Nadab Berdosa
| | | | |

Nadab Berdosa

Ayat Alkitab:  Imamat fasal 10

Kata Pendahuluan : Dia adalah anak sulung Harun (Keluaran 6:23; Bilangan 3:2). Dia pernah bersama dengan Musa, Harun dan tujuh puluh orang para tua-tua Israel naik ke atas gunung menghadap Allah.( Keluaran 24:1)

A. Sebab mempersembahkan api yang asing

Api yang asing : Api yang bukan diambil dari mezbah, api di mezbah ialah dari Tuhan, adalah api yang kudus. Selain dari api yang kudus tersebut, semua api digolongkan dalam golongan api yang asing.

  1. Kerana angkuh maka timbullah hati mencemoh, sebab dia baru mendapat jabatan kudus yang penuh kehormatan.
  2. Mungkin dia melanggar perintah Tuhan kerana minum anggur atau minuman keras sehingga mabuk. ( Imamat 10:8-9)
  3. Mungkin dia tidak dapat mengawal perasaannya, sebab dia telah nampak kemulian Tuhan dan api dari hadapan Tuhan menghanguskan korban bakaran dan segala lemak di atas mezbah, bangsa bersorak-sorai. Justeru itu, dia terlalu senang hati sehingga lupa harus menguasai diri, akhirnya telah melakukan sesuatu yang melampaui  batas.

B. Akibat mempersembahkan api yang asing

  1. Maka keluarlah api dari hadapan Tuhan, lalu menghanguskan keduanya, sehingga mati di hadapan Tuhan. (Imamat 10:2)
  2. Walaupun mereka mati, tetapi mayat dan pakaian kemeja tidak hangus dibakar. (Imamat 10:5)
  3. Tuhan perintah kepada Harun supaya jangan berkabung dan jangan berdukacita demi anaknya yang telah berdosa.( Imamat 10:6)

C. Pengajaran

  1.  Orang yang berkedudukan tinggi harus berhati-hati, taat setia dalam segala hal.
  2.  Jangan mabuk. (Amsal 31:4-5  I Timotius 3:3,8 ; Efesus 5:18 )
  3.  Kita adalah bangsa yang terpilih, imamat yang rajani (IPetrus 2:9) jika masih berbuat dosa, tetap dihukum berat.