Orang Buta Di Betsaida Disembuhkan
Orang Buta Di Betsaida Disembuhkan
[Tsai Zhen Yi]
Prakata
Mrk 8:22-26
[1] Ada Orang (22)
i. Menyembunyi diri.
¨ Tidak mengheboh-heboh akan kerja untuk Tuhan dan untuk orang (Mat 12:19).
¨ Supaya Tuhan beroleh kemuliaan yang lebih besar (Yoh 3:28-30).
ii. Menjadikan diri sebagai teladan.
¨ Orang buta rela mengikutnya (kelaziman manusia ialah melihat orang sebelum melihat Tuhan).
¨ Biarlah orang lain mengakui dan merasa yakin akan perilaku kita lalu percaya pada Tuhan (I Ptr 2:12).
iii. Mempunyai kasih dan sabar.
¨ Memeganginya dengan tangan yang penuh kasih dan sabar mengiringinya selangkah demi selangkah.
iv. Ia percaya bahwa Tuhan adalah yang maha berkuasa dan maha penyayang.
¨ Tuhan Mahakuasa (Kej 17:1).
¨ Tuhan yang murah hati (Luk 6:36).
v. Ia memohon Tuhan menjamahnya namun Tuhan tidak serta merta menjamahnya.
¨ Cara-cara Tuhan memimpin seseorang tidaklah sama.
Misalnya: Lidia dan kepala penjara (Kis 16:14,15, 25-34).
¨ Tuhan memberi kepada setiap orang apa yang paling diperlukannya dan yang paling sesuai dengannya (justru itu apa yang dialami setiap orang masing-masing berlainan).
vi. Yang perlu hanyalah membawa orang buta (orang) ke hadirat Tuhan sudah memadai (22, 23).
¨ Mari dan lihatlah (Yoh 1:47).
¨ Jadikanlah diri seorang yang memimpin orang lain untuk melihat, memohon, percaya dan mengikuti Yesus.
[2] Orang Buta
i. Beriman murni.
¨ Percaya tanpa melihat [orang buta] (Yoh 20:29).
¨ Taat pada pimpinan orang dan Tuhan.
ii. Sabar menantikan penyembuhan Tuhan (23-25).
¨ Bukan disembuhkan hanya dalam sekali (Rat 3:26).
iii. Memandang ke depan (24).
¨ Yang memandang kepada Tuhan akan beroleh anugerah (Kej 15:5a).
iv. Iman kepercayaan beserta anugerah akan melihat segala sesuatu dengan jelas (25).
¨ Ayub (Ayub 42:5).
v. Anugerah haruslah pertama-tama dibawa pulang ke rumah (26a).
¨ Kegembiraan seisi rumah kepala penjara (Kis 16:34).
¨ Seisi rumah Zakheus dikaruniai (Luk 19:9).
¨ Menerangi semua orang di dalam rumah (Mat 5:15).
[3] Tuhan Yesus
i. Tuhan memegang tangan orang buta.
¨ Yang paling kukuh stabil, selamat, berpengharapan dan mempunyai kasih karunia ialah setelah melihat Tuhan, serahkan tangan orang tersebut ke dalam tangan Tuhan (Yoh 10:28-29).
Jangan menjadikan para pemercaya baru asyik mengikuti dirimu, dasar kepercayaan tidak sepatutnya didirikan di atas seseorang – tidak akan membesar (Kis 20:32).
¨ Tuhan selalu mendesak untuk menarik tangan kita, menguji kita dan mendidik kita (Ayb 23:10; Ibr 12:5-8).
¨ Membawanya ke luar kampung, menjauhi pengaruh orang lain ~ mereka yang berbuat jahat menentang Allah.
ii. Sudahkah kau lihat sesuatu itu? (23b)
¨ Jangan hanya melihat manusia, harus melihat hanya pada Tuhan dan taat pada Tuhan.
ii. Meludahi orang itu.
¨ Kekuasaan Tuhan dimanifestasikan melalui pelbagai macam cara.
[4] Pengajaran
i. Diri sendiri tidak tahu mencarikan Tuhan (berdoa kepada Tuhan), haruslah kita berdoa bagi orang tersebut (I Tim 2:1).
ii. Janganlah menjadi orang buta rohani (Mat 6:22-23).
¨ Sesat dalam iman kepercayaan (Kis 26:18; II Kor 4:4) ~ haruslah renungi mengapa aku percaya pada Tuhan, berkebaktian, berdoa …… dan lain-lain.
¨ Tidak jelas mengetahui dosa sendiri (kelemahan dan kekurangan) [I Yoh 1:8-10; II Ptr 1:5-9).
¨ Menyesatkan diri dalam wang, kedudukan, hal-hal duniawi dan pendidikan.
