Kepentingan Berkahwin Di  Dalam Tuhan
| | |

Kepentingan Berkahwin Di Dalam Tuhan

Kepentingan Berkahwin Di Dalam Tuhan

[Lai Yin Fu]

Prakata

Ketetapan semulajadi: lelaki sudah dewasa akan berkahwin, perempuan dinikahkan. Di zaman Taman Firdaus, perkahwinan pasangan suami-isteri nenek moyang, Allah adalah pemimpin, talingkai dan saksi perkahwinan (Kej 2:18-25).

[1]      Definisi Perkahwinan

Bujang lelaki dan perempuan menjadi satu (Kej 2:24); akan meninggalkan ayah dan ibu (dapat berdikari  dan membuat keputusan sendiri), bersatu dengan isteri (sehati saling mengasihi), keduanya menjadi satu daging (menjalani kehidupan bersatu di dalam jasmani).

[2]      Tujuan Perkahwinan

i. Tidak baik manusia seorang diri saja, sesudah berkahwin akan mempunyai seorang teman (Kej 2:18).
ii. Lelaki dan perempuan menjadi satu sehingga masing-masing mempunyai seorang penolong yang sepadan ~ boleh saling bantu-membantu (Kej 2:15, 18).
iii. Demi melahirkan keturunan ilahi (Kej 1:28; Mal 2:15).
iv. Boleh mengenali akan kasih Kristus dengan jemaat (Ef 5:22-25).
v. Mempunyai teman untuk sama-sama menempuhi jalan sorgawi (I Ptr 3:7).

[3]     Kebaikan-Kebaikan Berkahwin Di Dalam Tuhan

¨ Paulus memerintahkan bahwa seorang janda harus berkahwin dengan seorang yang percaya (I Kor 7:39); apatah lagi dengan lelaki atau perempuan yang belum berkahwin, terlebih lagi perlu bertekad mesti berkahwin di dalam Tuhan.

i. Memberikan lebih banyak kesempatan kepada belia-belia seiman untuk berkahwin di dalam Tuhan.
ii. Setelah berkahwin akan memiliki keluarga kristiani yang aman bahagia (Gal 3:27, 28).
iii. Iman kepercayaan sama dan konsep bersamaan akan sehati sejalan (Am 3:3).
iv. Saling mendoakan, saling mengasihi dan membantu, seiringan menempuhi jalan ke Sorga (Mat 18:19).
v. Anak-anak akan menerimakan pendidikan agama yang sepatutnya (Ams 22:6).
vi. Saling menerima dengan kasih, sabar dalam segala sesuatu, tidak berpisah sampai selama-lamanya (I Kor 13:7, 8; Mrk 10:9).
vii. Suami-isteri memegang firman, hormati dan taat pada ibubapa di dalam Tuhan, menghormati generasi tua (Ef 6:1-3).

[4]  Apakah Kecelakaan Perkahwinan Yang Tidak Sama Kepercayaannya?

¨ Yang percaya dan tidak percaya adalah tidak seimbang (II Kor 6:14a).

i. Kepercayaan sendiri senang dirosakkan dan dianiayai.

¨ Raja Salomo dan Yoram, raja Yehuda melakukan apa yang jahat di mata Tuhan (I Raj 11:1-4, 9-11; II Raj 8:17, 18).

¨ Terdapat seiman-seiman yang berkahwin dengan orang kafir, setelah berkahwin, iman kepercayaan mulai menjadi dingin lalu tidak datang lagi ataupun sesetengah mereka ditimpa kesiksaan ~ jadikanlah contoh-contoh hidup tersebut sebagai peringatan sendiri.

ii. Masalah akan bangkit dalam pendidikan agama anak-anak sehingga iman kepercayaan mereka terjejas.

¨ Disebabkan ibu ialah seorang bangsa lain maka anak-anak tidak pandai bahasa Yahudi (Neh 13:23-27).

