32. Barzilai Yang Sangat Kaya
|

32. Barzilai Yang Sangat Kaya

Ketika Daud melarikan diri ke tanah Gilead, maka pasukan Absalom juga datang ke tanah itu (2 Sam 17 : 26).  Tetapi Barzilai dengan berani menolong Daud, sehingga Daud kembali ke istana dengan selamat.  Meskipun ia sudah berusia lanjut, namun tidak berlelah kerana mengantarkan Daud.

Barzilai dapat dinyatakan sebagai umat yang saleh (2 Sam 17 : 27-28).

I.       MENYONGSONG RAJA DENGAN BERANI

 1.      Mengenali kebaikan dan kejahatan, petanda milik raja.

  • Hendaklah membezakan baik dan jahat, serta mengasihi Tuhan dengan hati yang tulus (Flp 1 : 10;  Rm 12 : 9).

 2.      Mengaku Tuhan di hadapan semua orang dan seteru.

  • Harus mengaku Tuhan dengan berani (Mat 10 : 32-33).

3.      Mengantarkan raja dengan tak mengenal lelah (2 Sam 17 : 27-28;  19 : 31-32).

  • Menderita bersama Tuhan adalah kemuliaan (1 Ptr 2 : 21;  4 : 16).

II.     MEMBERI DENGAN HATI YANG RELA

1.      Kaya namun tidak sombong (2 Sam 19 : 32).

  • Menjadi kaya dalam perkara kebajikan (1 Tim 6 : 18-19).

2.      Melalui kesusahan menolong Daud (2 Sam 17 : 27-28).

  • Berbuat baik selama ada kesempatan (Gal 6 : 9-10).

3.      Menolong dengan kerelaan hati.

  • Dengan semampunya akan diperkenan oleh Allah (Ul 15 : 7-8;  2 Kor 9 : 7).

III.    CUKUP RENDAH HATI (2 Sam 19 : 33-37)

1.      Sudah tua namun rendah hati dan mengantarkan raja (2 Sam 19 : 32).

  • Harus melayani Tuhan dengan rendah hati dalam segala perkara.

2.      Tidak mencari kedudukan (2 Sam 19 : 37).

  • Jangan gila hormat di dunia (Gal 5 : 26).

3.      Rasa cukup dalam segala perkara (2 Sam 19 : 33-38).

  • Dalam ibadah disertai rasa cukup (1 Tim 6 : 6-10).

IV.    KEUNTUNGAN DIBERIKAN KEPADA ORANG LAIN

1.      Sebenarnya dapat bersenang-senang (2 Sam 19 : 33).

  • Jangan mencari keuntungan sendiri (1 Kor 13 : 5).

2.      Membiarkan hambanya pergi dengan raja (2 Sam 19 : 37b).

  • Harus memperhatikan orang lain (Flp 2 : 4).

3.      Keuntungan yang cuma-cuma, diberikan bagi orang.

  • Memperoleh dengan cuma-cuma, diberikan dengan cuma-cuma (Mat 10 : 8).

 

Orang Baik –Barzilai
|

Orang Baik –Barzilai

Ayat Kitab : 2 Samuel 17:27-29 , 19:31-39

A. Mesra menyambut orang (2 Samuel 17:27-29)

1. Setia dan berani.

  • Dengan beraninya, dia menyambut seorang raja yang ditimpa kesusahan. Dia tidak takut akan kuasa yang kuat.

2. Bertimbang rasa dengan kasih.

  • Risau demi rakyat yang mungkin akan menjad lapar, lelah dan haus di padang gurun.

3. Murah hati.

  • Membawa banyak keperluan asas seperti benda, makanan, tempat tidur .

4. Membawa orang-orang bersama untuk melayani.

  • Walaupun dia seorang yang kaya-raya, namun dia tahu bahawa kalau orang itu ramai, maka dapat menghasilkan kekuatan besar.

5. Seorang tuan rumah yang berbudi bahasa

  • Dengan mesranya dia menyambut raja, dan kemudian menghantarkan raja. Dia seorang yang berbudi bahasa.

△ Berbahagialah mereka yang menyambut orang. (Ibrani 13:1-2, Matius 10:40-42)

B . Tidak mengharapkan ganjaran ataupun balasan (2 Samuel 19: 31-37)

1. Tidak menuntut jasa untuk diri sendiri.

2. Tidak tamak akan kenamaan dan kebanggaan diri.

3. Sedar akan erti hidup manusia.

4. Mempunyai pengenalan akan diri sendiri.

5. Ada rasa kerinduan terhadap tanah air sendiri.

△ Yang memberi dengan kasih tanpa mengharapkan balasan, besar upahnya ( Lukas 6:34-35).

C. Memohon kebaikan untuk orang lain (2 Samuel 19:37-39)

1. Mengesyorkan orang yang berbakat .

2. Percaya akan Daud.

3. Naikkan doa syafaat untuk orang semua (1 Timotius 2:1).