Abraham Mengangkat Pisau
| |

Abraham Mengangkat Pisau

ABRAHAM MENGANGKAT PISAU

“ Sesudah itu Abraham mengulurkan tangannya, lalu mengambil pisau untuk menyembelih anaknya.”- Kejadian. 22: 10

Kejadian pasal 22 menceritakan tentang Abraham, seorang sahabat Allah, yang harus menghadapi ujian terberatnya. Allah memerintahkan Abraham untuk membawa Ishak, anak satu-satunya yang ia kasihi, sebagai korban bakaran di tanah Moria. Abraham dengan rela menaatinya, tetapi saat ia mengangkat pisau untuk mengorbankan Ishak, seorang malaikat Tuhan menghentikannya. Abraham telah melewati ujian tersebut. Ia bersedia mengorbankan segalanya, bahkan anak satu-satunya, kepada Allah. Ujian itu membuktikan imannya, sekaligus mendapat sebutan,” bapa orang beriman.

Sekalipun kita mungkin tidak pernah akan menghadapi ujian sesulit yang dihadapi Abraham, tetap saja kita menghadapi banyak pengujian di dalam kehidupan sehari-hari. Allah menguji kita untuk menumbuhkan rohani kita, sehingga kita menjadi murni, seperti emas yang dimurnikan menjadi sempurna. Abraham telah membuktikan imannya kepada Allah. Tetapi Allah masih memberikan ujian ini kerana Ia ingin agar Abraham mempunyai iman yang sempurna.

Ujian ini tidaklah mudah, bahkan untuk orang seperti Abraham. Anda dapat membayangkan bagaimana ia bergumul di dalam hatinya sepanjang jalan ke Gunung Moria. Harusnya ia mematuhi perintah Allah? Bila tidak mematuhi perintah Allah? Bila tidak mematuhinya, ia akan gagal dalam ujian yang telah Allah berikan kepadanya, dan akan kehilangan berkatNya. Tetapi bila mematuhinya, ia akan membunuh anaknya sendiri. Pada akhirnya, Abraham berpegang pada imamnya dan percaya kepada Allah. Tidak memikirkan kehilangan yang akan dideritakan, ia mengangkat pandangannya kepada Allah. Ia percaya bahawa Allah sanggup membangkitkan Ishak dari kematian ( Ibr. 11: 19). Dengan melihat melampaui batas pandangan manusia dan berserah diri kepada kehendak Allah, Abraham berhasil dan menjadi teladan iman bagi semua orang Kristian. Abraham mempunyai iman sejati di dalam Allah.

Iman yang sejati merupakan kepercayaan dan keyakinan total di dalam Allah. Itu bererti tidak peduli betapa sulit jalan yang harus kita lalui, kita tetap memahami dan percaya seluruhnya bahawa Allah memimpin dan membimbing langkah kita. Itu bererti melihat melampaui batas pandangan yang dapat kita lihat dengan mata jasmani kita dan mengarahkan pandangan kita kepada Allah. Kita harus berserah diri sepenuhnya kepada Allah dan biarkan Ia memimpin jalan kita. Kemudian, ketika menghadapi ujian, kita akan berserah kepada kehendak Allah yang lebih baik. Kita akan memjunjung tinggi kehendakNya di atas kehendak kita, seperti yang Abraham lakukan ketika ia mengangkat pisau, dan menetapkan pandangan kita pada janji berkat Allah.

Tuhan Menukarkan Nama Abram kepada Abraham
|

Tuhan Menukarkan Nama Abram kepada Abraham

Ayat kitab: Kejadian Fasal 17

Perenggan:

  1. Tuhan mengatakan sekali perjanjianNya kepada Abram dan menukarkan namanya (1-8).
  2. Menjadikan sunat sebagai tanda perjajian (9-14).
  3. Menukarkan nama Sarai kepada Sara (15-16).
  4. Berjanji Sara akan melahirkan Ishak di tahun yang akan datang pada waktu seperti itu juga (17-21).
  5. Abraham menurut perintah Tuhan, melakukan sunat bagi ahli-ahli dalam keluarganya (22-27).

Inti dan pengajaran:

  • Tuhan mahu Abraham hidup dengan tidak bercela.
    1. Abram menerima pandangan Sarai, menunjukkanimannya bercela.
    2. Abram meragui Tuhan yang mahakuasa (17-18).
    3. Paulus berkata: Abraham penuh keyakinan, bahawa Tuhan berkuasa untuk melaksanakan apa yang telah Ia janjikan. Iman yang sempurna seperti ini, adalah perihal selepas Kej 17:2.

