Dua Raja menyongsong Abram
|

Dua Raja menyongsong Abram

Ayat Alkitab : Kejadian 14 : 17-24

A. Penyongsongan dua raja itu.

1. Melkisedek

(1) Dia seorang imam Allah Yang Mahatinggi, raja Salem. Dia membawa roti dan anggur untuk menyongsong Abram (Kejadian 14:18 ; Ibrani 7:1-3).

(2) Selepas Abram menang dalam peperangan dan kembali, lalu Raja Salem mengatakan “Terpujilah Allah Yang Mahatinggi, yang telah menyerahkan musuhmu ke tanganmu”(Kejadian 14:20). Dia memuji Tuhan pada tepat waktunya, dan juga mengingatkan Abram supaya memberikan kemuliaan kepada Tuhan.

2. Raja Sodom

(1) Dia raja bagi Kota Sodom yang penuh dengan kejahatan, dan kota tersebut akhirnya dimusnahkan oleh Tuhan (Kejadian 19:24-28).

(2) Dia berpendapat bahawa Abram dapat mengalahkan empat raja itu adalah dengan menggunakan kepintaran dan bakatnya, dan mahu Abram menyerahkan segala harta benda yang dirampas balik kepadanya (Kejadian 24:21).

B. Kepintaran atau ketajaman akal Abram.

1. Kata-kata Melkisedek menjadikan Abram lebih memahami : kemenangan suatu peperangan bukanlah bergantung kepada dirinya dan 318 orang-orangnya yang terlatih, tetapi adalah bergantung kepada bantuan dari Tuhan. Lalu Abram memberikan sepersepuluh dari semua yang dia dapat itu kepada imam, dengan tanda bersyukur dan memuji Tuhan.

2. Terhadap Raja Sodom yang jahat itu, Abram mengatakan dengan tegas : “Aku tidak akan mengambil apa-apa dari kepunyaanmu itu, sepotong benang atau tali kasut pun tidak” (Kejadian 14: 23).

3. Pelajaran dan pengajaran

(1) “Manusia merancang, Allah yang menentukan”

Apa yang difikirkan oleh manusia,dan segala perbuatan tangan manusia itu memang di bawah permerhatian Tuhan. Samaada berjaya atau tidak itu adalah terpulang kepada Tuhan. Kita memerlukan Tuhan untuk meneguhkan perbuatan tangan kita (Mazmur 90:17). Ini sama seperti apa yang disampaikan oleh Paulus dalam surat kepada Jemaat Korintus: Kita ini hanyalah kawan sekerja Tuhan” (1 Korintus 3: 5-9). Maka, kita harus berdoa semasa melakukan kerja, supaya Tuhan menggenapi apa yang kita lakukan itu, pastinya segala perbuatan mereka itu berhasil ( Wahyu 14: 13).

(2) Sekiranya kerja kita itu berhasil, kita harus tahu, kejayaan diperoleh adalah kerana atas anugerah Tuhan, maka haruslah kita memberi segala kemuliaan kepada Tuhan (Mazmur 105 :1).

Kita harus mencontohi Abram yang menolak puji-pujian dan kenamaan dari manusia, dengan hanya memberi kemulian, bersyukur dan memberi persembahan kepada Tuhan (1 Tawarikh 29:12-16).

Tuhan Menukarkan Nama Abram kepada Abraham
|

Tuhan Menukarkan Nama Abram kepada Abraham

Ayat kitab: Kejadian Fasal 17

Perenggan:

  1. Tuhan mengatakan sekali perjanjianNya kepada Abram dan menukarkan namanya (1-8).
  2. Menjadikan sunat sebagai tanda perjajian (9-14).
  3. Menukarkan nama Sarai kepada Sara (15-16).
  4. Berjanji Sara akan melahirkan Ishak di tahun yang akan datang pada waktu seperti itu juga (17-21).
  5. Abraham menurut perintah Tuhan, melakukan sunat bagi ahli-ahli dalam keluarganya (22-27).

Inti dan pengajaran:

  • Tuhan mahu Abraham hidup dengan tidak bercela.
    1. Abram menerima pandangan Sarai, menunjukkanimannya bercela.
    2. Abram meragui Tuhan yang mahakuasa (17-18).
    3. Paulus berkata: Abraham penuh keyakinan, bahawa Tuhan berkuasa untuk melaksanakan apa yang telah Ia janjikan. Iman yang sempurna seperti ini, adalah perihal selepas Kej 17:2.

