Views: 197
Nama Hosea bermaksud “Keselamatan Tuhan”. Melalui catatan Kitab Hosea, kita mendapati bahawa setiap teguran Tuhan turut disertai kata-kata dorongan yang menyenangkan hati.
Views: 197
Nama Hosea bermaksud “Keselamatan Tuhan”. Melalui catatan Kitab Hosea, kita mendapati bahawa setiap teguran Tuhan turut disertai kata-kata dorongan yang menyenangkan hati.
[dflip id="7725" ][/dflip]
Gulungan kitab ini adalah sama dengan kitab-kitab nabi kecil yang lain, iaitu dinamai dengan nama penulis, nabi “Obaja”, istilah yang sama dalam Alkitab bahasa asal (Obadiall). Maksud hurufiah “Obaja” dalam bahasa asal ialah “hamba Allah”, yang menunjukkan bahawa Tuhan menggunakan dia untuk menulis gulungan kitab ini demi menyampaikan kehendak Tuhan, dengan tujuan memberikan amaran kepada orang Edom, dan menghibur orang Israel.
[dflip id="7739"][/dflip]
Memberikan penerangan yang lebih jelas akan pengajaran rohani yang terkandung di dalam Kitab Kidung Agung
[dflip id="7718" ][/dflip]
Dalam dua belas kitab nabi-nabi kecil, hasil penulisan yang paling terkemuka pada abad kelapan ialah Kitab Amos, Kitab Hosea dan Kitab Mikha.
Sering kali ada ahli teologi yang cuba menyunting komentari untuk Kitab Amos dan Kitab Mikha secara bersama-sama kerana difikir senang untuk diselidiki bersama.
Tambahan pula, dua orang nabi ini berada dalam angkatan yang sama. Sungguhpun mereka orang yang berlainan, akan tetapi mesej yang disampaikan mereka lebih kurang sama, yakni menegaskan keadilan dan kebenaran Tuhan.
Nabi Amos memasang kanta fokusnya pada Kerajaan Israel Utara. Mesej yang disampaikan adalah untuk Kerajaan Israel secara keseluruhannya, yang turut menjadi panduan utama bagi hamba-hamba Tuhan pada angkatan zaman baharu ini.
[dflip id="8257" ][/dflip]