88. Orang Yang Gagal Kerana Anggur
|

88. Orang Yang Gagal Kerana Anggur

Alkitab mengatakan : “Jangan melihat kepada anggur, kalau merah menarik warnanya, dan mengilau dalam cawan, yang mengalir masuk dengan nikmat, tetapi kemudian memagut seperti ular, dan menyemburkan bisa seperti beludak” (Ams 23 : 31-32).

I.       BAHAYA DARI ANGGUR

1.      Tak berguna bagi tubuh : Sebab sifat anggur menghangatkan (Hos 7 : 5), mendapat cidera tanpa sebab, bahkan binasa (Ams 23 : 29-30).

2.      Tak berguna bagi ekonomi : Sebab peminum anggur dapat menjadi miskin (Ams 23 : 21), menjual anak perempuan untuk membeli anggur (Yl 3 : 3).

3.      Tak berguna bagi kepercayaan : Dapat menodai diri sendiri, pemabuk tidak dapat menerima Kerajaan Allah (Dan 1 : 8;  1 Kor 6 : 10;  Gal 5 : 21).

II.     ORANG YANG GAGAL KERANA ANGGUR

1.      Lot : Meskipun ia ke luar dari Sodom yang dimusnahkan itu, tetapi kerana minum anggur, sehingga terjadi kekacauan dan kejahatan besar (Ruj : Kej 19 : 30-38;  Yeh 33 : 12-13).

2.      Raja Belsyazar : Minum anggur bersama 1000 orang menterinya dan dalam kesenangan minum itu telah mengotori perkakas Bait Allah, memuji-muji berhala, sehingga Allah murka dan membinasakan Kerajaan tersebut (Ruj : Dan 5 : 1-9, 25-31).

III.    HENDAKLAH MENCEGAH MINUM ANGGUR

1.      Bertekad tidak minum anggur (Dan 1 : 8;  Yer 35 : 5-8).

2.      Janganlah bergaul dengan orang peminum anggur (Ams 23 : 20;  1 Kor 5 : 11).

3.      Hendaklah mohon kepenuhan Roh Kudus, mematikan nafsu dari anggur (Ef 5 : 18;  Rm 8 : 13).

Simson Yang Gagal Dalam Perkahwinan
|

Simson Yang Gagal Dalam Perkahwinan

Pendahuluan: Menghormati perkahwinan (Ibr 13:4).

A.   Kegagalan Pertama

  1. Jatuh cinta dalam pandangan pertama, tidak berfikir dengan jelasnya (Hak 14:1-3, 7).
  2. Tidak peduli akan bantahan ibu bapa, mengahwini perempuan kafir sebagai isteri (Hak 14:3).
  3. Perempuan tidak sehati dengannya, kemudian telah diberikan kepada orang lain (Hak 14:15-17, 20).
  4. Akhirnya menimbulkan masalah (Hak 15:6-8).

B. Kegagalan Kedua

  1. Mendekati perempuan sundal (Hak 16:1).
  2. Dikepung untuk dibunuh (Hak 16:2).
  3. Memuaskan keinginan daging (Hak 16:3).

C. Kegagalan Ketiga

  1. (Hak 16:4).
  2. Perempuan sudi berkahwin kerana tamak akan kekayaan (Hak 16:5).
  3. Disedarinya bahawa tidak boleh dipercayai, namun tidak ingin melepaskan/meninggalkannya.
  4. Akhirnya ditangkap, dibelenggu, mata menjadi buta dan akhirnya mati (Hak 16:21, 30).

D. Pengajaran

  1. Tidak seimbang dengan orang-orang yang tidak percaya (2 Kor 6:14, Ul 7:3-4).
  2. Jangan mementingkan kecantikan/perhiasan secara lahiriah (Ams 31:30, 1 Ptr 3:3-4).
  3. Jangan mengikat dirinya pada perempuan cabul (1 Kor 6:15-16, Ams 7:6-27).
  • Perempuan yang berakal budi (Ams 31:10-12, 18:22, 19:14).