¨ Bentangkan contoh-contoh keluarga yang ibubapanya tidak sama kepercayaan untuk jelaskan hal ini.

iii. Keluarga yang kristiani akan terpengaruh atau dirosakkan.

¨ Esau yang berkahwin dengan perempuan bangsa asing telah menimbulkan kepedihan hati ibubapa (Kej 26:34, 35; 27:46).

¨ Jelaskan hal ini dengan membentangkan contoh-contoh keluarga seiman yang menikahi orang kafir.

iv. Walaupun sebagai suami isteri di dunia, namun tidak akan bersatu-temu di sorga.

¨ Suami isteri, dua orang di atas satu tempat tidur, sewaktu Tuhan datang, yang seorang akan dibawa dan yang lain akan ditinggalkan (Luk 17:34).

¨ Bagi isteri yang sudah menjadi pecaya, haruslah menangkan suami sendiri dengan akhlak yang baik (I Ptr 3:1-2).

[5]     Bagaimana Berjaya Berkahwin Di Dalam Tuhan?

i. Kenalpasti bahwa diri sendiri adalah umat kepunyaan Tuhan, mempunyai identiti yang hormat dan mulia, tidak sepatutnya berkahwin dengan orang-orang kafir (Gal 3:26; Mzm 49:21).

ii. Golongan muda-mudi bersama dengan ibubapa harus bertekad untuk berkahwin di dalam Tuhan (Ul 7:3, 4).

iii. Percaya dan bersandar kepada penentuan Allah, serahkan hal perkahwinan sendiri di dalam doa (Mzm 37: 4, 5).

iv. Suami-isteri seiman yang sudah kahwin haruslah bersinar terang bagi Tuhan supaya jangan menjadi batu sandungan kepada para belia yang belum berkahwin (Mat 18:7).

v. Utamakanlah hidup kekal kerajaan sorga, jangan kejari kenikmatan hidup kini supaya jangan tergodai (Rm 8:6).

vi. Rendahkan diri dan bertolak ansur di dalam hal perkahwinan; jangan terlalu mengambil kira akan umur, akademik, lahiriah, kekayaan dan lain-lain syarat.

vii. Berikan keutamaan kepada pertunangan: Mula-mula tinjau dengan sejelas-jelasnya, sesudah kedua-dua pihak setuju, barulah bertunang supaya jangan sesudah bertunang teringin pula batalkan lalu terjejaslah keinginan hasrat berkahwin di dalam Tuhan.

Penutup

Semoga kita semua sama-sama mengambil berat akan perkahwinan belia-belia seiman dan banyaklah berdoa bagi mereka.

Bagaimanakah Memilih Jodoh Dalam Tuhan?
|

Bagaimanakah Memilih Jodoh Dalam Tuhan?

