Perihal Doa
| | |

Perihal Doa

Doa merupakan berkat bagi pemercaya. Tuhan berjanji, mereka yang berdoa dalam namaNya pasti akan dikabulkan. ( Yoh 14 : 14, 15 : 16, 16 : 23 – 30 ).

1. Meminta yang baik ( Mat 7 : 7 – 11 )

(i) Yang paling baik ialah Roh Kudus ( Luk 11 : 13 ).

(ii) Berusaha untuk memperoleh karunia-karunia yang paling utama ( 1 Kor 12 : 31, 8 – 10 ).

* Berbahasa roh terdapat 2 jenis:

I. Membangunkan jemaat, digunakan dalam pertemuan Jemaat, harus ditafsirkan ( 1 Kor 14 : 5, 26 – 27)

II. Membangunkan diri sendiri, digunakan dalam doa, tidak perlu ditafsirkan (1 Kor 14 : 2,4,14 – 15, 28 ).

* Memohon hikmat ( Yak 1 : 5, 1 Raj 3 : 4 – 28, 4 : 29 – 34, Dan 1 : 17 – 21 )

2. Meminta menurut kehendak Tuhan ( 1 Yoh 5 : 14 – 15 )

(i) Doa Tuhan di taman Getsemani ( Mat 26 : 39, 42, 44 ).

(ii) Sikap doa Paulus ( Rm 1 : 10 ).

(iii) Prinsip dalam kehidupan ( Yak 4 : 15 ).

(iv) Serangkap dalam kata-kata doa Tuhan ( Mat 6 : 10 )

3. Menuruti segala perintah Tuhan dan berbuat apa yang berkenan kepadaNya (1 Yoh 3 : 21 – 23)

(i) Tidak menurut perintah, berdoa sambil berpuasa tidak berkesan ( Yes 58 : 3 – 9 , 59 : 1-2).

(ii) Harus mengampuni, maka Bapa juga akan mengampuninya ( Mrk 11 : 25 – 26 ).

(iii) Doa orang benar besar kuasanya ( 1 Ptr 3 : 12 , Rm 11 : 22 ).

(iv) Berdoa bagi mereka yang menganiaya kita ( Mat 5 : 44 – 48 ).

4. Carilah dahulu kerajaan Allah dan kebenaranNya ( Mat 6 : 31 – 34 )

(i) Mementingkan keselamatan jiwa ( 1 Ptr 1 : 9 )

(ii) Bapa akan mengaruniakan keperluan rohani dan jasmani ( Rm 8 : 32 ).

5. Hendaklah meminta dalam iman ( Yak 1 : 6 – 8 )

(i) Percaya bahawa kamu telah menerimanya, maka hal itu akan diberikan kepadamu ( Mrk 11 :

22 – 24 )

(ii) Pengajaran Petrus berjalan di atas air ( Mat 14 : 22 – 33 ).

6. Jangan kuatir tentang apapun, memohon dengan ucapan syukur ( Flp 4 : 6 – 7 )

(i) Menghampiri takhta kasih karunia ( Ibr 4 : 14 – 16 ).

(ii) Serahkan segala kekuatiran kepada Tuhan ( 1 Ptr 5 : 7 ).

7. Memohon dengan tekun ( Luk 11 : 5 – 8 , Rm 12 : 12 )

Yakub tidak membiarkan malaikat pergi jika tidak memberkatinya ( Kej 32 : 24 – 30 ).

8. Tidak jemu-jemu ( Luk 18 : 1 – 8 )

Musa menyebabkan orang Israel mengalahkan orang Amalek (Kel 17 : 8 – 13 ).

9. Meminta dengan sepakat ( Mat 18 : 19 )

Daniel doa bersama dengan tiga temannya ( Dan 2 : 17 – 19 ).

10. Saling mendoakan ( Yak 5: 13 – 18 )

(i) Samuel tidak berhenti mendoakan umat ( 1 Sam 12 : 23 ).

