Bagaimana Mendirikan Keluarga Yang Bahagia
| | |

Bagaimana Mendirikan Keluarga Yang Bahagia

Bagaimana Mendirikan Keluarga Yang Bahagia

[Shu Yin Guang]

I.             Kepentingan Keluarga

  1. Segala jenis kasih bermula dari kelurga.
  2. Keluarga ialah tempat kediaman sendiri dan ahli keluarga, juga tempat istirehat sepanjang perjalanan kehidupan seorang insan.
  3. Keluarga ialah tempat terbaik untuk merawati kepanasan hati dan melepaskan kegeraman.

II.          Bagaimana Mendirikan Keluarga Yang Bahagia?

Bukanlah senang mendirikan keluarga yang bahagia, tambahan pula, keluarga adalah berhubungan rapat dengan seluruh manusia disebabkan keluarga berkembangan ke skop kawasan yang agak luas. Bagaimana mendirikan keluarga yang bahagia, berikut dibentangkan beberapa butir sebagai rujukan para seiman:

1. Ibubapa harus beri perhatian khas kepada bimbingan anak-anak (Ef 6:4; Ams 22:6)

   Uruskan dengan berhati-hati masalah-masalah kecil baik dalam kehidupan maupun kepercayaan.

‚   Berprihatin dan memperbanyakkan galakan (Ams 31:1-9; I Tes 4:1)

Δ       Amaran (I Sam 2:12-36)

Hidup berdamai (Mzm 133:1; Ibr 12:14)

2.    Diperkenankan Allah, diendahkan orang lain (Rm 14:17-19)

Allah sentiasa menyertai orang-orang yang berdamai (II Kor 13:11)

3. Takutlah akan Tuhan dan turuti firmanNya (Mzm 128:1-6)

Allah mempunyai damai sejahtera dan berkat (Dan 22:21)

Jauhkan kecurangan dari kemah (Ayb 22:23)

4. Dirikanlah mezbah doa (Ayb 22:27; Flp 4:6-7)

Δ       Kata (pg 55): Keluarga bukan hanya tempat kediaman tubuh fizikal bahkan tempat kediaman jiwa dan roh.

   Keluarga Akwila dan Priskila (I Kor 16:19)

‚   Rumah yang disewa Paulus (Kis 28:30-31)

Kehidupan Perkahwinan Yang Bahagia
|

Kehidupan Perkahwinan Yang Bahagia

A. Mengapakah kadar penceraian masyarakat kini meningkat dengan cepatnya? Adakah umat kristian boleh bercerai?

1.Tuhan Yesus berkata: “Apa yang telah dipersatukan Allah, tidak boleh diceraikan manusia.” (Mat 19:3-9)

2.“Isteri tidak boleh menceraikan suaminya, dan suami juga tidak boleh menceraikan isterinya.” (1 Kor 7:10-13)

3.Umat kristian tidak boleh selalunya berkata-kata tentang “bercerai”, ini adalah perkara yang tidak dikenankan oleh Tuhan.

B. Lima Prinsip Utama Pengurusan Kehidupan Perkahwinan Yang Bahagia

1.Haruslah berusaha untuk menyelesaikan masalah/kesukaran yang dihadapi: Perang dingin dan bercerai bukannya cara yang sesuai.

2.Menjalin hubungan suami isteri yang baik hendaklah diutamakan.

3.Membuat perancangan kewangan keluarga yang baik secara berdikari: Membuat perancangan kewangan yang berdikari.

      • Merancang sumber kewangan:
      • Keperluan isteri? Pendapatan yang tetap? Pendapatan yang lain?
      • Berbelanja mengikut pendapatan :
      • Prinsip kehidupan yang ringkas dan berjimat-cermat:
      • Perancangan keperluan asas harian yang sistematik dan teliti.
      • Penguasaan diri (2 Ptr 1:4-6), berjimat-cermat dan tidak membazir (Mrk 6:41-43).

4.Elakkan menjadikan “Patut difahami” sebagai mod komunikasi yang tetap.

Sebelum berkahwin, betapanya bertimbang rasa dan taat, mendengar dengan sabarnya dan bertoleransi. Setelah berkahwin, seolah-olah semuanya sudah diselesaikan. Pemikiran “Patut difahami” dijadikan sebagai mod komunikasi yang tetap, lama-kelamaan akan menjadi “harapan dalam hati”, dan akhirnya akan menjadi perkara yang seharusnya berlaku.

5.Berusaha mengendalikan keseronokan dalam kehidupan(Pkh 9:9)

      • Bersama-sama melakukan perkara yang sama: Berkebaktian, pelayanan di dalam gereja, dan kerja suci yang lain.
      • Adanya humor. Menambahkan “kelucuan”.
      • Tiada kemarahan bagi laki-laki (1 Ptr 2:8).
      • Perempuan haruslah lemah lembut (Ef 4:1-2), dan berpakaian sesuai, terutamanya ketika di dalam rumah.
      • Mewujudkan suatu keadaan tempat tinggal yang bersih dan kemas, dan ditambahkan sedikit perhiasannya.
      • Mengekalkan hati yang bersukacita (Flp 4:4).
      • Janganlah khuatir (Mat 6:25, 27-29).
      • Berfikiran optimistik.
      • Janganlah memperbesarkan perkara yang kecil.
      • Saling mengasihi: Mengasihi sampai kepada kesudahannya. Mengasihinya dengan hati yang tulus ikhlas (1 Ptr 4:8).
      • Dapat bersabar tanpa sebarang syarat.
      • Dapat mengampuni tanpa hadnya (Mat 18:21-22).
      • Saling menghormati: Jangan lupa untuk mengucapkan “Minta Maaf, Terima Kasih, Sila” dan sebagainya.
      • Jangan lupa untuk memujinya (Ams 31:28).

C. Kesimpulan

1. Kehidupan perkahwinan umat kristian seharusnya bahagia (Ams 31:10-31).

2. Pasangan suami isteri Kristian haruslah dapat memuliakan Tuhan dalam kehidupan perkahwinan mereka.

3. Harus berusaha menjalani kehidupan perkahwinan yang bahagia.