57. Saatnya Telah Tiba Untuk Bangun Dari Tidur ( Rm 13 : 11 )
|

57. Saatnya Telah Tiba Untuk Bangun Dari Tidur ( Rm 13 : 11 )

Hari sudah jauh malam, waktu kedatangan Tuhan sudah dekat, kita harus bergiat menyongsong kedatangan Tuhan.

Sangat disayangkan sekali, keadaan rohani umat pada masa kini seolah-olah tertidur, apabila tertidur terus, sungguh terlalu berbahaya.

Saudara-saudara!  Hendaklah mengerti dengan jelas bahawa saatnya telah tiba untuk bangun dari tidur.

I.       SEKARANG ADALAH SAAT APA?

1.      Saat hari sudah jauh malam, yakni saat akhir zaman sudah dekat (Rm 13 : 12;  Ef 5 : 16;  2 Tim 3 : 1-5;  Yes 60 : 2).

2.      Saat kepercayaan lemah (Mat 24 : 10-12;  25 : 5;  Why 3 : 15-16;  2 : 4;  2 Tim 4 : 3-4;  1 Tim 4 : 1).

3.      Saat pekerjaan rohani tertunda (Luk 12 : 45-47;  Yes 56 : 10-12;  Mat 25 : 18).

II.     BAHAYA TIDUR

1.      Tidak mengetahui tanpa minyak (Mat 25 : 5-8).

2.      Kuasa jahat masuk dan bekerja (Mat 13 : 25).

3.      Sehingga mati (Hak 4 : 21;  Kis 20 : 9;  Mzm 13 : 3).

III.    HARUS BANGUN KEMBALI (Ef 5 : 14)

1.      Bangun kembali makan dan minum (1 Raj 19 : 5-8).

2.      Bangun kembali menambah minyak (Mat 25 : 7).

3.      Bangun kembali meninggalkan kejahatan (Rm 13 : 12-14).

4.      Bangun kembali bekerja (Luk 12 : 35-40, 42-43;  Yes 62 : 6-7;  Ruj : Yer 48 : 10).

KESIMPULAN :

Jangan tertidur, tetapi berjaga-jaga dan sedar (1 Tes 5 : 6-8;  Mat 26 : 40-42;  Mzm 132 : 4).

Bangunkan Keluarga Kristiani
| | |

Bangunkan Keluarga Kristiani

Bangunkan Keluarga Kristiani

Firman Tentang Bapa Dan Anak

[Chen Deng Tian]

Prakata

  1. Anak-anak adalah milik pusaka daripada Tuhan (Mzm 127:3). Sebagai ibubapa haruslah menjaga dan menguruskan dengan sebaik-baiknya, jangan lalaikan apa yang telah diamanahkan Tuhan.
  2. Hormatilah ayahmu dan ibumu (Kel 20:12) ~ ini merupakan perintah Allah. Sebagai anak-anak haruslah turuti perintah Allah dan tunaikan tanggungjawab sebagai seorang anak.

[1]   Bagaimana Harus Ibu bapa Melayani Anak-Anak?

i. Dari segi kehidupan

Memelihara dan mengasuh anak-anak (Ams 31:15)

‚Mengjar anak-anak (Ams 13:24)

ƒBergaul rapat dengan anak-anak (Kej 22:7a)

ii. Dari segi iman kepercayaan

Bawalah anak-anak percaya kepada Tuhan (Kis 16:31-33)

‚Pimpinlah anak-anak melayani Tuhan (Kis 16:33,34)

ƒDoakan anak-anak pada setiap waktu (Ayb 1:5)

iii. Dari segi budi pekerti

Memupuk akhlak ketulusan (I Taw 29:19)

‚Memupuk akhlak mengasihi (II Ptr 1:7; Kej 50:21)

ƒMemupuk akhlak adil dan benar (MI 6:8; I Pr 6:11)

iv. Dari segi perkahwinan

Mengajar konsep yang tepat tentang perkahwinan seperti di dalam Alkitab (Kej 2:18-25; Ibr 13:4)

‚Membimbing dan menasihati supaya mengikat perkahwinan di dalam Tuhan (I Kor 7:39b; II Kor 6:14; Neh 13:25-27)

v. Tujuh perkara yang tidak boleh dilakukan terhadap anak-anak

Jangan mendera anak-anak

‚Jangan membiarkan anak-anak

ƒJangan manjakan anak-anak

„Jangan ketepikan, tidak menjaga (Kej 21:14-18)

…Jangan bangkitkan amarah di dalam hati anak-anak (Ef 6:4)

Jangan menghormati anak-anak lebih dari pada Tuhan (I Sam 2:29-30)

Jangan mengasihi anak-anak lebih daripada Tuhan (Mat 10:37)

[2]   Bagaimana Harus Anak-Anak Melayani Ibu bapa?