Abram dipilih Tuhan pada umur 75 tahun, Tuhan berjanji dia akan menjadi bangsa besar (12:2). Di fasal 15 dia meragui janji Tuhan kepadanya, tetapi semasa Tuhan membawa dia keluar, menyuruh dia lihat ke langit, dan berjanji keturunannya akan banyak seperti bintang-bintang, dia percaya (Kej 15:1-6). Di fasal 16 pula Sarai menyuruh dia mendapatkan anak melalui Hagar, dia tidak menolak, menunjukkan imannya bergoyang lagi. Oleh itu, di fasal 17, semasa Tuhan menampakkan diri kepadanya, berfirman kepadanya: Akulah Allah Yang Mahakuasa, hiduplah di hadapanKu dengan tidak bercela; menunjukkan Abram kehilangan imannya terhadap Tuhan Yang Mahakuasa. Pada masa itu, walaupun sekali lagi Tuhan berkata kepadanya akan mengaruniakan keturunan yang sangat banyak, dia berkata dalam hatinya: Mungkinkah bagi seorang yang berumur seratus dilahirkan seorang anak? (17:16-17). Pada masa itu Tuhan memberitahu beberapa kali bahawa Sara akan melahirkan anak baginya, barulah dia percaya janji Tuhan, dan Tuhan akan melaksanakan apa yng telah Dia janjikan. Pada masa itulah, imannya menjadi sempurna. Semoga Tuhan juga menambah iman kita, supaya kita tidak ragu-ragu terhadap Tuhan yang mahakuasa, menjadi orang yang penuh dengan iman dan melakukan firman yang sempurna (rujukan: Mark 9:23-24. Yak 1:6-8).

  • Tuhan menukarkan nama Abram kepada Abraham.
    1. Tuhan mengikat perjanjian dengan Abram, menetapkan dia menjadi bapa sejumlah besar bangsa(4).
    2. Tuhan menukarkan namanya kepada Abraham kerana telah menetapkan dia menjadi bapa sejumlah besar bangsa(5).
    3. Tuhan mengikat janji dengan Abraham, mengatakan sekali kata-kata yang pernah dikatakan kepadany.
      • Menjadikan keturunannya sangat banyak (6).
      • Mengaruniakan seluruh Tanah Kanaan kepadanya dan keturunannya (8).
      • ‘Engkau akan Kubuat menjadi bangsa-bangsa, dan daripadamu akan berasal raja-raja’, menetapkan dia menjadi bapa sejumlah besar bangsa (5-6).

Abraham (bermaksud bapa sejumlah besar bangsa) menjadi bapa sejumlah besar bangsa kerana Juruselamat manusia adalah dari keturunannya, sesiapa yang percaya Yesus Juruselamat, menerima Baptisan dalam Kristus, akan menjadi keturunannya, oleh itu dia menjadi bapa kepada orang yang percaya Yesus di seluruh dunia (Gal 3:27-29)

  • Tuhan menjadikan sunat sebagai tanda perjanjian.
    1. Sunat merupakan tanda perjanjian antara Tuhan dan Abraham serta keturunannya (10-11).
    2. Laki-laki yang miliknya, harus disunat pada umur lapan hari (12-13).
    3. Laki-laki yang tidak disunat, harus dilenyapkan di antara orang-orang sebangsanya (14).
    4. Setelah Tuhan berangkat, Abraham menurut kepada perintah Tuhan, melakukan sunat bagi laki-laki dalam rumahnya (22-27).

Tuhan mengikat perjanjian dengan Abraham, di fasal 15 semasa persembahan korban, Tuhan menunjukkan bukti dengan menurunkan api (15:17-18). Tetapi Tuhan juga menjadikan sunat sebagai tanda perjanjian. Setelah Tuhan berangkat, Abraham melakukan sunat bagi dirinya dan seluruh laki-laki dalam rumahnya, menunjukkan dia percaya kepada janji Tuhan, menjadikan sunat sebagai tanda perjanjian.

Maksud sunat adalah menghapuskan cemar dalam hati. Sunat tubuh badan ini adalah satu lambangan, kerana sunat yang dilakukan oleh tangan manusia tidak dapat menghapuskan dosa manusia (rujukan: Yer 4:4; 9:25-26; Kol 2:11). Sunat melambangkan Baptisan, Tuhan menghapuskan cemar kita dan mengampuni dosa kita melalui Baptisan, supaya kita menjadi umat pilihanNya (Kol 2:12; 1Ptr 3:21; Kis 2:38). Oleh itu, sesiapa yang ingin menjadi umat pilihan Tuhan yang benar, mesti percaya kepada darah perjanjian Yesus yang mengalir dari kayu salib, dan kita menerima Baptisan, sebagai tanda perjanjian dengan Tuhan (Luk 22:20; Mrk 16:16; Gal 3:27-29).