Abram dipilih Tuhan pada umur 75 tahun, Tuhan berjanji dia akan menjadi bangsa besar (12:2). Di fasal 15 dia meragui janji Tuhan kepadanya, tetapi semasa Tuhan membawa dia keluar, menyuruh dia lihat ke langit, dan berjanji keturunannya akan banyak seperti bintang-bintang, dia percaya (Kej 15:1-6). Di fasal 16 pula Sarai menyuruh dia mendapatkan anak melalui Hagar, dia tidak menolak, menunjukkan imannya bergoyang lagi. Oleh itu, di fasal 17, semasa Tuhan menampakkan diri kepadanya, berfirman kepadanya: Akulah Allah Yang Mahakuasa, hiduplah di hadapanKu dengan tidak bercela; menunjukkan Abram kehilangan imannya terhadap Tuhan Yang Mahakuasa. Pada masa itu, walaupun sekali lagi Tuhan berkata kepadanya akan mengaruniakan keturunan yang sangat banyak, dia berkata dalam hatinya: Mungkinkah bagi seorang yang berumur seratus dilahirkan seorang anak? (17:16-17). Pada masa itu Tuhan memberitahu beberapa kali bahawa Sara akan melahirkan anak baginya, barulah dia percaya janji Tuhan, dan Tuhan akan melaksanakan apa yng telah Dia janjikan. Pada masa itulah, imannya menjadi sempurna. Semoga Tuhan juga menambah iman kita, supaya kita tidak ragu-ragu terhadap Tuhan yang mahakuasa, menjadi orang yang penuh dengan iman dan melakukan firman yang sempurna (rujukan: Mark 9:23-24. Yak 1:6-8).

  • Tuhan menukarkan nama Abram kepada Abraham.
    1. Tuhan mengikat perjanjian dengan Abram, menetapkan dia menjadi bapa sejumlah besar bangsa(4).
    2. Tuhan menukarkan namanya kepada Abraham kerana telah menetapkan dia menjadi bapa sejumlah besar bangsa(5).
    3. Tuhan mengikat janji dengan Abraham, mengatakan sekali kata-kata yang pernah dikatakan kepadany.
      • Menjadikan keturunannya sangat banyak (6).
      • Mengaruniakan seluruh Tanah Kanaan kepadanya dan keturunannya (8).
      • ‘Engkau akan Kubuat menjadi bangsa-bangsa, dan daripadamu akan berasal raja-raja’, menetapkan dia menjadi bapa sejumlah besar bangsa (5-6).

Abraham (bermaksud bapa sejumlah besar bangsa) menjadi bapa sejumlah besar bangsa kerana Juruselamat manusia adalah dari keturunannya, sesiapa yang percaya Yesus Juruselamat, menerima Baptisan dalam Kristus, akan menjadi keturunannya, oleh itu dia menjadi bapa kepada orang yang percaya Yesus di seluruh dunia (Gal 3:27-29)

  • Tuhan menjadikan sunat sebagai tanda perjanjian.
    1. Sunat merupakan tanda perjanjian antara Tuhan dan Abraham serta keturunannya (10-11).
    2. Laki-laki yang miliknya, harus disunat pada umur lapan hari (12-13).
    3. Laki-laki yang tidak disunat, harus dilenyapkan di antara orang-orang sebangsanya (14).
    4. Setelah Tuhan berangkat, Abraham menurut kepada perintah Tuhan, melakukan sunat bagi laki-laki dalam rumahnya (22-27).

Tuhan mengikat perjanjian dengan Abraham, di fasal 15 semasa persembahan korban, Tuhan menunjukkan bukti dengan menurunkan api (15:17-18). Tetapi Tuhan juga menjadikan sunat sebagai tanda perjanjian. Setelah Tuhan berangkat, Abraham melakukan sunat bagi dirinya dan seluruh laki-laki dalam rumahnya, menunjukkan dia percaya kepada janji Tuhan, menjadikan sunat sebagai tanda perjanjian.

Maksud sunat adalah menghapuskan cemar dalam hati. Sunat tubuh badan ini adalah satu lambangan, kerana sunat yang dilakukan oleh tangan manusia tidak dapat menghapuskan dosa manusia (rujukan: Yer 4:4; 9:25-26; Kol 2:11). Sunat melambangkan Baptisan, Tuhan menghapuskan cemar kita dan mengampuni dosa kita melalui Baptisan, supaya kita menjadi umat pilihanNya (Kol 2:12; 1Ptr 3:21; Kis 2:38). Oleh itu, sesiapa yang ingin menjadi umat pilihan Tuhan yang benar, mesti percaya kepada darah perjanjian Yesus yang mengalir dari kayu salib, dan kita menerima Baptisan, sebagai tanda perjanjian dengan Tuhan (Luk 22:20; Mrk 16:16; Gal 3:27-29).

