Fungsi Suami Sebagai “Kepala”

Fungsi Suami Sebagai “Kepala”

Ayat Kitab: 1 Kor11: 3; Ef 5: 23

1 Kor 11: 3 mencatatkan bahawa “kepala dari perempuan ialah laki-laki”, Ef5: 23 mencatatkan bahawa “suami adalah kepala isteri”,  nampaknya itulah status dan kepentingan yang Tuhan berikan kepada laki-laki, iaitu sebagai seorang suami di dalam sesebuah keluarga. Di samping itu, ia juga mewakili suatu penghormatan dan tanggungjawab. Fungsi “Kepala” ini bukanlah hanya memberikan arahan melainkan haruslah berjalan di hadapan seisi keluarga, dan sentiasa menjadi teladan, supaya keluarga sendiri mendapat pembangunan dan menjadi sebuah keluarga yang memuliakan Tuhan dan memanfaatkan manusia.

Bagaimanakah suami dapat menyerlahkan fungsi sebagai “kepala” di dalam keluarga?

A. Gerakkan minda selalu

Suami, selaku tuan punya rumah (ketua rumah), perlu meluangkan lebih banyak masa dan semangat dalam keluarganya berbanding dengan anggota-anggota keluarga yang lain.

1. Bagaimana Membina Sebuah Keluarga yang Baik.

Lelaki yang telah berkahwin haruslah memahami bahawa keadaan kini telah berubah, dahulunya bujang, tiada tanggungjawab dan kerisauan, akan tetapi kini telah beristeri dan anak. Dahulunya boleh bersandar pada ayah dan ibu, kini perlu meninggalkan ayahnya dan ibunya dan bersatu dengan isterinya(Kej 2: 24). Lelaki yang telah berkahwin, dikatakan telah dewasa, maka Tuhan mengangkatnya sebagai tuan atas keluarga (Kej 1:22), dengan menyerah kepadanya tanggungjawab sebuah keluarga, maka sejak hari itu, dia perlu menguruskan keluarga tersebut, dan memainkan peranan yang terpenting dalam sebuah keluarga (Kej 2:18). Semenjak itu, dia perlu sering menggerakkan minda, rajin membuat rancangan, mendirikan kerjaya yang baik demi tujuan menyara dan memenuhi keperluan keluarga, supaya hidup mereka tidak kekurangan makanan dan pakaian (Titus 3:14), di samping mengekalkan kebiasaan baik berjimat cermat (Yak 4:3).

2. Bagaimana menguruskan keluarga dengan baik.

Selain daripada kenikmatan kebendaan, sebuah keluarga yang bahagia juga memerlukan suasana kekeluargaan yang baik. Misalnya ayah yang penyanyang dan anak yang taat, menghormati orang yang tua, menyanyangi yang muda dan hidup berdamai. Ini juga merupakan tahap yang dikecapi oleh seorang ketua rumah sekira dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan baik.

B. Bertindak sebagai teladan dalam segala hal

1. Kebiasaan.

Demi menjadi kepala yang baik supaya diteladani oleh anak-anak, maka mereka yang berfungsi sebagai suami dan ayah perlulah memupuk kebiasaan-kebiasaan baik dalam kehidupan, misalnya hidup bertertib berdisiplin, tidak lewat pulang ke rumah tanpa sebab, tiada tabiat buruk seperti berjudi, mabuk, dan menikmati hiburan yang sesuai (1 Kor 10:23).

2. Pertuturan dan Tingkah Laku.

Bercakaplah dengan lemah lembut dan bersopan dengan orang lain, tidak menyusahkan orang lain, janganlah ada perkataan kotor keluar dari mulut, (Ef 4: 29), menghormati yang tua dan menyayangi yang muda, tidak melakukan perkara yang merugikan keluarga dan tidak bermanfaat kepada masyarakat (Mat 5:16), janganlah merisaukan ayah dan ibu, adik beradik dan isteri.

3. Kasih.

Kata Paulus “suami adalah kepala isteri” (Ef 5: 23), pada masa yang sama, juga berkata bahawa “suami harus mengasihi isterinya sama seperti tubuhnya sendiri” (Ef 5: 28), nampaknya jika suami inginkan isteri tunduk kepadanya, maka dia perlulah setia dan tidak mendua hati (Ams 5:18). Malah kekadangnya suami perlu mengorbankan kepentingan peribadi sendiri demi keluarga, supaya si isteri tunduk kepadanya dengan rela hati, dan menjadikannya sebagai “kepala” mereka.

4. Kehidupan kepercayaan.

Memandangkan suami adalah “kepala”, maka haruslah mengepalai kehidupan kepercayaan, sebagai pemimpin rohani, mengambil berat, mendorongi seisi keluarga untuk menyertai kebaktian, pembacaan Alkitab, dan berdoa dengan positifnya, sentiasa berketrampilan bersandar pada Tuhan dalam kehidupan, serta selalu memperkatakan kasih karunia Tuhan (1 Taw 16:23) .

Kesimpulan

Semoga Tuhan memberkati saudara-saudara yang menjadi suami, supaya mereka dapat menyerlahkan fungsi sebagai “kepala” dengan sepenuhnya, menunaikan tanggungjawab sebagai ketua rumah, menjaga anggota keluarga dengan lebih baik dan memimpin anggota keluarga ke hadirat Tuhan.