| | | |

Bahagian 3 Dengarkanlah Nabi Yang Dibangkitkan

Nas Kitab: Ulangan fasal 18 ayat 15-19

Prakata:

Seorang nabi dari tengah-tengahmu, dari antara saudara-saudaramu, sama seperti aku, akan dibangkitkan bagimu oleh Tuhan, Allahmu; dialah yang harus kamu dengarlah (Ul 18:15)

I.             Dialah Yang Harus Kamu Dengarkan (Ul 18:15)

Δ       Tetapi pegawai-pegawainya datang mendekat serta berkata kepadany: “Bapak, seandainya nabi itu menyuruh perkara yang sukar kepadamu, bukankah bapak akan melakukannya? …… (II Raj 5:13)

II.          Allah Tidak Berfirman Kepada Manusia (Ul 18:16)

Δ       Gunung Sinai ditutupi seluruhnya dengan asap, kerana Tuhan turun ke atasnya dalam api; asapnya membubung seperti asap dari dapar …… kemudian Tuhan berfirman kepada Musa: “Turunlah, peringatkan kepada bangsa itu, supaya mereka jangan menembus mendapatkan Tuhan hendak melihat-lihat; sebab tentulah banyak dari mereka akan binasa” (Kel 19:18-21).

III.       Ia Harus Menyampaikan Firman Tuhan (Ul 18:18)

Δ       Lalu Tuhan mengulurkan tanganNya menjemah mulutKu; Tuhan berfirman kepadaKu: “Sesungguhnya Aku menaruh perkataan-perkataanKu ke dalam mulutmu” (Yer 1:9).

Δ       Aku telah mengutus kepadamu segala hambaKu, yakni para nabi, terus-menerus, mengatakan: kembalilah kamu masing-masing dari tingkah-langkahmu yang jahat itu. Perbaikilah perbuatan-perbuatanmu, janganlah mengikuti allah lain untuk beribadah kepada mereka, maka kamu akan tetap diam di tanah yang telah Kuberikan kepadamu dan kepada nenek moyangmu …… (Yer 35:15).

Δ       Lalu datanglah firman Tuhan kepadamu: “…… oleh kerana itu katakanlah kepada mereka: Beginilah firman Tuhan Allah:  Tidak satupun dari firmanKu akan ditunda-tunda. Apa yang Kufirmankan akan terjadi, demikianlah firman Tuhan Allah” (Yeh 12:26-28).

IV.       Orang Yang Tidak Mendengar Akan Dituntut Pertanggungjawab (Ul 18:19)

Δ       Namun Tuhan, Allah nenek moyang mereka, berulang-ulang mengirim pesanan melalui utusan-utusanNya, kerana Ia sayang kepada umatNya dan tempat kediamanNya menghina segala firmanNya, dan mengejek nabi-nabiNya. Oleh sebab itu murka Tuhan bangkit terhadap umatNya, sehingga tidak mungkin lagi pemulihan (II Taw 36:15-16)

Δ       Disebabkan umat Israel tidak perdengarkan para nabi, maka mereka diselerakkan ke negara asing (Dan 9:4-7)

V.          Kesimpulan

Δ       Jangan mengusik orang-orang yang Kuurapi dan jangan berbuat jahat tehadap nabi-nabiKu” (I Taw 16:22)

42. Bangkit Bersama Tuhan
|

42. Bangkit Bersama Tuhan

Tuhan mati bagi kita, dengan maksud agar kita bangkit dan hidup bersama Dia (1 Tes 5 : 10).

I.       TERLEBIH DAHULU HARUS MATI BERSAMA TUHAN

1.      Dosa tubuh dikuburkan bersama Tuhan (Rm 6 : 3-9).

2.      Mematikan nafsu, bersandar kepada Tuhan (Rm 8 : 13).

3.      Meninggalkan keakuan bagi Tuhan (Yoh 12 : 24-25;  Gal 6 : 14).

II.     BANGKIT BERSAMA TUHAN

1.      Menaruh fikiran dan perasaan yang terdapat juga dalam Tuhan (Flp 2 : 5;  Mat 11 : 29;  Gal 2 : 20).

2.      Mempersembahkan anggota tubuh sebagai senjata Kebenaran (Rm 12 : 1;  6 : 12-13).

3.      Pikullah kuk Tuhan, serta bekerja bersama Tuhan (Mat 11 : 29-30;  Kis 20 : 24).

4.      Memikul salib dan menderita bersama Tuhan (1 Ptr 3 : 17-18;  Mat 10 : 38).

III.    HARUS MEMULIAKAN BERSAMA TUHAN

1.      Kebangkitan mengubah kita serupa dengan Tuhan (1 Yoh 3 : 2;  Flp 3 : 21).

2.      Menjadi raja bersama Kristus (Why 19 : 4-6).

3.      Naik ke Syurga serta menikmati kebahagiaan bersama Tuhan (1 Tes 4 : 16-17).

KESIMPULAN :

Barangsiapa milik Tuhan harus hidup dan mati bagi Tuhan (Rm 14 : 7-8).

Renungan terhadap Eutikhus yang Bangkit dari Kematian
| | | | |

Renungan terhadap Eutikhus yang Bangkit dari Kematian

Ayat Alkitab: (Kis 20:7-12)

A. Mengapakah Eutikhus mati?

(Kis 20:9) Tidak dapat menahan kantuknya, tertidur lelap, jatuh ke bawah dan mati. Apakah pengaruhnya terhadap iman kepercayaan seseorang pemercaya sekiranya rohani telah tidur lelap?

       1. Simson tidur di pangkuan  perempuan.  Akibatnya:

      a. Ditangkap. ( Hakim-hakim 26:21)

      b. Kuasa Allah telah meninggalkan dia. (Hakim -hakim 16:20)

      2. Petrus dan murid-murid lain telah tidur. Akibatnya:

      a. Tidak tahu bahaya sudah dekat. (Matius 26:45-46)

      b. Petrus menyangkal Tuhan Yesus. (Matius 26:69-75)

Oleh sebab itu, Tuhan berkata: Bangunlah, hai kamu yang tidur. (Efesus 5 :14)

B.  Mengapakah Eutikhus Dibangkitkan?

(Kis 20 10-12) Paulus telah membangkitkan dia demi nama Yesus. Justru itu, barangsiapa percaya kepada Yesus, ia akan hidup walaupun ia sudah mati.(Yohanes 11:25-26)

        1. Elia membangkitkan anak  janda di Sarfat. ( 1  Raja-raja 17:17-24)

        a. Elia berseru kepada Tuhan. ( 1 Raja-raja 17:21)

        b. Iman janda, dia menyerahkan anaknya ke tangan Elia. (1Raja-raja 17:17-19,24)

       2. Yesus membangkitkan Lazarus yang telah mati selama empat hari. (Yohanes 11:41-46)

Yesus berkata: Akulah roti hidup; barangsiapa datang kepadaKu, ia tidak akan lapar lagi, dan barangsiapa percaya kepadaKu, ia tidak akan haus lagi. ( Yohanes6:35)

Kesimpulannya:

Kerana itu harus lebih teliti kita memperhatikan apa yang telah kita dengar…jangan menyia-nyiakan kasih karunia yang kita terima. (Ibrani 2:1-4)