A.  Bertekad Atau Berazam (Kej 24:1-3)

1.  Tidak dipengaruhi konsep dan piawaian pemilihan jodoh yang bercorak duniawi.

2.  Bertekad atau berazam untuk memilih jodoh dalam Tuhan.

3.  Disokong oleh ibu bapa.

B.  Berserah Kepada Tuhan Dalam Hal Perkahwinan (Kej 24:12 ; Ams 3:5-6)

1.  Berdoa dengan tumpukan perhatian dan berserah kepada Tuhan dengan ikhlas.

2.  Menerima bantuan daripada seiman dan bekerjasama dengannya secara positif.

3. Jika tidak dapat mencari jodoh pada masa itu, jangan kecewa dan berundur. Seharusnya, berdoa dengan lebih tekun.

C.  Menitikberatkan Kepercayaan Pihak Lain (Kej 24:4 ; Ams 31:30)

1.  Hanya orang yang takut akan Tuhan tahu menghormati perkahwinan.

2.  Hanya orang yang mengasihi Tuhan tahu mengasihi manusia.

D.  Menitikberatkan Akhlak Pihak Lain (Kej 24:15 ; Ams 31:10)

1.  Tidak menitikberatkan kecantikan rupa luaran pihak lain.

2.  Hanya menitikberatkan akhlak dalaman pihak lain.

E.  Merendahkan Syarat-syarat Pemilihan Jodoh (Pkh 2:4-11 ; 1 Tim 6:10,17)

1. Jika kita meninggikan syarat-syarat duniawi, tidak senang mendapat jodoh yang sesuai.

2.  Harus mengikis konsep status dan merendahkan syarat-syarat duniawi.

F.  Jangan Menganggap Perkahwinan Sebagai Perjudian (Kitab Hakim-hakim fasal 14-16)

1.  Sesetengah seiman beranggapan bahawa jika tidak dapat mencari jodoh yang sesuai dalam Tuhan lalu mencari orang kafir tidak semestinya kurang baik, kerana berpeluang untuk membawanya percaya Tuhan. Namun, hakikatnya bukan sedemikian. Biasanya, pihak yang sudah percaya akan dipengaruhi dan dihalang oleh pihak yang tidak percaya sehingga melepaskan kepercayaannya.

G.  Menjaga Kekudusan Sebelum Berkahwin (Ibr 13:4 ; Rm 7:2-3)

1.  Sebelum berkahwin, tidak boleh bertemu di tempat yang tersembunyi. Seharusnya, bertemu di tempat yang terbuka.

2.  Sebelum berkahwin, tidak boleh terlalu rapat dan mesra supaya tidak berdosa dalam ketidakwaspadaan.

H.  Menghormati Perkahwinan yang Dipersatukan Tuhan (Kej 2:18-25 ; Mrk 10:6-12)

1.  Menunaikan kewajiban untuk memprihatin dan mengasihi jodoh sendiri, tidak meninggalkannya seumur hidup.

2.  Berusaha untuk mencipta kehidupan yang bahagia untuk jodoh.

Kepentingan Berkahwin Dalam Tuhan
|

Kepentingan Berkahwin Dalam Tuhan

A.  Bersesuaian Dengan Kehendak Tuhan

1.   Tujuan nasihat itu (menuruti kehendak Tuhan) ialah kasih. (1 Tim 1:15)

2.  Berbahagialah orang yang menuruti perintah (kehendak) Tuhan. (Luk 11:27-28)

B.  Mempunyai Matlamat Hidup Manusia yang Sama

1.  Sama-sama berharap masuk ke dalam syurga dan menikmati hidup kekal pada masa kelak.

2.  Sama-sama berusaha memperoleh kesudahan yang baik pada masa kelak.

C.  Berat Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing

1.   Dalam kehidupan, boleh saling menjaga, bertimbang rasa dan mengasihi (1 Sam 1:1-8).

2.  Dalam kepercayaan, boleh saling mendoakan, mendorong dan menyokong (Flp 4:6).

D.  Boleh Mendirikan Keluarga yang Damai dan Bahagia

1.  Kadang-kala tersilap, boleh saling mengampuni dan bersabar.

2.  Boleh mencipta kehidupan yang indah bersama-sama.

E.  Boleh Melayani Tuhan Dengan Sehati dan Soleh

1.  Di dalam rumah, boleh berdoa dengan sehati, mengongsikan suara hati selepas membaca Kitab dan menggalakkan pertumbuhan nyawa rohani.

2.  Di dalam gereja, boleh menceburi kerja suci bersama-sama supaya gereja maju dan Injil tersebar luas.

F.  Boleh Memupuk Keturunan yang Soleh

1.  Memimpin anak menyembah Tuhan dengan soleh (Ul 6:6-7).

2.  Membawa anak mengikuti Tuhan seumur hidup (Mal 2:15).

G.  Perkahwinan Ini Lebih Terjamin

1.  Boleh menghormati perkahwinan yang diaturkan Tuhan dan tidak berani merosakkannya dengan sembarangan. (Ibr 13:4)

2.  Takut dihukum Tuhan lalu tidak berani melampiaskan hawa nafsu dan melakukan kejahatan (Im. 20:10)