(ii) Paulus sentiasa mendoakan jemaat ( Ef 1 : 15 – 16 , 3 : 14 – 16 ), dia juga meminta jemaat

mendoakannya dan segala orang kudus (Ef 6 : 18 – 19 ). Paulus menyuruh Timotius mendoakan semua orang, raja-raja dan semua pembesar ( 1 Tim 2 : 1 – 4 ).

11. Memohon dengan sikap yang saleh ( Ibr 5 : 7 )

(i) Doa Tuhan di taman Getsemani ( Mat 26 : 37 , Luk 22 : 44 ).

(ii) Doa Hana ( 1 Sam 1 : 12 – 15 , 17 ).

(iii) Doa Daniel tiga kali sehari ( Dan 6 : 11 ).

12. Berjaga-jaga dan berdoa ( Mat 26: 36 – 45 )

(i) Nasihat Paulus ( Ef 6 : 18 , Rm 13 : 11 ).

(ii) Tiga perumpamaan Tuhan dalam Injil Matius fasal 25:-

I) Perumpamaan tentang sepuluh gadis – berjaga-jaga dan berdoa .

II) Perumpamaan tentang pemberian talenta seorang tuan kepada hamba-hambanya supaya menjalankan wang – taat setia kepada Tuhan.

III) Perumpamaan tentang hari penghakiman, sama seperti gembala memisahkan domba dari kambing, Tuhan akan menghakimi semua bangsa – melaksanakan kasih .

Harus berjaga-jaga dan berdoa, bersiap sedia untuk menyongsong kedatangan Tuhan.

Tidak Memberi Kesempatan Kepada Iblis
|

Tidak Memberi Kesempatan Kepada Iblis

Ayat kitab: Ef 4:27; 6:10-17.

Pendahuluan: Yoh 10:10 – Pencuri datang hanya untuk mencuri dan membunuh dan membinasakan. Syaitan bekerja dengan menggunakan kesempatan yang diberikan oleh manusia. Jika tidak diberi kesempatan dan peluang, dia tiada kuasa. Seperti Hawa yang tidak jelas tentang firman Tuhan, menghampiri buah larangan itu (boleh dilihat, dan dipetik) memberi kesempatan kepada iblis.

  • Kelicikan iblis (Kej 3:1).

a) Banyak tipu muslihat, panah tersembunyi, menyamar sebagai malaikat terang (Ef 6:11,16; 2Kor 11:14).

b) Merebut semua peluang yang ada. Berani bertengkar dengan malaikat mengenai mayat Musa (Yud 9).

  • Kesempatan iblis (Ef 4:27).

Kesempatan iblis: Konsep, fikiran dan rencana yang tidak betul. Dia menggunakan kesempatan ini supaya manusia menunjukkannya. (dosa)

a) Sombong (1Tim 3:6).

i) Orang yang tidak kenal pasti peranan sendiri, melakukan kerja orang lain adalah  sombong. (Saul mempersembahkan korban, 1Sam 13:8-9, 10:8)

ii) Orang yang mementingkan wahyu, tidak mendengar nasihat orang lain, mudah menjadi sombong.

iii) Orang yang berkedudukan dalam gereja (penguasa, pendeta, penatua, diakon) atau luar gereja, biasanya mudah menjadi sombong.

iv) Orang yang berpendidikan tinggi akan pandang rendah orang lain. Pengetahuan membuat orang menjadi sombong (1Kor 8:1).

v) Semasa mendapati kesalahan orang lain akan menjadi sombong kerana ingat dirinya benar.

vi) Orang yang mementingkan air muka tetapi bukan kebenaran, mudah menjadi sombong.

b)     Kejahatan dalam hati.

i) Berpura-pura, tamak akan kenamaan (Seperti Ananias dipenuhi oleh iblis, Kis 5:3-4).

ii) Tamak, keras hati (Yudas digunakan oleh iblis, Yoh 13:26-27).

iii) Iri hati dan benci terhadap orang lain (Saul iri hati terhadap Daud, ini adalah perbuatan selepas iblis masuk dalam hati, 1Sam 16:14, 18:7-9; Yak 3:15-16).