Abraham – Nenek Moyang Umat Pilihan
|

Abraham – Nenek Moyang Umat Pilihan

Khotbah secara mengkaji Alkitab: Abraham – Nenek Moyang Umat Pilihan

Pendahuluan

Mengkaji Alkitab adalah lebih baik dijalankan secara berkumpulan (kira-kira 10 kumpulan). Ahli-ahli kumpulan duduk berdepan satu dengan lain, membaca ayat kitab secara bergilir-gilir, seterusnya ketua kumpulan menggunakan cara ‘soal jawab’, supaya ahli-ahli lebih memahami isi kandungan, selepas itu ahli-ahli boleh menyampaikan isi hati tentang pengajaran, lambangan atau nubuat yang terdapat dalam ayat kitab tersebut, dan juga memberitahu bagaimana boleh digunakan pada hari ini, kerana ‘segala sesuatu yang ditulis dahulu, telah ditulis untuk menjadi pelajaran bagi kita’ (Rm 15:4; 1Kor 10:11)

Khotbah kebaktian malam dan kebaktian hari Sabat disampaikan dengan  menetapkan satu tajuk, menurut tajuk tersebut, mencari ayat-ayat kitab untuk memberi penjelasan, supaya capai matlamat tajuk tersebut. Khotbah secara mengaji Alkitab iaitu menyampaikan kitab yang telah dikaji itu secara fasal atau ayat semasa kebaktian. Jika cara ini digunakan dalam kebaktian, tidak perlu menanya atau memberi pemercaya menyampaikan isi hati mereka, tetapi harus memberi pemahaman yang mendalam dan bersistematik kepada pemercaya. Kita boleh mengambil satu peristiwa atau perumpamaan dan juga secara fasal sebagai bahan khotbah mengkaji Alkitab. Contohnya, ‘Orang lumpuh disembuhkan’ (Mrk 2:1-12), ‘Perumpamaan tentang anak yang hilang’ (Luk 15:11-32).

Khotbah ini mengambil maklumat dari Kejadian fasal 12 hingga 25 (kecuali fasal 20 dan 23), mengkaji secara fasal, mencari pengajaran penting. Satu fasal sebagai bahan khotbah satu kali, tidak dapat menjelaskan di sini. Di fasal 22, mengambil firman penting dalam ‘Tuhan mengikat perjanjian dengan Abraham’, supaya kita lebih memahami persoalan tersebut. Bahan ini boleh menyampaikan secara fasal, dan juga boleh memilih tajuk untuk menyampai. Bahan ini hanya untuk rujukan, penyampai khutbah boleh mengaji Alkitab, boleh menambah atau mengurang bahan mengikut masa.

Iman Abraham
|

Iman Abraham

Pengenalan: Abraham ditetapkan menjadi bapa banyak bangsa oleh Tuhan (Kej 17:5). Ini bertujuan supaya segala bangsa menjadikan Abraham sebagai bapa keimanan dan mencontohi imannya yang jujur, tidak ada kepalsuan dan indah terhadap Tuhan, menjadi keturunan rohaniah Abraham dan menjadi orang yang diberkati.

 

Pertama, Percaya Tuhan dapat menjadikan tidak ada menjadi ada (Iman tentang pasti mendapat sesuatu) (Rom 4: 17)

  1. Walaupun usianya telah lanjut dan tidak mempunyai zuriat, namun dia percaya akan janji Tuhan yang akan memberikannya keturunan yang banyak umpama bintang-bintang di langit dan pasir-pasir di pantai. Kerana itu, hal ini diperhitungkan kepadanya sebagai kebenaran. (Kej 15: 1-6)
  2. Tuhan yang dia percaya ialah Tuhan yang dapat menjadikan tidak ada menjadi ada. (Rom 4: 17-24)

 

Kedua, Percaya Tuhan dapat membangitkan orang mati (Rom 4: 17)

  1. Dia mempersembahkan anaknya sebagai korban bakaran, imannya berjaya dalam ujian (Kej 22: 1-18)
  2. Dia percaya Tuhan telah membangkitkan anaknya yang dikasihi (Iman seperti telah menerima) (Ibr 11: 17-19)

 

Ketiga, Percaya Tuhan pasti menyediakan (Kej 22: 8, 14)

  1. Setelah melalui pengalaman di atas Gunung Moria, Abraham lebih lagi percaya tentang “Yehova Yire” (Kej 22: 14);
  2. Dalam menguruskan hal perkahwinan untuk Ishak, dia yakin Tuhan pasti mengutus malaikat untuk membantu dan menyempurnakannya (Kej 24: 7, 48)

 

Keempat, Percaya janji Tuhan tidak sia-sia (Rom 4; 20-22)

  1. Meninggalkan negeri, sanak saudara dan rumah bapanya ke negeri yang Tuhan janjikan kerana percaya kepada Tuhan dan taat kepada perintahNya (Kej 12: 1-4)
  2. Tuhan belum memberikan milik pusaka kepadanya, bahkan setapak tanah pun tidak ada, namun dia tidak meraguinya (Kis 7: 2-5); Ketika Ishak hampir berkahwin pada usia 40 tahun, dia telah meninggalkan negerinya selama 65 tahun, dan belum menerima harta pusakanya, tetapi dia tetap percaya akan janji Tuhan (Kej 24:7;12:4;21:5;25:20).
  3. Dia percaya Tuhan adalah setia dan Mahakuasa, Tuhan pasti tidak berdusta, apa yang dikatakanNya pasti akan digenapkan (Bil 23: 19; 1 Sam 15: 29).

 

Kesimpulan: Ibr 11: 1-2; 6; 10: 38-39.