  1. Taatilah orang tua di dalam Tuhan (Ef 6:1)
  2. Pelihara kehidupan ibu bapa (Mat 15:3-6)
  3. Mengambil berat akan keperluan ibu bapa (Kej 48:1-2)
  4. Menghormati ibu bapa dari dalam hati (Mal 1:6)
  5. Adik-beradik diam bersama dengan rukun (Mzm 133:1-3)
  6. Tetap berbakti walaupun sendiri telah dewasa (Yoh 19:26-27)
  7. Tetap berbakti walaupun telah menjadi terkenal (Kej 43:27; 45:3,11)
  8. Tujuh perkara yang tidak boleh dilakukan terhadap ibu bapa

Jangan membiarkan ibu bapa hidup keseorangan dan kesepian

Jangan mendukakan ibu bapa (Kej 21:11; Ams 10:1)

ƒJangan manghina ibu bapa (Ams 23:22; 15:30)

Jangan ketepikan dan tidak menjaga ibu bapa

Jangan mengutuki ibu bapa (Im 20:9; Mat 15:4)

Jangan merampasi ibu bapa (Ams 28:24)

‡Jangan mengasihi ibu bapa lebih daripada Tuhan (Mat 10:37)

Kesimpulan

Bapa dan anak mempunyai pertalian darah dan daging di mana hubungan ini adalah tersangat erat. Antara bapa dan anak haruslah saling menjaga, bangunlah kehidupan yang indah dan sempurna, sama-sama mempraktikkan firman Tuhan, memuliakan Tuhan dan memanfaatkan manusia.

Bangunlah Dari Tertidur Lena
|

Bangunlah Dari Tertidur Lena

Dalam kehidupan kita sepatutnya ada masa pengistirehatan yang normal, misalnya tidur, dan bangun mengikut masa, tidak ada sesiapa yang ingin melihat fenomena yang sedemikian, iaitu tidak sedar dari tidur (kematian). Ada seorang kawan sekampung, ketika dia dalam usia yang muda, berkeadaan badan sihat, kerjayanya berjaya dan berkembang, tidak ada sesiapa yang tersangka bahawa pada suatu malam, sesudah selesai membersihkan diri, dia berbaring tidur. Pada keesokan hari, dia tidak tersedar dari tidur. Sekiranya hidup adalah sedemikian, apatah lagi jiwa rohani?

Ada satu pepatah yang mengatakan: Tidak meletup dalam ketenangan, maka mati dalam ketenangan. Jikalau diaplikasikan ke dalam kepercayaan: Tidak tersedar dari tidur lena, maka binasa dalam tidur lena.

Kita boleh mendapat iktibar daripada tokoh-tokoh purba kala. Ketika Elia melawan nabi-nabi palsu, dia penuh dengan semangat keadilan, tidak ada sebarang ketakutan, benar-benar giat demi Tuhan. Namun, apabila Izebel mengarahkan nyawanya diambil, dia telah melarikan diri, keberanian yang ada sebelum itu telahpun lenyap. Dia menyembunyikan diri di dalam sebuah gua, Tuhan bertanya: “Apakah kerjamu di sini, hai Elia?” Dia menjawab: “Aku bekerja segiat-giatnya bagi TUHAN, Allah semesta alam.” Tuhan mengingatkan dia: “Perjalananmu nanti terlalu jauh bagimu.” Setelah mendengarnya, maka segeralah dia terjaga dari ‘tidur lena’. (I Raj 19:19) mencatatkan : “Elia pergi dari sana”.

Kepercayaan tidak boleh tertidur lena, sebaik sahaja tertidur lena, maka akibatnya adalah tidak dapat terbayangkan. Sekiranya gereja tertidur lena, maka kerja-kerja suci tidak dapat diterokai, takhta kasih karunia akan dialihkan oleh Tuhan; seandainya rakan sekerja tertidur lena, maka gereja akan sama seperti kolam air mati, si iblis mengambil kesempatan, domba-domba akan ditelan.

Hari kiamat telah mendekat, hari kedatangan kali kedua Tuhan akan segera tiba, kita hendaklah membuat segala persiapan, seperti nabi Amos yang mengingatkan kita untuk demikianlah “bersiap sedia menyambut Tuhan”. “Segala perkara akan teguh sekiranya bersedia, dibinasakan tanpa persediaan.” Kita hendaklah membelajari lima orang gadis yang bijaksana, menyediakan minyak dalam buli-buli, dipenuhi roh kudus, menantikan kedatangan semula Tuhan dengan kesalehan!