c) Melanggar perintah Tuhan (Yak 4:7). Saul melanggar perintah Tuhan, Roh Tuhan meninggalkannya, roh jahat masuk, 1Sam 15:24-26, 16:14).

d) Marah tidak mengampuni (Ef 4:26-27; 2Kor 2:5-11).

e) Orang yang berdosa (1Yoh 3:8).

i) Orang yang berdosa adalah milik iblis, menjadi peralatan iblis untuk menimbulkan kekacauan dalam gereja.

ii) Iblis menggunakan Hawa yang berdosa untuk memperdayakan (membunuh) Adam (Kej 3:6).

f) Kehilangan kewaspadaan.

i) Berjaga-jaga dalam doa (Mat 26:41).

ii) Mengejar kebenaran (Ef 6:17; Ibr 4:12; Mat 4:1-11).

iii) Jika tidak berjaga-jaga, musuh akan menaburkan benih lalang (Mat 13:24-25).

Kesimpulan: Why 12:11-12; 20:7-9; 1Ptr 5:8-11. Kerja iblis berleluasa pada zaman akhir, kita harus berwaspada dan berjaga-jaga supaya tidak memberi kesempatan kepada iblis. Haruslah bersandar kepada darah Yesus dan kesaksian yang kita dengar serta kekuasaan Roh Kudus, menggunakan iman yang kukuh untuk menentang iblis, berdiri teguh di hadapan Tuhan. Helleluya, Amin!

Berjaga-jaga dengan Kerja Iblis
|

Berjaga-jaga dengan Kerja Iblis

Pendahuluan: Iblis merupakan musuh Tuhan dan pemercaya, di manakah dia? Orang yang tak percaya berkata iblis di tempat yang gelap, di perkuburan dan lain-lain. Sebenarnya, menurut catatan Alkitab, iblis datang dari atas (Luk 10:18), ialah malaikat yang berdosa (Yud 6), yang berkuasa atas dunia yang gelap ini (Ef 2:2). Angkasa merupakan kubu iblis, dia merayau-rayau di dunia (1Ptr 5:8), kadang kala pergi ke tempat anak-anak Tuhan (Ayb 1:6), dia juga tinggal di dalam hati manusia (Luk 8:2).

  • Iblis suka tinggal di dalam hati siapa?

a)     Orang yang mengikut dunia (Ef 2:1).

Persahabatan dengan dunia adalah permusuhan dengan Tuhan (Yak 4:4), seseorang yang permusuhan dengan Tuhan ialah orang yang tidak disukai Tuhan, dan dia akan menjadi kawan iblis.

b)     Orang yang menurut daging (Gal 5:19-21).

c)     Orang yang menyimpan dendam (Ef 4:26-27).

d)     Orang yang tamak (Yoh 13:2).

i)   Yudas tamak, maka iblis masuk ke dalam hatinya (Yoh 12:4-7).

ii)  Muslihat iblis yang paling jahat, iaitu menjadikan orang tamak akan dunia, dan menjauhi Tuhan Mat 4:8-9).

e)     Orang yang iri hati dan suka perpecahan (Yak 3:14-16).

f)      Orang yang sombong.

i)      Iblis dilahirkan dari kecongkakan (Yes 14:12-14).

ii)     Tuhan menentang orang yang congkak (Yak 4:6-7).

g)     Orang yang mudah diombang-ambing oleh rupa-rupa angin pengajaran (Ef 4:13-14).

h)     Orang yang menurut kehendak manusia lebih daripada kehendak Tuhan (Mat 16:21-23).

  • Bagaimanakah berjaga-jaga dengan kerja iblis?

a)     Berjaga-jaga dalam doa (Mat 26:41; Ef 6:18).

b)     Tunduk kepada Tuhan (Yak 4:7).

c)     Mendekati Tuhan (Yak 4:8).

d)     Tangan yang tahir, hati yang suci (Yak 4:8-9).

e)     Rendah hati (Yak 4:10).

f)      Bersandar kepda kekuatan Tuhan (Ef 6:10-11).