan, pergelangan kaki dalaman dan luaran.

Menerangkan proses tanda mukjizat:

1. Proses orang lumpuh mendapat kasih karunia:

(a) Lumpuh sejak dilahirkan (Kecacatan dari awal lagi), oleh sebab itu, dia tidak dapat menjadi peminta sedekah yang berdikari.

(b) Berada di pintu gerbang bait pada setiap hari.

(c) Dia datang ke Gerbang Indah bait suci bukan untuk mendapat penyembuhan bagi penyakitnya, melainkan hanya untuk kehidupannya.

(d) Sedang memohon belas kasihan dan sedekah dari Petrus (Penginjil). (Walaupun Penginjil miskin tetapi merekalah yang paling kaya).

(e) Petrus mahu dia memperhatikan apa yang diberi oleh penginjil kepadanya? (Firman dan kasih karunia).

(f) Akhirnya, apa yang dia dapat dari penginjil adalah jauh lebih besar daripada yang dipohon dan diharapkannya, ia merupakan kasih karunia yang tidak dapat dibeli dengan wang. Tulang pergelangan Kaki menjadi kuat dan dia dapat melonjak, berdiri dan berjalan.

(g) Selepas sembuh, dia masuk ke bait untuk bersyukur dan memuji Tuhan. (Bukan selepas sembuh, dia “discaj dari hospital”).

(h) Ia menjadi kesaksisan yang indah dan baik di kalangan orang ramai, memuliakan nama Tuhan.

(i) Rapat mengikuti penginjil, melayani Yesus.

Orang duniawi sekarang juga mempunyai kecacatan hati dan roh. Mereka tidak tahu bagaimana hidup sebagai manusia dan tidak tahu melakukan firman, seperti telah wujud kekurangan sejak dilahirkan . Demi mendapat penyembuhan, harus percaya kepada Tuhan Yesus, menerima anugerah yang kudus.

2. Petrus menjalankan tanda mukjizat.

(a) Berdoa pada masa yang tetap: Iaitu sumber kekuatan (3:1)

(b) Penuh dengan kasih: Iaitu motif menjalankan tanda mukjizat. Petrus menatapnya— bersimpati terhadap orang itu (3:4)

(c) Penuh dengan iman: Merupakan syarat yang harus ada untuk memimpin orang yang telah mendapat anugerah dan juga untuk orang itu mendapat kasih karunia. “Orang itu melihat mereka” (Kewujudan iman). Diri sendiri juga mempunyai iman yang mencukupi, bersandarkan nama Tuhan, dengan berani, “memegang”, “membantu dia berdiri” (3:6-7)

(d) Menggunakan kesaksian: Membuktikan bahawa Yesus ialah Kristus, membawa manusia kembali kepada Tuhan (3:13)

Memberi kemuliaan kepada nama Tuhan: “Mengapa menatap kami…”, menyatakan Kristus menyembunyikan diri sendiri, dengan rendah hati memberi kemuliaan kepada Tuhan (3:11-12, Yak 4:6)

Ajaran kepada rakan sekerja gereja:

1. Harus bersandarkan doa untuk mendapat kekuatan (Flp 4:13, Za 4:6).

2. Penuh dengan rahmat, hati belas kasihan—Tidak mahu mereka binasa dalam neraka (2 Ptr 3:9, 1 Tim 2:4).

3. Harus mempunyai iman dan ketekunan untuk memimpin orang: Iman untuk memimpin. (Ibr 11:6)

4. Hati yang rendah hati, tidak berani merampas kemuliaan Tuhan (Flp 1:20, Why 14:7, 15:4).

Menggunakan kesaksian, membuktikan Tuhan Yesus ialah Tuhan Penyelamat yang esa (Kis 1:8, Kis 4:12).